You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

1.1 MODIFIKASI TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS

Modifikasi bermaksud cara mengubah bentuk dari kurang menarik kepada lebih
menarik tanpa menghilangkan fungsi asalnya.

Tingkahlaku pula bermaksud perkara yang dilakukan oleh seseorang


individu. Terdapat dua jenis tingkahlaku yang dilakukan oleh seseorang
individu, pertamanya ialah tingkahlaku luaran ataupun dikenali sebagai Overt.
Tingkahlaku luaran dapat dilihat dan diperhatikan oleh sekeliling. Sebagai
contohnya, perbuatan sedang berjalan, sedang makan dan sebagainya.
Tingkahlaku luaran terbahagi kepada dua iaitu tingkahlaku melalui lisan dan
tingkahlaku melalui motor. Lisan bermaksud menggunakan bahasa manakala
motor pula merujuk kepada penggunaan badan atau pergerakan badan semasa
menunjukkan sebarang tingkahlaku. Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis
tingkahlaku lisan dan juga motor boleh terlibat serentak dalam sesuatu situasi.
Keduanya ialah tingkahlaku dalaman atau dikenali sebagai Covert. Tingkah
laku dalaman ini tidak dapat dilihat dan tidak boleh ditunjuk. Sebagai
contohnya, perasaan seseorang apabila mengingatkan akan sesuatu yang
digemari mahupun sebaliknya.

Pendidikan khas pula merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar


biasa iaitu kanak-kanak yang tidak mencapai pertumbuhan seperti kanak-kanak
normal yang lain dari segi intelek, fizikal, social dan emosi. Kanak-kanak ini
juga dikenali sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak tersebut
tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa atau aliran
perdana (Chua Tee dan Koh Boh Boon, 1992).

Jelaslah bahawa modifikasi tingkahlaku dalam pendidikan khas merujuk


kepada cara tenaga pengajar untuk mengubah tingkahlaku murid berdasarkan
prinsip-prinsip psikologi dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku positif
dengan memberi peneguhan yang tertentu. Tujuan penggunaan modifikasi
tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang

1
dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif menyelesaikan tingkah
laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah yang
berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. (Rujukan Psikologi Pendidikan untuk Kursus diploma Perguruan
Semester 3, Mok Soon Sang).

Para murid di dalam sebuah bilik darjah adalah berbeza-beza.


Sebahagian besar daripada mereka boleh mematuhi peraturan-peraturan di
dalam kelas. Sebaliknya, terdapat sebahagian kecil murid yang menonjolkan
tingkahlaku destruktif dan disruptif di mana mengganggu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Langkah-langkah yang tertentu perlu diambil oleh para tenaga pengajar.


Hal ini demikian kerana tugas tenaga pengajar di setiap tempat adalah
memastikan setiap murid mencapai matlamat yang optimum bermula mereka
masuk ke alam persekolahan.

Antara langkah yang bersistematik yang boleh diguna pakai oleh para
tenaga pengajar dalam konteks memodifikasikan tingkahlaku murid kepada
lebih baik ialah pertamanya para tenaga pelajar perlu mengenalpasti
tingkahlaku yang negatif dalam kalangan murid yang perlu atau ingin diubah.
Hal ini demikian amat penting agar kita sentiasa mengikut cara yang betul
malahan yang terbaik. Para tenaga pelajar juga perlu memikirkan adakah
tingkahlaku yang perlu diubah tersebut berkaitan dengan satu-satu tingkahlaku
lain. Jika ya, para tenaga pelajar perlu mengimbangkan salah satu tingkah laku
yang perlu diubah terlebih dahulu.

Keduanya menetapkan matlamat terhadap tingkahlaku yang ingin


diubah. Matlamat ini penting agar para tenaga pelajar mengetahui apa yang
terbaik untuk diubah ekoran dari tingkahlaku yang negatif yang ditunjukkan
oleh sesetengah murid. Penetapan matlamat adalah amat penting kerana agar
ianya tidak tersasar dari apa yang hendak dilakukan dalam konteks
membaikpulihkan sesuatu.

