You are on page 1of 8

Pengertian Reka Bentuk

Reka bentuk ialah satu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,
video pengajaran, perisian komputer pengajaran dan bahan multimedia. Secara ringkasnya,
reka bentuk pengajaran ini bermula daripada proses reka bentuk sehingga proses membina
bahan pengajaran. Dick dan Reiser (1988), mengatakan reka bentuk pengajaran ialah satu
proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana, dan menilai pengajaran yang
dilakukan secara sistematik dan terancang. Reigeluth (1983) pula menjelaskan reka bentuk
pengajaran lebih berfokuskan kepada pernyataan kaedah-kaedah pengajaran iaitu sebagai satu
disiplin yang memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-
kaedah pengajaran.

Dalam era sekarang, iaitu era kemodenan, reka bentuk adalah selaras dengan pendapat
Richey (1986) yang mengatakan bahawa ia adalah sebagai satu bidang sains untuk
mencipta spesifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan bagi suatu keadaan yang memudahkan pembelajaran dan akhir sekali,
definisi bagi Gustafson (1991) ialah satu proses yang dibuat secara sistematik untuk
mereka bentuk, membina aktiviti dan bahan, menilai dan menggunakan seluruh proses
pengajaran.

Peranan dan Kepentingan Reka Bentuk

Menurut Norasiah (2010), dalam buku Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran,
terdapat peranan dan kepentingan dalam reka bentuk pengajaran. Berikut ialah peranan dan
kepentingan reka bentuk dalam pengajaran.

Peranan reka bentuk:


 Meningkatkan Profession Perguruan
 Kefahaman Keperluan

 Penyelesaian Masalah

 Fokus pengajaran
Kepentingan reka bentuk:
 Membantu proses pembelajaran murid secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan
besar.
 Membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan
keperluan murid.

 Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar
belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Pembelajaran murid akan lebih menarik dan menyeronokkan.

TEORI DAN REKABENTUK INSTRUKSIONAL

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN REKABENTUK INSTRUKSIONAL


(ID)?
Rekabentuk Instruksional merupakan salah satu daripada cabang teknologi
komunikasi.
Ianya merupakan satu kaedah atau proses latihan untuk menyusun alat-alat media dan
kandungan untuk membantu pelajar mahupun guru untuk menyampaikan pengetahuan secara
lebih efektif.

Proses Rekabentuk Instruksional yang sempurna mestilah merangkumi sesuatu yang


diingini oleh pengguna, arahan yang jelas menepati objektif dan mencipta sesuatu yang
berasaskan media sebagai bantuan kepada penyampaian pengetahuan. Idealnya, Rekabentuk
Instruksional seperti yang dimaklumkan oleh teori pedagogi, latihan pengajaran dan
pembelajaran mestilah sama ada ditentukan oleh pelajar sepenuhnya, bantuan guru atau
komuniti yang terlibat.

Bidang Rekabentuk Instruksional secara tradisionalnya atau diasaskan di dalam teori


kognitif dan psikologi tingkahlaku. Oleh kerana ianya merupakan bidang yang jarang
diketengahkan dan juga digunapakai di dalam bidang-bidang yang lain sama ada yang
berasaskan ideology atau professional maka sering berlaku ketidakfahaman dan kecelaruan
istilah terhadap maksud sebenar Rekabentuk Instruksional.
Rekabentuk Instruksional didefinasikan sebagai:

1. Rekabentuk Instruksional sebagai Proses

Rekabentuk Intruksional adalah pembangunan yang sistematik yang menggunakan teori


pembelajaran dan intruksi bagi mempastikan kualiti intruksi. Ia adalah proses yang dijalankan
terhadap analisis keperluan pembelajaran, matlamat dan pembangunan system penyampaian
yang memenuhi keperluan tersebut. Ini termasuklah pembangunan metarial intruksi dan
aktiviti, pencarian dan penilaian terhadap semua intruksi dan aktiviti pembelajaran.

2. Rekabentuk Instruksional sebagai Disiplin

Rekabentuk Instruksional adalah cabang pengetahuan daripada penyelidikan dan teori


berkenaan dengan strategi instruksional dan proses pembangunan dan perlaksanaan strategi.

