You are on page 1of 18

PENULISAN :

PEMBINAAN INSTRUMEN

NAMA PELAJAR : SHARIFAH SUBIHA BINTI SYED ISMAIL

ANGKA GILIRAN :

NOMBOR KAD PENGENALAN :

KUMPULAN/UNIT :PDPM MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

KOD DAN NAMA KURSUS : EDUPD2063 PENTAKSIRAN DALAM

PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH : RANJIT SINGH A/L MALKIAT SINGH

TARIKH HANTAR : 01 SEPT 2020

Saya Sharifah Subiha Binti Syed Ismail dengan ini mengaku telah menerima
maklum balas kerja kursus saya daripada pensyarah.

Tandatangan : Tarikh :

1
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 PENYEDIAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 4

3.0 RUBIK PEMARKAHAN 7

4.0 ANALISIS SKOR UJIAN DAN INTERPRETASI DATA 8

4.1 MIN 9

4.2 MOD 10

4.3 MEDIAN 10

4.4 SISIHAN PIAWAI 11

5.0 GRAF STATISTIK 12

5.1 HISTOGRAM 12

5.2 OGIF 13

6.0 RUMUSAN 14

RUJUKAN 15

2
1.0 PENDAHULUAN

Pentaksiran merupakan bahagian utama dalam pengajaran dan pembelajaran


yang merangkumi semua proses daripada pengujian, penilaian, dan
pengukuran. Ciri-ciri pentaksiran yang baik perlulah merangkumi kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudah tadbiran, dan kemudah tafsiran (Abu
Bakar Nordin,1986). Kesahan kandungan merujuk kepada ujian mengukur apa
yang patut diukur. Oleh itu, bagi mendapatkan kesahan kandungan semasa
pembinaan ujian, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah sangat diperlukan
sebelum penggubalan item dan ujian dilaksanakan.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam


merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil
penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan
yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dalam
konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan
maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat
keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan
saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya
tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.

Pembinaan JSU juga adalah bertujuan memastikan ujian yang


ditadbirkan mengandungi bilangan item yang tepat dan aras kesukaran yang
sejajar dengan hasrat kurikulum. Menurut Boon Pong Ying et. all (2017),
kemahiran guru dalam menggubal item merupakan faktor penting untuk
mengenal pasti murid yang berkualiti. Pembinaan item pula akan menentukan
kebolehpercayaan dan kemudahtadbiran ujian. Kebolehpercayaan ujian juga
boleh dilihat apabila tiada unsur tekaan dalam menjawab sesuatu item (Ng See,
1991.) Oleh itu, untuk mendapatkan kebolehpercayaan, prinsip semasa
memasang item ujian yang akan saya bina adalah memasikan item tidak
bertindan dan tidak memberikan bayangan jawapan untuk item lain. Selain itu,
bagi kemudahtadbiran pula, saya mengambil kira ciri berikut semasa
menyediakan kertas ujian iaitu, arahan yang diberikan kepada calon jelas dan
mudah difahami tempoh masa ujian adalah sesuai, dan item ujian tersusun.

3
Oleh itu, saya telah membina JSU Matematik Awal Prasekolah untuk
kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun seramai 15 orang. Soalan saya merangkumi
aneka pilihan dan isi tempat kosong. Bagi soalan aneka pilihan dengan wajaran
69 markah. Manakala Isi tempat kosong wajaran 31 markah. Jumlah kesemua
ialah 100 markah.

2.0 PENYEDIAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN MENGIKUT ARAS


KESUKARAN TAKSONOMI BLOOM

Ujian merupakan alat pengukuran atau prosedur yang tersusun atau


bersistematik dalam mengukur perubahan tingkah laku (Abd Rashid ,1980). Oleh
kerana sifat ujian itu yang sistematik dan tersusun, maka proses pembinaan ujian
juga hendaklah mengikut prosedur yang berperingkat dan sistematik.

