You are on page 1of 21

KURIKULUM MATEMATIK

PENGENALAN DAN DEFINISI KURIKULUM

Apabila berbicara tentang kurikulum pelbagai perkara akan terlintas di fikiran kita. Ada
yang berpendapat bahawa ianya adalah sukatan mata pelajaran, huraian sukatan
matapelajaran dan rancangan pengajaran harian. Namun adakah apa yang
disenaraikan tersebut adalah definisi kurikulum yang sebenar? Jadi mari kita lihat
apakah itu definisi kurikulum.

Definisi kurikulum dapat diterangkan dalam pelbagai perspektif. Tiga perspektif yang
ingin dibincangkan adalah dari segi bahasa, sejarah dan juga pendapat pakar-pakar
pendidikan. Tiga perspektif ini dipilih agar kita dapat melihat definisi kurikulum secara
mendalam dalam pelbagai sudut dan tidak hanya membataskan definisi tersebut dari
segi bahasa semata-semata.

Dari segi bahasa, kurikulum merupakan kata pinjam dari bahasa Inggeris
iaitu ‘curriculum’ yang membawa maksud bidang pengajaran di sekolah berdasarkan
kamus dwibahasa (1922). Sekiranya kita lihat maksud tersebut ia merangkumi semua
bidang pengajaran di sekolah tanpa menghadkan mana-mana bidang tertentu sahaja.

Dari segi sejarah pula, ‘curriculum’ berasal daripada Latin. Perkataan ini mula
digunakan sekitar tahun 400 SM, ketika zaman Plato di mana ia membawa maksud
ruang sesi pembelajaran berlansung. Ketika itu, kanak-kanak di Bandar Athens telah
mengikuti satu bentuk kurikulum pendidikan di mana ketika mereka berpeluang belajar
pelbagai jenis ilmu ketika di sekolah.

Dari segi pendapat pakar pendapat pendidikan, pelbagai pendapat yang berbeza dapat
dilihat apabila kita mencari definisi kurikulum. Antara yang dipetik adalah menurut
Hirst(1975) dalam Pengurusan Kurikulum, beliau mendefiniskan kurikulum sebagai satu
program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk
membolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan.

Sekiranya kita lihat definisi kurikulum dari ketiga-tiga perspektif, dapat kita rumuskan
kurikulum merupakan suatu perkara yang luas dalam pendidikan dimana ia melibatkan
perancangan bagaimana pengajaran dan pembelajaran harus dilaksanakan dan
mempunyai objektif tertentu yang harus dicapai semasa sesi pelaksanaannya
berlangsung.
PROSES PERKEMBANGAN KURIKULUM

Kurikulum berkembang mengikut proses aliran yang bermula dengan


pembentukkannya terlebih dahulu. Selepas kajian dan perancangan yang berkaitan,
maka terbentuklah satu kurikulum yang dimana ianya disebarkan di medium seperti
sekolah. Selepas itu proses pengajaran kurikulum tersebut akan berlangsung. Ketika
proses ini berlangsung, pelbagai penilaian akan dijalankan untuk mengetahui sejauh
mana keberkesanan kurikulum tersebut. Setelah kelemahan dikenal pasti dan dikaji,
maka pembaharuan akan dilakukan untuk memastikan kurikulum sedia ada kekal
relevan dan sesuai dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi.
PEMBENTUKAN KURIKULUM

Pembentukan kurikulum merupakan bahagian pertama dalam perkembangan


kurikulum. Aspek pertama dalam membentuk kurikulum ialah rasional. Rasional adalah
penting kerana ia memberi penjelasan kepada perlunya wujud satu kurikulum itu selain
mengemukakan alasan atau sebab serta asas kepada kewujudan kurikulum itu.
Dengan adanya alasan-alasan itu, maka rasional memberi panduan dan hala tuju bagi
menyelesaikan atau mengurangkan masalah itu. Kepentingan rasional dalam
pembentukan sesuatu kurikulum itu sangat tinggi kerana rasional merupakan asas dan
panduan dalam pembentukan kurikulum. Jadi, perhatian yang mendalam dan sempurna
perlu diberi dalam pembentukan rasional bagi satu-satu kurikulum. Sekiranya bahagian
rasional didapati memuaskan, maka aktiviti seterusnya akan dilakukan iaitu proses
pembentukan objektif bagi kurikulum tersebut.

