You are on page 1of 15

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan konsep reka bentuk pengajaran dan juga kepentingan
reka bentuk pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan model ADDIE dan model
ASSURE dan aplikasinya dalam pengajaran –pembelajaran serta reka bentuk mesej.

HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan
dapat:
i. Mengenal ciri-ciri reka bentuk pengajaran dan pelbagai jenis reka bentuk
pengajaran.
ii. Dua bentuk reka bentuk pengajaran yang utama dibincangkan.
iii. Mengenal dan menghuraikan reka bentuk mesej.

KERANGKA TAJUK

Reka Bentuk Pengajaran

Konsep Reka Bentuk Model Reka Bentuk Reka Bentuk Mesej


Pengajaran Pengajaran dalam Proses
• Pengertian ASSURE Pengajaran dan
• Peranan & Kepentingan ADDIE pembelajaran

1
2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran

2.1.1 Pengertian

Proses penyampaian atau pengajaran merupakan satu aktiviti yang penting yang
mesti dilaksanakan dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu
mempunyai matlamat yang nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan
tercapai sekiranya ada perancangan yang lengkap dan sistematik dimana hasil
pembelajaran dapat diukur. Justeru, reka bentuk pengajaran merupakan satu catatan
lengkap menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku
dengan terancang dan teratur.

Secara khususnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar
atau diukur serta diuji dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga
objektif tercapai. Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008) ,reka bentuk
pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun,
melaksana dan menilai pengajaran.
Terdapat juga model reka bentuk pengajaran yang lain seperti:
• ASSURE
• ADDIE
• 9S Gagne Events
• Dick & Carey
• Water Fall
• ARCS Model of Motivational Design (Keller)
• Kemp Design Model
• Organizational Elements Model

Fikirkan

Apakah tujuan mereka bentuk pengajaran? Sejauh manakah reka


bentuk pengajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Apakah
proses yang terlibat semasa mereka bentuk pengajaran?

2
2.1.2 Peranan dan Kepentingan

Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008). , Konsep Reka Bentuk Pengajaran
ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan
menilai pengajaran.
Proses reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang
merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu penentuan objektif, perancangan
pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi pengajaran dan
pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan
pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian penbelajaran.
Dengan lain perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan merancang
dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media pengajaran.

Reka bentuk pengajaran telah wujud empat dekad dahulu dan kini terdapat banyak
jenis model reka bentuk pengajaran. Walau bagaimanapun, terdapat enam perkara
asas dalam sesuatu proses pengajaran iaitu:
i. menentukan keperluan murid
ii. menentukan matlamat dan objektif
iii. membina prosedur penilaian
iv. mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
v. memcuba sistem pengajaran
vi. menilai keseluruhan sistem

Terdapat reka bentuk pengajaran yang berskala besar dan kecil. Gustafon (Wah Wan
Ali et al. 2008) telah membahagikan model kepada 3 tumpuan:
i. model berorientasikan sekolah
ii. model berorientasikan produk
iii. model berorientasikan sistem

Tujuan utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Mengikut Dick dan Reiser (Wah Wan Ali et al.2008).,
pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran,
selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya mampu
menarik perhatian dan menaruh penghormatan murid terhadap pengajar. Secara
tidak langsung, ia membantu menghasilkan guru yang kompeten dan dedikasi serta
inovatif.

3
Perbincangan

Apakah perkara asas yang merangkumi satu proses pengajaran?

2.2 Model Reka Bentuk Pengajaran

2.2.1 Model ASSURE

Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah. Ia dipelopori
oleh Heinich et. Al (Wah Wan Ali et al.2008). Ia mendapatkan namanya hasil akronim
huruf awal A.S.S.U.R.E.

Ia melibatkan enam langkah, iaitu analisis ciri-ciri murid, nyatakan objektif pengajaran
dan pembelajaran, pilih strategi, teknologi dan media bahan yang sesuai, gunakan
teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut, libatkan murid
dalam proses pembelajaran,dan nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.

A Analyse
S State
S Select
U Utilise
R Require
E Evaluate

2.2.1.1 Analyse learner (Analisis murid)

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengetahui


ciri-ciri umum murid seperti umur, darjah/tingkatan, latarbelakang murid , tahap sosio
ekonomi dan lain-lain lagi. Melalui rekod murid dan berinteraksi secara langsung
dengan murid, guru boleh memperoleh maklumat yang lengkap mengenai seseorang
murid. Melalui cara-cara ini, guru dapat menggunakan teknologi yang bersesuaian

4
dan menyediakan bahan dan media pengajaran berdasarkan pengalaman lepas
murid.