3. Rekabentuk Instruksional sebagai Sains

Rekabentuk Instruksional adalah sains yang mencipta spesifikasi yang terperinci untuk
pembangunan, perlaksanaan, penilaian dan penyelenggaraan yang mana ia memberi
kemudahan pembelajaran dari unit yang besar sehingga unit yang kecil bagi sesuatu
matapelajaran untuk semua tahap kesukaran.

4. Rekabentuk Instruksional sebagai Realiti

Rekabentuk Instruksional boleh bermula dari mana-mana bahagian dalam proses


pembangunan. Selalunya cetusan idea dapat membangunkan asas situasi instruksional.
Apabila keseluruhan proses telah selesai, perekabentuk akan melihat kembali dan akan
melihat semua bahagian “sains” yang telah diberi perhatian sewajarnya. Kemudian,
keseluruhan proses akan ditulis seperti mana yang berlaku dalam gaya yang sistematik.

Perkara yang dirancang itu perlulah realistik untuk dicapai. Penetapan sasaran yang tidak
logik akan mengakibatkan kemustahilan pencapaian matlamat yang disasarkan.
5. Sistem Instruksional

Sistem boleh diistilahkan juga sebagai peraturan. Sistem intruksional adalah pengurusan
sumber dan prosedur untuk menghasilkan pembelajaran. Rekabentuk intruksional adalah
proses yang sistematik dari pembangunan sistem intruksional. Ia adalah proses dari
perlaksanaan sistem atau perancangan yang telah dibuat. Contoh pemasangan enjin kereta
ketetapan sistemnya akan mengakibatkan enjin tersebut gagal berfungsi.

6. Teknologi Instruksional

Teknologi digunakan untuk menyampaikan. Teknologi intruksional adalah aplikasi bersistem


dan strategi yang sistematik. Teknik penyampaian dari teori behavior, kognitif dan konstruktif
untuk penyelesaian masalah intruksional. Teknologi instruksional adalah aplikasi teori yang
sistematik mengikut keperluan dalam rekabentuk instruksional dan pembangunan.
Teknologi Instruktif = Rekabentuk Instruksional + Pembangunan Instruksional

7. Pembangunan Instruksional

Rekabentuk Instruksional boleh diterjemahkan sebagai suatu proses merekabentuk perisian


instruksional yang melalui beberapa proses secara sistematik yang mencakupi pelbagai media
dengan menggunakan pelbagai model rekabentuk yang bertujuan untuk pengajaran dan
pembelajaran atau menyampaikan pengetahuan kepada pelajar secara lebih efektif.

8. Bidang Tugas Utama Sebagai Perekabentuk instruksional:


1. Sebagai Perancang dan pembangunan strategi program pembelajaran untuk menyokong
latihan di cawangan-cawangan.
2. Untuk meningkatkan prestasi firma melalui rekabentuk pembelajaran, pembangunan dan
penggunaan strategi untuk mengenalpasti peluang-peluang semasa.
3. Bekerjasam dengan bahagian tertentu untuk menyelesaikan masalah kepimpinan staf untuk
meningkatkan prestasi syarikat atau institusi.
4. Mencipta sistem dokumen yang sesuai kepada setiap bahagian yang menepati kehendak
dan ciri-ciri sesuatu bahagian
5. Mengurus dan menyusun rutin item penyelenggaraan institusi untuk program-program
yang dilaksanakan
6. Bekerjasama dengan bahagian e-learning dan kumpulan latihan teknologi syarikat untuk
membangunkan perisian atas talian.
7. Menyediakan cadangan kertas kerja bagi sesuatu projek yang baru dan rakan kongsi yang
berpotensi.
8. Membuat strategi penilaian untuk setiap program yang dilaksnakan
9. Melaksanakan teknik dan teori-teori rekabentuk instruksional kepada adult learner dan
menyusun metadolgi pembangunan yang sesuai dan efektif.
10. Menjalankan kursus kepada jurulatih-jurulatih untuk melaksanakan cara penyampaian
kurikulum.

9. Kemahiran-Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Bagi Membolehkan Perekabentuk


Instruksional Menjalankan Tugas-Tugasnya Dengan Baik.

