You are on page 1of 27

Zaman Sebelum Merdeka Pada tahun 1940an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan mengikut

pengaruh British. Yuran yang dikenakan sangat mahal dan hanya anak-anak orang berada sahaja mampu belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah. Zaman Selepas Merdeka Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan PekerjaPekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek Headstart di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari keturunan Melayu, Cina dan India. Pada tahun 1970,KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah. KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.

Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat. Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhab behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai objektif atau motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak dapat mngenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun melalui latihan brkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju dengan teori smulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya. Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan. Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif. Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab

humanis, berpendapat bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua adalah perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Ia akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai. Anda mungkin juga meminati: Motivasi dan Pendekatan Sosiobudaya MURID DAN ALAM BELAJAR TEORI PEMBELAJARAN
LinkWithin

Posted by mya afifi at Wednesday, July 29, 2009 0 comments Links to this post Labels: Murid dan Alam Belajar

KONSEP PENGAJARAN
Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar, manakala teknik tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.

Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku adalah berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuan pula berkaitan dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu mengetahui atau mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan bukti yang sah. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda atau dusta. Mengikut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu ugutan,

ancaman fizikal, indoktrinasi, mempropoganda dan bohong dan hanya latihan, pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan konsep pengajaran.

Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir.

SEBELUM MEMASAK - Menggunakan bahan mentah yang segar, bersih dan halal. - Pastikan kuku pendek dan mencuci tangan supaya tangan sentiasa dalam keadaan bersih - Memakai apron - Menutup kepala ( bertudung atau mengikat rambut dengan kemas ) - Pastikan dapur dalam keadaan bersih dan bebas dari bahan bukan makanan (pencuci lantai). SEMASA MEMASAK - Makanan yang hendak dimasak hendaklah di cuci bersih - Peralatan memasak bersih, sesuai dan selamat digunakan ( tidak berkarat ) - Pastikan makanan betul-betul masak. - Elakkan daripada bersih/ batuk dari arah makanan. SELEPAS MEMASAK - Buang sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. - Bersihkan peralatan memasak yang telah digunakan. - Peralatan disimpan di temapat yang betul. - Menutup makanan selepas memasak sebelum dihidangkan. KETIKA MENGHIDANG - Menghidang pada pinggan yang sesuai dan bersih - Meja hidangan tidak kotor - Menggunakan alas meja yang mudah di cuci - Elakkan menggunakan tangan semasa menghidang. - Elakkan menggunakan kain pengelap yang sama untuk mengelap pinggan dan meja.

Anda mungkin juga meminati: Kebersihan Di Prasekolah PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH LUAR NEGARA

Halliday (1972 dalam Lyons (ed.) 1972: 141) Terdapat 3 fungsi Fungsi bahasa , iaitu a) fungsi ideasional b) fungsi interpresonal c) fungsi tekstual

7 FUNGSI BAHASA (HALLIDAY, 1973)


1. Fungsi instrumental - digunakan untuk memanipulasi persekitaran bagi menyebabkan peristiwaperistiwa berlaku. Ayat seperti Mahkamah mendapati kamu bersalah, Di atas garisan, sedia, mula!, atau Jangan sentuh dapur itu dikatakan berfungsi instrumental. Ayat-ayat itu merupakan lakuan komunikatif yang menyatakan sesuatu keadaan tertentu. 2. Fungsi pengaturan (regulatory function) yang merupakan kawalan peristiwa, boleh jadi dalam bentuk pengesahan, penolakan, kawalan tingkah laku, atau penyataan aturan dan undang-undang. Jika ayat Saya dapati kamu bersalah dan kamu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun termasuk dalam fungsi instrumental, maka ayat Oleh sebab berkelakuan baik, kamu akan dibebaskan sesudah menjalani hukuman penjara sepuluh bulan tergolong dalam fungsi pengaturan. 3. Fungsi pewakilan (representational function) yang merupakan penyataan fakta dan maklumat yang mewakili sesuatu hakikat atau realiti, seperti Bumi bulat dan Perdana Menteri berucap dalam majlis itu. 4.Fungsi interaksi (interactional function) yang berperanan memastikan pengekalan masyarakat. Fungsi ini terlaksana jika engguna bahasa menguasai pengetahuan tentang slanga, jargon, enaka, cerita rakyat, kesantunan, dan unsur-unsur sosial lain dalam ahasa masyarakatnya atau dalam bahasa yang digunakannya. 5. Fungsi persendirian (personal function) yang memungkinkan seseorang melahirkan perasaan dan reaksi. 6. Fungsi heuristik yang berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk pemerolehan ilmu, khususnya yang melibatkan jenis ayat tanya. 7. Fungsi imaginatif yang memungkinkan bahasa digunakan untuk seseorang menghasilkan puisi, cereka, jenaka, ramalan, dan sebagainya.

