You are on page 1of 17

MODEL REKABENTUK INSTRUKSIONAL 1ERROLD KEMP

DI DALAM PENGA1ARAN DAN PEMBELA1ARAN



Dr. Jerrold Kemp adalah mantan ProIesor Pendidikan dan Penyelaras Media
Pengeluaran dan Perkhidmatan Pembangunan
Pengajaran di San Jose State University, selama 30
tahun. Beliau telah menamatkan pengajian Doktor
FalsaIah (Phd) di dalam bidang Pendidikan Audio
Visual di Universiti Indiana pada tahun 1956.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan
Komunikasi dan Teknologi Pendidikan. Semasa
beliau menjadi pengarang kepada buku edisi
kelima iaitu Designing Effective Instruction,
beliau telah dirujuk bagi projek-projek inovatiI
dan amalan pendidikan di pelbagai sekolah,
universiti malahan agensi-agensi negara-negara asing dan UNESCO.














Rafah 1 . Model Kemp (1985) Proses Reka Bentuk Pengafaran




Rajah 1 di atas merupakan model asal Kemp iaitu pada tahun 1985. Jerrold Kemp
mencadangkan model ini berdasarkan kepada kepercayaan reka bentuk. Instructional Design
(ID) adalah satu kitaran yang berterusan dengan semakan sebagai aktiviti berterusan yang
dikaitkan dengan unsur-unsur yang lain. Menurut Kemp, terdapat empat elemen penting di
dalam pengajaran iaitu pelajar, objektiI, kaedah dan penilaian. Di dalam Model Kemp (1985),
kesemua bulatan bujur yang kecil itu menunjukkan ciri-ciri model. Semua elemen adalah
saling berkaitan di antara satu sama lain. Semua unsurnya juga boleh dilaksanakan pada masa
yang sama dan boleh dimulakan di mana-mana bahagian mengikut kesesuaian dan objektiI
pengajaran. Selain itu, keperluan pembelajaran, matlamat, keutamaan dan kekangan juga
akan menentukan pencapaian pengajaran.

Pada tahun 1994, Kemp, Morrison dan Ross telah bergabung untuk mengubahsuai
Model Kemp yang asal (1985) dengan menambah dua lagi komponen iaitu perancangan dan
perkhidmatan sokongan. Rajah 2 di bawah menunjukkan Model Baru Kemp terkini yang
diambil
daripada buku Designing Effective Instruction, Edisi Kelima yang telah diubahsuai.











Rafah 2 . Model Kemp Terkini (1997) Proses Reka Bentuk Pengafaran



Merujuk kepada Rajah 2 di atas, bentuk bujur model menggambarkan proses reka
bentuk dan pembangunan adalah satu kitaran yang memerlukan perancangan, reka bentuk,
pembangunan dan penilaian yang berterusan. Model ini adalah holistik dan tiada arah tertentu
untuk menjadikannya model yang Ileksibel dan membolehkan pereka menggunakannya
untuk memenuhi keperluan masing-masing. Di dalam model Kemp ini terdapat sembilan oval
kecil yang mewakili langkah asas dalam proses reka bentuk yang sistematik. Kedua-dua oval
luar menggambarkan maklum balas dimana membolehkan pereka membuat perubahan dalam
kandungan atau rawatan di dalam kitaran pembangunan. Model ini istimewa kerana tidak
semua program atau projek yang memerlukan kesemua sembilan elemen tersebut. Terdapat
sembilan elemen asas di dalam model ini dan bagi setiap elemen adalah saling berkaitan
tetapi bebas daripada satu sama lain iaitu masalah pembelajaran, ciri-ciri pelajar, analisis
tugasan/kandungan, objektiI pengajaran, urutan kandungan, strategi pengajaran, merangka
penyampaian, melaksanakan penyampaian dan alat/instrumen penilaian.