Objektif didefinisikan sebagai sesuatu yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh
pelajar mengikut tahap-tahap objektif itu (Razali Arof, 1991). Objektif ini dibahagikan
kepada beberapa peringkat seperti objektif negara (paling umum), objektif kementerian,
objektif sekolah/maktab/universiti dan akhir sekali objektif pengajaran (harian/khusus).
Objektif umum lebih menyeluruh berbanding dengan objektif khusus, namun objektif
khusus tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dicapai jika dibandingkan
dengan objektif umum. Kalaulah rasional menjawab soalan mengapa atau kenapa satu-
satu kurikulum itu harus dibentuk, objektif pula menjawab soalan apa yang harus
dicapai oleh kurikulum yang mahu dibentuk itu.

Setelah kita berbincang tentang konsep objektif, perkara yang seterusnya adalah
mengenalpasti dan memilih objektif. Objektif mesti dipelbagaikan mengikut domain-
domain yang ada dalam tiap-tiap individu iaitu domain kognitif , psikomotor dan afektif
supaya domain-domain itu dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik dan
penuh produktif.

Sebelum objektif yang sebenar dan tepat itu dipilih, beberapa kriteria pemilihan akan
dibuat. Diantara perkara yang termasuk di dalam kriteria pemilihan objektif itu ialah
objektif mestilah selari dengan rasional kurikulum tersebut. Sekiranya objektif yang
dipilih tidak selari dengan rasional kurikulum tersebut, ianya sia-sia kerana pencapaian
objektif tersebut tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti
dalam rasional kurikulum itu. Kriteria kedua ialah objektif tersebut boleh dicapai dah
boleh diajar. Kriteria keupayaan untuk mencapai objektif itu memberi makna bahawa
pelanggan atau penerima kurikulum yang dibentuk itu berupaya untuk mencapai
objektifnya. Seterusnya kebolehan dan keupayaan untuk melaksanakan kurikulum itu
bagi mencapai objektifnya juga penting untuk dipertimbangkan. Selain itu juga, perlulah
dipastikan bahawa setiap objektif yang dipilih untuk dijadikan objektif kurikulum itu
mestilah saling menyokong dan tidak pula sebaliknya. Sesuatu kurikulum itu akan cacat
sekiranya mempunyai objektif-objektif yang bertelingkah atau bercanggah.

Tiap-tiap objektif itu patut dilihat dan dinyatakan mengikut apa yang akan diperolehi
atau dikuasai oleh pelajar diakhir sesuatu program. Ianya perlulah jelas menunjukkan
hasil yang akan diperolehi oleh pelajar, bukanlah oleh pengajar atau pihak lain.

ISI KURIKULUM

Setelah meneliti tentang objektif, langkah seterusnya adalah membincangkan aspek-


aspek mengenai isi dalam kurikulum. Isi dalam kurikulum merupakan ilmu pengetahuan
yang hendak diajar kepada pelajar-pelajar. Namun demikian, ianya bukalah objektif
sesuatu kurikulum sebalikya isi merupakan alat untuk mencapai objektif itu.

Isi boleh merupakan kajian seperti peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka,
peristiwa mencapai kemerdekaan sesebuah negara dan sebagainya. Isi juga boleh
merupakan fakta-fakta atau maklumat mengenai peristiwa atau kejadian tersebut.
Selain itu, isi juga boleh merupakan konsep misalnya semua konsep yang terlibat atau
terdapat dalam peristiwa kekalahan satu pasukan bola sepak. Seterusnya, isi juga
boleh mengandungi andaian teori dan prinsip.