Anda mungkin juga meminati: Fungsi Bahasa Melayu TEORI PEMBELAJARAN Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

LinkWithin

Posted by mya afifi at Friday, August 07, 2009 0 comments Links to this post Labels: teori pembelajaran

Thursday, August 6, 2009

PELBAGAI KECERDASAN - HOWARD GADNER (1983)

Teori Pembelajaran 'Multiple Intelligence' (pelbagai kecerdasan)

Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan. Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Sehingga kini, beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996), iaitu: 1. Kecerdasan linguistik 2. Kecerdasan logikal 3. Kecerdasan muzikal 4. Kecerdasan bodily kinesthetic

5. Kecerdasan interpersonal 6. Kecerdasan intrapersonal 7. Kecerdasal visual/spatial 8. Kecerdasan naturalist 9. Kecerdasan existentialist

Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic)

Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Mempunyai daya imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain bola, imbang diri atas palang) Berkebolehan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan rauang persekitaran, mereka mampu untuk mengingat dan memproses maklumat.

Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan, menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh. Interpersonal

Kebolehan untuk menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang bersifat 'interpersonal' melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Tujuannya adalah untuk memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini bijak menjiwai perasaan, ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap, hubungan mata (eye contact) danbahasa tubuh (body language) untuk memulakan saluran komunikasi dengan orang lain Intrapersonal

Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. Logical/Mathematical

Berkebolehan memanipulasi nombor, menggunakan sebab akibat, menentukan jawapan secara logikal, konsep berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Ada perasaan ingin tahu mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini banyak menanyakan soalan dan berminat melakkan eksperimen. Kemahirannya meliputi penyelesaian masalah, mengkategori maklumat, bekerja dengan konsep abstrak untuk mengurai masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan melakukan pengiraan matematik yang sukar. Musikal/rentak(Musical/Rhythmic)

Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik. Verbal/Linguistic

Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan Visual/Spatial

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Anda mungkin juga meminati:

Teori Perkembangan Robert Havighurst

KEMAHIRAN BERBAHASA

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

LinkWithin

Posted by mya afifi at Thursday, August 06, 2009 0 comments Links to this post Labels: teori pembelajaran

Sunday, August 2, 2009

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Latar Belakang Jean Piaget Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973). Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka

memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.

PANDANGAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya. Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsepkonsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian. 4 KONSEP UTAMA TEORI KOGNITIF PIAGET Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanakkanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET 1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun) - Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai sarana perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya; - Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori); - Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal 2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) - Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan); - Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik); - Kemahiran berbahasa kian meluas; - Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan; - Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri). Implikasi teori dalam P&P 8 Penggunaan BBM yang konkrit; 8 Arahan ringkas dan difahami; 8 Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;

8 Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran. 3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) - Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit; - Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan; - Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait; - Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;

Implikasi teori dalam P&P 8 Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi); 8 Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek; 8 Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks; 8 Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar; 8 Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik. 4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) - Pemikiran abstrak; - Pemikiran sistematik; - Kebolehan berhipotesis; - Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling). Implikasi teori dalam P&P 8 Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks; 8 Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah; 8 Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
Anda mungkin juga meminati:

Teori Perkembangan Robert Havighurst

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

LinkWithin

Posted by mya afifi at Sunday, August 02, 2009 0 comments Links to this post

Labels: teori pembelajaran

Thursday, July 30, 2009

TEORI ABRAHAM MASLOW (HUMANISTIK)

Latar Belakang Abraham Maslow Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Maslow juga sering dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia, Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya. Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak bapa dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan. Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya. Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau

menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya : Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut. Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia. Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur. Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan. Keperluan keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

5 TAHAP KEPERLUAN MANUSIA 1. Keperluan Fisiologi Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. 2. Keperluan Keselamatan Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan

masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. 3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. 4. Keperluan Penghargaan Kendiri Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. 5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri. Ciri Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya : i) Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain. ii) Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan. iii) Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular. iv) Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya. v) Seronok bersama kawan kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka. vi) Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru. Bersikap objektif.

