You are on page 1of 58

TEORI BEHAVIORIS

DISEDIAKAN OLEH : TIQAH WANLIN

Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia. Definisi pembelajaran ditakrifkan dengan makna yang berbeza bergantung kepada persepsi individu. Pembelajaran merupakan satu pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan, Lee Shok Mee (1993). Mengikut Kamus Dewan pula pembelajaran merupakan proses belajar. Bagi Goldenson (1984), pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan informasiinformasi, tingkah laku atau kebolehan yang baru. Namun begitu pembelajaran dalam konteks psikologi ditakrifkan sebagai perubahan ke atas tingkah laku individu yang dihasilkan oleh peristiwa-peritiwa alam sekitar, Carlson (1987). Pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Ia merangkumi penguasaan pengetahuan dan kemahiran, perkembangan sikap, emosi dan nilai estetika. Selain itu pembelajaran juga membawa kepada perubahan hasil interaksi dengan persekitaran.Selain dari itu, pembelajaran juga menghasilkan perubahan tingkah laku dari tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi dan perubahan yang berlaku ini juga merupakan satu perubahan yang kekal dan stabil. Berlaku secara berterusan, di mana ia akan berhenti apabila kehilangan motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai. Tingkah laku yang dihasilkan melalui pembelajaran hasil daripada pengalaman dan latihan adalah dibentuk daripada proses pemikiran dan penanggapan. Selain itu pembelajaran juga boleh berlaku secara formal iaitu peringkat sekolah, universiti dan sebagainya, secara tidak formal pula melalui persekitaran contohnya televisyen, asuhan ibubapa serta pergaulan dengan rakan-rakan dan yang terakhir ialah pembelajaran secara bukan formal iaitu kursus-kursus, bengkel-bengkel yang dilakukan diluar pembelajaran formal sebagai tambahan.

Teori pembelajaran merupakan prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi pendidikan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga teori utama iaitu teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Idea-idea yang dibawa oleh tokoh-tokoh yang mempelopori setiap teori adalah berbeza

Teori behaviorisme merupakan salah satu bidang kajian psikologi eksperimental yang kemudian diadopsi oleh dunia pendidikan. Meskipun dikemudian hari muncul berbagai aliran baru sebagai reaksi terhadap behaviorisme, namun harus diakui bahwa teori ini telah mendominasi argumentasi tentang fenomena belajar manusia hingga penghujung abad 20. Menurut teori behaviorisme, belajar dipandang sebagai perubahan tingkah laku, dimana perubahan tersebut muncul sebagai respons terhadap berbagai stimulus yang datang dari luar diri subyek. Secara teoritik, belajar dalam konteks behaviorisme melibatkan empat unsur pokok yaitu: drive, stimulus, response dan reinforcement. Apa yang dimaksudkan dengan drive iaitu suatu mekanisme psikologis yang mendorong seseorang untuk memenuhi kebutuhannya melalui aktivitas belajar. Stimulus yaitu ransangan dari luar diri subyek yang dapat menyebabkan terjadinya respons. Response adalah tanggapan atau reaksi terhadap rangsangan atau stimulus yang diberikan. Dalam perspektif behaviorisme, respons biasanya muncul dalam bentuk perilaku yang kelihatan. Reinforcement adalah penguatan yang diberikan kepada subyek belajar agar ia merasakan adanya kebutuhan untuk memberikan respons secara berkelanjutan. Disamping itu, pandangan Pavlov, Thorndike, Watson, dan Skiner umumnya telah digunakan secara luas sebagai asumsi dalam pengembangan model-model pembelajaran, maupun dalam mempreskripsikan strategi pembelajaran yang berbasis pada teori behaviorisme.

John Broadus Watson (1878 1958)

Ivan Petrorich Pavlov (1849 1936)

Burrhus Frederic Skinner (1904 1990)

Edward Lee Thorndike (1874 1949)

Tingkah laku

Pelaziman Klasik (Emosi)


Unsur Berkaitan

Pengukuhan Cuba ralat

Pelaziman Operan (Tabiat)

Teori Pembelajaran Behavioris

Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku

Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah:
Penguasaan Generalasasi Diskriminasi Penghapusan

Konsep hukum pembelajaran Thorndike ialah :


Hukum kesediaan Hukum latihan Hukum kesan

Konsep pembelajaran Skinner ialah :

Satu gerak balas akan berulang jika wujudnya ganjaran dan sekiranya ganjaran diberhentikan, gerak balas itu akan terhapus juga. Konsep peneguhan amat dititkberatkan, peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Peneguhan negatif tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

Konsep pembelajaran Watson ialah :

Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov. Perbezaan antara manusia ialah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk. ransangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.