Di luar negara seperti Amerika Syarikat, guru-guru wajib mengetahui keperluan setiap
orang murid seperti tahap penguasaan murid, pengetahuan lepas murid supaya
mereka dapat merancang reka bentuk pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
penguasaan murid yang terdiri daripada pelbagai jenis gaya pembelajaran dan
akhirnya tercapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Pendek kata guru perlu
mengetahui sejauh mana pengetahuan lepas telah dikuasai oleh murid dan
mengaitkan dengan pengajaran yang akan disampaikan nanti. Guru boleh
menjalankan ujian pra ke atas pengetahuan lepas murid.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Ada murid yang suka belajar
secara bersendirian, ada yang suka berbincang dengan kawan atau secara
berkumpulan, ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi dan tenang, ada yang
suka belajar di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan adanya iringan muzik,
ada yang suka belajar melalui pemerhatian dan membuat kajian dan sebagainya.

Gaya pembelajaran merujuk kepada trait psikologi seseorang murid memproses,


mentafsir, mengumpul maklumat terhadap pengetahuan dan kemahiran dan
seterusnya bertindak balas dengan persekitarannya. Ia merujuk kepada cara yang
paling berkesan seseorang murid menguasai pembelajaran. Mengikut model
Dunn&Dunn (Wah Wan Ali et al. 2008) , stail pembelajaran merujuk kepada
bagaimana seseorang murid memproses maklumat dan mengekalkan maklumat baru
melalui lima ransangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi.
Mengikut model Honey & Mumford (Wah Wan Ali et al. 2008)., stail pembelajaran ialah
penerangan sikap dan tingkahlaku yang diamalkan oleh seseorang murid terhadap
cara belajar masing-masing.
Pengetahuan tentang gaya pembelajran murid membolehkan guru mengendalikan
kelas dengan lebih berkesan dan berjaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

5
2.2.1.2 State objectives (Nyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran)

Pembelajaran membawa perubahan dari segi penguasaan pengetahuan, kemahiran


dan tingkah laku. Seperkara itu, apa yang dipelajari itu perlu mempunyai objektif yang
jelas dan konkrit supaya objektif pembelajaran dapat diukur pada akhir proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, ‘pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat menyenaraikan lima contoh haiwan bertulang belakang.’

Penyataan objektif pembelajaran perlu eksplisit dan jelas. Ia dapat membantu guru
menilai sejauh manakah objektif pembelajaran atau kemahiran yang telah ditentukan
dapat dikuasai oleh murid. Pengubahsuaian ke atas kaedah atau strategi boleh
dilakukan sekiranya objektif tidak tercapai.

Penyataan objektif dapat membantu guru mengukur perubahan tingkah-laku ke atas


murid dan murid patut mengetahui apakah harapan guru terhadap mereka.
Penggunaan istilah yang menunjukkan perubahan tingkah laku adalah penting.
Antaranya perkataan yang sesuai ialah melabelkan, membanding bezakan,
menyenaraikan, menyebut, mengkategorikan, merumus, menyelesaikan masalah.

Penyataan objektif membantu guru juga dalam pemilihan kaedah, bahan dan media
pengajaran serta teknologi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Apakah tahap pencapaian minimum yang boleh digunakan untuk
mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid?

Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjat ketepatan, kuantiti dan kualiti
serta tempoh masa yang ditetapkan. Penulisan tahap pencapaian boleh ditulis dalam
bentuk kuantitatif dan kualitatif. Penulisan bentuk kuantitatif boleh dijelaskan dengan
penggunaan angka, peratusan dan skor mentah. Contohnya, di akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid boleh ‘menjawab lapan daripada sepuluh soalan objektif’.
Penulisan kualitatif pula sukar diukur kerana kriteria susah ditentukan.

Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dikategorikan kepada tiga domain yang
utama iaitu:
• domain kognitif (keupayaan berfikir)
• domain efektif (sikap dan perasaan)
• domain psikomotor (kemahiran fizikal) dan domain interpersonal

6
AKTIVITI

Cuba analisis objektif pengajaran dan pembelajaran. Kenal pasti lebih banyak
perkataan ekplisit yang boleh digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku
murid selepas proses pengajaran –pembelajaran dilaksanakan.

2.2.1.3 Select technology, strategies, media and materials (Pilih teknologi,


kaedah media dan bahan yang sesuai)

Terdapat empat langkah dalam proses ini iaitu:


• menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan
• memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
• memilih format media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih
• memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

2.2.1.3.1 Menentukan jenis teknologi yang sesuai

Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan


gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan
kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan
teknologi perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.
Penggunan teknologi komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek,
pembentangan, simulasi dan sebagainya.

