You are on page 1of 82

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Rosinah Edinin (2011), pendahuluan menerangkan secara ringkas tentang

topik, hasil refleksi dan nilai pendidikan yang digunakan dalam penyelidikan.

1.1 Pengenalan

Pendidikan Jasmani merupakan subjek yang memberi pendidikan melalui aktiviti

fizikal dan matlamatnya adalah mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk

perkembangan mental dan sosial (Jenny, 1961) dan (Williams, 1964). Pendidikan

Jasmani juga bertujuan untuk memelihara tahap kesihatan individu pada tahap yang

optimum, di samping untuk pemerolehan ilmu pengetahuan bagi membentuk sikap-

sikap yang positif dalam diri.

Menurut Dauer (1995), Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program

pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui

pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan

keseluruhan kanak-kanak. Freeman (1992) pula menegaskan bahawa Pendidikan

1
Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga

domain fizikal, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) pula berpendapat

bahawa Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang membolehkan individu

mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan

yang tinggi.

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui

kegiatan Pendidikan Jasmani yang merangkumi tiga aspek penting, iaitu Penglibatan

murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat dan

penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. Di dalam sukatan

pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat terdapat tiga tunjang iaitu kecergasan,

kemahiran dan kesukanan. Dalam aspek kemahiran, murid perlu menguasai beberapa

jenis kemahiran.

Sebagai contoh, olahraga, rekreasi dan permainan. Dalam kemahiran permainan

murid perlu menguasai permainan seperti bola sepak, hoki, bola jaring dan bola baling.

Semasa menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Kesang, Ledang, pengkaji

telah mengajar kemahiran permainan bola sepak kepada murid Tahun 4 Amanah. Oleh

itu, terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemain. Antaranya

seperti kemahiran menendang, menyerkap, menggelecek, hantaran, menanduk dan

menjaga gol. Kemahiran menendang terbahagi kepada dua, iaitu tendangan leret dan

tendangan tinggi. Saya mendapati bahawa murid mengalami masalah semasa melakukan

2
tendangan leret tepat ke sasaran. Tendangan leret dalam permainan bola sepak

merupakan satu elemen yang seharusnya dikuasai oleh seseorang pemain bola sepak.

Hal ini kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran yang betul berkenaan dengan

tendangan leret, seseorang pemain tidak akan mampu untuk bermain bola sepak dengan

baik. Secara amnya, tendangan leret merupakan tendangan aras bawah yang dilakukan

kepada pemain lain dengan tujuan untuk menyambung pengawalan bola bagi sesebuah

pasukan. Tendangan leret yang baik seharusnya tepat kepada sasaran pemain, iaitu

pemain yang lain. Ketepatan sasaran yang dilakukan dipengaruhi oleh teknik tendangan

dan kedudukan badan pemain. Bagi mendapatkan tendangan leret yang baik, pemain

hendaklah menghalakan kedudukan mata dan badan tegak menghadap kepada sasaran.

Perkara tersebut akan memudahkan pemain untuk melakukan fasa ikut lajak. Selain itu,

pemain tersebut hendaklah memastikan tendangan dilakukan ketika bola berada dekat

dengan kaki bukan dominan. Jika tidak, tendangan yang dilakukan tidak tepat kepada

sasaran.

Perkara tersebut dapat dibuktikan berdasarkan pandangan Rob Llyod Jones

(2007) yang menyatakan penguasaan kaki dominan dan bukan dominan adalah sangat

penting dalam permainan bola sepak. Menurut Dorge, Bullandersen, Sorensen dan

Simonsen (2001) pula, penggunaan kedua-dua kaki iaitu kaki dominan dan kaki bukan

dominan dalam permainan bola sepak sangat penting semasa hendak melakukan

hantaran dan menjaringkan gol. Berdasarkan pengalaman, tendangan leret merupakan

kemahiran asas yang paling penting untuk dikuasai oleh seseorang pemain. Tetapi

kebanyakan pemain memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak serius.
3
Terdapat banyak prinsip latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan hasil

keputusan yang telah dibuat oleh murid. Antaranya seperti prinsip latihan ansur maju.

Prinsip tersebut sangat penting untuk dikuasai oleh murid supaya segala kemahiran yang

disampaikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam

kehidupan seharian. Prinsip ini memerlukan murid untuk melakukan kemahiran dari

senang kepada susah dan dari mudah kepada kompleks. Kebiasaannya, prinsip ini

meliputi proses pengulangan dan pengukuhan kerana dapat membantu murid untuk

menguasai kemahiran tersebut.

Setelah penguasaan sesuatu kemahiran dilakukan, latihan ansur maju akan

divariasikan supaya murid lebih menguasai kemahiran yang diajar. Kajian tindakan

merupakan satu isu yang melibatkan proses pengumpulan dan penterjemahan data untuk

membantu memudahkan pemahaman seseorang tentang sesuatu fenomena atau

permasalahan yang berlaku. Kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu

perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik. Menurut

Somekh (1989), kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan

peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk

memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kember & Gow (1992) pula berpendapat kajian tindakan melibatkan pengamal

(guru) untuk mencuba memperbaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan

proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi. McNiff (1988) mentafsirkan

kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui

perubahan, manakala Ebbut (1985) melihat kajian tindakan sebagai satu penyelidikan
4
yang sistematik oleh sekumpulan penyelidik yang ingin mengubah dan menambah baik

amalan pendidikan mereka. Berdasarkan pelbagai definisi yang dikemukakan, kajian

tindakan merupakan satu kaedah guru untuk mereflek masalah yang mereka hadapi,

memungut dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka

berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi.

Model Kajian Tindakan yang mempunyai 4 peringkat dalam satu kitaran adalah

yang diasaskan oleh Kurt Lewin (1948). Peringkat-peringkat tersebut meliputi peringkat

perancangan, peringkat tindakan, peringkat pemerhatian, dan peringkat refleksi. Sesuatu

penyelidikan bermula apabila terdapat isu atau masalah berpandukan kepada

penghasilan idea secara umum. Kemudian, punca berkaitan isu atau masalah tersebut

akan dikenalpasti sebelum pelan tindakan dirancang. Pelan tindakan bertujuan untuk

menyelesaikan isu atau masalah berkenaan. Seterusnya, pemerhatian dan reflksi

dilakukan bagi menentukan tindakan yang diambil menunjukkan hasil yang baik atau

tidak.

PerancanganTindakan

Refleksi Pemerhatian

Rajah 1. Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1948)

5
Jadi, kajian tindakan dalam Pendidikan Jasmani merupakan salah satu cara yang

dapat membantu guru-guru Pendidikan Jasmani mengesan dan mengenalpasti

kelemahan yang terdapat pada murid-murid di sekolah. Perkara tersebut berlaku atas

keinginan dan kecenderungan guru-guru untuk memperbaiki kualiti amalan atau

pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.

Selain itu, semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat

dalam pengajaran secara tidak langsung terlibat dalam prosedur penyelidikan tindakan

melalui fasa mengenalpasti isu atau masalah, merancang penyelidikan, melaksanakan

tindakan, dan membuat pemerhatian. Tujuan utama penyelidikan tindakan dijalankan

adalah untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau meningkatkan

kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana pengajaran

dijalankan. Sehubungan dengan itu, guru-guru dapat memperbaiki dan mengatasi

masalah yang dihadapi dalam konteks amalan mereka sendiri.

6
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendidikan Jasmani seringkali menggunakan prinsip latihan ansur maju sebagai

medium untuk memberi penguasaan yang menyeluruh kepada murid. Penguasaan yang

ditunjukkan perlulah terhadap sesuatu kemahiran tertentu. Kemudian, ansur maju

diberikan dengan memberi kesukaran terhadap kemahiran tersebut seperti meningkatkan

jarak dan meletakkan halangan. Jadi, hasil yang diterima membolehkan murid

menguasai kemahiran tersebut pada jarak dan halangan yang pelbagai. Variasi terhadap

latihan yang diberikan juga boleh dilakukan mengikut kesesuaian.

Berdasarkan isu kajian, masalah ini dikenalpasti sewaktu pengkaji menjalani

amalan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Kesang, Ledang. Masalah tersebut

merupakan masalah melakukan tendangan leret tepat kepada sasaran dalam permainan

bola sepak bagi murid-murid Tahun 4 Amanah. Hanya segelintir murid sahaja yang

mampu melakukan tendangan leret dengan betul dan tepat kepada sasaran. Terdapat juga

murid yang tidak melakukan tendangan leret dengan betul, tetapi hasilnya tendangan

leret tersebut tepat kepada sasaran. Selebihnya tidak dapat melakukan tendangan leret

dengan betul dan tidak tepat kepada sasaran.

7
Perkara tersebut sekaligus menyukarkan pengkaji untuk mengajar kemahiran-

kemahiran yang lain dalam permainan bola sepak. Oleh yang demikian, pengkaji telah

mengenalpasti seramai 3 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan dari kelas

tersebut untuk dijadikan sebagai subjek kajian saya ini. Pengkaji telah memilih mereka

berdasarkan keputusan ujian kemahiran tendangan leret mengikut Manual Ujian Spesifik

Bola Sepak yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan semua murid Tahun 4 Amanah.

Hal tersebut terjadi mungkin disebabkan murid-murid tersebut kurang

mengaplikasikan aktiviti yang melibatkan kemahiran menendang dalam kehidupan

seharian. Mereka juga tidak mengetahui cara untuk melakukan tendangan dengan betul

supaya hasil tendangan yang dilakukan dapat menuju tepat kepada sasaran. Justeru itu,

pengkaji telah memberi latih tubi dengan menggunakan kasut berwarna bahagian dalam

kaki untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran.

Pengkaji telah mewarnakan bahagian kasut kepada tiga warna iaitu merah, kuning dan

hijau.

Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, pengkaji telah merancang pelbagai

aktiviti yang dapat membantu murid-murid tersebut meningkatkan kefahaman dan

kemahiran semasa melakukan tendangan leret dalam permainan bola sepak. Pengkaji

telah memberikan latihan pada jarak yang dekat, iaitu sejauh 5 meter. Beberapa siri

latihan akan diteruskan sehingga murid-murid tersebut benar-benar telah menguasai

kemahiran tendangan leret tepat kepada sasaran sejauh 5 meter.

8
Murid akan diberi 10 kali percubaan pada setiap warna iaitu merah, kuning dan

hijau. Kemudian, data akan dikumpul berdasarkan skor yang diperolehi bagi

menentukan bahagian berwarna yang manakah lebih tepat kepada sasaran.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Pernyataan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi asas

kepada sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah tersebut memberi penekanan kepada

perkembangan potensi individu secara menyeluruh demi melahirkan insan yang baik dan

sempurna. Insan yang dimaksudkan adalah merupakan seorang murid. Jadi, murid

tersebut hendaklah memiliki ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, dan Negara,

serta memiliki sahsiah yang seimbang dari segi JERIS.

9
Abraham Maslow (1954) berpendapat bahawa potensi yang terdapat dalam diri

merupakan anugerah Tuhan yang menjadi keperluan bagi setiap individu untuk

mencapai kesempurnaan kendiri. Hal ini berkaitan dengan teori yang dipeloporinya iaitu

Teori Keperluan Manusia. Beliau juga berpendapat bahawa keperluan ialah kehendak

manusia untuk mempersempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan

ketidakseimbangan dalam dirinya. Manusia didorong oleh keperluan yang rendah atau

bawah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap yang

lebih tinggi.