Masalah pembelajaran merupakan spesiIikasi objektiI yang memainkan peranan
penting di dalam merancang arahan yang sistematik kerana ia menunjukkan apa yang pelajar
dapat lakukan selepas melengkapkan satu unit pengajaran. ObjektiI adalah penting untuk
kedua-duanya iaitu pengajar dan pelajar. Ia penting untuk membantu pengajar merancang
pengajaran dan membimbing pelajar merancang pengajian. ObjektiI pembelajaran boleh

dikategorikan kepada tiga domain iaitu kognitiI, psikomotor dan aIektiI. Ketiga-tiganya
adalah berkait rapat. Memahami tahap dalam setiap domain dapat membantu di dalam
merancang pengajaran. Oleh itu, Kemp dan rakan-rakan telah mencadangkan tiga pendekatan
untuk mengenalpasti masalah pembelajaran iaitu dengan mengenalpasti keperluan pelajar,
menganalisis objektiI pengajaran dan menilai keupayaan pelajar. Menurut KauIman &
English (Kemp, 2007), penilaian keperluan adalah alat untuk mengenalpasti masalah dan
memilih cara pencegahan yang berkesan. Contohnya keperluan norma, kehendak dan masa
depan. Manakala menurut Benjamin Bloom (1956), objektiI pengajaran boleh dikenalpasti
kepada tiga domain iaitu kognitiI (Rajah 3), psikomotor (Rajah 4) dan aIektiI (Rajah 5). Oleh
itu memahami peringkat di dalam setiap domain membantu di dalam perancangan
pengajaran. Terdapat enam langkah di dalam menganalisis objektiI iaitu mengenalpasti,
menetapkan, memperhalusi, menyusun mengikut kedudukan/aras, memperhalusi sekali lagi
dan menyediakan kedudukan yang muktamad. Penilaian pelajar, membantu mengenal pasti
sama ada matlamat sesuatu program menepati masalah dihadapi atau tidak. Mager (Kemp,
2007) menggambarkan analisis keupayaan sebagai satu bantuan untuk mengenal pasti
masalah keupayaan. Selain itu Rosset (Kemp,2007) pula menyatakan proses ini sebagai
kaedah mengesan punca masalah.















Rafah 3 . Kognitif (Taksonomi Bloom)














Rafah 4 . Psikomotor











Rafah 5 . Afektif

Setiap pelajar mempunyai ciri yang berbeza dari pelajar lain. Oleh itu mereka juga
belajar dengan cara yang berbeza. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran dengan pendekatan
yang berlainan sama ada yang baru maupun yang tradisional. Kaedah-kaedah ini dapat
digunakan mengikut kesesuaian pelajar. Ada pelajar yang cenderung belajar dalam bentuk
visual, ada pelajar yang cenderung dalam bentuk lisan dan ada juga yang cenderung di dalam
memanipulasi objek. Ada sesetengah pelajar pula dapat menguasai pelajaran daripada ketiga-

tiga gabungan tersebut. Walaubagaimanapun masa yang diperlukan untuk mencapai satu
tugas yang diberikan berbeza-beza mengikut individu tersebut. Malah setiap orang juga
berbeza-berbeza penglibatannya di dalam tugasan yang berbeza. Oleh itu, pelbagai kaedah,
sumber dan jalan perlu disediakan untuk pelajar-pelajar yang berbeza bagi mencapai
matlamat tertentu. Terdapat banyak ciri-ciri yang membezakan pelajar iaitu keupayaan,
keperluan dan kepentingan yang berbeza mengikut masalah pembelajaran. Susunan
kandungan yang cekap dapat membantu pelajar mencapai objektiI. Contohnya pilihan
penjujukan (sequencing) objektiI, kedalaman rawatan dan pelbagai aktiviti pembelajaran.
Oleh itu, apabila mereka bentuk pengajaran tugas penting pereka adalah untuk mengenal
pasti orang-orang yang paling penting untuk mencapai objektiI pengajaran. Terdapat tiga
kategori ciri-ciri pelajar yang pertama, kategori ciri-ciri umum iaitu yang melibatkan jantina,
umur, latar belakang dan etnik. Kategori kedua adalah gaya pembelajaran iaitu dari segi
visualisasi, audio, deria dan sebagainya dan kategori ketiga adalah kecekapan khusus iaitu
kemahiran asas. Menurut Heinich, Molenda, Russel dan Smaldino (Kemp, 1999), mereka
mecadangkan bahawa pereka perlu mengambil kira ciri-ciri pelajar apabila mereka bentuk
pelan pengajaran. Kemp (1997) mencadangkan apabila merancang untuk pembelajaran
berkumpulan, tanda-tanda umum iaitu ciri-ciri akademik dan sosial pelajar juga perlu diambil
kira. Untuk pembelajaran secara individu pula data daripada setiap pelajar boleh membantu
di dalam pemilihan aktiviti mengikut kesesuaian pelajar.