2.2.1.3.2 Memilih kaedah

Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses
pengajaran dan pembelajaran guru? Jawapannya ialah lebih daripada satu kaedah.
Tiada satu kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan
pengajaran. Kaedah simulasi, lakonan boleh digunakan semasa set induksi. Kaedah
sumbangsaran boleh digunakan semasa guru mengemukakan satu-satu soalan dan
meminta murid menjawab. Setiap saranan jawapan akan diterima tanpa bantahan
daripada guru. Kaedah latihtubi boleh digunakan untuk memperkukuhkan sesuatu
kemahiran baru yang telah disampaikan oleh guru. Pemilihan kaedah hendaklah

7
diasaskan kepada objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada murid, ciri-ciri murid
dan gaya pembelajaran murid.

2.2.1.3.3 Memilih format media dan bahan sumber

Format media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat dipaparkan. Contoh


format media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga dimensi
seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium, klip video, audio, pakej persembahan
multimedia dan lain-lain lagi.

Pemilihan format media hendaklah berdasarkan domain objektif, kumpulan murid,


pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang
menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan,
teks,artikel dan sebagainya.

Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
• menggunakan bahan sumber yang tersedia ada
• mengubah suai bahan sumber yang ada
• mereka bentuk bahan sumber yang baru

2.2.1.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

Sekiranya anda menghadapi masalah kekurangan bahan media ataupun media yang
dipilih kurang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mereka
bentuk semula media yang dipilih atau menghasilkan media baru.

Terdapat tujuh perkara yang perlu diambil kira, iaitu:


• objektif
• kumpulan sasaran murid
• masa
• kos
• fasiliti
• kemahiran/kepakaran teknikal

8
• peralatan yang diperlukan

Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu mengikut beberapa kriteria seperti
di bawah.
• Menepati kurikulum
• Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini
• Bahasa yang jelas dan mudah difahami
• Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid
• Menarik penglibatah murid
• Mempunyai kualiti
• Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan
• Bebas daripada bias
• Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan

Perbincangan

Senaraikan tempat/agensi-agensi yang boleh membuat rujukan ke


atas bahan sumber yang tersedia ada..

2.2.1.4 Utilize technology, media and materials (Gunakan teknologi,


bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut)

Penggunaan bahan sumber perlu tepat pada tempat dan masanya. Sebelum
penggunaan, pastikan anda semak langkah-langkah seperti di bawah:

• semak bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.


• sediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas
• sediakan persekitaran untuk membolehkan pengguanan yang optimum
• sediakan murid dari segi emosi dan fizikal untuk mendapatkan manfaat
daripada bahan sumber
• sediakan pengalaman pembelajaran untuk murid

9
2.2.1.5 Require learner participation (Libatkan murid dalam proses pembelajaran)

Guru boleh merancangkan sesi pengajaran-pembelajaran yang melibatkan murid


melalui kaedah berpusatkan murid. Contoh aktiviti berpusatkan murid seperti
menyediakan projek. Ini akan dapat memotivasikan murid dan membolehkan guru
memgukur perubahan tingkah-laku murid.

2.2.1.6 Evaluate and revise (Nilai serta semak semula keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran)

Penilaian semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru


membuat penambahbaikan dan pembetulan serta menjalankan tindakan susulan
yang sesuai melalui amalan refleksi.

Melalui refleksi, guru perlu melihat semula sejauh manakah perancangan,


pelaksanaan pengajaran, objektif pengajaran dan perubahan tingkah laku murid
tercapai? Melalui proses ini guru dapat menyediakan pembelajaran yang lebih
berkesan dan bermutu pada masa akan datang.

Internet

1. http://www.instructionaldesign.org/
2. http://www.instructionaldesign.org/models/index.html
3. http://www.instructionaldesign.org/models/assure.html
2.4.1 Model ADDIE

Model ini menjadi asas kepada kebanyakan model reka bentuk.Kebaikan model ini
ialah penambahbaikan yang berterusan boleh dibuat berasaskan maklumat yang
dikumpul. Ia juga menjimatkan masa kerana masalah dapat diatasi sebaik sahaja
dikenalpasti. Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal ADDIE.

A Analysis
D Design
D Development
I Implementation
E Evaluation

2.4.1.1 Analysis Phase (Peringkat Analisis)

Guru perlu kenal pasti sasaran kumpulan murid, ciri-ciri pembelajaran murid, objektif
pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan
pengalaman lepas murid.

2.4.1.2 Design phase (Peringkat Reka Bentuk)

Tumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran,


penentuan objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran yang
akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan
pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap penguasai kemahiran
yang telah disampaikan.

2.4.1.3 Peringkat Perkembangan


Peringkat ini melibatkan pemilihan isi kandungan dan penggunaan teknologi.