Rajah 2: Teori Keperluan Manusia (Abraham Maslow, 1954)

10
Oleh sebab itu, individu akan berlumba-lumba untuk memastikan setiap

keperluan tersebut dapat dicapai. Keperluan untuk kesempurnaan kendiri adalah

keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem

keperluan manusia (Maslow, 1970). Menurut Cohen (1959), orang yang mempunyai

konsep kendiri yang tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau

menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia

luar.

Menurut Shaffer (1985) pula, konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman

seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang

unik dan istimewa. Setiap potensi yang diterima perlu digilap dan diasah agar menjadi

anugerah Tuhan yang paling bernilai. Oleh sebab itu, kajian ini perlu dijalankan bagi

memperkembangkan potensi yang terdapat dalam diri murid. Setiap potensi yang

dimiliki oleh murid adalah merupakan anugerah Tuhan yang perlu dicungkil,

diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan agar murid tidak ketinggalan

ditelan arus dunia yang semakin moden ini. Apabila potensi tersebut berjaya

diperkembangkan secara menyeluruh dan harmonis, maka akan lahirlah murid yang

memiliki keseimbangan dan kesejahteraan hidup yang tinggi.

Keseimbangan dan kesejahteraan hidup yang dimiliki itu bukan hanya

bermanfaat untuk dirinya, malahan bermanfaat untuk keluarga, masyarakat dan Negara.

Pengkaji berpendapat bahawa kajian seperti ini dapat membuka minda guru-guru dan

pentadbir sekolah bahawa penggunaan kasut berwarna bahagian dalam kaki dapat

meningkatkan kefahaman dan kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran.


11
Di samping itu, prinsip ini juga boleh diaplikasikan dalam permainan yang lain

kerana prinsip ini mengamalkan latihan yang berterusan dan berkala, sekaligus dapat

meningkatkan setiap kemahiran yang diharapkan.

12
2.0 FOKUS KAJIAN

Meningkatkan kefahaman dan kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran melalui

penggunaan kasut berwarna bahagian dalam kaki dalam kalangan murid-murid Tahun 4

Amanah.

2.1 Isu Kajian

2.1.1 Tinjauan Awal

Berdasarkan fokus kajian, masalah ini dikenalpasti sewaktu pengkaji menjalani

amalan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Kesang, Ledang. Sebilangan besar

murid yang mampu melakukan tendangan leret dengan betul dan tepat kepada sasaran.

Terdapat juga murid yang tidak melakukan tendangan leret dengan betul, tetapi hasilnya

tendangan leret tersebut tepat kepada sasaran. Selebihnya tidak dapat melakukan

tendangan leret dengan betul dan tidak tepat kepada sasaran. Perkara tersebut sekaligus

menyukarkan pengkaji untuk mengajar kemahiran-kemahiran yang lain dalam

permainan bola sepak.

13
Jadual 1

Norma Pemarkahan Manual Ujian Spesifik Bola Sepak (tendangan leret)

Markah Pencapaian
16 – 20 Cemerlang
11 – 15 Baik
6 – 10 Sederhana
1–5 Lemah
Sumber Manual Ujian Spesifik Bola Sepak

14
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

Selepas tinjauan awal dilakukan, pengkaji telah mengenalpasti seramai 3 orang

murid lelaki dan 5 orang murid perempuan dari kelas tersebut untuk dijadikan sebagai

responden bagi kajian ini. Pengkaji telah memilih mereka untuk dijadikan responden

berdasarkan kemahiran tendangan leret mengikut Manual Ujian Spesifik Bola Sepak

yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia yang melibatkan semua murid Tahun 4 Amanah. Hal tersebut terjadi mungkin

disebabkan responden kurang mengaplikasikan aktiviti yang melibatkan kemahiran

menendang dalam kehidupan seharian.

Mereka juga tidak mengetahui cara untuk melakukan tendangan dengan betul

supaya hasil tendangan yang dilakukan dapat menuju tepat kepada sasaran. Sewaktu

melakukan tendangan, kedudukan badan mereka tidak menghadap kepada sasaran.

Perkara tersebut menyebabkan bola yang ditendang tersasar. Kedudukan kaki mereka

sewaktu menendang juga diambil kira. Mereka melakukan tendangan sewaktu kaki

bukan dominan berada jauh dari bola. Sepatutnya, kedudukan badan mereka perlu

menghadap kepada sasaran sambil kaki bukan dominan berada di belakang sedikit dari

bola sewaktu menendang. Masalah tersebut perlu diatasi kerana kemahiran tendangan

leret merupakan kemahiran asas yang perlu ada dalam diri murid-murid.

15
Setiap murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ada supaya sukan

yang diceburi dapat memberi manfaat kepada mereka. Sebagai seorang guru Pendidikan

Jasmani, pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran asas tersebut perlu disediakan dan

divariasikan agar murid-murid tidak ketinggalan ditelan arus permodenan.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Fokus kajian ini telah dipilih melalui beberapa kriteria-kriteria penting, seperti

kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi, dan kerelevenan

kepada sekolah. Bagi kriteria kebolehtadbiran, pengkaji telah berbincang dengan

pensyarah penyelia, Encik Suhaimi bin Sahat berkenaan dengan latihan-latihan yang

sepatutnya dilakukan bagi mengatasi masalah yang dikaji. Pengkaji juga telah

berbincang dengan beberapa orang guru Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut

berkenaan dengan waktu yang paling sesuai untuk mengadakan sesi latihan terhadap

responden.

Latihan yang diberikan merupakan latihan ketepatan arah sasaran dan

meningkatkan kefahaman murid tentang bahagian kaki yang manakah lebih tepat ke

sasaran. Dalam latihan ini, murid akan diberi 10 kali percubaan pada setiap warna iaitu

merah, kuning dan hijau. Kemudian, data akan dikumpul berdasarkan skor yang

diperolehi bagi menentukan bahagian berwarna yang manakah lebih tepat kepada

sasaran.

16
Bagi latihan-latihan tersebut, pengkaji telah meletakkan pancang atau kon

sebagai sasaran dalam jarak 5 meter bagi memudahkan responden melakukan tendangan.

Perkara tersebut bertujuan untuk memberi penguasaan yang lebih dalam kemahiran

tendangan leret pada jarak tersebut.

Bagi kriteria kepentingan pula, masalah ini perlu diatasi bagi membolehkan

kemahiran-kemahiran asas yang lain diajar kepada mereka. Hal ini disebabkan

kemahiran tendangan leret merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan

bola sepak. Tanpa kemahiran ini, responden tidak mampu bermain bola sepak dengan

baik. Kemahiran tendangan leret yang baik meliputi kedudukan badan sewaktu

tendangan dilakukan dan teknik tendangan yang digunakan. Kedudukan mata dan badan

responden hendaklah tegak menghadap kepada sasaran supaya bola yang ditendang

adalah tepat. Responden hendaklah menggunakan bahagian dalam kaki untuk

menendang bola, sambil kaki bukan dominan dibengkokkan bagi merendahkan pusat

graviti. Selepas itu, fasa ikut lajak perlu dilakukan agar bola yang ditendang dapat

bergolek leret kepada sasaran.

Bagi kriteria kebolehgunaan, hasil dapatan kajian yang pengkaji perolehi dapat

membantu pengkaji-pengkaji lain mengatasi masalah yang berkaitan dengan isu yang

dikaji. Pengkaji lain boleh menggunakan hasil dapatan untuk mengkaji isu yang

berkaitan dengan kemahiran tendangan leret, ketepatan sasaran, permainan bola sepak,

murid-murid Tahun 4, dan penggunaan prinsip latih tubi. Hasil kajian ini juga boleh

digunakan oleh guru-guru lain untuk mengatasi masalah yang berlaku sewaktu mereka

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.


17
Bagi kriteria kawalan, responden telah memberikan kerjasama yang baik. Pada

mulanya mereka sukar untuk memberikan kerjasama kerana mereka mengganggap

terdapat murid lain yang perlu dijadikan responden. Pengkaji telah menerangkan tujuan

dan kepentingan isu ini terhadap mereka bagi membolehkan mereka berfikir dan

bersetuju untuk dijadikan sebagai responden. Hal tersebut secara tidak langsung dapat

mewujudkan kesedaran dalam diri tentang betapa pentingnya kemahiran tendangan leret

dalam permainan bola sepak. Pada mulanya pengkaji bercadang untuk melaksanakan

latihan selepas waktu persekolahan, tetapi mendapat tentangan daripada pelbagai pihak

kerana responden yang terlibat mempunyai aktiviti selepas waktu persekolahan.

Oleh sebab itu, pengkaji telah menetapkan latihan yang diberikan adalah selama

30 minit pada setiap hari waktu persekolahan sepanjang 3 minggu. Latihan yang

diberikan adalah sebelum waktu rehat. Hal ini kerana sekolah tersebut tidak

membenarkan aktiviti Pendidikan Jasmani dilaksanakan selepas waktu rehat.

Bagi kriteria kolaborasi, kerjasama yang diterima dari pihak sekolah amat

membanggakan. Mereka menggalakkan kajian ini dilaksanakan kerana mereka percaya

kajian ini dapat memberikan keuntungan kepada mereka. Pihak sekolah telah

mengeluarkan surat untuk diserahkan kepada guru kelas Tahun 4 Amanah bagi

membenarkan pengkaji menggunakan responden dalam kajian ini.

18
Namun, kepentingan terhadap subjek-subjek teras perlu diutamakan terlebih

dahulu supaya responden tidak ketinggalan dalam bidang akademik. Selain itu, pengkaji

juga telah berkolaborasi dengan guru pembimbing dan guru-guru subjek lain bagi

membolehkan latihan intervensi dijalankan pada setiap hari sebelum waktu rehat.

Akhir sekali bagi aspek kerelevenan kepada sekolah. Kajian ini ternyata dapat

meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tendangan leret responden. Perkara tersebut

sekaligus dapat membantu pihak sekolah melahirkan atlet-atlet yang mempunyai

kemahiran asas yang baik. Di samping itu, responden juga boleh menyampaikan

maklumat berkaitan dengan kemahiran tendangan leret kepada rakan mereka yang lain.

Hasilnya, tidak mustahil sekolah dapat melahirkan murid-murid yang mampu menjadi

bintang untuk Malaysia dalam permainan bola sepak kelak.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

2.2.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori Pembelajaran Behaviorisme merupakan satu teori yang melibatkan proses

pengukuhan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Teori ini menyifatkan

pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku. Tingkah

laku murid akan dinilai sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan, kemudian

akan berlaku proses pengukuhan bagi mendapatkan rangsangan dan gerak balas yang
19
positif. Williams & Anandam (1973) berpendapat bahawa pembelajaran sebagai

perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. Murid

perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran bagi mewujudkan perasaan selesa sewaktu

melalui sesi pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa tokoh yang terlibat dalam teori ini, antaranya adalah Burrhus

Frederic Skinner (1904-1990). Beliau merupakan seorang ahli psikologi Amerika

Syarikat dan merupakan pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan. Teori yang

diketengahkan oleh beliau dinamakan Teori Pelaziman Operan Skinner, yang

menjadikan seekor tikus sebagai subjek eksperimen. Walaupun tikus berbeza dengan

manusia, beliau telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah

laku tikus boleh diaplikasikan ke atas manusia.

Berdasarkan eksperimen, beliau meletakkan seekor tikus yang kelaparan di

dalam sebuah kotak. Kotak tersebut telah dilengkapi dengan alat penekan pada

dindingnya. Jika tikus tersebut terpijak alat penekan itu, maka biji-biji makanan akan

terkeluar melalui lubang yang disediakan. Proses yang sama berlaku berulang kali

sehingga tikus mula memijak alat penekan untuk mendapatkan makanan. Beliau

kemudiannya memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan menyebabkan

makanan tidak lagi keluar, sehingga tikus tidak lagi memijak alat penekan tersebut.

