You are on page 1of 11

REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu

difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian. Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti. REKA BENTUK PENGAJARAN Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran. Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka

bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran

berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran. Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah: i. Menentukan pencapaian objektif ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut: i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

MODEL REKABENTUK PENGAJARAN Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalam membangunkan perisian berasal adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model diperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yang dicadangkan hampir sama. Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah:

i. Model ADDIE ii. Model ASSURE iii. Model Hanaffin and Peck iv. Model Robert Glasea v. Model Branson vi. Model Resier and Dick vii. Model Van Patten viii. Model Gentry ix. Model Dick and Carey x. Model Air Terjun xi. Model Prototyping xii. Model Smith and Ragan xiii. Model Jerold Kemp xiv. Model Gerlach and Ely xv. Model Diamon

Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu: i. Model berorentasikan bilik darjah ii. Model orentasi produk iii. Model orentasi sistem iv. Model orentasi teknologi Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck. Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh

pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990). Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996). Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologimula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998) MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN MODEL ADDIE

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah: Analisis Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah

yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:

Analisa(Analysis) Reka Bentuk(Design) Pembangunan(Development Perlaksanaan(Implementation) Penilaian(Evaluation)

1. Matlamat perisian 2. Objektif perisian 3. Kumpulan sasaran 4. Kandungan perisian 5. Pendekatan pedagogi 6. Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya. Reka Bentuk Perisian Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan.

Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis. ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian. iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna. iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan Perisian Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.

Perlaksanaan Perisian Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan

melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan. Proses kerja dalam fasa ini ialah i)Membangunkan perisian

ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan iii) Menguji kestabilan perisian iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan lagi kualiti perisian.
Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

Model ASSURE Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah: A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners) S- Menyatakan Objektif (State Objectives) S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials) U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials) R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation) E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise) Menganalisis Pengguna Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran.

Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap

pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian juga perlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.

Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian: i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.

ii)

Menganalisis

pengetahuan

pengguna

terhadap

isi

kandungan

iaitu

dari

segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada yang sama. iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran yang akan memberi kesan

kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).

Menyatakan objektif pembelajaran Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut: i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar. ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.

Pemilihan kaedah, media dan bahan Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif

pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

i. Memilih kaedah Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran. ii. Memilih media Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu: a) Media sedia ada Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja. b) Media dibina Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah: a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti f) Mempunyai aspek nilai murni g) Dapat merangsangkan daya pemikiran

Menggunakan media dan bahan pembelajaran Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang

dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.

Penglibatan pelajar Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.

Melakukan penilaian dan pengubahsuaian Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek: i. Menilai kepuasan pengguna ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan

You might also like