Seterusnya kita boleh mendapati bahawa isi-isi itu dibahagikan kepada bentuk
teoritikal/konseptual dan bentuk aplikasi atau praktikal. Ilmu pengetahuan atau isi yang
berbentuk teori lebih abstrak, tidak dapat dilihat dan agak sukar dikuasai berbanding
dengan ilmu praktikal. Kaitan dan perbezaan diantara ilmu teori dan ilmu praktikal
adalah penting untuk difahami kerana ia sangat berguna bagi membuat aktiviti
penyusunan isi dalam kurikulum. Dalam pemilihan isi terdapat juga dua konsep yang
penting yang perlu dijelaskan iaitu isi sokongan dan isi sebenar. Isi sokongan ialah isi
yang dimasukkan bertujuan untuk membantu isi sebenar mencapai objektif kurikulum.

Isi dalam kurikulum boleh didapati daripada beberapa sumber. Pertama, melalui kajian
yang dilakukan oleh orang lain, atau kita sendiri. Jadi, hasil dari kajian itu, timbulnya
ilmu pengetahuan yang boleh dipilih untuk dimasukkan ke dalam kurikulum. seterusnya
adalah melalui pengalaman sendiri. Ramai ahli tokoh pemikir menemukan ilmu
pengetahuan melalui pengalaman mereka sendiri seperti Discartes, yang menemukan
satah Cartesian setelah memerhatikan lalat di siling biliknya. Sumber terakhir, adalah
melalui literatur atau buku-buku, majalah, jurnal dan lain-lain.
Setelah mengenalpasti sumber-sumber, langkah seterusnya adalah memilih isi
kurikulum itu. Beberapa kriteria harus dipatuhi seperti isi kurikulum itu mestilah selari
dengan kehendak objektif kurikulum yang berkenaan. Dengan kata lain, ianya mestilah
mengikut matlamat-matlamat objektif tersebut. Seterusnya, ilmu pengetahuan yang
dipilih perlulah mendapat kebenaran untuk diajar kepada pelajar dan ilmu tersebut
adalah benar. Ilmu pengetahuan yang bercorak kontroversi perlu diberi pertimbangan
yang mendalam sekiranya mahu dipilih untuk dijadikan isi. Dan akhir sekali adalah,
ianya mestilah mengikut kesesuaian dengan peringkat keadaan dan minat pelajar.

Demikianlah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memilih ilmu


pengetahuan bagi dijadikan isi sesuatu kurikulum itu. Lebih banyak objektif yang boleh
diselarikan dengan isi yang dipilih, adalah lebih menguntungkan.

PENYEBARAN DAN PENGAJARAN KURIKULUM

Penyebaran kurikullum membawa maksud segala aktiviti yang terlibat dalam proses
penyampaian kurikulum yang telah dibentuk di Bahagian Perkembangan Kurikulum
(BPK). Secara kasarnya, terdapat beberapa kumpulan yang terlibat dalam prosses
pelaksanaan penyebaran kurikulum. Diantaranya ialah pegawai-pegawai atau ahli-ahli
Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum di peringkat negeri dan daerah, para guru
besar, para guru kanan mata pelajaran dan akhir sekali guru-guru yang akan mengajar
sesuatu kurikulum itu. Disebabkan terdapat satu pemisah jarak jauh danpersekitaran
yang berbeza, dari BPK kepada guru yang akan menyampaikan kurikulum tersebut,
pelbagai masalah mungkin timbul.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diawasi proses penyebaran kurikulum. Perkara-
perkara tersebut perlu dititik berat supaya kurikulum yang akan diterima oleh pengajara
adalah yang terbaik. Sekiranya perkara ini tidak dikawal, maka besar kemungkinan
kurikulum ini tidak akan berjaya menghasilkan perkara yang diinginkan oleh
penggubalnya.