Untuk mendapatkan hasil yang baik dan menepati objektif pengguna, perekabentuk
instruksional mestilah menguasai beberapa kemahiran. Kemahiran-kemahiran yang
dimaksudkan mestilah kemahiran-kemahiran yang boleh membantu perekabentuk
instruksional di dalam membangunkan perisian instruksional.

1. Kemahiran mengurus
Bertugas selaku ketua projek, perekabentuk instruksional perlu mengurus dokumen-dokumen
projek, perancangan kewangan, menyediakan garis panduan kerja dan mengurus keperluan
sumber. Mempastikan juga kelancaran projek mengikut jadual dan tarikh akhir penyiapan
projek.

2. Kemahiran dalam grafik dan seni


Perekabentuk adalah individu yang kreatif dan inovatif. Kemahiran ini perlu agar dapat
merekabentuk rekaan yang cantik dan berkesesuaian dengan tema yang dikehendaki.

3. Mahir dalam ilmu psikologi


Ilmu ini juga penting walaupun ia jarang diperhalusi. Kesesuaian sesuatu rekabentuk dari
sudut psikologi tentang kesanggupan kumpulan sasaran untuk duduk berjam-jam di depan
komputer menggunakan perisian yang dibina, suatu pendekatan psikologi perlu digunakan
untuk membolehkan sasaran tidak merasa bosan atau tertekan. Kemahiran dalam ilmu
psikologi untuk memberikan kesan psikologi dan dapat menjangkakan sikap yang akan
ditunjukkan oleh golongan sasaran seperti golongan kanak-kanak dengan orang dewasa
adalah memberikan kesan yang berbeza.

4. Mengenalpasti keperluan rekabentuk instruksional terhadap tugasan yang diberi dan


mencadangkan penyelesaian masalah yang timbul, memilih amalan yang terbaik dan
teknologi yang bersesuaian.

5. Menggunakan media interaktif.


Kemahiran untuk menggunakan bahan-bahan supaya dapat menilai perisian yang dihasilkan.

6. Asas pengatucaraan juga perlu ada asas pengatucaraan supaya perekabentuk


instruksional tahu akan kekangan dan kelebihan yang dihadapi oleh para pengatucara apabila
melaksanakan tugasan yang diberi. Perekabentuk Instruksional tidak perlu memahami secara
mendalam, cukup sekadar tahu sahaja.

7. Kreatif dalam domain teknikal dan artistik.


Perekabentuk adalah orang yang mempunyai idea-idea terkini dan canggih supaya perisian
yang dibangunkan adalah lain dari yang lain.

8. Kemahiran komunikasi
Ini penting untuk membolehkan arahan yang dikeluarkan adalah jelas dan senang difahami
oleh pasukan projek. Arahan boleh disampaikan secara lisan atau bertulis. Kemahiran
komunikasi juga perlu dalam menilai cara penyampaian yang digunakan; adakah ianya boleh
difahami oleh golongan sasaran. Bentuk komunikasi boleh terdiri secara visual atau verbal.

9. Kemahiran mengurus kewangan


Walaupun bertugas selaku sebagai perekabentuk, adalah perlu mahir dalam pengurusan
kewangan untuk menggangarkan kos yang berkemungkinan akan terlibat apabila
membangunkan sesuatu bahagian spesifik yang berkos tinggi seperti pembayaran royalti
muzik atau lagu yang digunakan.

10. Boleh bekerja di bawah tekanan.


Perekabentuk adalah orang yang mempunyai mental yang kental, tahan dengan tekanan kerja.
Tanggungjawab untuk merekabentuk adalah besar kerana banyak pihak bergantung terhadap
rekabentuk yang dihasilkan untuk menjadi panduan kepada mereka melaksanakan tugas
masingmasing seperti pereka grafik artistik, pengatucara, perekabentuk sistem dan banyak
lagi pihak yang terlibat dalam proses pembangunan.

11. Mahir menggunakan alat pengarangan multimedia.


Jika tidak mempunyai kemahiran ini, bagaimana perekabentuk instruksional dapat
memberikan idea terhadap sesuatu perisian. Perekabentuk perlu mempunyai kemahiran
pengatucara walaupun sedikit.