2
Seterusnya ialah para tenaga pengajar perlulah menentu atau membuat
strategi tindakan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Hal ini demikian
menunjukkan bahawa para tenaga pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang
secukupnya dalam memodifikasikan tingkahlaku khususnya kepada para murid
yang berkeperluan khas. Apa yang perlu diambilkira ialah strategi tindakan
yang akan dilakukan perlu berkaitrapat dengan kekuatan psikologi agar
matlamat yang ditetapkan tercapai dengan jayanya. Sebagaimana yang kita
ketahui, psikologi amat berguna kepada semua murid khususnya murid yang
bekeperluan khas.

Apabila strategi sudahpun ditentukan, pelaksanaan strategi harus


dilakukan. Harus diingatkan bahawa setiap strategi perlu mengikut piawai yang
betul agar input yang baik atau positif dapat diserap kepada murid yang terpilih
tersebut. Masa perlaksaan strategi bergantung kepada kemampuan guru dan
kemampuan murid. Hal ini demikian kerana kemampuan bagi setiap tenaga
pelajar dan juga para murid adalah berbeza-beza. Pengulangan strategi
diperlukan agar murid khususnya yang berkeperluan khas tersebut mendapat
input positif dalam setiap pelaksanaan.

Semasa pelaksanaan strategi dijalankan, para tenaga pengajar perlu


menilai keberkesanan dan mengubah plan tindakan jika perlu. Hal ini demikian
menunjukkan para tenaga pengajar perlu sentiasa memerhatikan kesan selepas
strategi dilaksanakan. Mengubah jika perlu juga diperlukan agar para tenaga
pengajar tidak membuang masa dan tenaga dalam pelaksanaan strategi yang
tidak memberi kesan yang positif kepada murid.

Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan tercapai dengan


jayanya adalah yang terakhir. Pada peringkat ini, guru perlu memastikan
pencapaian yang diperoleh oleh murid dicapai mengikut kemampuan seseorang
murid. Penambahbaikkan juga boleh dilakukan untuk tujuan memberi
peneguhan yang positif ke atas tingkahlaku yang dimodifikasikan.

3
2.0 Teori Pembelajaran Behaviorisme

Terdapat pelbagai teori yang di kemukakan bertujuan untuk mengupas proses


pembelajaran dengan lebih mendalam lagi. Mazhab behavioris merupakan salah satu
mazhab yang mana melahirkan tokoh-tokoh yang mengemukakan mengenai teori
pembelajaran bahavioris. Tokoh-tokoh behavioris yang popular ialah Ivan Petrovich
Pavlov, John B Watson, Edward L Thorndike dan B.F Skinner.

Menurut pembacaan saya, behaviorisme juga bermaksud tingkahlaku.


Tingkahlaku diperoleh atau terbentuk melalui proses pembelajaran. Tingkahlaku yang
sedia ada pada diri boleh berubah atau di modifikasikan sama ada ke arah lebih baik
atau kurang baik bergantung dengan proses pembelajaran yang di alami oleh seseorang
individu. Proses pembelajaran tingkahlaku ini bukan sahaja berlaku kepada manusia
normal malah berlaku kepada mereka yang berkeperluan khas.

2.1 Teori Pelaziman Klasik

Ivan Petrovich Pavlov (1849-1939) merupakan pelopor teori Pelaziman Klasik.


Ivan seorang yang pakar dalam fisiologi Rusia. Fahaman beliau menyatakan
manusia mempelajari sesuatu perkara yang belum diketahui dan ianya tidak
melibatkan unsur-unsur dalaman manusia (unsur akal dan jiwa) kerana unsur-unsur
ini tidak hadir semasa proses pembelajaran berlaku. Fahaman inilah yang
meletakkan Pavlov dalam kategori teori Pelaziman Klasik.

Menurut Pavlov, rangsangan bermaksud apa jua bentuk tenaga yang timbul, ia
akan menghasilkan gerak balas atau respon. Contohnya, apabila autisme melihat
sesuatu benda yang berputar-putar, autisme tersebut secara langsung akan memberi
perhatian penuh pada benda yang berputar itu. Benda yang berputar itu adalah
rangsangan, manakala tindakan memerhati itu adalah gerak balas.