Konsep pengukuhan amat jelas yang mana rasa lapar dijadikan sebagai rangsangan,

manakala alat penekan dijadikan sebagai gerak balas untuk mendapatkan pengukuhan.

20
Melalui eksperimen tersebut, dapat dikaitkan bahawa murid-murid memerlukan

konsep pengukuhan sebagai cara untuk menguasai sesuatu kemahiran. Responden perlu

diberikan konsep pengukuhan sebagai latihan ansur maju dalam kemahiran tendangan

leret. Mereka diberikan latihan yang bervariasi dari segi jarak secara berterusan dan

berkala supaya penguasaan tahap kemahiran dapat ditingkatkan dan dikekalkan.

2.2.2 Kaedah Pembelajaran Masteri

Menurut Bloom (1968), Pembelajaran Masteri merupakan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu yang

diajar. Falsafah Bloom juga menyatakan bahawa hampir semua murid boleh menguasai

sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh yakin sekiranya keadaan

yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai

pembelajarannya. Anderson dan Block (1978) pula berpendapat bahawa Pembelajaran

Masteri merupakan satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat

membantu murid untuk belajar secara konsisten.

Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid

apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang

mencukupi untuk murid mencapai masteri berpandukan kepada kriteria yang jelas.

Pembelajaran Masteri juga merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran

untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam

suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit yang seterusnya.


21
Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Secara keseluruhannya, Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai

hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah

ke unit yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi

dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Pembelajaran Masteri wajar

dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu menyedari bahawa

setiap murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.

Murid memerlukan pendekatan dan pengajaran yang sesuai bagi membolehkan

kebolehan dan keperluan yang terdapat dalam diri ditonjolkan. Murid mesti menguasai

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diberikan, barulah Pembelajaran Masteri

berlaku. Penilaian dilakukan bagi memastikan tujuan Pembelajaran Masteri dilakukan

dapat dicapai.

Hal tersebut dapat membantu mengesan pencapaian murid, memastikan hasil

pembelajaran dicapai atau tidak, mengenalpasti kelemahan sesuatu kemahiran tersebut,

dan menentukan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang perlu dilakukan.

Apabila murid sudah menguasai sesuatu kemahiran, aktiviti pengayaan harus diberikan

supaya murid benar-benar telah menguasai kemahiran tersebut.

22
Rajah 3: Kaedah Pembelajaran Masteri (Bloom, 1968)

Berdasarkan kajian ini, responden perlu menguasai kefahaman dan kemahiran

tendangan leret tepat ke sasaran pada jarak 5 meter. Perkara tersebut dapat membantu

murid melakukan penguasaan yang berkesan terhadap kemahiran tendangan leret dan

tepat ke sasaran. Menurut Dorge, Bullandersen, Sorensen, dan Simonsen (2001),

penggunaan kedua-dua kaki iaitu kaki dominan dan kaki bukan dominan dalam

permainan bola sepak sangat penting semasa hendak melakukan hantaran dan

menjaringkan gol.

Oleh yang demikian, responden perlu menguasai kemahiran tendangan leret tepat

ke sasaran pada jarak yang disediakan supaya hantaran yang dilakukan merupakan

hantaran yang berkualiti.

23
Apabila penguasaan sudah ditunjukkan, aktiviti pengayaan diberikan dan latih

tubi diaplikasikan supaya responden benar-benar menguasai kemahiran tersebut.

2.2.3 Pendekatan Perpusatkan Murid

Pendekatan pembelajaran tidak asing lagi dalam kalangan pendidik. Setiap

pendidik seharusnya tahu bagaimana cara untuk menarik perhatian murid, seharusnya

memudahkan penyampaian isi pembelajaran. Pedagogi bestari yang diperkenalkan pada

tahun 1998 seiring dengan sekolah bestari dan kelas bestari sebenarnya telah membawa

pendekatan berpusatkan murid. Hal tersebut dapat mengubah peranan pendidik dari

“sage on the stage” kepada “guide on the side” (Rosenborg, 2001). Menurut Thorburg

(1995), pendekatan berpusatkan murid boleh didefinisikan sebagai disiplin yang

melibatkan interaksi antara pasukan pelajar yang mengalami pembelajaran kreatif yang

akan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Pendekatan ini juga menjadikan murid sebagai pasangan dengan guru dalam

proses pembelajaran (Alley, 1996). Scete dan Gentry (1995) pula menggunakan istilah

pendekatan berpusatkan murid sebagai pengajaran yang dikawal oleh murid. Kawalan

yang dimaksudkan adalah murid mengawal prosedur, masa dan penilaian untuk

memenuhi keperluan mereka yang berbeza. Pendekatan berpusatkan murid akan

meningkatkan motivasi, pemahaman, dan murid akan lebih berminat dengan pengajaran

dan pembelajaran yang diajar (Meyes & Jones, 1993).

24
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan pendekatan berpusatkan

murid bagi memastikan responden bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Hal ini

bertujuan untuk menimbulkan minat dalam diri setiap responden dan menggalakkan

penglibatan secara menyeluruh dalam latihan kemahiran tendangan leret yang

disediakan. Pendekatan ini juga dapat membantu pengkaji menilai kekuatan dan

kelemahan yang ditunjukkan oleh responden, kemudian pembetulan secara langsung

dapat dilakukan. Hal tersebut disokong oleh Dinan & Frydrychowski (1995) yang

berpendapat bahawa guru tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang

pendekatan berpusatkan murid kerana tiada pendedahan yang cukup, tetapi dapat diatasi

melalui pengalaman dan latihan yang telah diberikan kepada guru tersebut.

2.2.4 Teknik Demonstrasi

Teknik demonstrasi merupakan kaedah yang memerlukan penglibatan antara

guru dengan murid melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan

murid akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang

sama atau berbeza. Menurut Magill (2003), teknik demonstrasi digunakan bertujuan

untuk membolehkan murid melihat sesuatu perlakuan dan memberi bayangan tentang

perlakuan tersebut.

25
Teknik ini merangsang daya pemikiran kognitif murid kerana mereka perlu

mengingat setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh guru sebelum melakukannya.

Terdapat empat peringkat dalam penggunaan teknik demonstrasi, iaitu melihat

kemahiran, penglibatan pelajar, peluang untuk mendengar atau melihat, dan kaitan

antara teori dan praktikal. Guru akan melakukan sesuatu perlakuan sebelum perlakuan

tersebut diikuti oleh murid. Kemudian, pembetulan secara langsung akan dipraktikkan

bagi memastikan murid dapat melakukan perlakuan secara sistematik dan berkesan.

Berdasarkan kajian ini, pengkaji dapat mengaplikasikan teknik demonstrasi

sewaktu menjalankan latihan bagi meningkatkan ketepatan sasaran semasa melakukan

tendangan leret. Pengkaji telah menunjukkan sebanyak 4 jenis tendangan yang terdapat

dalam permainan bola sepak. Tetapi, pengkaji memberi kemudahan kepada responden

untuk melakukan apa jua jenis tendangan, asalkan tendangan tersebut tepat kepada

sasaran. Hal ini kerana mereka tidak dapat menguasai sesuatu jenis tendangan dalam

masa yang singkat. Mereka dipilih bukan untuk menjadi atlet dalam permainan bola

sepak, tetapi bagi memastikan tendangan yang dilakukan tepat kepada sasaran.

26
2.2.5 Kajian Yang Berkaitan

Terdapat beberapa kajian yang mempunyai hubungkait dengan kajian yang

dijalankan. Antaranya seperti kajian yang dijalankan oleh Jeysing Gnana Kannu (1993)

dari Unit Pendidikan Jasmani, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian

Malaysia yang bertajuk “Keberkesanan Latihan Imageri Mental Terhadap Ketepatan

Jaringan Penalti Dalam Permainan Bola Sepak”.

Hasil dapatan kajian menyatakan latihan selama 3 minggu telah memberi kesan

yang positif terhadap responden. Kajian ini juga menggunakan 10 kali percubaan bagi

sesuatu kemahiran yang dikaji. Hal ini berkaitan dengan kajian yang dijalankan kerana

pengkaji menggunakan 10 kali perubaan untuk setiap latihan yang dijalankan. Tempoh

latihan yang dilaksanakan selama 3 minggu juga berkaitan dengan hasil dapatan positif

dalam kajian ini.

Kajian yang dijalankan oleh Ali Shamsi Majelan, Farhad Rahmani-Nia, Ali

Ashgar Norasteh, dan Arsalan Damirchi (2002) yang bertajuk “The Effects Of Approach

Angle And Target Position On Instep Kicking Accuracy And Ball Speed With Skilled

Soccer Players” juga mempunyai hubungkait dengan kajian yang dijalankan. Hal ini

kerana kajian mereka membuktikan bahawa ketepatan tendangan dan kelajuan bola

merupakan faktor yang penting untuk menentukan kejayaan sesebuah pasukan.

27
Kajian tersebut dapat membantu pengkaji mengkaji latihan yang sesuai untuk

dilakukan bagi membantu murid-murid meningkatkan ketepatan sasaran semasa

melakukan tendangan leret dalam permainan bola sepak.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Joanna Scurr dan Ben Hall (2008) yang

bertajuk “The Effects of Approach Angle On Penalty Kicking Accuracy And Kick

Kinematics With Recreational Soccer Player” juga mempunyai hubungkait dengan

kajian yang dijalankan. Secara teorinya, teknik untuk melakukan tendangan penalti

adalah sama dengan teknik untuk melakukan tendangan leret. Oleh yang demikian,

kajian ini dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan

dengan ketepatan sasaran semasa melakukan tendangan dalam permainan bola sepak.

Kajian yang dijalankan oleh Sejeli Sarpawi (2009) dari Fakulti Pendidikan dan

Bahasa, Open University Malaysia, Kuala Lumpur yang bertajuk “Mengenalpasti

Kaedah Yang Berkesan Untuk Mengajar Kemahiran Asas Bola Sepak Di Kalangan

Pelajar Tahap Dua Di SK Mata Parang” juga berkaitan dengan kajian ini. Hasil dapatan

kajian menunjukkan latihan yang berkesan adalah latihan yang melibatkan penguasaan

secara berperingkat. Perkara tersebut menerangkan lagi bahawa kaedah Pembelajaran

Masteri yang digunakan merupakan kaedah yang tepat untuk memberikan penguasaan

kepada murid terhadap sesuatu kemahiran. Pernyataan secara berperingkat pula merujuk

kepada prinsip latihan ansur maju. Hal ini kerana prinsip latihan ansur maju melibatkan

penguasaan dari susah ke senang, dari mudah ke kompleks.

28
Kajian yang dijalankan oleh Abdul Kadir Bin Abu Samah (2009) dari Fakulti

Penddikan dan Bahasa, Open University Malaysia, Kuala Lumpur yang bertajuk

“Meningkatkan Kemahiran Permulaan Lari Pecut Dalam Kalangan Murid Tahun 5” juga

mempunyai kaitan dengan kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan latihan selama

4 minggu telah memberikan kesan yang positif kepada responden. Hal ini berkaitan

dengan kajian ini kerana kajian yang dijalankan oleh pengkaji melibatkan latihan selama

4 minggu. Kajian ini juga menggunakan prinsip latihan ansur maju yang dijalankan

secara berperingkat bagi melihatkan hasil positif dalam kemahiran permulaan lari pecut.

Perkara tersebut secara tidak langsung berkaitan dengan latihan yang dipilih bagi

mengatasi masalah yang berlaku.