Faktor pertama yang perlu dikawal ialah taraf kefahaman pengajar. Pengajar sebagai
penyampai kurikulum kepada para pelajar. Para pengajar terlebih daahulu perlu
memahami secara menyeluruh mengenai kurikulum yang hendak diajar. Hal ini kerana,
para pengajar akan dapat mengatasi masalah yang akan wujud dalam hal ini dengan
lebih awal sebelum bermulanya aktiviti pengajaran. Kadangkala, disebabkan
kebanyakkan para pengajar kurang memahami beberapa aspek dalam kurikulum yang
telah diperbaharui, para pelajar yang mendapat implikasi buruk.
Faktor kedua ialah keaslian kurikulum itu perlu dipelihara agar tidak berlaku aktiviti
tokok tambah atau tolak campur atau sebarang penyesuaian ke atas kurikulum
tersebut. Perubahan secara tidak sengaja mungkin boleh berlaku sekiranya mereka-
mereka yang menyebarkan kurikulum ini bukanlah daripada mereka-mereka yang
membentuk kurikulum tersebut. Masalah juga boleh timbul sekiranya terdapat lebih
banyak peringkat perantaraan diantara Jawatankuasa Pembentukan Kurikulum dengan
pengajar. Lebih banyak peringkat perantaraan wujud, maka akan lebih besarlah
peluang perubahan keaslian kurikulum akan berlaku dalam proses penyebaran itu.
Perubahan secara sengaja juga mungkin berlaku. Ini kerana akan terdapat beberapa
golongan penyebar ataupun pengajar yang disebabkan oleh sesuatu sebab telah
dengan sengajanya mengubah keaslian kurikulum tersebut.

Faktor ketiga yang perlu diawasi adalah masyart setempat perlu diyakini mengenai
kebaikan yang terdapat dalam kurikulum yang dibentuk. Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) serta Pengetua perlulah diyakinkan agar mereka dapat menerima
kurikulum yang berkesan dan mereka ini seterusnya akan menyebabkan ibubapa
memainkan peranan mereka dalam mewujudkan sikap positif di kalangan anak-anak
mereka untuk mempelajari isi-isi kurikulum tersebut. Implikasi yang buruk akan timbul
jika masyarakat tidak dapat menerima kurikulum yang dibentuk.

Faktor seterusnya ialah pentingnya penyediaan saluran maklum balas. Satu medium
maklum perlu diadakan diantara pihak pembentuk kurikulum dan para pengajar ataupun
para pelajar itu sendiri. Dengan ini pihak BPK mempunyai saluran untuk menerangkan
serta menjawab segala persoalan yang mungkin akan timbul dari pihak sekolah. pihak
sekolah juga berpeluang untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap kurikulum
yang mereka terima jika saluran-saluran ini diwujudkan.

Faktor terakhir yang perlu diberi penekanan ialah faktor masa. Disebabkan jarak
diantara Kementerian Pendidikan dengan sekolah adalah jauh, maka faktor masa perlu
difikirkan. Kelambatan pengajaran kurikulum akan menjadi lambat sekiranya kurikulum
yang disebarkan itu lambat sampai disekolah berkenaan. Kelambatan ini akan
menimbulkan suasan terdesak para pengajar untuk menyampaikan kurikulum itu
kepada para pelajar dan seterusnya menyebabkan para pelajar mungkin mendapat
kefaham rendah dalam pelajaran tersebut. Unutk mengelakkan masalah ini berlaku,
pihak BPKseharusnya penyebarkan kurikulum yang dibentuk selewat-lewatnya
sepenggal sebelum ianya digunakan.

Menurut Razali Arof (1991) proses penyebaran kurikulum ini merupakan “satu tangan
yang panjang’, yang mengambil kurikulum yang telah dibentuk itu dan dibawa atau
diberikan kepada sekolah-sekolah untuk digunakan oleh para guru. Sekiranya manusi
mempunyai tangan yang sebegitu panjang, kemungkinan tidak akan wujud banyak
masalah dalam proses penyebaan kurikulum itu.