Pavlov telah menyimpulkan bahawa pembelajaran hanya boleh berlaku apabila


adanya gerak balas terhadap suatu rangsangan (ini bermaksud rangsangan dan gerak
balas perlu mempunyai perkaitan). Rangsangan itu juga boleh dikaitkan dengan
satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Contohnya, seorang

4
guru pendidikan khas perlu membawa keunikan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang boleh mendorong pelajar pendidikan khas untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. Contoh aktiviti
pembelajaran yang boleh di aplikasikan ialah membuat petak yang mempunyai
warna berbeza dan di tandai nombor. Dalam petak tersebut, pelajar pendidikan khas
di minta berdiri mengikut petak masing-masing. Ini akan menimbulkan
keseronokan kepada pelajar pendidikan khas kerana mereka boleh belajar sambil
bermain.

Nilai pembelajaran yang boleh diperoleh dalam aktiviti ini adalah mengajar
pelajar tersebut untuk beratur di samping membantu mereka mengenal warna dan
nombor yang ada pada petak masing-masing. Dalam contoh ini, ada dua rangsangan
iaitu suasana pengajaran dan pembelajaran dan satu lagi ialah aspek emosi iaitu
seronok dan gembira. Jadi, pelajar pendidikan khas tadi mengaitkan satu
rangsangan (suasana pembelajaran) dengan satu lagi rangsangan lain (suasana
seronok). Maka dengan itu, pelajar pendidikan khas tersebut mempunyai keinginan
ke sekolah untuk melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Pembelajaran yang
berlaku kerana perkaitan itu dinamakan pelaziman. Manakala pembelajaran akibat
perkaitan dua rangsangan dikenali sebagai pelaziman klasik.

Pavlov telah menjalankan kajian atau penyelidikan dengan menggunakan anjing


sebagai subjek kajian. Sewaktu kajian di jalankan, beliau tertarik dengan reaksi
tingkahlaku anjing tersebut terhadap makanan. Pavlov juga mendapati anjing
tersebut akan mengeluarkan air liur dalam dua keadaan iaitu:

a) Semasa makanan diberikan kepada anjing tersebut.


Dalam keadaan ini, anjing mengeluarkan air liur kerana air liur merupakan
gerak balas semula jadi ketika melihat makanan diberikan kepadanya ketika
anjing tersebut lapar.

b) Semasa anjing tersebut melihat pinggan makanan yang akan diberikan


kepadanya.
Dalam keadaan ini pula, anjing juga mengeluarkan air liur kerana ia sudah
mempelajari bahawa ia akan menjamah makanan walaupun hanya pinggan

5
sahaja ditunjukkan kepadanya. Ini bukan lagi gerak balas semula jadi tetapi
ia merupakan gerak balas yang dipelajari kerana anjing tersebut sudah
terlazim dengan rangsangan-rangsangan yang berkaitan dengan makanan
walaupun rangsangan yang berlaku tersebut bersifat semula jadi (neutral).

Gambar rajah 1.1 di bawah merupakan suatu bentuk kajian atau penyelidikan
yang dijalankan oleh Ivan Petrovich Pavlov.

Gambar Rajah 1.1 Radas Pelaziman Klasik

Seperti yang boleh di lihat pada gambar rajah 1.1, Pavlov menjalankan
penyelidikan di dalam makmal terhadap seekor anjing yang lapar. Dalam
penyelidikan tersebut, Pavlov mencipta sejenis alat pengukur untuk menyukat
pengeluaran air liur yang dialirkan ke dalam balang sedutan yang disediakan.
Anjing tersebut ditambatkan pada satu pasungan yang mana pasungan tersebut
ditempatkan dalam satu bilik kalis bunyi dan dilengkapi dengan cermin sehala
bertujuan mengelakkan adanya rangsangan lain yang akan memberi kesan kepada
penyelidikan tersebut.

6
Langkah pertama yang dilakukan adalah Pavlov membunyikan loceng dan
memerhati gerak balas anjing tersebut. Anjing tersebut tidak menunjukkan sebarang
gerak balas (bunyi loceng dikenali sebagai rangsangan terlazim kerana ia digunakan
untuk melazimkan gerak balas air liur). Langkah kedua, loceng dibunyikan sambil
makanan ditunjukkan kepada anjing. Anjing tersebut mengeluarkan air liur.
Langkah ini diulang beberapa kali. Setelah ulangan dilakukan, Pavlov melakukan
langkah ketiga iaitu membunyikan loceng tetapi tidak menunjukkan makanan di
hadapan anjing. Gerak balas yang anjing tersebut tunjukkan adalah mengeluarkan
air liur. Akhirnya, Pavlov telah membuat andaian bahawa anjing tersebut telah
belajar membuat perkaitan di antara bunyi loceng dengan makanan yang
ditunjukkan. Pavlov menamakan proses pembelajaran ini sebagai pelaziman klasik
kerana adanya perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.