Kajian yang dijalankan oleh Juliana Ling Chu Chen (2009) dari Unit Bahasa

Cina, Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang bertajuk

“Membaiki Tulisan Murid Tahun 3 Dalam Matapelajaran Bahasa Cina Dengan Kaedah

Ansur Maju” juga mempunyai kaitan dengan kajian ini. Hal ini kerana intervensi yang

dilakukan oleh pengkaji adalah melibatkan latihan ansur maju. Hasil dapatan

menunjukkan perkembangan positif yang berlaku pada responden tersebut. Jadi,

pengkaji boleh menggunakan teknik-teknik latihan ansur maju yang dilakukan bagi

membolehkan perkembangan positif berlaku terhadap respondennya.

29
Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh Zainal Abidin Bin Zainuddin dan

Muhammad Salleh Bin Rosli (2010) dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia yang bertajuk “Pengaruh Kadar Dehidrasi Terkawal Ke Atas Prestasi Semasa

Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia” juga mempunyai hubungkait dengan

kajian yang dijalankan. Hal ini kerana melalui dapatan kajian, pengkaji dapat

mengetahui tahap dan kemampuan seseorang pemain bola sepak untuk mengharungi

tempoh masa perlawanan. Perkara tersebut membolehkan pengkaji untuk mengetahui

kesan dehidrasi seseorang pemain bola sepak. Secara tidak langsung juga, perkara

tersebut dapat membantu pengkaji untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk

menjalankan latihan terhadap murid-murid supaya keputusan yang bakal saya perolehi

adalah positif.

Kajian yang dilakukan oleh Pradipta Alvin Karisma (2011) dari Fakultas Ilmu

Keolahragaan, Universitas Negeri Semarang. Kajian beliau yang bertajuk “Pengaruh

Latihan Long Passing Menggunakan Punggung Kaki Bagian Dalam Dan Punggung Kaki

Penuh Terhadap Ketepatan Passing Melambung Pada Pemain PS. HW Kudus Tahun

2011” mendapati bahawa terdapat perubahan yang ketara terhadap pengaruh latihan. Hal

ini disebabkan latihan yang diberikan dapat membantu subjek memperbaiki teknik

tendangan yang dilakukan. Hasil kajian juga mendapati bahawa latihan menggunakan

punggung kaki bahagian dalam adalah lebih baik daripada menggunakan punggung kaki

penuh.

30
Kajian yang dilakukan oleh Mukmin Mohd Bin Ibrahim (2011) dari Jabatan

Sains Sukan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas yang bertajuk “Meningkatkan

Kemahiran Hantaran Leret Bagi Kaki Bukan Dominan Dalam Permainan Bola Sepak

Murid Tahun 4 Dengan Pendekatan Latihan Kemahiran” juga mempunyai hubungkait

dengan kajian yang dijalankan. Keputusan pada awal kajian tersebut mendapati murid-

murid tidak dapat melakukan tendangan leret menggunakan kaki bukan dominan dengan

baik. Pengkaji telah menggunakan pendekatan latihan kemahiran sebagai cara untuk

mengatasi masalah yang dialami. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa latihan yang

digunakan memberi kesan yang positif terhadap tendangan leret menggunakan kaki

bukan dominan.

Kajian yang dijalankan oleh Izzat Fadhli Bin Hamdan (2011) dari Jabatan Sains

Sukan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas yang bertajuk “Meningkatkan

Ketepatan Balingan Bola Dengan Menggunakan Alat Inovasi Stesen Pintar Dalam

Kalangan Murid Autisme” juga mempunyai hubungkait dengan kajian yang dilakukan.

Kelemahan yang ditunjukkan oleh murid-murid pengkaji adalah tidak dapat melakukan

balingan secara tepat ke arah sasaran. Hasil dapatan kajian yang diperolehi tersebut

dapat membantu pengkaji menitikberatkan kepada elemen ketepatan sasaran. Keputusan

akhir yang positif secara tidak langsung dapat membantu saya untuk memilih latihan

yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

31
2.3 Istilah Kajian

Dewasa ini, penglibatan murid secara menyeluruh mula dititikberatkan di

sekolah. Dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang berhasrat

untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif,

bermoral dan bertaraf dunia.

Dasar ini akan menjadi panduan yang jelas kepada semua pihak supaya segala

program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Agenda

membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat

bergantung kepada kualiti sistem pendidikan Negara. Modal insan ini juga yang menjadi

kunci untuk mencapai Wawasan 2020 seperti yang digagaskan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah ditugaskan untuk menyediakan

generasi muda dengan seluas-luasnya bagi memperkembangkan potensi diri,

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian

dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan, seterusnya

memajukan negara di mata dunia. Bagi memastikan apa yang dirancang dapat dicapai,

KPM telah menggariskan beberapa panduan. Antaranya adalah membentuk

keterampilan dan keperibadian murid melalui pemantapan kurikulum, pemantapan

program kokurikulum, dan pemantapan program sukan. Perkara tersebut memerlukan

penglibatan dari semua pihak, terutamanya guru.

32
Oleh yang demikian, bagi merealisasikan hasrat KPM tersebut, saya telah

mengenalpasti isu yang berkaitan dengan bidang kokurikulum dan sukan, iaitu

penggunaan kasut berwarna bahagian dalam kaki untuk meningkatkan kefahaman dan

kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran kalangan murid-murid Tahun 4 Amanah

dengan menggunakan prinsip latih tubi. Perkara terebut perlu diatasi agar modal insan

yang lahir mempunyai kemahiran asas dalam permainan bola sepak. Kemudian, modal

insan tersebut boleh mengaplikasikan dan menyampaikan maklumat berkaitan kepada

modal insan yang lain.

2.3.1 Sasaran

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (1984), sasaran bermaksud hasil atau

perolehan yang ingin dicapai daripada sesuatu usaha. Setiap individu menginginkan

sasaran mereka tercapai, bagi memastikan mereka tidak jauh ketinggalan berbanding

individu lain. Usaha yang dilakukan perlulah menepati kriteria sasaran yang ingin

dicapai supaya apa yang dihajati dapat dimiliki.

Berdasarkan konteks kajian, sasaran merupakan kawasan atau tempat yang

dijadikan sebagai hasil pemerolehan. Hal ini bermaksud murid menjadikan kon atau

pasangan mereka sebagai sasaran bagi memastikan tendangan leret yang dilakukan tepat

menuju ke arah yang diingini.

33
2.3.2 Tendangan Leret

Kemahiran merupakan kecekapan atau kepandaian untuk melakukan sesuatu

perkara (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Pernyataan tersebut menunjukkan

bahawa penguasaan sesuatu kemahiran amat penting kepada seseorang individu.

Berdasarkan permainan bola sepak, terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu

dikuasai. Antaranya adalah kemahiran tendangan leret. Tendangan leret dalam

permainan bola sepak merupakan satu elemen yang seharusnya dikuasai oleh seseorang

pemain bola sepak. Hal ini kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran yang betul

berkenaan dengan tendangan leret, seseorang pemain tidak akan mampu untuk bermain

bola sepak dengan baik.

Secara amnya, tendangan leret merupakan tendangan aras bawah yang dilakukan

kepada pemain lain dengan tujuan untuk menyambung pengawalan bola bagi sesebuah

pasukan. Tendangan leret yang baik seharusnya tepat kepada sasaran, iaitu pemain yang

lain. Seseorang pemain bola sepak perlu melakukan segala kemahiran yang terdapat

dalam permainan bola sepak dengan baik. Perkara tersebut dapat dibuktikan berdasarkan

pandangan Rob Llyod Jones (2007) yang menyatakan penguasaan kaki dominan dan

bukan dominan adalah sangat penting dalam permainan bola sepak.

34
Menurut Dorge, Bullandersen, Sorensen, dan Simonsen (2001) pula, penggunaan

kedua-dua kaki iaitu kaki dominan dan kaki bukan dominan dalam permainan bola

sepak sangat penting semasa hendak melakukan hantaran dan menjaringkan gol. Melalui

kajian ini, responden perlu melakukan tendangan leret tepat kepada sasaran dengan

menggunakan apa juga teknik sekalipun.

2.3.3 Murid Tahun 4

Berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4,

terdapat beberapa jenis sukan yang perlu dipelajari oleh murid-murid Tahun 4.

Antaranya adalah permainan bola sepak. Jadi, responden yang terlibat dalam kajian ini

semestinya terdiri daripada murid-murid Tahun 4. Seramai 8 orang murid, yang terdiri

daripada 3 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan yang mengalami masalah

melakukan kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran dalam permainan bola sepak.

Kesemua responden yang terlibat berada dalam kelas yang sama, iaitu kelas

Tahun 4 Amanah. Mereka tidak mempunyai masalah berkaitan dengan akademik kerana

mereka berada dalam kelas pertama, tetapi mereka tidak pernah mewakili sekolah dalam

apa jua bidang kokurikulum yang berkaitan dengan sekolah. Oleh itu, masalah yang

dikenapasti perlu dirawat agar murid-murid dapat memperbaiki dan menguasai

kemahiran tersebut dengan baik.

35
2.3.4 Prinsip Latihan Ansur Maju

Ansur maju merupakan salah satu prinsip latihan yang terdapat dalam

Pendidikan Jasmani. Prinsip tersebut sangat penting untuk dikuasai oleh murid supaya

segala kemahiran yang disampaikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Prinsip ini juga memerlukan murid untuk

melakukan kemahiran dari senang kepada susah dan dari mudah kepada kompleks.

Kebiasaannya, prinsip ini meliputi proses pengulangan, penguasaan dan

pengukuhan kerana dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran tersebut.

Berdasarkan kajian ini, latihan ansur maju divariasikan mengikut jarak-jarak yang telah

dirancang setelah penguasaan dilakukan. Hal ini supaya murid lebih menguasai

kemahiran yang diajar. Kemudian, aktiviti pengayaan dijalankan bagi memastikan

responden benar-benar menguasai kemahiran tersebut atau tidak.

36
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif

3.1.1 Meningkatkan kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran melalui penggunaan

kasut berwarna.

3.1.2 Meningkatkan kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran menggunakan

bahagian dalam kaki.

3.2 Persoalan Kajian

3.2.1 Sejauh manakah penggunaan kasut berwarna dapat meningkatkan kemahiran

tendangan leret tepat ke sasaran?

3.2.2 Adakah penggunaan bahagian dalam kaki membantu murid meningkatkan

tendangan leret tepat ke sasaran?

37
4.0 KUMPULAN SASARAN

Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 8 orang murid, yang

terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan yang mengalami

masalah melakukan kemahiran tendangan leret tepat ke arah sasaran dalam permainan

bola sepak. Kesemua responden yang terlibat berada dalam kelas yang sama, iaitu kelas

Tahun 4 Amanah.

Mereka tidak mempunyai masalah berkaitan dengan akademik kerana mereka

berada dalam kelas pertama, tetapi mereka tidak pernah mewakili sekolah dalam apa jua

bidang kokurikulum yang berkaitan dengan sekolah. Oleh itu, masalah yang dikenapasti

perlu dirawat agar murid-murid dapat memperbaiki dan menguasai kemahiran tersebut

dengan baik.

38
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Perancangan

Masalah ini dikesan setelah ujian kemahiran tendangan leret mengikut Manual

Ujian Spesifik Bola Sepak yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni Dan

Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dilakukan ke atas murid-murid Tahun 4

Amanah. Keputusan ujian ketiga-tiga bahagian iaitu merah, kuning dan hijau (Rujuk

Lampiran A) tersebut menunjukkan terdapat 8 orang murid, iaitu 3 orang murid lelaki

dan 5 orang murid perempuan dari kelas tersebut untuk dijadikan sebagai responden

bagi kajian saya ini.