PENILAIAN KURIKULUM

Definisi bagi penilaian kurikulum menurut Razali Arof, 1991 ialah satu proses untuk
membuat keputusan mengenai keberkesanan sesuatu kurikulum. Dalam penilaian
kurikulum ini badan-badan yang terlibat ialah pihak Sekolah yang paling memainkan
peranan selepas itu Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir sekali Kementerian Pelajaran
Malaysia yang akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan, mengugurkan
atau memperbaiki sesuatu kurikulum tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah
sebab dan tujuan penilaian, aspek yang dinilai, kaedah penilaian, kaedah
penganalisaan maklumat, menginterpretasi maklumat, dan membuat keputusan tentang
keberkesanan program. Bagi keputusan ini ia akan dibuat selepas semua aktiviti yang
dinyatakan telah lengkap barulah keputusan akan dibuat iaitu sama ada untuk
meneruskan, memperbaharui atau menggugurkannya.

Dalam penilaian kurikulum ini banyak model yang dikemukan untuk diguna pakai bagi
menganalisis dan membuat keputusan. Terdapat tiga model yang selalu digunakan
iaitu:

1. C.I.P.P(konteks, input, proses, produk)-Stufflebeam

2. Model Countenance-R.E Stake

3. Model Penilaian Sistem

Bagi model C.I.P.P penilaian dilakukan dengan menggunakan empat aspek iaitu
konteks, input, proses dan juga produk atau hasil yang didapati selepas model ini
digunakan. Untuk model Contenance yang dihasilkan oleh R.E Stake pula ia terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu bahagian laporan atau gambaran dan juga bahagian
penghakiman. Akhir sekali ialah model penilaian siatem, bagi model ini kurikulum dan
juga pengajaran dikatakan sebagai satu system yang mempunyai aktivitinya sendiri dan
kedua-duanya berkait antara satu sama lain. Gambarajah di bawah menunjukkan
model penilaian sistem.

Tujuan untuk membuat penilaian kurikulum ini ialah untuk mengenal pasti jawapan
kepada persoalan awal atau lebih dikenali sebagai kajian status dan diagnostik.
Jawapan ini sangat penting kerana ia akan dijadikan sebagai asas untuk pembentukkan
sesuatu kurikulum tersebut. Tujuan yang kedua ialah untuk memperbaiki mana-mana
aspek dalam proses pembentukan dan perkembangan kurikulum ianya juga dikenali
sebagai penilaian berterusan, pembaikan atau formatif. Akhir sekali untuk melihat
sejauh mana kurikulum itu berkesan ia juga dikenali sebagai penilaian sumatif.

Kaedah penilaian ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah sumatif dan kaedah formatif.
Contoh bagi kaedah sumatif ialah peperiksaan atau sebarang ujian yang dijalankan.
Contoh bagi kaedah formatif pula ialah pembentangan, folio, kerja kursus dan juga
penilaian lain seperti ujian lisan, ujian pendengaran dan lain-lain. Bagi kaedah-kaedah
ini ia mestilah melalu satu ujian iaitu untuk melihat kesahannya sama ada ia sah atau
tidak untuk digunakan. Dalam proses kaedah ini juga setiap ujian atau kaedah yang
dilakukan mestilah tidak bias atau tidak berat sebelah ketika melakukannya supaya
hasil atau keputusan yang didapati itu boleh digunakan bagi proses pembentukkan
kurikulum.

PEMBAHARUAN KURIKULUM

Pembaharuan kurikulum ini ialah kurikulum yang sedia ada akan diberi elemen-elemen
baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut supaya kurikulum yang
diperbaharui akan menjadi lebih berkesan. Pembaharuan kurikulum ini disebabkan
oleh beberapa factor iaitu ialah kewujudan ilmu-ilmu baru atau perkembangan atau
penemuan ilmu baru. Tambahan lagi kehendak masyarakat yang berubah juga
merupakan faktor yang menyumbang kepada pembaharuan kurikulum ini. Faktor lain
ialah perkembangan dasar kerajaan dan juga idea-idea baru yang diperkenalkan dalam
bidang pendidikan.