Pavlov meneruskan penyelidikan dengan mencuba keadaan yang lain. Pavlov


tidak lagi memberikan makanan apabila loceng dibunyikan. Air liur anjing semakin
berkurangan sehingga akhirnya tidak dikeluarkan sama sekali. Proses ini dikenali
sebagai proses penghapusan. Pavlov pula meneruskan penyelidikan dengan cara
membunyikan loceng dan menunjukkan makanan secara serentak, dan selepas itu
membunyikan loceng sahaja. Anjing menunjukkan gerak balas dengan
mengeluarkan air liur. Proses ini dikenali sebagai pembelajaran semula. Apabila
bunyi loceng diberhentikan buat sementara, kemudian dibunyikan semula, didapati
anjing itu juga mengeluarkan air liur. Ini dikenali sebagai pemulihan semerta.
Generalisasi pula berlaku apabila mengeluarkan bunyi yang sedikit berbeza dengan
bunyi loceng, anjing tersebut masih mengeluarkan air liur. Bunyi yang sedikit
berbeza itu tadi memberi gambaran kepada anjing bahawa makanan tetap akan
diberikan.

Penyelidikan ini menunjukkan bahawa adanya modifikasi atau perubahan


tingkahlaku yang jelas kesan daripada suatu proses pembelajaran. Daripada
penyelidikan yang telah dijalankan oleh Pavlov, teori ini penting dan berguna untuk
di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khasnya kepada pelajar-pelajar
pendidikan khas di bilik darjah. Seorang guru perlulah menyedari bahawa kaitan
antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari namun untuk
pelajar pendidikan khas, rangsangan yang hendak dilakukan mestilah kreatif untuk

7
memastikan pelajar pendidikan khas tersebut memberikan gerak balas terhadap
rangsangan yang kita berikan. Contohnya, untuk mengajar pelajar pendidikan khas
beratur, rangsangan seperti memberi arahan biasa adalah kurang berkesan dan sukar
untuk melihat pelajar pendidikan khas untuk memberi gerak balas terhadap
rangasangan tersebut. Tetapi, sekiranya rangsangan yang diberikan kreatif seperti
menyediakan petak dan meminta pelajar untuk berdiri dalam petak masing-masing,
maka pelajar pendidikan khas itu cenderung untuk beratur dengan baik.

Selain itu, rangsangan dan gerak balas itu tadi sebenarnya boleh diperkukuhkan
melalui latihan. Contohnya, mengajar pelajar pendidikan khas beratur di dalam
petak di mana petak itu dapat di bezakan melalui warna dan nombor yang
dinyatakan dalam petak masing-masing. Latihan yang boleh dilakukan adalah guru
pendidikan khas perlu mengulangi aktiviti ini dengan menukar kedudukan petak.
Hal ini dapat menerangkan kepada pelajar secara tidak langsung bahawa tidak
menjadi masalah untuk berada di hadapan ataupun di belakang barisan asalkan
masih dalam keadaan beratur. Latihan secara berulang kali akan mengajar pelajar
untuk beratur pada masa dan tempat yang sama walaupun tidak menunggu arahan
daripada guru.

Daripada teori Pavlov juga, kita dapat mengetahui bahawa sesuatu


pembelajaran itu boleh terhapus sekiranya peneguhan tidak dilakukan. Contohnya,
apabila pelajar pendidikan khas berjaya beratur menggunakan petak yang
disediakan, ganjaran perlu diberikan seperti pujian, tepukan, hadiah dan
sebagainya. Ini kerana, sesuatu tingkahlaku yang tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkah laku tersebut akan terhapus secara perlahan-perlahan ataupun
serta-merta.