Analisis tugasan adalah untuk menyelesaikan tiga masalah pengajar dan pelajar iaitu
penentuan kandungan yang diperlukan untuk menangani masalah prestasi atau keperluan
pengajaran, memudahkan untuk mengenalpasti langkah-langkah yang lebih teratur dan
memberi peluang untuk pereka melihat kandungan dari perspektiI pelajar dan untuk
membangunkan strategi pengajaran yang sesuai. Menurut Kemp (1990), analisis tugasan
adalah bahagian yang paling kritikal semasa proses mereka bentuk pengajaran kerana ia
menentukan kandungan yang digunakan untuk mengenalpasti objektiI, reka bentuk strategi
pengajaran, membangunkan item ujian dan membuat arahan. Jika kandungan tidak
ditakriIkan semasa merangka strategi pengajaran, penghasilan media yang sesuai dan
penilaian yang dijalankan akan menjadi tidak bernilai. Kemp telah mengenalpasti tiga kaedah
untuk menganalisis kandungan dan tugasan iaitu analisis topik, analisis prosedur dan analisis
insiden kritikal. Analisis topikal paling sesuai untuk menentukan pengetahuan kognitiI seperti
Iakta, konsep, prinsip dan kaedah. Oleh itu, analisis topikal menyediakan dua jenis maklumat
iaitu mengenalpasti kandungan bahan pengajaran dan mengenal struktur komponen. Analisis

prosedur pula digunakan untuk menganalisis tugas dengan mengenal pasti setiap langkah-
langkah, isyarat dan urutan untuk melaksanakan langkah-langkah. Tingkah laku yang boleh
diperhatikan dan tidak boleh diperhatikan juga dimasukkan di dalam analisis. Carta aliran
adalah berguna untuk mengenalpasti urutan langkah-langkah di dalam melaksanakan tugas.
Manakala analisis insiden kritikal adalah untuk mengenalpasti kandungan yang berkaitan
dengan kemahiran interpersonal dan sikap contohnya pengurusan di bilik darjah.

Di dalam objektiI pengajaran, spesiIikasi objektiI memainkan peranan yang penting di
dalam merancang arahan yang sistematik kerana ia menjangka apa yang dapat pelajar
lakukan selepas melengkapkan satu unit pengajaran. ObjektiI adalah penting kerana ia juga
membantu pelajar merancang pengajian dan penting untuk pengajar merancang pengajaran.
ObjektiI boleh dikelaskan ke dalam tiga domain utama iaitu kognitiI, psikomotor dan juga
aIektiI. Ketiga-tiga domain tersebut saling berkaitan di antara satu sama lain. Memahami
tahap dalam setiap domain membantu di dalam perancangan pengajaran. Domain kognitiI
adalah domain utama yang diberi perhatian dalam program-program pengajaran. Ia termasuk
objektiI yang berkaitan dengan pengetahuan atau maklumat berkaitan penamaan,
penyelesaian, peramalan dan lain-lain aspek di dalam pembelajaran intelek. Benjamin
S.Bloom dan rakan-rakannya (1965) telah membangunkan taksonomi enam peringkat bagi
domain kognitiI dari tahap yang paling rendah iaitu pengetahuan kepada tahap keIahaman
intektual yang lebih kompleks iaitu aplikasi, sintesis dan penilaian. Domain psikomotor
adalah domain kedua bagi kumpulan objektiI pengajaran. Ia merangkumi kemahiran yang
memerlukan penggunaan dan penyelarasan otot rangka. Tingkah laku psikomotor adalah
lebih 9o daripada tingkah laku kognitiI dan aIektiI. Walaupun pembangunan taksonomi ini
belum diterima secara meluas, Heinich, Molenda dan Russel menyampaikan taksonomi
berdasarkan tahap koordinasi. Selain itu Kibler berpendapat bahawa terdapat satu lagi
kumpulan psikomotor yang tidak berjujukan. Domain aIektiI merujuk kepada pembelajaran
berhubung dengan perasaan dan emosi. Krathwohl, Bloom dan Masia menganjurkan domain
aIektiI kepada lima peringkat iaitu penerimaan, tindak balas, penilaian, mengorganisai dan
pencirian oleh set nilai.