TEORI PELAZIMAN KLASIK - IVAN TEORI PELAZIMAN KLASIK - IVAN PAVLOV PAVLOV

Menurut teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan yang dilakukan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).

Sebelum pelaziman
Rangsangan tak terlazim (Makanan) Gerak balas tak terlazim (perembesan) TETAPI Rangsangan neutral (bunyi loceng) Tiada gerak balas

Proses pelaziman Selepas pelaziman


Eksperimen 1.Bunyi loceng 2.Tunggu sementara 3.Diberikan makanan 4.Proses berulangulang Rangsangan tak terlazim (makanan)

Gerak balas tak terlazim (perembesan)


DAN Rangsangan Terlazim (bunyi loceng) Gerak balas terlazim (perembesan)

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah:

Diskriminasi

Pembelajaran Semula

KONSEP LAIN PAVLOV

Penghapusan

Generalisasi

GENERALISASI

Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.

Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV

Guru memberi pujian (rangsangan tak terlazim)

Murid gembira (Gerak balas tak terlazim)

Pelaziman

Kehadiran guru (rangsangan terlazim)

Murid gembira (gerak balas terlazim)

Gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada muridmurid untuk memudahkan proses P&P Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim.

Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan.

Contohnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali.

Manusia

belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat. Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia. Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran. Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan Gerak balas)

Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar

Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar Kaedah cuba jaya

Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka

Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya ia dikurung semula ke dalam sangkar itu.

Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas).

Semakin banyak percubaan untuk membuka pintu, semakin singkat masa yang diambil oleh kucing tersebut untuk keluar dari sarang.

HUKUM KESEDIAAN

HUKUM LATIHAN

HUKUM KESAN Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.

Kesediaan dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum boleh belajar

Latihan yang diulangulang untuk tingkatkan kemahiran

1. Meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. 2. Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. 3. Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan social dan material. 4. Menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

PROSES PELAZIMAN gerakbalas semulajadi

gerakbalas berpasangan

berlaku secara pembelajaran

Dalam pembelajaran dan pengajaran, gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan bola kepada murid, pastikan murid mampu guru perlu membimbing murid- murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan. Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

TEORI PELAZIMAN OPERAN - SKINNER

Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

SKINNER

Perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.

Kajian : Skinner Box

SKINNER BOX
Tingkah laku binatang dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan direkod.

Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah

Teori pelaziman operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan

Tingkah Laku

Kesan/Akib at

Tingkahlaku Masa Hadapan

Pelajar Guru kemukakan memuji soalan pelajar dengan baik

Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik.

Pengukuhan Negatif

Tingkah Laku

Kesan/Akibat

Tingkah laku Masa Hadapan

Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya

Guru menegur pelajar

Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

Dendaan

Tingkah Laku
Pelajar membuat bising dalam kelas

Kesan/Akibat

Tingkah laku Masa Hadapan


Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas

Guru memberi amaran kepada pelajar

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).

Dendaan Persembahan

Dendaan Penyingkiran

Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar.

Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul.

Berbagai-bagai gerak balas (pelajar)


Membaca buku Komik Membaca kerja lain Berbual-bual Berinteraksi dengan kawan dengan guru Bermain dengan sesuatu

Terdapat pelbagai gerakbalas yang ditunjukkan oleh pelaajr terhadap pengajaran guru
PROSES PELAZIMAN

Gerak balas Berinteraksi dgn guru

Ganjaran Guru senyum, puji dan beri /tunjuk kasih sayang

SELEPAS PELAZIMAN

Rangsangan
Guru sedang mengajar

Gerak balas
Berinteraksi dengan guru (menumpu terhadap pelajaran)

Peneguhan mengakibatkan gerak balas berlaku dengan lebih kerap

Rajah: Pelaziman operan dalam bilik darjah

1.

Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

2.

3.