Konsep pemulihan semerta juga boleh membantu seorang guru meningkatkan


keberkesanan pembelajaran. Contohnya, jika seorang guru berhenti memberi
ganjaran, maka prestasi pelajar akan semakin berkurang. Contohnya, guru
pendidikan khas perlulah memikirkan alternatif lain seperti menggunakan alat
bantu mengajar yang menarik, aktiviti yang pelbagai dan sebagainya untuk
memastikan pelajar pendidikan khas mempunyai semangat dan memberikan respon
terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

8
2.2 Teori Pelaziman Emosi

John B. Watson (1878-1958) merupakan pelopor teori Pelaziman Emosi.


Watson juga merupakan seorang ahli psikologi dari Amerika yang banyak
melakukan penyelidikan dan akhirnya menyumbang pengetahuan mengenai
teori pembelajaran behaviorisme. Beliau menyatakan bahawa hasil kajian
adalah benar, objektif dan praktikal.

Watson memfokuskan kajiannya terhadap emosi atau perasaan kanak-


kanak. Oleh itu, Watson telah menjalankan kajian terhadap seorang kanak-
kanak lelaki bernama Albert yang berumur 11 bulan. Watson telah bekerjasama
dengan rakannya iaitu Rayner (1920) untuk menjalankan kajian ini. Gambar
rajah 1.2 di bawah menunjukkan subjek kajian yang digunakan dalam
penyelidikan beliau.

Gambar Rajah 1.2 Subjek Kajian

Dalam kajian ini, Watson telah menunjukkan seekor tikus yang berwarna
putih kepada Albert. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan sebarang reaksi
terhadap keadaan tersebut sehinggalah Albert mengangkat tangannya ke arah
tikus putih itu dan tikus itu secara langsung mengeluarkan bunyi yang agak kuat
dan menyebabkan Albert terkejut dan menangis. Kesan daripada kejadian ini,
Albert bukan sahaja takut kepada tikus yang berwarna putih tetapi juga takut

9
kepada benda-benda yang berwarna putih. Contohnya, jubah putih dan orang
yang berjanggut putih.

Pelaziman emosi Watson boleh diringkaskan dengan gambar rajah 1.3 di


bawah:

Bunyi

(Rangsangan Semulajadi)

Emosi Takut

(Gerak balas
semulajadi menjadi
gerak balas lazim)

Tikus Putih
(Rangsangan Terlazim)

Daripada penyelidikan ini, Watson menolak pandangan yang menyatakan manusia


dilahirkan dengan keupayaan mental yang tertentu dimana keupayaan mental ini akan
mempengaruhi pembentukan tingkahlaku seseorang individu. Namun sedemikian,
Watson tidak menolak pandangan yang menyatakan manusia dilahirkan dengan
mewarisi tindakan pantulan tertentu. Semua manusia akan mewarisi tindakan pantulan
ini tidak kira warna kulit ataupun keturunan. Sebagai contoh, lutut seseorang akan
tersentak apabila diketuk. Contoh yang lain, seseorang akan terbersin apabila
hidungnya gatal.

Melalui teori ini, proses pembelajaran boleh diterangkan melalui perkaitan antara
rangsangan dan tindak balas dimana pembelajaran berlaku berdasarkan dua prinsip
yang utama iaitu prinsip kekerapan dan prinsip masa. Dalam pelajar pendidikan khas,
teori ini boleh dipraktikkan dengan menggunakan prinsip kekerapan dan prinsip masa
untuk menerapkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai pada diri pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dengan menggunakan prinsip
kekerapan, guru pendidikan khas perlu menjalankan aktiviti latih tubi yang menarik
dan berkesan sekerap yang mungkin kepada pelajar pendidikan khas agar proses

10
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan efektif kerana melibatkan dua pihak iaitu
guru dan pelajar pendidikan khas. Sekiranya guru kerap menggunakan kaedah
mengajar yang membosankan, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berhasil
dengan baik. Melalui prinsip masa pula, pelajar pendidikan khas perlulah menjalankan
aktiviti sejurus sahaja pengajaran dilakukan oleh guru pendidikan khas. Sebagai contoh,
guru mendemonstrasikan cara ikan berenang. Pelajar pendidikan khas perlulah
mengulangi cara ikan berenang seperti yang ditunjukkan oleh guru selesai sahaja guru
melakukan demonstrasi.