2.4.1.4 Peringkat Implementasi


Ia melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu daripada
pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi
pengajaran, pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai
dan bentuk ujian.

2.4.1.5 Peringkat Penilaian


Merangkumi dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif dijalankan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan penilaian
sumatif akan dijalankan pada penghujung penggal persekolahan dalam bentuk ujian
untuk domain kognitif dan bertujuan untuk mendapat maklumbalas daripada murid.
Internet

1. http://www.instructionaldesign.org/models/addie_weaknesses.html
2. http://www.instructionaldesign.org/models/dick_carey_model.html
3. http://www.umich.edu/~ed626/Dick_Carey/dc.html

Perbincangan

Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada reka


bentuk pengajaran ASSURE dan Dick & Carey.

2.3 Reka Bentuk Mesej Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk
pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan
penerima mesej. Mengikut Asociation for Educational Communication and
Technology (AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau
saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa
maksud penyamapaian pengajaran-pembelajaran.
Justeru, segala media dalam bentuk audio, video, grafik, suara dan bahasa
penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.

Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada tiga
komponen iaitu:
• Mesej
• Bentuk mesej
• Saluran mesej

2.4 Reka Bentuk Mesej Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk
pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan
penerima mesej. Mengikut Asociation for Educational Communication and
Technology (AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau
saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa
maksud penyamapaian pengajaran-pembelajaran.
Justeru, segala media dalam bentuk audio, video, grafik, suara dan bahasa
penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.
Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada tiga
komponen iaitu:
• Mesej
• Bentuk mesej
• Saluran mesej

Rajah 4: Konsep Media Torkelson (1972)

i. Mesej

Mesej ialah isi kandungan yang hendak disampaikan oleh penyampai. Mesej boleh
dalam bentuk makluman, motivasi, peringatan, bahasa isyarat dan sebagainya.
ii. Bentuk mesej

Merujuk kepada persoalan bagaimana mesej disampaikan. Ia boleh dalam bentuk


gambar, jadual, arta, simbol, pengumuman, dan sebagainya.

iii. Saluran mesej

Merujuk kepada alat fizikal yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej .
Mesej boleh disampaikan dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya.
Contoh alat yang boleh digunakan termasuklah radio, televisyen, projektor

‘Overhead’, projektor, LCD camera digital, video camera dan sebagainya.

Dalam proses pengajaran-pembelajaran, reka bentuk mesej memainkan peranan

yang penting kerana ia memastikan mesej yang disampaikan oleh guru difahami oleh
penerima/murid. Penggunaan media perlu bersesuaian dengan pengalaman lepas
murid untuk mempercepatkan penyampaian mesej.

Menurut Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008) , murid mempelajari sesuatu kemahian
baru melalui pengalaman konkrit. Dengan adanya pengalaman langsung, iaitu murid
sendiri yang melalui proses perbuatan, proses mengamati, akhirnya murid akan
berjaya mentafsirkan maklumat yang abstrak ke bentuk konkrit.

Sekiranya murid itu mempelajari sesuatu kemahiran baru melalui bahasa verbal
sahaja, maka semakin sedikit pengalaman yang dilaluinya. Secara ringkasnya, media
yang sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran bermula daripada
pengalaman langsung hingga ke penerangan verbal. ( rujuk Rajah 5)

Simbol
verbal
Simbol
visual
Melihat gambar
pegun
Melihat gambar bergerak
Menonton televisyen
pendididkan
Pameran

Membuat kajian tindakan

Tunjuk cara

Melakonkan

Mereka pengalaman tiruan

Mendapatkan pengalaman langsung/sebenar

Rajah 3: Kon Pengalaman Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008)

Perbincangan

Penilaian' merupakan salah satu langkah yang terdapat dalam model


ADDIE. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan
dengan rakan anda mengenai bentuk penilaian yang boleh dilaksanakan
dan terangkan ciri-ciri setiap bentuk penilaian dengan memberikan
sekurang-kurangnya satu contoh yang sesuai

RUMUSAN

Guru perlu merancang reka bentuk pengajaran supaya pengajaran guru akan menjadi
lebih teratur dan sistematik. Pemilihan jenis reka bentuk pengajaran amat penting kerana
ia akan menjamin pencapaian objektif iaitu murid telah menguasai kemahiran dan adanya
berlaku perubahan tingkah laku.

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang (2006). Nota pengurusan pengajaran-pembelajaran. Multimedia- ES


Resources Sdn. Bhd.

Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D., Russell, J.D. (2006). Educational technology for
teaching and learning. Merrill Prentice-Hall.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar.

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: OUM

You might also like