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi proses pembaharuan kurikulum ialah


mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan, mengenalpasti
ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum yang ada dengan masalah-masalah
yang telah dikenalpasti, mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum, mewujudkan
rangka bentuk atau model bagi perubahan, jadual kerja dan orang yang terlibat,
membuat jangkaan atau andaian mengenai hasil kurikulum yang telah diperbaharui dan
akhir sekali melaksanakan proses pembaharuan tersebut. Oleh itu kurikulum ini akan
berubah mengikut peredaran zaman dan juga mengikut perkembangan dunia semasa
supaya dapat membekalkan modal insan yang berpontensi dari segala bidang dan juga
mempunyai akhlak yang baik.
TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk


seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan
daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Dalam konteks transformasi
kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan
yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira
keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum seperti struktur
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan
pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN DAN

PERKEMBANGAN KURIKULUM

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam


konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya
KBSR dan KBSM adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang
menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang pendidikan.

Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam
sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan
kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ). Perkembangan kurikulum tidak
berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan
kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik
dan seimbang.

Terdapat beberapa faktor yang menggerakkan pembentukan dan perkembangan


kurikulum. Antaranya ialah keperluan masyarakat dan negara seperti melatih lebih
banyak tenaga mahir dalam bidang vokasional untuk perkembangan perindustrian dan
ekonomi negara, perkembangan sains dan teknologi yang mendorongkan negara untuk
mereformasikan kurikulum mereka dengan memberi tumpuan dalam pelajaran sains
dan matematik dan perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan yang
membawa reformasi kurikulum supaya pendidikan di sekolah menjadi lebih baik dan
sempurna misalnya pelaksanaan Wawasan Pendidikan berteraskan Wawasan 2020
( Mok Soon Sang, 2008).

PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di


sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah.
Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke
arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama
yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.

i. Laporan Razak (1956)

Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas
cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau
bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu.
Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

ii. Laporan Projek Khas (1970)

Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu
Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan
sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara
maju. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru
yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan
matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta
kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan.
Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke
semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.

iii. Program Matematik Moden (1970)

Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal
tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di
ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu,
pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Sukatan Matematik Moden
dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan
berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School
Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia berkenaan
memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di
sekolah menengah rendah. Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi
pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan
mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik.
Dua buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden
Tingkatan Lima telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Seterusnya, kedua-dua sukatan
menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima telah disatukan pada 1978. Satu pertiga daripada Sukatan
Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran,
pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik. Strategi pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.

iv. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)

KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979).
Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada
Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan
matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran
dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 – Tahun 3) mementingkan
penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat
operasi asas matematik (+, -, ÷ dan x). Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan
aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini
bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh
pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik.
Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan
murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.

v. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami
perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah
selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina
konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan
pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan.
Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh
menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu
mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan
menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk
membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April
1993)

vi. Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi


Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah
disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar
menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi
harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran
belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya
disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan
operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran
panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf.

Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum


pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan
kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan
untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.

Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4
dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan
supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah,
seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.


Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum
adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah
haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.

Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting


dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan
kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )

Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang


mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia
dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik Malaysia, kandungan


isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Dari segi kandungan
sukatan pelajaran, kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70-an
memberi fokus kepada matematik tradisi. Dalam sukatan ini, kemahiran asas dalam
ketepatan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Pendekatan pengajaran
pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari
segi mengulangi algorithma atau prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan
untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas. Matematik pada ketika itu
dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh
murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan,
menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-


model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta
penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan
Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum
sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai
KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam
kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik Malaysia, kandungan


isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Dari segi kandungan
sukatan pelajaran, kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70-an
memberi fokus kepada matematik tradisi. Dalam sukatan ini, kemahiran asas dalam
ketepatan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Pendekatan pengajaran
pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari
segi mengulangi algorithma atau prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan
untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas. Matematik pada ketika itu
dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh
murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan,
menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-


model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta
penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan
Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum
sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai
KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam
kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya rombakan serta perubahan dalam


sistem pendidikan. Paling utama ialah faktor falsafah pendidikan. Falsafah pendidikan
negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di
sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan negara mempunyai
implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil
perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan
Kamaruddin Haji Husin (1994), antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam
KBSR ialah sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek
kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan
dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu, penekanan baru diberikan kepada
penerapan nilai-nilai murni. Kehendak masyarakat juga menjadi faktor kepada
perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu
sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.

Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat


terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam
masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Oleh itu, kajian
secara mendalam perlu dilakukan sebelum apa-apa perubahan dilaksanakan. Faktor
politik mendorong perubahan kurikulum di Malaysia. Ini jelas dibuktikan apabila
bertukarnya tampuk kepimpinan negara, maka akan berlakulah perubahan kurikulum
dan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan
pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan
Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di samping itu, faktor
pembangunan dan perkembangan dunia juga memberi dorongan perubahan kurikulum.
Ini kerana negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai
kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kemajuan sains dan teknologi.

Faktor perubahan sosial juga perlu dititikberatkan kerana kurikulum yang mantap
mampu mewujudkan sosial yang sihat di kalangan murid. Oleh itu, ia mestilah sentiasa
diubah agar sejajar dengan peredaran zaman. Tambahan pula, faktor perkembangan
ilmu serta kepentingannya sangat mendorong ke arah perubahan. Ilmu yang bersifat
dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada
masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan
kehendak masyarakat dan negara. Perkembangan ini penting dalam pembentukan
kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini
dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Dengan
adanya kepastian bahawa perubahan kurikulum sentiasa berlaku, sudah semestinya
akan timbul kesan-kesan kepada bakal guru. Antaranya seperti berlaku kejutan budaya
dalam proses pengajaran baru. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa bersedia menempuh
pembaharuan yang akan terjadi. Di samping itu, guru juga perlu pandai menyesuaikan
diri dengan keadaan semasa. Guru juga memerlukan sedikit masa untuk memastikan
murid-murid terbiasa dengan perubahan kurikulum ini. Proses komunikasi juga akan
menjadi sedikit bermasalah kerana perubahan bahasa perantaraan yang jelas. Ini juga
akan memakan masa bagi murid serta guru menyesuaikannya. Ia bukan proses yang
mudah tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR


dan KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga
bidang reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan
perkembangan diri individu. KBSR menggunakan reka bentuk kurikulum secara linear.
Berbeza dengan KSSR yang secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu
komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan
estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri.

Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang


sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru
iaitu Dokumen Standard Kurikulum. Ini kerana KSSR banyak menggunakan modul-
modul selaras dengan standard kurikulum. Terdapat perbezaan dalam organisasi
kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahap satu dan dua, murid diajar mata
pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSR pula, tahap satu berbeza
dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif diajar.
Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar.

Dalam fokus KBSR terdapat hanya 3M iaitu membaca, menulis, mengira. Ini
berbeza dengan KSSR yang ditambah lagi elemennya menjadi 4M iaitu membaca,
menulis, mengira serta menaakul. Ini jelas menunjukkan bahawa KSSR banyak
ditambahbaikkan. Jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia
ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan
KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Maka dengan itu,
pengenalan kepada KSSR ini diharapkan dapat membaharui kurikulum sedia ada dan
memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

Penggunaan istilah “standard” dalam KSSR merujuk kepada intipati yang


digunakan dalam kurikulum ini yang mana menggariskan dua standard utama.
Pertamanya ialah Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala,
standard kedua yang ditekankan pula berkonsepkan kepada Standard Pembelajaran
yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi penggunaan istilah
“standard” yang menggantikan “bersepadu” amatlah sesuai. Ini kerana kurikulum baru
ini amat berbeza dari segi modulnya serta pelaksanaan yang berlandaskan Dokumen
Standard Kurikulum.

Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan


matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari segi keberkesanan
KSSR ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan
dilakukan serta penambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun,
kurikulum baru ini sudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan
penguasaan matematik. Secara logiknya, wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum
adalah kerana timbulnya kelemahan kurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik
dari sebelumnya. Tambahan pula ilmu pengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada
salahnya malah amat diperlukan perubahan dalam kurikulum ini bagi memastikan ia
sentiasa selaras dengan perkembangan serta zaman semasa.