3.0 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU

3.1 Model Biogenetik

Terdapat pelbagai model modifikasi tingkah laku, salah satunya adalah model
biogenetik yang merujuk kepada tingkah laku yang datang daripada faktor
genetik seperti baka, kromosom, metabolik dan pemakanan yang diwarisi
daripada ibu bapa kanak- kanak itu selain itu penggunnaan ubat-ubatan terhadap
perkembangan kanak-kanak terutamnya ketika kanak- kanak iu masih kecil.
Menurut model ini, jika seseorang bapa kanak-kanak itu mempunyai tingkah
laku seperti panas baran, kurang sabar atau agresif kemungkinan besar sikap
bapanya itu akan diwarisi oleh anak-anaknya adalah tinggi. Oleh itu, ibu bapa
haruslah dapat mengawal kemarahan supaya tidak menjadi tabiat dan kanak-
kanak tidak akan terpengaruh.

Selain itu, sindrow Mongoloidisme berlaku kesan daripada


ketidakseimbangan kromosom yang berlaku kepada gen ke-21 yang
mengakibatkan ketidak upayaan kepada seseorang kanak- kanak itu yang
dipanggil sebagai sindrow down. Kebanyakkan ibu yang berumur
berkemungkinan besar akan mendapat anak sindrow down jika hamil. Oleh itu,
elakkan daripada hamil ketika umur sudah berumur.

Bagi faktor biokimia pula, ia dikatakan bahawa neurotransmitter yang


memancarkan maklumat daripada tiga bahagian yang disebutkan di atas kepada
bahagian lain, tidak dipecahkan dan diserapkan semula dengan sempurna
ketidakupayaan kepada seseorang kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
ADHD. Contohnya, pengambilan gula yang berlebihan oleh ibu mengandung
boleh mengakibatkan bayi yang menunjukkan 25 peratus keluarga yang

11
mempunyai ADHD boleh mewariskan ketidakupayaan tersebut pada
keturunanya.

Oleh itu adalah amat penting untuk ibu hamil untuk mengamalkan
piramid pemakanan yang seimbang mengandungi zat dan vitamin seperti asid
folik,zat besi kalsium, protein, mineral, vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin
C, vitamin D dan vitamin E. Namun, sesuatu ketidakupayaan boleh dikawal jika
pengesanan dibuat lebih awal. Lazimnya pakar kanak-kanak atau psikiatris akan
memberikan ubat tertentu bagi mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut.

Diet yang diberikan kepada kanak-kanak terbabit juga perlu mempunyai


kandungan asid yang rendah. Ibu bapa kanak-kanak ADHD juga disarankan
untuk mengurangkan pengambilan makanan yang masam seperti makanan jeruk
atau minuman berkarbonat oleh anak-anak mereka. Oleh itu penjagaan
pemakanan dengan pengurangan gula haruslah dititik beratkan supaya anak
yang bakal dilahirkan tidak terlalu hyperaktif.

3.2 Model Psikodinamik

Seterusnya, model psikodinamik iaitu tekanan yang dihadapi oleh ibu yang
mengandung merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan
ketidakupayaan seseorang kanak-kanak. Contohnya, ibu yang menghadapi tekanan di
tempat kerja yang berterusan boleh mendatangkan kesan kemurungan ke atas bayi yang
bakal dilahirkan iaitu bayi yang mempunyai tingkah laku pasif dan sensitif.

Jika seorang kanak-kanak yang sering mamaparkan tingkah laku tertekan perlu
diberi peneguhan seperti dikasihi, disayangi atau diberi perhatian oleh individu di
persekitarannaya. Ganjaran positif yang diberikan ini akan dapat membentuk semula
tingkah lakunya ke arah yang lebih positif. Sebagai seorang guru perlu peka terhadap
tingkah laku anak murid yang negatif yang seiring ditunjukkan oleh kanak-kanak ialah
seperti tingkah laku yang lebih bersendiri, tidak suka bersosial, bosan dan tidak tahu
untuk mengisi masa lapang haruslah mendekati murid tersebut bagi membolehkan
murid itu lebih terbuka dan mencerita masalah yang dihadapi.

3.3 Model Psikopendidikan

Model psikopendidikan merupakan salah satu model modifikasi tingkah laku yang
boleh diamalkan terutamanya sebagai seorang guru pendidikan khas. Mendalami

12
mengenai ilmu psikologi dalam pendidikan membolehkan seorang guru itu memahami
tugas dan tahap perkembangan murid-murid. Pendekatan secara psikologi dapat
penyelesaian kepada proses pemulihan ataupun pengurangan masalah tingkah laku dan
masalah pembelajaran yang berkaitan dengan perkembangan murid- murid. Justeru itu,
sebagai seorang guru adalah penting untuk memilih bahan pembelajaran dan teknik
pengajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan murid- muridnya bagi
memberikan pemahaman yang jelas.