Anda mungkin juga meminati:

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

Teori Perkembangan Robert Havighurst

LinkWithin

Posted by mya afifi at Thursday, July 30, 2009 0 comments Links to this post Labels: teori pembelajaran

TEORI PERMODELAN BANDURA (SOSIAL)

LATAR BELAKANG Bandura lahir pada tanggal 4 Desember 1925 di Mondare alberta berkebangsaan Kanada. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour ( Bandura 1986, 1997 ) Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

4 unsur utama dalam peniruan Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:

1) Tumpuan ('Attention') Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s. seorang pemain musik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku

pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku. (baca eksperimen yang dijalankan disebelah). 2) Penyimpanan ('Retention') Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.

3) Penghasilan ('Reproduction') Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. m.s. memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.

4) Motivasi Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebab dan keinginan untuk meniru.
Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura 1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. 2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. 3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. 4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. 5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo. Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.

KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo.

Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A. Rumusan : Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.

HASIL KESELURUHAN EKSPERIMEN :


Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif. RUMUSAN : Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.

Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.

JENIS-JENIS PENIRUAN

1. Peniruan langsung - Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian.

Cth: meniru gaya penyanyi yang disanjungi. 2. Peniruan tak langsung - Melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung. Cth: meniru watak yang dibaca dalam buku., memerhati seorang guru mengajar rakannya. 3. Peniruan gabungan menggabung tingkah laku yang berlainan. Peniruan langsung dan tidak langsung. Cth : pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna drp buku yang dibacanya. 4. peniruan sekat laluan - Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja. - Tiru fesyen pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah. 5. peniruan tak sekat laluan - Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi. - Cth: pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

Implikasi Teori Pemodelan Bandura Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dpt meniru dengan cepat. Hasilan guru dpt kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai Anda mungkin juga meminati:

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori Perkembangan Robert Havighurst

MURID DAN ALAM BELAJAR

LinkWithin

Posted by mya afifi at Thursday, July 30, 2009 0 comments Links to this post Labels: teori pembelajaran

TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS (HUMANIS)

Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya:

i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.

v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. Anda mungkin juga meminati:

TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN AUSUBEL

TEORI PEMBELAJARAN PENEMUAN BRUNER

LinkWithin

Posted by mya afifi at Thursday, July 30, 2009 0 comments Links to this post Labels: teori pembelajaran

TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN AUSUBEL

Pengenalan

Keceriaan di prasekolah perlu meliputi semua aspek sama ada di dalam mahupun luar bilik darjah. Kawasan prasekolah yang ceria dapat menarik minat pelajar ke prasekolah. Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif.

Contoh-contoh keceriaan di prasekolah


Kerusi dan meja pelajar selesa dan menarik. Menggantung origami Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran mengikut komponen. Wujudkan satu ruang hasil kreativiti pelajar. Taman mini Mengecat dinding dengan warna ceria Mural Menampal gambar di sekitar prasekolah termasuk dapur dan tandas. Bilik rehat sentiasa kemas dan menarik. (cadar bercorak kartun,anak patung dll) Meletakkan bunga-bunga di kawasan luar prasekolah. Gotong royong (taman mini, kebun sayur dll). Alatan di taman permainan selamat dan menarik. Menampal kad-kad belajar di dinding kelas.