Urutan adalah susunan kandungan yang cekap untuk membantu pelajar dalam
mencapai objektiI. Sesetengah topik mempunyai urutan yang jelas dan ada juga topik yang
kurang jelas. Terdapat beberapa kaedah penjujukan kandungan, antaranya kaedah pra-syarat
yang berdasarkan kepada konsep Gagne (Rajah 6) yang melibatkan kemahiran hierarki

intelektual. Pendekatan yang kedua pula dicadangkan oleh Posner dan Strike iaitu skema
jujukan. Manakala Reigeluth (Rajah 7) pula menerusi pendekatan teori penghuraian dimana
pelajar sendiri terlibat membangunkan kepakaran tugas atau kepakaran konsep.






Rafah 6 . Konsep Gagne

















Rafah 7 . Konsep Reigeluth



Strategi pengajaran memerlukan reka bentuk pengajaran yang berkesan. Pengajar
mesti menumpukan perhatian kepada bagaimana untuk membentangkan setiap objektiI
individu untuk memudahkan pelajar mencapai objektiI. Merancang strategi pengajaran adalah
langkah yang paling penting di dalam sesuatu proses pengajaran. Selain itu, strategi
pengajaran menetapkan urutan dan kaedah pengajaran untuk mencapai matlamat. Kemp
mengenal pasti preskripsi sebagai panduan asas untuk pengajaran Iakta-Iakta, konsep, prinsip
kaedah-kaedah atau prosedur, kemahiran interpersonal dan sikap. Setiap preskripsi
melibatkan dua komponen iaitu bagi komponen pertama ialah pembentangan awal kandungan
kepada pelajar dan komponen kedua ialah strategi generatiI untuk membuat kandungan
bermakna dan menggalakkan pemprosesan aktiI oleh pelajar. Strategi generatiI termasuk
mengingat, penggabungjalinan, mengorganisasi, dan penghuraian.

Merangka penyampaian dikenali juga sebagai merekabentuk arahan di dalam
pengajaran. Ia adalah untuk menyediakan bahan pengajaran dengan mengubah pelan
rekabentuk pengajaran kepada unit-unit arahan. Arahan yang berkesan adalah arahan yang
melibatkan penstrukturan dan persembahan material yang melibatkan pelajar serta memberi
isyarat isi-isi penting. Kemp membahagikan proses merekabentuk arahan kepada tiga seksyen
iaitu strategi pra-pengajaran (Jadual 1) , strategi untuk mengisyaratkan struktur teks (Jadual
2) melalui kata-kata dan peta minda dan perbincangan penggunaan gambar dan rajah iaitu
bahan pengajaran.


adual 1 . Strategi Pra-Pengafaran

adual 2 . Strategi Struktur Teks



Penyampaian pengajaran merupakan pelaksanaan di dalam pengajaran atau pelan
rekabentuk pengajaran. Pereka/guru mesti mempertimbangkan bagaimana menyampaikan
dengan tepat maklumat kepada pelajar. Terdapat tiga kaedah penyampaian pengajaran
berbeza iaitu secara berkumpulan (kuliah), pembelajaran kendiri dan aktiviti-aktiviti
kumpulan kecil. Pengajaran secara berkumpulan merupakan Iormat syarahan yang berbentuk
paling biasa dan secara meluas digunakan untuk penyampaian pengajaran di sekolah atau
institusi. Ianya direka dan dikawal oleh pengajar selain mudah diubahsuai ia juga tidak
memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan. Walaupun begitu terdapat kekangan
menggunakan kaedah pengajaran ini iaitu pembelajarannya adalah pasiI iaitu pembelajaran
sehala dan penglibatan pelajar sangat minima. Selain itu, pengajar perlu menarik dan
bersemangat untuk mengekalkan perhatian pelajar. Kaedah ini juga kurang sesuai dengan
perbezaan individu yang mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Ini kerana
sesetengah pelajar malu untuk bertanya soalan kepada guru semasa di dalam kelas, tambahan
pula ada jika topik yang diajar berkaitan dengan domain psikomotor atau aIektiI. Kaedah ini
juga memungkinkan pengajar mengajar dengan cara yang tidak konsisten berhubung dengan