3.4 Model Ekologi

Selain itu, model ekologi yang merujuk kepada interaksi manusia dengan persekitaran.
Pada pandangan orang terdahulu menyatakan bahawa masalah intelektual bukanlah
sesuatu yang dimiliki oleh indivdu secara semula jadi sebaliknya dipengaruhi oleh nilai
dan kepercayaan masyarakat di sekelilingnya iaitu persekitaraan.

Menurut McCormik (1997) terdapat dua tujuan asas bagi model ini iaitu
pertama, mengumpul maklumat berkaitan scenario pendidikan,sosial dan budaya
masyarakat setempat di mana kanak-kanak itu membesar yang boleh memberikan
sumbangan pada masa hadapan, kedua iaitu menentukan sumber-sumber dan sokongan
yang diperlukan oleh kanak- kanak berkeperluan khas untuk menjadi sebahagian
daripada individu yang berguna kepada diri dan masyarakat. Kanak- kanak bermasalah
pembelajaran seperti dileksia, austism, ADHD haruslah diberi pendekatan
pembelajaran dalam keadaan persekitaraan yang tidak terhad di dalam kelas sahaja
supaya pembelajaran lebih menyeronokkan dan membentuk tingkah laku positif.

Tambahan pula, hubungan erat yang terjalin dengan orang sekeliling seperti
guru dengan murid-muridnya menyumbangkan ke arah pembentukan emosi yang stabil
seterusnya mewujudkan pembelajaran yang lebih mudah dan berkesan antara guru
dengan pelajar kanak- kanak khas. Model tingkah laku (behaviorisme) merujuk kepada
sesuatu tindakan yang dilakukan oleh kanak- kanak. Model ini melihat dari sudut sikap
dan perangai manusia. Strategi pengajaran atau metadologi untuk aplikasi dengan
kanak- kanak yang mempunyai masalah tingkah laku yang negatif seperti suka
mengusik rakan sekelas semasa proses pemgajaran dan pembelajran berjalan.

Tingkah laku manusia dipengaruhi oleh unsur rangsangan daripada


persekitaran bukannya unsur dalaman seseorang yang menjadi kebiasaannya. Oleh
disebabkan itu, dorongan dalaman seperti keinginan untuk berjaya dan luaran daripada

13
guru, ibu bapa, keluarga dan rakan- rakan menentukan perlakuan kanak- kanak itu. Ini
bermaksud bahawa tingkah laku manusia dibentuk dan disokong oleh proses
peneguhan. Sebagai seorang guru peneguhan positif haruslah diamalakan dan
dipraktikkan kepada kanak- kanak bagi mengubah daripada tingkah laku yang negatif
kepada positif.

3.5 Model Behaviorisme

Di samping itu model tingkah laku (behaviorisme) yang membawa maksud tingkah
laku manusia yang kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dan persekitaraan yang
dikawal oleh ganjaran dan dendaan menurut Laile Suzana Jaafar (2002). Dengan kata
lain rangsangan yang positif akan menghasilkan gerak balas yang positif. Contohnya,
melalui kemahiran pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah, murid yang hiperaktif
diberi tugasan yang memerlukan banyak bergerakan seperti menyusun meja dan kerusi
dalam bilik darjah. Ganjaran perlu diberikan kepada pelajar yang membantu atas
tingkah laku baik yang ditunjukkan oleh murid tersebut dan menggalakkannya untuk
melakukan perkara yang sama di masa depan kelak.

3.6 Model Humanistik

Model humanistik merupakan model modifikasi tingkah laku yang boleh diamalkan
bagi mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Peranan guru dalam
model humanistik adalah untuk menyedarkan para pelajar untuk mewujudkan
persekitaran yang tatatertib supaya pembelajaran lebih berkesan seperti melayan
karenah kanak dan mendengar pendapat . Model humanistik menekankan aspek yang
pengawalan emosi. Perkembangan emosi yang terkawal oleh pelajar merangsang
tingkah laku yang baik dan dalam keadaan bersedia dalam mentalahi ilmu pengetahuan
yang disampaikan oleh guru.