i. Makanan ringan disebabkan oleh pewarna tiruan, perasa atau gula berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan. ii. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa. iii. Makanan dalam tin. iv. Buah-buahan jeruk Perlu dingatkan bahawa beberapa jenis makanan walaupun dalam kelas makanan tertentu dan memberi tenaga kepada kanak-kanak tidak boleh dimakan pada kadar yang tidak berlebihan, contohnya; i. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa. ii. Makanan yang berlemak dan berminyak. Perkara pokok yang ditekankan semasa membuat persediaan makanan untuk kanak-kanak ialah kegemaran mereka. Sia-sia saja kita menyediakan makanan yang mahal-mahal jika kanak-kanak tidak memakannya. Oleh itu menu hendaklah dirancang mengikut kegemaran mereka, tetapi mesti mengambil kira keperluan makan makanan yang seimbang. Untuk memastikan makanan sentiasa segar dan khasiatnya tidak hilang, cara pengendalian yang betul sebelum dimasak penting diamalkan. Semasa membuat persediaan makanan, kita hendaklah utamakan kebersihan pada setiap masa. Setiap makanan yang dihidangkan untuk kanak-kanak hendaklah bersih dan berkualiti. Segala bahan mentah yang dibeli hendaklah segar. Bahan-bahan seperti timun dan lobak merah yang hendak dimakan mentah harus dibasuh dengan air garam dahulu sebelum dimakan. Amalan ini membantu kita menghapuskan bakteria yang terdapat pada sayuran itu. Kalau dimasak pastikan makanan tidak dimasak terlalu lama sehingga termusnah segala khasiat yang ada. Alat-alat yang digunakan untuk memasak dan untuk menghidangkan makanan juga perlu bersih. Alat-alat yang tidak mudah berkarat amat sesuai. Pastikan kesemua alat ini dibersihkan dan lebih baik sekiranya kesemua alat ini dijemur di bawah panas matahari sebelum disimpan. Bakteria akan terhapus dibawah panas yang terik ini. Bahan mentah yang dibeli hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Gunakan bekas yang bertutup rapat atau bahan bungkusan, seperti; Cling film supaya makanan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mencegah merebaknya pembiakan bakteria yang boleh membawa penyakit.

Pengenalan Makan ialah keperluan asasi manusia. Melalui makanan kita dapat memenuhi keperluan yang dikehendaki di dalam tubuh untuk meneruskan proses kehidupan. Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta minda mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Berpandukan pengetahuan ini pelajar akan dapat merancang dan menyediakan makanan yang sesuai untuk keperluan kanak-kanak. Konsep Makanan dan Pemakanan Makanan biasanya berkait rapat dengan pemakanan. Makanan adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa. Pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien-nutrien dalam makanan. Biasanya status kesihatan seseorang akan menentukan keperluan pemakanannya.

Makanan yang dimakan itu ditukarkan menjadi bahan pembakar dalam bentuk gula ringkas yang dikenali sebagai glukosa. Glukosa ini penting untuk membekalkan haba, pembiakan sel dan sumber tenaga. Organ-organ di dalam badan memerlukan makanan yang sesuai untuk menjalankan tugas masing-masing. Selagi makanan yang bermutu dan berkhasiat ini diperoleh, semua organ dalam badan akan memainkan peranan dengan cukup berkesan. Dengan itu juga kesihatan anak-anak di bawah jagaan kita akan terus terjamin dan kekal. Diketahui umum bahawa kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang adalah cergas, riang dan mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi. Kandungan Tujuan guru menekankan konsep makanan dan pemakanan dalam pendidikan awal kanakkanak adalah untuk: 1.1 Meningkatkan kesihatan kanak-kanak. 1.2 Membina kelaziman dan minat kanak-kanak supaya makan makanan berkhasiat. 1.3 Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif. 1.4 Memelihara adab sopan dan peraturan makan. 1.5 Berpeluang memperoleh bimbangan ilmu pengetahuan tentang pemakanan, vitamin dan nilai-nilai positif di dalam membina gaya hidup yang sihat. 1.6 Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberi. 1.7 Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani. Persidangan Rumah Putih tentang Makanan, Pemakanan dan Kesihatan (1969 ) telah menggariskan kerangka Makanan dan Pemakanan bagi kanak-kanak yang antara lain : 1.1 Pemakanan merupakan satu proses memakan makanan yang

membolehkan kanak-kanak untuk hidup, membesar, sihat dan cergas, dan mempunyai tenaga yang secukupnya bagi bermain dan menjalankan aktiviti kehidupan. 1.2 Setiap kelas makanan mempunyai fungsi tertentu bagi tumbesaran, perkembangan dan metabolisma tubuh badan. 1.3 Pemakanan seimbang didapati melalui kepelbagaian makanan. 1.4 Makanan mempunyai pertalian rapat dengan kebudayaan, ekonomi dan psikologi kehidupan masyarakat setempat. 1.5 Semua manusia memerlukan makanan yang sama tetapi berbeza dari segi kuantiti. 1.6 Pengendalian makanan penting dalam menentukan keselamatan, rasa, kos dan hidangan. ( John Brewer, 1995 )

You might also like