1 3 5 3 1
Kon

Arah Sepakan

Responden

Rajah 4. Manual Spesifik Ujian Bola Sepak (Tendangan Leret)

39
Sehubungan dengan itu, pelbagai latihan telah dirancang bagi meningkatkan

ketepatan sasaran semasa melakukan tendangan leret dalam permainan bola sepak.

Latihan-latihan tersebut melibatkan penguasaan terhadap kemahiran pada sesuatu jarak

iaitu 5 meter.

Kemudian latihan tersebut akan divariasikan kepada tiga warna iaitu merah,

kuning dan hijau yang mana memerlukan responden mempelajari kemahiran dari senang

ke susah dan dari mudah ke kompleks. Kon akan diletakkan mengikut sasaran latihan

bagi memudahkan responden melakukan penguasaan terhadap sasaran tersebut.

5.2 Tindakan

Latihan yang dijalankan pada minggu pertama adalah melibatkan kemahiran

tendangan leret menggunakan kasut berwarna bahagian merah sahaja sebanyak 10 kali

percubaan. Pada minggu kedua, responden akan menendang leret ke sasaran dengan

menggunakan bahagian kuning sahaja. Pada minggu ketiga, responden akan menendang

leret ke sasaran dengan menggunakan bahagian hijau sahaja. Keputusan setiap latihan

akan dicatat dalam borang skor. (Lampiran B)

40
Kon 1 3 5 3 1

Arah sepakan

Responden

Rajah 5: Latihan Yang Dijalankan

5.3 Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan,

hanya segelintir murid sahaja yang mampu melakukan tendangan leret dengan betul dan

tepat kepada sasaran. Terdapat juga murid yang tidak melakukan tendangan leret dengan

betul, tetapi hasilnya tendangan leret tersebut tepat kepada sasaran. Selebihnya tidak

dapat melakukan tendangan leret dengan betul dan tidak tepat kepada sasaran. Perkara

tersebut sekaligus menyukarkan pengkaji untuk mengajar kemahiran-kemahiran yang

lain dalam permainan bola sepak.

Hal ini disebabkan kedudukan mata dan badan mereka tidak tegak menghadap

sasaran. Teknik tendangan yang dilakukan juga tidak menepati langkah yang betul.

Murid-murid perlu menggunakan bahagian dalam kaki untuk menendang bola, sambil

kaki bukan dominan dibengkokkan bagi merendahkan pusat graviti.

41
Selepas itu, fasa ikut lajak perlu dilakukan agar bola yang ditendang dapat

bergolek leret tepat kepada sasaran.

Setelah latihan-latihan yang melibatkan prinsip latih tubi diberikan, didapati

responden yang terlibat telah menunjukkan peningkatan semasa melakukan tendangan

leret tepat kepada sasaran berdasarkan kepada keputusan ujian bahagian merah, kuning

dan hijau. Terdapat responden yang telah meningkat secara mendadak dan secara

sedikit. Perkara tersebut membuktikan bahawa latihan ansur maju yang diberikan dapat

membantu murid meningkatkan ketepatan sasaran semasa melakukan tendangan leret.

5.4 Refleksi

Berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan, didapati

responden berjaya menunjukkan peningkatan dalam kemahiran tendangan leret tepat

kepada sasaran. Hal ini kerana hasil keputusan yang diperolehi, kebanyakan responden

dapat menendang bola masuk ke dalam kon yang dijadikan sebagai sasaran mereka.

Prinsip latih tubi yang digunakan berjaya membantu responden dengan baik. Responden

perlu menguasai kemahiran tendangan leret pada jarak 5 meter. Segala objektif yang

dirancang telah dapat dicapai.

42
Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan sepanjang latihan

tersebut dijalankan. Antara kekuatan tersebut adalah seperti berlaku peningkatan

terhadap tendangan leret tepat kepada sasaran. Responden juga berjaya meningkatkan

keyakinan diri untuk melakukan kemahiran ini. Selain itu, responden juga mampu

menunjukkan perlakuan untuk melakukan tendangan leret kepada rakan yang lain.

Namun, beberapa kelemahan seperti kekurangan tempoh masa latihan dapat dikesan

sepanjang latihan ini dilaksanakan.

Pengkaji terpaksa mengikut kehendak pihak pentadbir kerana responden saya

berada di bawah jagaan mereka. Keadaan padang yang tidak rata juga merupakan

kelemahan yang dapat dikesan. Hal ini menyukarkan responden melakukan tendangan

leret dengan betul.

43
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA/PENGANALISAN DATA

Prosedur pengumpulan data menerangkan tentang langkah-langkah dan proses

yang digunakan untuk mendapatkan data penyelidikan yang dijalankan. Data dikumpul

menggunakan pelbagai cara, antaranya dengan melakukan ujian terhadap ketiga-tiga

bahagian kasut berwarna tersebut. Data-data tersebut direkodkan bagi memudahkan

penganalisisan dilakukan.

6.1 Instrumen Pengumpulan Data

6.1.1 Ujian Pra Manual Ujian Spesifik Bola Sepak

Ujian pra merupakan ujian yang dijalankan sebelum sesuatu latihan intervensi

dilakukan. Ujian ini bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap kebolehan murid-murid

yang diajar. Kemudian, secara tidak langsung pengkaji dapat mengenalpasti responden

yang terlibat dalam kajian ini. Ujian pra ini dilaksanakan berpandukan kepada Manual

Ujian Spesifik Bola Sepak yang yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni Dan

Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

44
Berdasarkan manual ini, terdapat 6 pancang yang digunakan sebagai penanda

markah bagi setiap percubaan yang dilakukan. Responden diberikan empat kali

percubaan tendangan leret dengan melakukan tendangan leret sejauh 5 meter dari tempat

berdiri ke arah pancang tersebut. Markah diambil berdasarkan ketepatan setiap

percubaan tendangan leret yang dilakukan. 5 markah diberikan jika percubaan

tendangan leret yang dilakukan tepat masuk ke ruang paling tengah, 3 markah diberikan

jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke ruang kiri dan kanan, manakala

1 markah diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke ruang

paling tepi sebelah kiri dan sebelah kanan. Tiada markah yang diberikan jika percubaan

tendangan leret yang dilakukan tidak masuk ke ruang yang disediakan. Kemudian, data

direkod untuk dianalisis.

6.1.2 Ujian Pasca Manual Ujian Spesifik Bola Sepak

Ujian pasca merupakan ujian yang dijalankan selepas sesuatu latihan intervensi

dilakukan. Ujian ini bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan responden

yang terlibat berkaitan dengan tendangan leret tepat kepada sasaran. Ujian pasca ini

dilaksanakan berpandukan kepada Manual Ujian Spesifik Bola Sepak yang yang

dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia. Pelaksanaan ujian pasca bagi manual ini sama seperti pelaksanaan ujian pra.

Berdasarkan manual ini, terdapat 6 pancang yang digunakan sebagai penanda markah

bagi setiap percubaan tendangan leret yang dilakukan.

45
Responden diberikan empat kali percubaan tendangan leret dengan melakukan

tendangan sejauh 5 meter dari tempat berdiri ke arah pancang tersebut. Markah diambil

berdasarkan ketepatan setiap percubaan tendangan leret yang dilakukan. 5 markah

diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan tepat masuk ke ruang paling

tengah, 3 markah diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke

ruang kiri dan kanan, manakala 1 markah diberikan jika percubaan tendangan leret yang

dilakukan masuk ke ruang paling tepi sebelah kiri dan sebelah kanan. Tiada markah

yang diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan tidak masuk ke ruang

yang disediakan. Kemudian, data direkod untuk dianalisis.

6.2 Cara Menganalisis Data

6.2.1 Ujian Tendangan Leret Manual Ujian Spesifik Bola Sepak

Pengkaji telah menjalankan ujian terhadap ketiga-tiga bahagian kasut yang

berwarna iaitu bahagian merah, bahagian kuning dan bahagian hijau. Berdasarkan data

yang dikumpul daripada ujian yang dijalankan, pengkaji telah menggunakan perisian

Microsoft Excel 2007 untuk menganalisis data-data tersebut. Pengkaji mendapatkan min

dan peratus berdasarkan ujian ketiga-tiga bahagian kasut berwarna yang dilakukan.

Kemudian, perbandingan antara ujian ketiga-tiga bahagian kasut berwarna dilakukan

bagi memastikan sama ada latihan yang diberikan dapat memberikan peningkatan

kepada responden atau tidak.

46
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN/INTERPRETASI DATA

Jadual 2

Keputusan Ujian Pra Tendangan Leret Tepat Kepada Sasaran Bahagian Merah Kasut

Responden Percubaan Skor

Dan Jantina
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10

R1 L 0 1 3 1 0 1 3 1 1 1 12

R2 L 1 3 0 1 1 1 1 1 3 0 11

R3 L 1 1 1 1 3 0 3 1 1 1 12

R4 P 0 0 1 1 0 0 1 1 1 1 6

R5 P 1 0 1 0 1 1 1 0 0 1 6

R6 P 1 1 0 1 0 1 1 0 0 0 5

R7 P 0 0 0 1 1 0 1 0 1 0 4

R8 P 0 1 1 0 1 3 1 0 1 1 9

7.1 Peratus Ketepatan Bahagian Merah Kasut

47
Peratus Ketepatan Tendangan Leret Bahagian
Merah Kasut
25

20

15 Peratus

10

0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8
Responden

Rajah 6: Graf Bar Peratus Ketepatan Tendangan Leret Bahagian Merah Kasut

Rajah 6 menunjukkan graf bar keputusan ujian tendangan leret bagi murid lelaki

dan perempuan bahagian merah kasut. Responden diberikan sepuluh kali percubaan

untuk melakukan tendangan leret tepat kepada sasaran. 5 markah diberikan jika

percubaan tendangan leret yang dilakukan tepat masuk ke ruang paling tengah, 3 markah

diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke ruang kiri dan kanan,

1 markah diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke ruang

paling tepi sebelah kiri dan sebelah kanan, manakala 0 markah diberikan jika tendangan

leret tidak masuk dalam mana-mana ruang yang disediakan. Kemudian, bilangan skor

dicatat dan disediakan dalam rajah di atas.

Dapatan kajian mendapati bilangan skor setiap responden tidak melebihi 15

markah. R1 dan R3 mendapat bilangan skor yang tertinggi untuk ujian tendangan
48
bahagian merah ini dengan mendapat 12 markah, diikuti R2 dengan 11 markah, dan R8

dengan 9 markah. R4 dan R5 pula mendapat 6 markah, diikuti dengan R6 5 markah.

Manakala R7 mendapat markah paling rendah iaitu 4 markah. Graf bar ini juga

menunjukkan peratus ketepatan tendangan leret bahagian merah kasut oleh responden.