Peneguhan yang positif seperti pujian dan pengiktirafan diberikan kepada


kanak- kanak istimewa bagi mendorong dan memberikan galakan untuk melakukan
tingkah laku yang positif seperti menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru
ditambah pula dengan persekitaraan yang menerima kanak- kanak berkeperluan khas
oleh masyarakat sekeliling memberikan kesan tahap perkembangan yang baik kepada
kanak- kanak itu. Dari sudut perspektif humanistik pula, kanak- kanak perlu diberi
peluang untuk berjaya melalui corak pembelajaran yang berunsurkan percayaan dan
kebebasan ataupun nondirective terhadap kanak- kanak berkeperluan khas iaitu

14
memberi peluang melalui pengalaman yang bermakna dan realistic dalam membantu
kanak- kanak menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan bermotivasi tinggi
untuk mencapai kepuasaan diri.

Biogenetik

Psikodinamik

Model-model Modifikasi Psikopendidikan


Tingkahlaku
Ekologi

Behaviorisme

Humanistik

Rajah 3.0 Model-model Modifikasi Tingkahlaku

4.0 KESIMPULAN

Teori-teori tingkah laku seperti Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Emosi
Watson, Teori Pelaziman Operan Skinner, Teori Cuba Jaya Thorndike menerangkan tentang
keberhasilan membuatkan orang atau haiwan merangsang kepada sesuatu benda. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa dengan sedikit usaha dan cara yang berkesan kanak-kanak khas dapat
diajar dan dididik untuk memajukan diri mereka seperti orang lain dalam kehidupan
masyarakat yang penuh mencabar ini.

Modifikasi tingkah laku perlu dilakukan bagi mengubah tingkah laku negatif kepada
tingkah laku positif bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tanpa ada
masalah yang timbul. Oleh disebabkan itu, pelbagai usaha telah dilakukan antaranya dengan
menggunakan prinsip-prinsip psikologi dan juga prinsip-prinsip psikologi eksperimental yang
lain untuk memperbaiki kanak-kanak istimewa kepada yang tidak boleh diajar kepada kanak-
kanak yang mematuhi arahan yang diberikan. Seterusnya, menentukan strategi, melaksanakan
strategi yang dipilih, memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang

15
dikehendaki, mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji
bagi mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.

Pelbagai langkah diambil bagi memastikan pelajar-pelajar pendidikan khas


dipinggirkan dalam masyarkat seperti mana yang berlaku Pada zaman dahulu bangsa Romawi
dan Yunani menilai manusia dengan penampilan fisikal antara lain untuk keperluan perang.
Oleh disebabkan itu, setiap anak cacat tidak diberikan kesempatan untuk mengembangkan
dirinya terutamanya dalam perperangan bahkan mereka dipandang sebagai beban masyarakat.
Tidak menjadi heran apabila waktu itu bayi yang cacat dibunuh. Manakala zaman prazaman
kristian pula, orang cacat biasanya diabaikan atau disalah gunakan dalam masyarat. Pada
zaman sekarang tidak lagi berlaku seperti dipinggirkan oleh masyarat dan mereka ini turut
diberi peluang yang sama seperti orang biasa dengan ini membolehkan kanak-kanak istimewa
ini dapat mengembangkan diri mereka secara langsung.

Pendedahan kepada pendidikan amat membantu mereka untuk mengembangkan diri


mereka. Terdapat beberapa buah sekolah telah dibina khas untuk kanak-kanak istimewa sahaja,
malahan ada juga yang bergabung sekali dengan sekolah harian biasa. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa permasalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, salah satunya adalah permasalah tingkah laku yang negatif yang menyebabkan
pembelajaran mereka ini sendiri terganggu. Oleh itu pelbagai langkah memodifikasikan
tingkah laku mereka ini supaya seperti kanak-kanak normal di luar sana. Hal ini sangat penting
demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara mengambil langkah mengenal
pasti tingkah laku negatif dengan tingkah laku positif dapat membantu seorang guru pendidikan
khas untuk mengubah tingkah laku negatif tersebut kepada tingkah laku yang positif dan
bermakna. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif para
pelajar.

16

You might also like