cara pengajaran yang dipersembahkan. Pembelajaran kendiri adalah kaedah pembelajaran


yang melibatkan pelajar belajar secara individu. Ia memerlukan rekabentuk objektiI yang
berasingan dan pembelajaran memenuhi ciri-ciri bagi setiap pelajar dari segi penyediaan,
keperluan dan kepentingan. Ia menawarkan beberapa kelebihan sebagai satu strategi
pengajaran dimana setiap pelajar sama ada yang lemah maupun yang bijak boleh mendapat
manIaat bersama berdasarkan kepada keupayaan mereka sendiri dibawah pembelajaran yang
sesuai. Kaedah ini membolehkan pengajar mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan
memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar secara individu. Kaedah ini juga mempunyai
beberapa batasan seperti kekurangan interaksi antara pengajar dan pelajar serta ianya
memerlukan persiapan dan perbelanjaan yang lebih di dalam membangunkan program dan
memerlukan sokongan dari organisasi dan penyelarasan daripada organisasi. Kaedah di
dalam kumpulan kecil merujuk kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dilakukan di dalam
kumpulan yang kecil di antara dua hingga sepuluh orang, dimana guru dan pelajar mengajar
dan belajar bersama-sama di dalam kumpulan tersebut. Pendekatan ini memberi pelajar
peluang untuk mensintesiskan kandungan dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.
Format kumpulan kecil ini membolehkan individu untuk berbincang, berkongsi dan
menyelesaikan masalah dengan orang lain. Selain itu, pengajar boleh mengetahui kelemahan
dan kelebihan pelajar melalui kaedah ini dan berusaha untuk mengkaji semula pelan
pengajaran seterusnya membangunan kemahiran sosial. Walaubagaimanapun kaedah ini juga
mempunyai sedikit kelemahan iaitu pengajar memerlukan perancangan yang teliti untuk
mewujudkan suasana yang menggalakkan semua ahli kumpulan untuk menyertai aktiviti ini.

Instrumen penilaian di dalam proses merekabentuk pengajaran adalah penting untuk
menentukan sejauhmana objektiI kursus atau unit pengajaran tercapai. Hasil penilaian juga
boleh digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan untuk mengenal pasti keberkesanan
kursus. Penilaian dan objektiI pengajaran mestilah mempunyai hubungan langsung antara
objektiI pengajaran dan perkara yang diukur. Menurut Kemp, terdapat tiga pendekatan
penilaian iaitu penilaian IormatiI, penilaian sumatiI dan penilaian pengesahan. Pendekatan
yang pertama iaitu penilaian IormatiI yang merujuk kepada proses pelaksanaan dan
merupakan kaedah kawalan kualiti. Penilaian sumatiI adalah pendekatan yang kedua iaitu
dilaksanakan diakhir sesuatu kursus untuk menilai sejauh mana objektiI pengajaran tercapai.
Pendekatan yang ketiga adalah penilaian pengesahan dimana ianya dilaksanakan selepas satu
tempoh masa untuk mengesahkan pencapaian objektiI pengajaran. Bagi membuat penilaian
yang tepat, alat pengukuran yang dibina mestilah memenuhi dua syarat iaitu mempunyai

kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan bermaksud alat pengukuran yang digunakan benar-
benar mengukur konstruk yang hendak diukur. Terdapat pelbagai jenis kesahan contohnya
kesahan muka, kesahan kandungan dan kesahan ramalan. Kebolehpercayaan pula bermaksud
kebolehan sesuatu alat pengukuran untuk menghasilkan keputusan yang tekal, dimana lebih
banyak soalan yang digunakan maka lebih tinggilah kebolehpercayaanya.