KEKUATAN ( STRENGTH )

Teori ini mementingkan kemahiran lisan berbanding kemahiran-kemahiran yang lain. Contohnya, guru perlu mengajarkan kemahiran lisan terlebih dahulu dan memberikan penekanan kepada kemahiran lisan melalui latih tubi serta dilakukan secara intensif. Guru perlu menyusun bahan pengajaran dari mudah ke susah. contohnya, hukum tatabahasa yang diajar oleh guru tidak perlu dipelajari secara formal. pengajaran dan pembelajaran harus bermula dengan unit yang terkecil dan disusuli unit yang lebih besar. latih tubi yang diberikan mengikut tahap mudah hingga ke tahap yang lebih susah. Guru boleh mempelbagaikan ransangan dan aktiviti tindak balas. Guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar supaya pelajar dapat memberikan tindak balas dan ransangan. Guru juga perlu memberikan ganjaran kepada tindakan yang betul supaya murid mengulang tindak balas yang betul sehingga menjadi tindakan bersifat automatis. Ganjaran akan mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa. Contohnya, ibu menepuk tangan sambil menyebut perkataan pandai jika kanak-kanak menyebut dengan betul anggota badan tertentu yang ditunjukkan oleh ibu. Kesilapan bahasa dapat diperlbetulkan dengan segera dan bahasa yang betul diperkukuhkan dengan segera untuk mengelakkan menjadi tabiat dan mengukuhkan tabiat yang betul. Rumusan tentang sesuatu yang dipelajari diperoleh melalui peniruan dan latih tubi yang berterusan. Prinsip ransangan dan gerak balas dapat membentuk perlakuan bahasa yang diingini. ia bermula daripada stimulus yang menyebabkan respon dan mendapat ganjaran.

KELEMAHAN ( WEAKNESS )

Bagi teori pelaziman operan, Teori ini hanya menekan pada satu kaedah sahaja iaitu mesti menggunakan kaedah cuba jaya iaitu cuba-ralat atau memilih dan menghubungkait untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini dapat dibuktikan apabila seseorang murid itu tidak mempunyai keazaman yang kuat untuk mencuba kaedah ini, maka, gerak balas positif tidak mungkin akan terhasil. Kaedah ini hanya akan digunakan sekiranya murid tersebut berada dalam keadaan terdesak. Pembelajaran tidak akan berkesan jika murid tidak bersedia dan dipaksa untuk belajar. Pembelajaran juga tidak akan berlaku jika tiada ransangan yang diberikan kepada murid tersebut. Sememangnya gerak balas yang diberikan oleh murid akan bertambah baik sekiranya murid tersebut diberikan ganjaran yang bersesuaian. Namun begitu sekiranya ganjaran tersebut diberikan secara berlebihan, kesan gerak balas yang negatif mungkin akan terhasil. Sebagai contoh, murid akan bersifat riak dan bangga diri sekiranya mereka mendapat pujian yang berlebihan. Peneguhan negatif yang diberikan oleh guru akan menghasilkan tingkah laku murid yang diingini, tetapi ia akan membawa kesan yang tidak menyeronokkan kepada murid tersebut. Selain itu,bagi teori pelaziman klasik, kelemahan yang terdapat dalam teori ini ialah pelaziman memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan yang banyak kali. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman. Tambahan pula, pelaziman tetap akan berlanjutan sehingga terdapat disentisasi bersistematik ataupun kaedah lain yang menghilangkan pelaziman tersebut.. Setelah wujudnya pelaziman, pelaziman tersebut akan berlanjutan selamanya. Sebagai contohnya, jikalau murid telah mempunyai pelaziman yang negatif, adalah amat susah untuk menghilangkan pelaziman ini jikalau tanpa sebarang tindakan pemulihan diambil.

1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik. Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai. 2.

Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran. Objektif hendaklah khusus. Satu objektif bagi satu langkah kecil.

3.

Buat analisis tugasan. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.

4.

Sedikan langkah pengajaran secara berperingkat. Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju. Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah seterusnya.

5.

Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai. Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah- laku. Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai. Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah Aplikasi hukum kesediaan. Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. Sediakan situasi yang merangsangkan. Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

6.

7.

Aplikasi hukum latihan. Banyakkan pengulangan dan latih tubi. Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.

8.

Aplikasi hukum kesan/ akibat. Adakan aktiviti pengukuhan. Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai. Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.

9.

Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra. Amalan rutin belajar. Amalan rutin keceriaan. Peraturan bilik darjah yang positif. Amalan dinamika kumpulan. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

Teori behavioristik merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnya yang menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut. Diantara tokohtokoh aliran behavioristik, teori Skinnerlah yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioristik.. Teori behavioristik tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyak hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon.

You might also like