Dapatan kajian menunjukkan R1 dan R3 memperoleh peratusan ketepatan

tertinggi iaitu sebanyak 24%, diikuti oleh R2 sebanyak 22%. R8 telah memperoleh 18%

ketepatan. R4 dan R5 sebanyak 12% diikuti dengan R6 dengan 10%. Manakala R7

mendapat peratusan ketepatan yang paling rendah iaitu 8%. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa bahagian merah kasut adalah bahagian yang paling tidak sesuai

digunakan semasa melakukan tendangan leret. Ini kerana peratus yang diperolehi adalah

rendah dan ianya jelas menunjukkan bahawa bahagian merah kasut tidak sesuai untuk

membuat tendangan leret tepat ke sasaran

Jadual 3

Keputusan Ujian Pra Tendangan Leret Tepat Kepada Sasaran Bahagian Kuning Kasut

49
Responden Percubaan Skor

Dan Jantina
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10

R1 L 1 3 3 1 3 3 3 1 3 1 22

R2 L 3 3 3 1 3 3 3 1 3 1 24

R3 L 3 3 3 1 3 1 1 3 3 1 22

R4 P 1 1 3 3 3 1 1 0 1 1 15

R5 P 1 1 3 0 3 3 3 1 0 1 16

R6 P 3 3 1 1 1 3 3 1 0 1 15

R7 P 0 0 3 1 3 3 3 1 1 3 18

R8 P 3 0 3 1 1 3 3 3 1 0 18

7.2 Peratus Ketepatan Bahagian Kuning Kasut

50
Peratus Ketepatan Tendangan Leret Bahagian
Kuning Kasut
50
45
40
35
30 Peratus
25
20
15
10
5
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8
Responden

Rajah 7: Graf Bar Peratus Ketepatan Tendangan Leret Bahagian Kuning Kasut

Rajah 7 menunjukkan graf bar keputusan ujian tendangan leret bagi murid lelaki

dan perempuan bahagian kuning kasut. Responden diberikan sepuluh kali percubaan

untuk melakukan tendangan leret tepat kepada sasaran. 5 markah diberikan jika

percubaan tendangan leret yang dilakukan tepat masuk ke ruang paling tengah, 3 markah

diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke ruang kiri dan kanan,

1 markah diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke ruang

paling tepi sebelah kiri dan sebelah kanan, manakala 0 markah diberikan jika tendangan

leret tidak masuk dalam mana-mana ruang yang disediakan. Kemudian, bilangan skor

dicatat dan disediakan dalam rajah di atas.

51
Dapatan kajian mendapati bilangan skor setiap responden tidak melebihi 25

markah. R2 mendapat bilangan skor yang tertinggi untuk ujian tendangan bahagian

kuning ini dengan mendapat 24 markah, diikuti R1 dan R3 dengan 22 markah, dan R7

dan R8 dengan 18 markah. R5 pula mendapat 16 markah. Manakala R4 dan R6

mendapat markah paling rendah iaitu 15 markah.

Graf bar ini juga menunjukkan peratus ketepatan tendangan leret bahagian

kuning kasut oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan R2 memperoleh peratus

ketepatan tertinggi iaitu sebanyak 48%, diikuti oleh R1 dan R2 sebanyak 44%. R7 dan

R8 telah memperoleh 36% ketepatan. R5 memperoleh sebanyak 32%. Manakala R4 dan

R6 mendapat peratus ketepatan yang paling rendah iaitu 30%. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa bahagian kuning kasut adalah lebih baik daripada bahagian kasut

yang berwarna merah semasa melakukan tendangan leret tepat ke sasaran.

52
Jadual 4

Keputusan Ujian Pra Tendangan Leret Tepat Kepada Sasaran Bahagian Hijau Kasut

Responden Percubaan Skor

Dan Jantina
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10

R1 L 1 1 3 3 5 5 5 3 5 3 34

R2 L 1 3 5 3 3 5 5 5 5 3 38

R3 L 5 5 5 3 3 5 3 1 1 3 33

R4 P 3 3 1 3 5 5 3 5 5 5 38

R5 P 3 5 3 5 5 3 3 1 5 3 36

R6 P 5 3 3 5 5 5 3 3 1 5 35

R7 P 3 3 5 5 5 5 3 1 1 3 34

R8 P 5 5 5 3 3 5 3 1 5 3 38

7.3 Peratus Ketepatan Bahagian Hijau Kasut

53
Peratus Ketepatan Tendangan Leret Bahagian
Hijau Kasut
76
74
72
70 Peratus
68
66
64
62
60
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8
Responden

Rajah 8: Graf Bar Peratus Ketepatan Tendangan Leret Bahagian Hijau Kasut

Rajah 8 menunjukkan graf bar keputusan ujian tendangan leret bagi murid lelaki

dan perempuan bahagian hijau kasut. Responden diberikan sepuluh kali percubaan untuk

melakukan tendangan leret tepat kepada sasaran. 5 markah diberikan jika percubaan

tendangan leret yang dilakukan tepat masuk ke ruang paling tengah, 3 markah diberikan

jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke ruang kiri dan kanan, 1 markah

diberikan jika percubaan tendangan leret yang dilakukan masuk ke ruang paling tepi

sebelah kiri dan sebelah kanan, manakala 0 markah diberikan jika tendangan leret tidak

masuk dalam mana-mana ruang yang disediakan. Kemudian, bilangan skor dicatat dan

disediakan dalam rajah di atas.

54
Dapatan kajian mendapati bilangan skor setiap responden tidak melebihi 40

markah. R2 dan R4 mendapat bilangan skor yang tertinggi untuk ujian tendangan

bahagian hijau ini dengan mendapat 38 markah, diikuti R5 dan R8 dengan 36 markah,

dan R6 35 markah. R1 dan R7 pula mendapat 34 markah. Manakala R3 mendapat

markah paling rendah iaitu 33 markah.

Graf bar ini juga menunjukkan ketepatan tendangan leret bahagian hijau kasut

yang paling tinggi oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan R2, R4 dan R8

memperoleh peratus ketepatan tertinggi iaitu sebanyak 76%, diikuti oleh R5 sebanyak

72%. R6 telah memperoleh 70% ketepatan. R1 dan R7 memperoleh sebanyak 68%.

Manakala R3 mendapat peratus ketepatan yang paling rendah iaitu 66%. Dapatan kajian

jelas menunjukkan bahagian yang paling tinggi peratus ketepatan adalah bahagian kasut

yang berwarna hijau. Ini kerana markah dan peratus yang tinggi jelas menunjukkan

bahagian hijau kasut merupakan bahagian yang paling sesuai untuk melakukan

tendangan leret tepat ke sasaran.

55
7.4 Perbandingan Peratus Skor Ujian Bahagian Merah, Kuning Dan Hijau

76 76 76
80 72
68 70 68
66
70

60
48
50 44 44
36 36
40 32
30 30
30 24 22 24
18
20 12 12 10 8
10

0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8

Merah Kuning Hijau

Rajah 9: Graf Bar Perbandingan Peratus Skor Tendangan Bahagian Merah, Kuning
dan Hijau

Rajah 9 menunjukkan perbandingan peratus skor tendangan leret tepat kepada

sasaran antara ketiga-tiga bahagian kasut bagi setiap responden. Dapatan kajian

mendapati berlaku peningkatan terhadap bilangan skor yang diperolehi. Graf bar

menunjukkan dapatan kajian selepas kesemua responden melakukan tendangan leret

dengan menggunakan ketiga-tiga bahagian kasut iaitu merah, kuning dan hijau.

56
Bahagian merah kasut menunjukkan skor yang paling rendah, diikuti dengan

bahagian kuning. Bahagian hijau kasut menunjukkan bilangan skor tertinggi semasa

kajian ini dijalankan.

Kesemua responden telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara kerana

terdapat perbezaan di antara ketiga-tiga bahagian kasut tersebut. Seramai tiga orang

responden telah mencatatkan peratus yang paling tinggi iaitu sebanyak 76%. Berikut

adalah jadual perbezaan peratus skor antara ketiga-tiga bahagian warna kasut :

57
Jadual 5

Responden Bahagian Kasut Berwarna

Dan Jantina
Merah Kuning Hijau

R1 L 24% 44% 68%

R2 L 22% 48% 76%

R3 L 24% 44% 66%

R4 P 12% 30% 76%

R5 P 12% 32% 72%

R6 P 10% 30% 70%

R7 P 8% 36% 68%

R8 P 18% 36% 76%

Responden 1 mencatatkan peratus paling tinggi sebanyak 68% pada bahagian

hijau kasut berbanding 44% pada bahagian kuning dan 24% pada bahagian merah kasut.

Responden 2 mencatat peratus paling tinggi juga pada bahagian hijau iaitu 76%. Berbeza

dengan 48% pada bahagian kuning dan hanya mencatat 22% pada bahagian merah kasut.

Manakala responden 3 mencatat peratus tertinggi sebanyak 66% pada bahagian

hijau, 44% bahagian kuning dan 24% pada bahagian merah. Responden 4 mencatat

58
peratus tertinggi pada bahagian hijau iaitu sebanyak 76%. Manakala 30% pada bahagian

kuning dan hanya mencatat 12% pada bahagian merah.

Responden 5 mencatat peratus tertinggi sebanyak 72%, 32% pada bahagian

kuning dan juga mencatat 12% pada bahagian merah. Responden 6 mencatat peratus

tertinggi sebanyak 70% pada bahagian hijau, 30% pada bahagian kuning dan 10% sahaja

pada bahagian merah. Responden 7 mencatat peratus tertinggi sebanyak 68% pada

bahagian hijau, 36% pada bahagian kuning dan juga mencatat peratus paling rendah

pada bahagian merah iaitu sebanyak 8% sahaja. Manakala responden 8 mencatat peratus

tinggi pada bahagian hijau sebanyak 76%, 36% pada bahagian kuning dan 18% pada

bahagian merah.

Bahagian merah telah mencatatkan peratus paling rendah semasa ujian ini

dijalankan. Manakala bahagian kuning mencatatkan peratus yang sederhana dan lebih

tinggi sedikit daripada bahagian merah kasut. Kesimpulannya, bahagian hijau kasut telah

mencatatkan peratus yang paling tinggi di antara bahagian merah dan kuning. Dapatan

ini jelas menunjukkan responden yang terlibat dapat melakukan tendangan leret tepat

kepada sasaran dengan lebih baik selepas menggunakan kasut berwarna pada bahagian

dalam kaki berwarna hijau.

7.5 Pengiraan Min

59
Bahagian merah kasut:

= Jumlah bilangan skor setiap responden


Bilangan responden

= 12 + 11 + 12 + 6 + 6 +5 + 4 + 9
8

= 65
8

= 8.5

Bahagian kuning kasut:

= Jumlah bilangan skor setiap responden


Bilangan responden

= 22 + 24 + 22 + 15 + 16 +15 + 18 + 18
8

= 150
8

= 18.7

Bahagian hijau kasut:


60
= Jumlah bilangan skor setiap responden
Bilangan responden

= 34 + 38 + 33 + 38 + 36 + 35 + 34 + 36
8

= 284
8

= 35.5

Pengiraan min di atas merupakan pengiraan min bagi ujian tendangan leret tepat

kepada sasaran bahagian merah, kuning dan hijau kasut. Hal tersebut digunakan bagi

mecari purata untuk setiap ujian yang dilaksanakan. Pengiraan min dilakukan dengan

mendapatkan jumlah bilangan skor setiap responden, kemudian dibahagi dengan

bilangan responden yang terlibat. Hasil pengiraan menunjukkan berlaku peningkatan

daripada 8.5 (min ujian merah) kepada 35.5 (min ujian hijau).

7.6 Perbandingan Min Antara Bahagian Merah, Kuning dan Hijau

61
Perbandingan Min Antara Ujian Bahagian Merah, Kuning
dan Hijau

40
35
30 Min
25
20
15
10
5
0
Merah Kuning Hijau
Bahagian Kasut Berwarna

Rajah 10: Graf Bar Perbandingan Min Antara Ujian Bahagian Merah,

Kuning dan Hijau

Rajah 10 menunjukkan graf bar perbandingan min antara ujian bahagian merah,

kuning dan hijau kasut untuk tendangan leret tepat kepada sasaran. Berlaku peningkatan

terhadap min ujian bahagian merah dengan min ujian bahagian hijau iaitu peningkatan

sebanyak 27. Dapatan ini jelas menunjukkan responden yang terlibat dapat melakukan

tendangan leret tepat kepada sasaran dengan lebih baik selepas menjalani latihan ansur

maju yang disediakan.

