You are on page 1of 32

Huraian Sukatan Pelajaran PJK KBSR

Dalam KBSR yang dilaksanakan pada 1983, Pendidikan Jasmani adalah antara mata pelajaran dalam komponen Kesenian dan Rekreasi. Ilmu kesihatan disampaikan kepada murid-murid melalui mata pelajaran seperti Alam & Manusia, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani.

Mulai Disember 1994, KBSR dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan tidak lagi Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

Mata pelajaran Alam dan Manusia digantikan dengan dua mata pelajaran, iaitu Sains dan Kajian Tempatan.
Aspek pendidikan kesihatan disepadukan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sedia ada dan diberi nama Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Bidang dan tajuk-tajuk pendidikan kesihatan adalah berorientasikan kepada keperluan dan alam sekitar kanak-kanak sekolah rendah.

PENYUSUNAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN PJK

Pembelajaran adalah satu proses kumalatif (bertokok tambah). Di sekolah rendah, murid-murid melalui satu proses pembelajaran tahun demi tahun, dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Penyusunan kandungan sukatan pelajaran mengambil kira prinsip-prinsip asas perkembangan kurikulum seperti pengulangan (repetition), kesepaduan (integration), progresif (progression), skop dan turutan (scope and sequencing).

Pengulangan o Tajuk utama berulang dari tahun 1 hingga tahun 6. o Disusun demikian untuk memperkukuhkan lagi pembelajaran murid-murid. Kesepaduan o Pengajaran topik-topik mengamalkan pendekatan bersepadu o Kesepaduan berbentuk 'intra' dan 'inter' Progresif o Penyusunan topik-topik yang mudah dan beransur maju menjadi kompleks

Skop o Keluasan dan kedalaman (depth) sesuatu topik o Perhatian kepada kesepaduan antara mata pelajaran, o Perhubungan mendatar antara tajuk menjadi lebih nyata apabila dikaji dengan teliti aspek objektif, tajuk, kemahiran dan pengetahuan yang hendak dicapai. Turutan o Memudahkan proses pembelajaran. o Konsep turutan (sequencing) berkait secara langsung dengan aspek kesinambungan (continuity) o Pemetaan HSP PJK menunjukkan konsep turutan berbentuk 'spiral' o Aras pembelajaran bertambah kompleks dan berpindah dari pengumpulan pengetahuan kepada penyelesaian masalah.

kaji dengan teliti aspek-aspek sukatan pelajaran


faham falsafah dan matlamat mata pelajaran perhatian kepada perkara-perkara yang berikut:

(i) Matlamat (ii) Objektif (iii) Prinsip Organisasi Kandungan (iv) Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, dan (v) Kandungan Sukatan Pelajaran

Tahun 4

Tahun 3

Tahun 2

Tahun 1

Konsep penyusunan isi kurikulum mengikut turutan 'spiral'

Guru perlu merujuk kepada dokumen Huraian Sukatan Pelajaran yang mengandungi perincian kurikulum PJ dan PK untuk Tahun 1 hingga 6.
Perincian tidak merupakan urutan pengajaran dan pembelajaran yang mesti diikuti. Tajuk boleh dihubungkaitkan tertakluk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

Prinsip Organisasi Kandungan


Penekankan gaya hidup yang sihat dan aktif Pendekatan ialah pembelajaran melalui aktiviti. Penyertaan aktif setiap orang murid. Murid perlu diberi peluang untuk melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. Pengalaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merangkumi tiga aspek penting iaitu: - Penglibatan murid secara aktif dan selamat. - Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan. - Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tunjang kecergasan Tunjang kemahiran Tunjang Kesukanan Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tunjang kesihatan diri dan keluarga Tunjang gaya hidup sihat Tunjang kebersihan dan keselamatan persekitaran

Tunjang Kecergasan - 2 sub-tajuk

Kecergasan berasas kesihatan Dayatahan kardiovaskular Dayatahan otot Kekuatan otot Kelenturan Komposisi badan

Kecergasan berasa perlakuan Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindakbalas kepantasan