12. Kebolehan menyelesaikan masalah.


Ini adalah kemahiran yang penting kerana pelbagai masalah boleh timbul dan ia perlu
diselesaikan secara bijaksana seperti masalah kerosakan perkakasan.

13. Mengetahui model-model ID yang boleh digunakan

14. Kemahiran mengutip, menganalisis, dan menilai maklumat.


Hal ini penting kerana seorang pereka bentuk instruksi mesti mahir dalam bidang ini kerana
sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, mereka akan menjadi seorang pereka
bentuk yang gagal menentukan keseimbangan dan kesahihan data atau maklumat dan tidak
mampu membina sesuatu rekaan dengan baik.

15. Boleh bekerja dalam kumpulan (Teamworking)


Kebolehan bekerja dalam kumpulan meliputi kebolehan seseorang untuk bekerja dengan
orang lain yang datang dari latar belakang yang berbeza dalam mencapai sesuatu matlamat.
Pereka bentuk instruksi perlu bekerja dalam kumpulan untuk menghasilkan kerja yang
memuaskan Selain itu, kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan
bekerja dengan efektif dengan orang lain bagi mencapai objektif ada perlu kepada seseorang
pereka bentuk instruksi. Kebolehan untuk memahami atau menjangkakan saling tukaran atau
persamaan peranan yang dimainkan oleh pemimpin dan juga pengikut. Kebolehan untuk
menyedari dan menghormati atitud, tindakan dan kepercayaan orang lain. Kebolehan untuk
memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam kumpulan.
Komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.

16. Kemahiran sebagai penyelesaian masalah


Penyelesaian masalah meliputi kebolehan untuk berfikir secara kritikal, logikal, kreatif dan
analitik. Perkara ini menjadi asas utama bagi seseorang pereka instruksi kerana terdapat
pelbagai berlaku Kebolehan untuk mendefinisikan serta menganalisis masalah yang wujud
dalam domain yang kompleks, bertindihan serta tidak mempunyai struktur yang menentu dan
seterusnya melakukan penilaian yang mempunyai sokongan yang kukuh. Selain itu, mereka
berkebolehan untuk memvisualkan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya dan
seterusnya mendapatkan idea dan jalan alternatif

17. Fleksibel atau mampu menyesuaikan diri


Seseorang pereka bentuk perlu menyesuaikan diri atau fleksibel meliputi kebolehan atau
kesediaan seseorang untuk bertukar berdasarkan situasi atau keperluan semasa. Kebolehan
untuk mengenal potensi bagi tujuan peningkatan atau pembaikan. Kebolehan untuk
mengaplikasikan jalan penyelesaian yang sedia ada. Selain itu, mereka berani untuk memula
dan melaksanakan perubahan dan bekerja dan mengekalkan keberkesanan walaupun dalam
apa-apa tekanan. Mereka perlu memahami dan mengadaptasi ke dalam budaya komuniti atau
persekitaran kerja yang baru. Kebolehan untuk menjadi fleksibel dan konstan dan
mengekalkan fokus dalam sesuatu tugas.

18. Keyakinan diri (Self-Esteem)


Sentiasa berfikiran positif. Komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah diri. Yakin
kepada diri sendiri. Mempunyai kualiti dari aspek keyakinan Seimbang dari aspek emosi dan
rohaniah

19. Etika atau moral


Etika atau moral meliputi kebolehan untuk melaksanakan piawaian yang tinggi dari aspek
etika dalam interaksi profesional mahupun sosial. Bertindak secara beretika dan bermaruah
dalam melaksanakan tanggungjawab sosial. Memahami kesan ekonomi, persekitaran dan
sosio-budaya terhadap kerjaya profesional. Menganalisis dan membuat keputusan dalam
menyelesaikan masalah melibatkan isu moral atau etika.

20. Kemahiran untuk membina sesuatu yang baru


Bermaksud mereka yang terlibat sebagai pereka bentuk instruksi perlu mengetahui dan berani
mengajar seseorang tentang membina sesuatu yang baru. Mereka bertindak sebagai pencetus
idea atau pemudah cara untuk menyakinkan orang lain bahawa membina sesuatu yang baru
itu bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Cuma memerlukan masa dan kaedah yang sesuai
sahaja.

You might also like