7.7 Peratus Kenaikan Min:

62
= (min ujian bahagian kuning – min ujian bahagian merah) x 100
min ujian bahagian kuning

= (18.7 – 8.5) x 100


18.7

= 10.2 x 100
18.7

= 54.54 %

= (min ujian bahagian hijau – min ujian bahagian kuning) x 100


min ujian bahagian hijau

= (35.5 – 18.7) x 100


35.5

= 16.8 x 100
35.5

= 47.32 %

63
= (min ujian bahagian hijau – min ujian bahagian merah) x 100
min ujian bahagian hijau

= (35.5 – 8.5) x 100


35.5

= 27 x 100
35.5

= 76 %

Pengiraan peratus kenaikan min dilakukan bagi mendapatkan peratus kenaikan

yang berlaku berdasarkan min yang diperolehi mengikut ujian yang dijalankan. Peratus

kenaikan min diperolehi dengan perbezaan antara min ujian bahagian hijau dan min

ujian bahagian merah dicari. Nilai yang diperolehi dibahagi dengan min bahagian hijau,

kemudian didarabkan dengan peratus bagi mendapatkan peratus kenaikan min. Hasil

pengiraan mendapati responden telah menunjukkan peningkatan sebanyak 76 % selepas

menjalani latihan ansur maju yang diediakan.

64
7.8 Pengiraan Peratus

Ujian Bahagian Merah:

= Jumlah skor ujian bahagian merah x 100


Jumlah skor keseluruhan

= 65 x 100
400

= 16.25 %

Ujian Bahagian Kuning:

= Jumlah skor ujian bahagian kuning x 100


Jumlah skor keseluruhan

= 150 x 100
400

= 37.5 %

Ujian Bahagian Hijau:

= Jumlah skor ujian bahagian hijau x 100


Jumlah skor keseluruhan

= 284 x 100
400

= 71 %

65
7.9 Perbandingan Peratus Antara Bahagian Merah, Kuning dan Hijau Kasut

Perbandingan Peratus Ujian Bahagian Merah, Kuning


dan Hijau
Merah Kuning Hijau
13%

57% 30%

Rajah 11: Carta Pai Perbandingan Peratus Antara Ujian Bahagian Merah,

Bahagian Kuning dan Bahagian Hijau Tendangan Leret

Rajah 11 menunjukkan carta pai perbandingan peratus antara ujian bahagian

merah, bahagian kuning dan bahagian hijau bagi tendangan leret tepat kepada sasaran.

Hal tersebut bertujuan untuk memudahkan pembaca melihat kenaikan yang berlaku

berdasarkan ketiga-ketiga bahagian kasut diuji keberkesanannya. Melalui carta pai di

atas, jelas sekali menunjukkan bahagian merah kasut adalah bahagian yang paling tidak

sesuai untuk melakukan tendangan leret tepat ke sasaran. Hasil dapatan menunjukkan

66
hanya 13% sahaja ketepatan ke arah sasaran. Ini kerana bahagian tersebut terlalu rapat

dengan tuas pada bahagian kaki manusia.

Badan manusia mempunyai bentuk yang tersendiri berasaskan kepada keadaan

dan struktur tulang. Tulang-tulang ini akan bersambung antara satu sama lain melalui

sistem persendian dan bertindak sebagai tuas yg memindahkan tenaga otot terhadap

objek yang menghasilkan pergerakan. Tuas bagi tendangan leret adalah dalam kumpulan

tuas yang pertama iaitu fleksi yang melibatkan pergelangan kaki. Bahagian merah kasut

lebih sesuai untuk melakukan tendangan belakang (back heel). Manakala bahagian

kuning pula memperoleh 30% ketepatan dalam melakukan tendangan leret tepat ke

sasaran.

Seperti maklum, bahagian kuning merupakan bahagian hadapan kasut. Bahagian

ini lebih sesuai digunakan untuk melakukan tendangan lambung atau tinggi. Bahagian

ini juga terletak jauh daripada tuas kaki dan ia akan menyebabkan kaki tidak dapat

diluruskan semasa melakukan tendangan leret terutama sekali kepada murid-murid

sekolah rendah. Hanya 30% sahaja hasil dapatan melalui kajian ini dijalankan. Bahagian

hijau merupakan bahagian yang paling tinggi peratus kajian iaitu sebanyak 57%.

67
Bahagian hijau merupakan bahagian tengah kasut dan bahagian ini adalah

bahagian yang paling dekat dengan tuas kaki manusia. Manusia perlu merendahkan

sedikit badan semasa melakukan tendangan leret mengikut biomekanik tubuh badan

manusia. Ia selaras dengan daya yang dikeluarkan tuas semasa melakukan tendangan

leret. Hasil dapatan jelas menunjukkan bahawa bahagian kasut yang berwarna hijau

adalah pilihan yang baik untuk melakukan tendangan tepat ke arah sasaran.

Ia sekaligus membuktikan bahawa penggunaan kasut berwarna bahagian dalam

kaki untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran

dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Amanah dapat membantu responden

meningkatkan ketepatan semasa melakukan tendangan leret.

68
8.0 RUMUSAN

Menurut Rosinan Edinin (2011), rumusan dan refleksi merupakan satu proses

berterusan untuk membolehkan pengkaji mengaplikasikan amalan terbaik dalam bidang

tugasnya. Boud, Keogh dan Walker (1985) pula menjelaskan bahawa perbuatan releksi

adalah satu proses penerokaan dan penemuan terhadap pengalaman sendiri yang boleh

membawa hasil pembelajaran yang tidak dijangka.

8.1 Rumusan Dapatan

Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan terhadap

kemahiran tendangan leret tepat kepada sasaran berdasarkan latihan yang diberikan

selama 3 minggu. Peningkatan ini menunjukkan bahawa latihan ansur maju yang

diberikan telah menunjukkan kesan yang positif terhadap penguasaan kemahiran

tendangan leret tepat kepada sasaran.

69
Dapatan kajian yang diperolehi telah berjaya menjawab persoalan kajian iaitu

latihan ansur maju melalui penggunaan kasut berwarna yang diberikan dapat membantu

responden meningkatkan ketepatan sasaran semasa melakukan tendangan leret dalam

permainan bola sepak. Hal ini dapat dibuktikan melalui perbandingan ketiga-tiga

bahagian warna kasut ujian tendangan leret lelaki dan perempuan yang mana berlaku

peningkatan terhadap keputusan setiap responden yang terlibat.

Kebanyakan pencapaian yang diperolehi semasa ujian bahagian merah dan

kuning berdasarkan Manual Ujian Spesifik Bola Sepak adalah pada tahap lemah dan

sederhana, manakala pencapaian yang diperolehi semasa ujian bahagian hijau adalah

pada tahap baik dan cemerlang. Perkara tersebut sekaligus membuktikan bahawa latihan

ansur maju melalui penggunaan kasut berwarna yang diberikan dapat membantu

peningkatan penguasaan terhadap kemahiran tendangan leret tepat kepada sasaran.

Selain itu, dapatan kajian melalui perbandingan min ujian bahagian merah dan

min ujian bahagian hijau juga telah menunjukkan peningkatan terhadap kemahiran

tendangan leret tepat kepada sasaran. Berdasarkan pengiraan min yang telah dilakukan,

pengiraan min ujian bahagian merah adalah 8.5, manakala pengiraan ujian bahagian

hijau adalah 35.5. Hasil pengiraan tersebut menunjukkan perbezaan yang ketara. Apabila

pengiraan peratus kenaikan min dilakukan, didapati berlaku peningkatan min sebanyak

76%.

70
Hal ini bermakna latihan ansur maju melalui penggunaan kasut berwarna yang

diberikan telah membantu responden menguasai kemahiran tersebut. Tendangan leret

yang dilakukan oleh responden semakin baik dan tepat mengenai sasaran yang

dikehendaki.

Keputusan perbandingan peratus antara ujian bahagian merah dan ujian bahagian

hijau juga dapat membuktikan bahawa latihan yang diberikan telah berjaya membantu

responden untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tendangan leret tepat kepada

sasaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil pengiraan peratus yang mana peratus

ujian bahagian merah adalah sebanyak 16.25 %.

Apabila latihan ansur maju melalui penggunaan kasut berwarna diberikan selama

3 minggu, keputusan pengiraan peratus pada ujian bahagian hijau telah meningkat

kepada 71%. Perkara tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa latihan ansur

maju melalui penggunaan kasut berwarna yang diberikan selama 3 minggu telah

mendatangkan hasil yang positif terhadap penguasaan kemahiran tendangan leret tepat

kepada sasaran.

71
8.2 Refleksi

Kebiasaannnya, setiap perkara yang dilakukan mempunyai kekuatan dan

kelemahan yang dikesan untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.

Berdasarkan kajian ini juga, terdapat perubahan berkenaan dengan peningkatan

keputusan ujian yang telah dijalankan. Prinsip latihan yang diberikan telah memberi

kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna,

terutama sekali dalam kemahiran tendangan leret tepat kepada sasaran. Prinsip tersebut

juga bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran tendangan leret tepat kepada sasaran,

sebaliknya dapat membantu proses mengingat, sekaligus dapat melatih pemikiran

responden dengan baik.

Terdapat beberapa kebaikan yang diperolehi berdasarkan kajian yang telah

dilaksanakan ini. Antaranya seperti penggunaan peralatan yang mudah diperolehi

daripada pihak sekolah. Hal ini kerana semua peralatan yang digunakan oleh pengkaji

merupakan peralatan asas yang wajib ada dalam stor Pendidikan Jasmani di samping

kasut berwarna itu sendiri. Perkara tersebut sekaligus membantu pengkaji untuk

mentadbir sesi latihan intervensi dengan baik dan mudah.

72
Di samping itu, instrumen yang digunakan oleh pengkaji merupakan instrumen

yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara tersebut secara tidak

langsung membantu kesahihan kajian ini. Instrumen tersebut juga bersifat mudah tadbir.

Jadi, pengkaji boleh melaksanakan instrumen tersebut di mana-mana sahaja, seperti

kawasan padang berumput atau kawasan gelanggang dengan menitikberatkan tentang

aspek keselamatan ke atas responden yang terlibat.

Kolaborasi dan komunikasi merupakan dua elemen yang perlu dititkberatkan

untuk memperolehi kerjasama yang baik dengan pihak sekolah. Kerjasama yang baik

antara pengkaji dengan pihak sekolah juga merupakan kekuatan yang terdapat dalam

kajian ini. Hal ini kerana kewujudan kerjasama yang baik adalah penting dalam

melaksanakan sesuatu program agar pihak yang terlibat mendapat manfaat yang

secukupnya. Contohnya seperti guru-guru membenarkan pengkaji menggunakan

responden dari kelas mereka untuk menjalani latihan intervensi yang disediakan. Perkara

tersebut bergantung kepada budi bicara pihak yang terlibat.

Namun begitu, setiap kelemahan yang dikesan adalah untuk tujuan

penambahbaikan pada masa akan datang. Berdasarkan kajian ini, kelemahan yang ketara

adalah melalui faktor kelewatan responden untuk tiba di kawasan latihan. Hal ini

disebabkan responden perlu menghadiri sesi perhimpunan yang diadakan pada setiap

hari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Kelewatan murid telah

mengganggu sedikit sebanyak proses perjalanan latihan intervensi yang telah dirancang.