Tunjang kemahiran - 7 sub-tajuk Pergerakan asas Permainan Olahraga Gimnastik Pergerakan kreatif Rekreasi Kesenggangan

Tunjang Kesukanan - 5 sub-tajuk Keselamatan Pengurusan Kerjaya Isu Pendidikan Jasmani & Sukan Etika

Kesihatan diri & keluarga


- 3 sub-tajuk Kesihatan diri Perasaan Kekeluargaan

Gaya hidup sihat


- 3 sub-tajuk Pemakanan Penyalahgunaan bahan Pengurusan konflik dan tekanan

Kebersihan dan keselamatan persekitaran - 3 sub-tajuk


Keselamatan Penyakit berjangkit Pertolongan cemas

Prinsip & Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan berkesan jika strategi, pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai dipilih

PENDEKATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


Tradisional 1. Kurikulum yang ditetapkan oleh agensi pendidikan 2. Mementingkan pengajaran Humanistik 1. Menentu kurikulum sendiri dan pelajar menetapkan matlamat dan membuat pilihan untuk bertindak 2. Mementingkan pembelajaran

3. Guru menentukan tugasan dan tugasan yang sama diberi kepada semua murid
4. Guru menentukan ujian piawai 5. Mengukur pengajaran dengan menggunakan gred

3. Murid menentukan tugasan sendiri

4. Ujian piawai tidak penting. 5. Gred bukan pengukur pembelajaran

6. Berfokus kepada guru

6. Guru berperanan mencungkil potensi murid; memberi galakan dan maklum balas perlakuan aktiviti.

Pelaksanaan Pendidikan Jasmani

Pemilihan aktiviti kesesuaian peralatan peruntukan masa Saiz kumpulan strategi, pendekatan, teknik & kaedah Pengurusan sesi aktiviti penglibatan semua? Kekerapan sesi aktiviti berapa lama? Perjalanan sesi aktiviti berkesan, selamat & memberi manfaat Peralatan pemilihan, penyelarasan, peraturan, keselamatan Keselamatan

Prinsip Mengajar
1. 2. 3. 4. 5.

6. 7.

objektif pengajaran yang jelas satu kemahiran asas baru bagi satu pengajaran. masa yang cukup untuk mengulangi pengajaran. hadkan masa untuk sesuatu aktiviti. peluang semua pelajar berlatih atau mengambil bahagian sepenuhnya. latih secara ansur maju

permainan atau pertandingan bersyarat.

8.

9. 10.

langkah-langkah mengajar mengandungi aspek-aspek seperti yang berikut, iaitu prinsip 5P: (a) penerangan (b) perlakuan (c) praktik (d) penyeliaan dan pembetulan (d) permainan atau pertandingan bersyarat pengajaran dan latihan terancang pengajar dapat dilihat oleh pelajar dan dia juga dapat melihat semua pelajar

11. 12.

13.
14. 15. 16.

17.

mata diarahkan kepada semua pelajar semua pelajar memberi perhatian apabila guru bercakap beri arahan dengan jelas dan padat kesalahan hendaklah ditegur serta-merta elakkan pengajaran yang negatif elakkan daripada menimbulkan perasaan takut dan rendah diri dikalangan pelajar timbulkan unsur-unsur keseronokan dalam aktiviti.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Menggalakkan teknik pembelajaran bersepadu. Pemupukan nilai dan pemahaman unsur pergerakan dan kesihatan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas jasmani dan kesihatan. Melakukan pergerakan dengan selamat dan cermat. Amalan rutin dalam suasana seronok. Gaya pembelajaran kanak-kanak yang tersendiri itu diberi perhatian. Aktiviti seperti senaman beramai-ramai dan kawad hendaklah digalakkan.

Peruntukan masa PJ dan PK di sekolah rendah


Pendidikan Jasmani Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) 72 waktu setahun x 30 minit Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) 49 waktu setahun x 30 minit

Pendidikan Kesihatan Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) 34 waktu setahun x 30 minit Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) 21 waktu setahun x 30 minit

You might also like