You are on page 1of 8

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sebagai guru berpengalaman, imbas balik Apakah yang anda faham dengan pengajaran

n dan pembelajaran? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatian sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Pernahkah anda berfikir cara terbaik untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang baik dalam bilik darjah yang mesra budaya? Topik ini akan membincangkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan fokus kepada konsep, dan peranan guru dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 4.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajaran atau pedagogi bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional planning). Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku. Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran

dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan muridmurid menghubungkaitkan maklumat. 4.2 Ciri-ciri Guru Berkesan Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa guru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat ( p.43). Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of teaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of goal setting, instructional planning, and classroom management. They know how to motivate, communicate, and work effectively with students who have different levels of skills and come fromculturally diverse backgrounds. Effective teachers also understand how to use appropriate levels of technology in the classroom. (Santrock, 2006) Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut: Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor. Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat. Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Membantu pelajar supaya boleh berdikari 4.3 Konsep Pembelajaran 4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan

pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut: Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perlu Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan 4.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya: Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar pengurus. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk : Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling Sistematik dalam merancang dan menilai Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang Bijak mengurus masa Berpandangan jauh Bersedia untuk berubah dan fleksibel Berkomuknikasi dengan berkesan 4.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru : i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru

perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran. Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek : Hasil pembelajaran yang tepat Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid Sumber pengajaran yang mencukupi Bahan bantu mengajar yang berkesan Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas (a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah, audio visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan. Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini, (1990); Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contohcontoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran . Manakala Slavin (1994) menyarankan guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM).

(b) Pemilihan Sumber Pengajaran Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi . Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan, internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus, phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan Perbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat, sesuai, dan mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyak input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran . Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang. Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan: melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal

untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan . Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya Educational Evaluation and Decision Making, beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk: Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran selanjutnya

Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan keberkesanan pengajaran . Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu tajuk dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat menilai pencapaian pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan. Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif . Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama pengukuran adalah untuk membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan, kuiz, peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak, rekod anekdot, skala kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan. Alat pengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berharga kepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan pengajaran guru . Apabila guru memberikan ujian kepada pelajarnya, guru sebenarnya bukan sahaja sedang mengukur pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur keberkesanan strategi pengajarannya sendiri. Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan pengukuran. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa guru perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran yang baru disampaikan. Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan dan penilaian semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorang guru yang proaktif dan berkesan

Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi gurumurid.. 1.3 Rumusan Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang telah dipelajari. Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

You might also like