Bakal guru Matematik sememangnya memainkan peranan yang penting dalam


usaha untuk melaksanakan kurikulum Matematik dengan berkesan. Ini kerana tugas
seorang guru itu bukan hanya menyampaikan isi kandungan bagi sesuatu topik yang
dipelajari, malah guru juga perlu memberi penekanan terhadap kefahaman murid
tentang apa yang dipelajari supaya murid tersebut dapat melalui proses pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna serta memberi kesan kepada mereka.Tugas bakal guru
yang pertama ialah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik.
Guru seharusnya menyediakan aktiviti yang boleh memupuk minat murid untuk terus
meminati subjek Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Sebagai contoh melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) secara tidak
langsung dapat membantu murid memahami tentang topik yang dipelajari. Murid hanya
akan mengalami pembelajaran apabila mereka membina pemahaman sendiri. Oleh hal
yang demikian, BBM yang dihasilkan perlulah sesuai dan mengekalkan konsep
pembelajaran yang dipelajari pada sesuatu topik.
Dalam usaha untuk menggalakkan murid menggunakan pemikiran aras tinggi,
bakal guru seharusnya melibatkan murid dengan aktiviti-aktiviti yang mendorong
mereka untuk membuat analisa, menginterpretasi, dan membuat ramalan. Selain
daripada itu juga, bakal guru perlu menggunakan soalan-soalan yang mencapah (open-
ended) di mana satu persoalan akan membawa kepada persoalan yang lain. Soalan
sebegini akan memangkinkan proses murid berfikir mencari makna sesuatu ungkapan.
Selain itu, murid-murid juga dapat berfikir secara lebih kreatif dan kritis. Murid
digalakkan untuk belajar melalui perbincangan kumpulan kerana dengan latar belakang
murid yang berlainan dan kecenderungan murid yang pelbagai, sudah tentu ianya akan
memberi idea yang lebih berkesan kepada seseorang individu.

Seterusnya, bakal guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalam
mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian supaya murid dapat melihat
subjek Matematik secara keseluruhan dan bukan hanya pada satu skop di dalam bilik
darjah semata-mata. Ini kerana, murid dapat memahami konsep yang diajarkan dengan
lebih berkesan dan lebih kekal lama dalam memori murid. Selain itu, murid juga akan
lebih peka terhadap dunia sekeliling sekiranya mereka dapat mengaplikasikan
Matematik dalam rutin seharian.

Sebagai konklusinya, Kurikulum Matematik KBSR dan Kurikulum Matematik


KSSR merupakan dua modul yang berbeza. Akan tetapi matlamat serta konsepnya
tetap sama dan tidak pernah berubah iaitu untuk melahirkan murid-murid yang
cemerlang dan berjaya dari segi semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek
mahupun sahsiah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita harus akui
bahawa yang baru lebih baik daripada yang terdahulu. Maka sebab itulah terbentuknya
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dipercayai mampu mengubah dan
memperbaiki kelamahan yang ada dalam sistem KBSR. Jadi kita sebagai bakal guru
seharusnya memberi sokongan yang jitu agar Kurikulum Matematik yang baru ini
terlaksana mengikut matlamatnya dan sentiasa bersedia menerima perubahan
kurikulum yang pasti ini.

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU


1.1 : KSSR
1.2 : KSSM

1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah

1.4 : MBMMBI

1.5 : 1 Murid 1 Sukan

1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional

1.7 : NKEA

1.8 : NKRA Pendidikan

1.1 : Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha


menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula


sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau
petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep
diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?


KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains
dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia
dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping
penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.

Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus
kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala
Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas
disiplin ilmu Sains.

Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat
murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi
bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz
chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam
pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses
maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau
menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283 .
S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui


pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru
dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?


J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata
pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan.

KSSR terap 1 Malaysia

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi
menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut
akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan
patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana
kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat
awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta


pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya
sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak
akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang
akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk
KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya


dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik
dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik
dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai
31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala
sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada
pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun
seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan
awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka
memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik
digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

You might also like