Setelah kesembilan elemen yang merupakan langkah asas telah dilaksanakan,
perancangan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Ianya adalah terletak di
bahagian luar sekali di dalam bulatan bujur di dalam Model Kemp. Perancangan dan
pengurusan projek merujuk kepada projek rekabentuk pengajaran yang berbeza dari segi
kerumitan, jumlah perancangn dan pengurusan yang diperlukan. Kedua-dua proses penting
untuk pembangunan dan pengurusan, jadual serta perbelanjaan projek. Skop sesuatu projek
akan menentukan usaha yang diperlukan oleh pengurusan. Pelaksanaan mesti dirancang
ketika mereka bentuk arahan. Perancangan yang teliti dan penglibatan pegawai penting
semasa merekabentuk dapat meningkatkan pelaksanaan dan penggunaan arahan. Dengan
merancang pelaksanaan secara awal dapat memastikan program pengajaran berjalan lancar.
Bahagian perkhidmatan sokongan juga penting kerana saiz dan skop projek yang akan
menentukan sumber untuk kejayaan sesuatu projek. Bagi projek yang kecil, pereka
pengajaran akan menyediakan semua perkhidmatan dari penyediaan keperluan sehingga ke
penilaian. Bagi projek yang besar pula pereka akan melibatkan pakar-pakar seperti artis
graIik, penulis skrip, penerbit video atau pengaturcara bagi menyokong pembangunan dan
penghasilan bahan-bahan pengajaran. Selepas merancang dan mengurus, seterusnya proses
semakan dan penilaian IormatiI dan sumatiI perlu dilakukan. Bagi semakan dan penilaian
IormatiI, rekabentuk dan pembangunan sesuatu projek akan dinilai dibeberapa tahap semasa
ianya dilaksanakan. Penilaian IormatiI ini akan memastikan masalah yang dikenalpasti adalah
betul. Hasil daripada ujian tersebut membolehkan pereka membuat semakan bagi
meningkatkan mutu pengajaran. Penilaian sumatiI pula digunakan untuk menilai
keberkesanan bahan apabila ianya digunakan seperi yang dirancang. Penilain ini boleh dibuat
apabila pengajaran dilaksanakan. Setelah melakukan kedua-dua penilaian iaitu IormatiI dan
sumatiI, penilain yang terakhir adalah penilaian pengesahan. Penilain jenis ini digunakan oleh
pereka untuk memastikan sesuatu kursus atau arahan itu adalah sesuai selepas beberapa
waktu.




Kesimpulannya, model ini mengambil pendekatan yang menyeluruh bagi reka bentuk
pengajaran. Kemp menggunakan semua Iaktor-Iaktor dalam persekitaran pembelajaran
termasuk analisis subjek, ciri-ciri pelajar, aktiviti, objektiI pengajaran, susunan kandungan,
Strategi pengajaran, pelaksanaan serta penilaian. Model ini juga membolehkan semakan yang
berterusan dapat dilakukan.



























RU1UKAN


BUKU:

Morison G.R. et.al.(2007). Designing Effective Instruction. New Jersey: John Wiley
& Sons.


WEBSITES:

Instructional System Design Model

ISU College of Education, retrieved Irom
http://ed.isu.edu/depts/imt/isdmodels/index.html

The Use of Traditional Instructional Systems Design Models for eLearning, retrieved
Irom
http://www.herridgegroup.com/pdIs/The20use20oI20Traditional20ISD20Io
r20eLearning.pdI

EduWiki, Kemp Design Model, retrieved Irom
http://edutechwiki.unige.ch/en/Kempdesignmodel

Discovering the Instructional Design, The Kemp Model, retrieved Irom
http://michaelhanley.ie/elearningcurve/discovering-instructional-design-11-the-kemp-
model/2009/06/10/

Module 4 : An Overview of Instructional Systems Design, retrived Irom
http://www.quasar.ualberta.ca/edit573/modules/module4.htm
http://www.personal.psu.edu/users/w/x/wxh139/Kemp.htm

http://www.cc.utah.edu/~u0342413/Instdesign.htm


LAMPIRAN



Carta 1 . Rumusan Model Pengafaran






Carta 1 . Rumusan Model Pengafaran

You might also like