73
Faktor cuaca juga perlu dititikberatkan agar segala yang dirancang dapat

dilaksanakan. Setiap perancangan perlu mempunyai pelan sokongan sebagai alternatif

lain agar sesi latihan intervensi tidak terhenti sementara. Jika faktor cuaca mengganggu,

maka alternatif lain perlu digunakan bagi memastikan sesi latihan intervensi yang

dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Kesimpulannya, pelaksanaan sesi latihan intervensi memerlukan perancangan

yang rapi agar segala kelemahan dapat diminimumkan. Hal ini bertujuan untuk

memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Setiap

perkara tersebut perlulah membantu meningkatkan penguasaan murid, secara tidak

langsung dapat memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan

dengan baik.

74
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), kajian lanjutan yang

dicadangkan boleh dilakukan atau mampu membuat penambahbaikan ke atas tindakan

pada masa akan datang. Penambahbaikan boleh diakukan oleh pengkaji lain, seterusnya

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkembang dengan baik.

Kajian tindakan yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kesang ini berjaya

meningkatkan kefahaman dan kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran dalam

permainan bola sepak dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Amanah. Prinsip latihan

ansur maju melalui penggunaan kasut berwarna yang digunakan oleh pengkaji berjaya

membuahkan hasil yang baik. Oleh yang demikian, diharapkan guru-guru lain dapat

memainkan peranan penting dalam melaksanakan program yang berkaitan dengan

Pendidikan Jasmani.

Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan supaya kajian berkaitan dengan

ketepatan sasaran semasa melakukan tendangan leret ini diperincikan lagi dengan

menetapkan penggunaan kaki dominan atau bukan dominan. Hal ini adalah kerana

dalam kajian ini pengkaji hanya memberikan fokus terhadap ketepatan sasaran semasa

75
melakukan tendangan leret sahaja. Pengkaji memberi kebebasan terhadap responden

untuk menggunakan mana-mana kaki yang dapat memberikan keselesaan sewaktu

melakukan kemahiran tersebut. Oleh yang demikian, dicadangkan supaya kajian

seterusnya memberi fokus terhadap penggunaan kaki dominan atau bukan dominan

dalam melakukan kemahiran tendangan leret melalui prinsip latihan ansur maju.

Selain itu, dicadangkan juga supaya kajian seterusnya dilaksanakan dengan

menambah bilangan jarak bagi meningkatkan tahap kesukaran terhadap responden. Hal

ini sekaligus dapat membantu responden memberi penguasaan yang secukupnya

terhadap jarak yang ditentukan pada kajian seterusnya. Perkara tersebut dapat

memastikan responden menguasai dengan baik kerana bilangan jarak yang akan

dilaksanakan akan bertambah.

Pengkaji juga telah mencadangkan supaya kajian seterusnya melibatkan

penguasaan terhadap kemahiran-kemahiran yang lain. Hal ini kerana kemahiran-

kemahiran lain seperti kemahiran tendangan lambung, kemahiran mengawal bola,

kemahiran menjaringkan gol, dan lain-lain juga perlu diberi perhatian. Pengkaji lain

boleh menggunakan intervensi yang telah digunakan oleh pengkaji bagi memastikan

penguasaan penuh dapat dilakukan oleh responden. Perkara ini sekaligus dapat

membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

76
Di samping itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian seterusnya diubahsuai

mengikut jenis sukan dan permainan yang bersesuaian. Perkara ini perlu dilaksanakan

agar responden tidak tertumpu kepada permainan bola sepak sahaja, sebaliknya dapat

melaksanakan sukan dan permainan yang lain. Pengkaji lain boleh menggunakan prinsip

latihan yang digunakan oleh pengkaji dan mengaplikasikannya kepada sukan dan

permainan yang bersesuaian. Hal ini sekaligus dapat memastikan responden yang akan

terlibat dapat mempelajari berkenaan dengan pelbagai jenis sukan dan permainan.

Kesimpulannnya, hasil kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan kasut

berwarna bahagian dalam kaki untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran

tendangan leret tepat ke sasaran yang dilaksanakan ke atas murid-murid Tahun 4

Amanah sesuai untuk dilaksanakan ke atas responden-responden lain yang mempunyai

kelemahan yang sama.

Selain itu, kajian tindakan ini juga menyarankan agar kajian-kajian tindakan

seterusnya dapat dikendalikan dengan skop yang lebih luas di samping mengambil kira

cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh pengkaji. Pengkaji juga berharap agar

kajian yang dilaksanakan ini dapat memberi sumbangan yang berguna kepada aspek

pendidikan, khususnya dalam kurikulum dan pedagogi Pendidikan Jasmani, sukan dan

permainan.

77
10.0 RUJUKAN

Abdul Kadir bin Abu Samah (2009). Meningkatkan Kemahiran Permulaan Lari Pecut
Dalam Kalangan Murid Tahun 5. Open University Malaysia, Kuala Lumpur:
Fakulti Penddikan dan Bahasa.

Alley (1996) Dalam Smith, R Diperolehi pada 18 julai 2012 daripada


http:/www.gsu.edu/~mstswhcourses/it7000/papers/student-1.html

Anderson & Block (1978). Kaedah Pembelajaran Masteri. Diperolehi pada 28 Julai 2012
daripada http://seribuimpianhafiz.blogspot.com/p/pembelajaran-masteri_23.html

Bhasah bin Hj. Abu Bakar (2006). Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan.
Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bloom (1968). Kaedah Pembelajaran Masteri. Diperolehi pada 15 Julai 2012 daripada
http://seribuimpianhafiz.blogspot.com/p/pembelajaran-masteri_23.html

Boud, D., Keogh, R. & Walker, D. (1985). “Promoting reflection in learning: a model.”
In Boud, D., Keogh, R. & Walker, D. (eds.) Reflection: Turning Experience into
Learning. New York: Nichols, 18-40, 198

78
Chen, L. C. (2009). Membaiki Tulisan Murid Tahun 3 Dalam Matapelajaran Bahasa
Cina Dengan Kaedah Ansur Maju. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang: Unit Bahasa Cina, Jabatan Bahasa.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan
Dalam Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Cohen (1959). Research methods in education (5th ed.). London: Routledge Falmer.

Dauer, V. (1995). Dynamic physical education for elementary school children (9th ed.).
New York: Macmillan.

Dinan & Frydrychowski (1995) Dalam Smith, R. Diperolehi pada 18 julai 2012 daripada
http:/www.gsu.edu/~mstswhcourses/it7000/papers/student-1.html

Dorge H.C., Bullandersen T., Sorensen H. dan Simonsen E.B., (2001). Biomechanical
differences in soccer kicking with the preferred and the non-preferred leg. 4 (20),
293-299.

Dzulkifli bin Ismail, Jamaliyah binti Ahmad, dan Yahya Bin Abdul Jalil (2005).
Kemahiran Asas Menendang Bola. Tendangan Leret. Buku Teks Pendidikan
Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (ms 36). Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Ebbut (1985). Definisi Kajian Tindakan. Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran (ms 4). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Izzat Fadhli Bin Hamdan (2011). Meningkatkan Ketepatan Balingan Bola Dengan
Menggunakan Alat Inovasi Stesen Pintar Dalam Kalangan Murid Autisme.
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas: Jabatan Sains Sukan.

Jenny, John H. (1961). Physical Education And Training. New York: Macmillan.

79
Jones, R. B. (1997). Meningkatkan Kemahiran Hantaran Leret Bagi Kaki Bukan
Dominan Dalam Permainan Bola Sepak Murid Tahun 4 Dengan Pendekatan
Latihan Kemahiran. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan pelajar PISMP
AmbilanJanuari 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, halaman
594.

Kannu, J. G. (1993). Keberkesanan Latihan Imageri Mental Terhadap Ketepatan


Jaringan Penalti Dalam Permainan Bola Sepak. Universiti Pertanian Malaysia:
Unit Pendidikan Jasmani, Fakulti Pengajian Pendidikan.

Karisma, P. A. (2011). Pengaruh Latihan Long Passing Menggunakan Punggung Kaki


Bagian Dalam Dan Punggung Kaki Penuh Terhadap Ketepatan Passing
Melambung Pada Pemain PS.HW Kudus Tahun 2011. Universitas Negeri
Semarang: Fakultas Ilmu Keolahragaan.

Kember & Gow (1992). Definisi Kajian Tindakan. Kajian Tindakan: Konsep & Amalan
dalam Pengajaran (ms 5). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah


Pendidikan Jasmani. Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur.

Lewin, K. (1948). Model Penyelidikan Tindakan. Penyelidikan Tindakan Kaedah dan


Penulisan (ms 34). Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Magill, R.A. (2003). Motor Learning and Control Concepts and applications. (7th ed).
New York: Mcgraw Hill.

Majelan, A. S., Nia, F. R., Norasteh, A. A., & Damirchi, A. (2002). The Effects Of
Approach Angle And Target Position On Instep Kicking Accuracy And Ball
Speed With Skilled Soccer Players. University of Guilan, Rahst, Iran: Faculty of
Physical Education and Sport Sciences.

Maslow, A. (1954). Hieraki Keperluan Maslow. Diperolehi pada 22 Julai 2012 daripada
http://daniraipgm.blogspot.com/p/tokoh-humanis-abraham-maslow.html

McNiff (1988). Definisi Kajian Tindakan. Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran (ms 4). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

80
Meyes & Jones (1993) Dalam Smith, R Diperolehi pada 18 julai 2012 daripada
http:/www.gsu.edu/~mstswhcourses/it7000/papers/student-1.html

Mukmin Mohd Bin Ibrahim (2011). Meningkatkan Kemahiran Hantaran Leret Bagi
Kaki Bukan Dominan Dalam Permainan Bola Sepak Murid Tahun 4 Dengan
Pendekatan Latihan Kemahiran. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas:
Jabatan Sains Sukan.

Rosenborg, M. J. (2001). E-Learning. New York: Mcgraw Hill.

Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Scete & Gentry (1995). Dalam Smith, R Diperolehi pada 18 julai 2012 daripada
http:/www.gsu.edu/~mstswhcourses/it7000/papers/student-1.html

Scurr, J. & Hall, B. (2008). The Effects of Approach Angle On Penalty Kicking
Accuracy And Kick Kinematics With Recreational Soccer Player. University of
Portsouth, Portsmouth, UK: Department of Sports and Exercise Science.

Sejeli Sarpawi (2009). Mengenalpasti Kaedah Yang Berkesan Untuk Mengajar


Kemahiran Asas Bola Sepak Di Kalangan Pelajar Tahap Dua Di SK Mata
Parang. Open University Malaysia, Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan dan
Bahasa.

Shaffer (1985). Hieraki Keperluan Maslow. Diperolehi pada 22 Julai 2012 daripada
http://daniraipgm.blogspot.com/p/tokoh-humanis-abraham-maslow.html

Skinner, B. F. (1954). Pendekatan Behaviorisme / Perlakuan. Diperolehi pada 18 Mac


2012 daripada http://eprints.utm.my/10358/1/bab11.pdf

Somekh (1989). Definisi Kajian Tindakan. Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran (ms 5). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Thorburg (1995) Dalam Smith, R Diperolehi pada 18 julai 2012 daripada


http:/www.gsu.edu/~mstswhcourses/it7000/papers/student-1.html
81
Williams (1964). Definisi Pendidikan Jasmani. Diperolehi pada 17 Mac 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/65541744/3/Konsep-Dan-Definisi-Pendidikan-
Jasmani.

Williams & Andaman (1973). Pendekatan Behaviorisme / Perlakuan. Diperolehi pada 18


Mac 2012 daripada http://eprints.utm.my/10358/1/bab11.pdf

Zainal Abidin bin Zainuddin & Muhammad Salleh bn Rosli (2010). Pengaruh Kadar
Dehidrasi Terkawal Ke Atas Prestasi Semasa Pemain Bola Sepak Universiti
Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.

82

You might also like