Tujuan pembinaan JSU dilaksanakan terlebih dahulu sebelum


menggubal item ialah untuk mengelakkan ujian yang bakal di bina tidak sejajar
dengan kehendak kurikulum. Selain itu, ianya membantu saya bagi
membahagikan bilangan item yang sesuai bagi sesuatu topik dan markah yang
saya peruntukkan pada setiap soalan. Ianya juga adalah bagi mengimbangi
peruntukan jumlah item dan markah antara soalan aneka pilihan dan isi tempat
kosong.

Dalam pembinaan soalan ujian ini, saya merujuk kepada kemahiran


yang akan diuji dan disenaraikan di dalam Taksonomi Bloom yang boleh
digunakan pakai untuk menguji domain kognitif yang berkait rapat dengan
(Matematik Awal). Taksonomi Bloom (1956) telah mengenal pasti enam
peringkat dalam domain kognitif. Namun begitu, penambahbaikan telah
dilakukan oleh Anderson dan Kharthwohl pada tahun 1990-an selaras dengan
perkembangan abad ke-21. Kemahiran yang di telah di tambahbaikan ialah
mencipta, menilai, menganalisis, mengaplikasi, memahami dan mengingati.

Saya telah membina JSU daripada KURIKULUM STANDARD


PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK). Saya menggunakan Tunjang Sains Dan
Teknologi (Matematik Awal) yang sudah dipelajari oleh murid sehingga bulan
Julai sahaja bagi memastikan kesahan kandungan ujian saya. Maklumat ini saya
dapatkan melalui kanak-kanak di Kelas Tabika Perpaduan Taman Sri Rambai
Fasa II & III. Sebarang aras kesukaran saya pula berpandukan standard prestasi

4
dalam KSPK. Berikut merupakan Srandard Pembelajaran Ujian dan Jadual
Spesifikasi Ujian yang saya bina:

Standard Pembelajaran Objektif / Aras


Taksonomi
Bloom
1. Murid boleh :
Memadankan ,
MA 1.1.1 Memadankan objek berpasangan yang sama
Mencipta Objek
MA 1.1.2 Memadankan objek berpasangan yang tidak sama Membandingkan
kuantiti objek
MA 1.1.3 Memadankan dua kumpulan objek yang
mempunyai bilangan sama
MA 1.2.1 Membandingkan dua kumpulan objek untuk
menyatakan:

(i) banyak atau sedikit


(ii) sama banyak atau tidak sama banyak
(iii) lebih atau kurang
Membuat
2. Murid boleh : Seriasi dan
MA 1.3.1 Menyusun objek mengikut kriteria berikut: Menganalis

(i) kecil ke besar


(ii) pendek ke panjang
(iii) rendahketinggi
(iv) nipis ke tebal dan sebaliknya
3. Murid boleh: Mengecam dan
membina pola
MA 1.4.3 Melengkapkan pola yang diberi
4. Murid boleh:
MA 2.1.8 Membilang secara tertib menaik dan menurun Memahami nombor
MA 2.1.9 Menyusun kumpulan objek mengikut tertib menaik 11 hingga 20
dan menurun
MA 2.1.10 Menulis nombor mengikut cara yang betul
5. Murid boleh: Menyelesaikan
masalah operasi
MA 3.1.1 Menyatakan hasil tambah dua himpunan objek tambah dan tolak
dalam lingkungan 18
MA 3.2.2 Menyatakan baki berdasarkan situasi yang diberi
dengan menggunakan objek
6. Murid boleh: Memahami waktu
dalam konteks
MA 5.1.3 Menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan kehidupan seharian

Jadual 1.0: Standard Pembelajaran ujian dan objektif ujian

5
Bil Tajuk Aneka pilihan item Markah Isi tempat Kosong Item Markah Jum. Markah
(No. Soalan) (No. Soalan) Item

Membuat seriasi

Membuat seriasi
Membandingkan

operasi tambah
Mengecam dan

Menyelesaikan

Menyelesaikan
membina pola
Memadankan

nombor 1- 10

operasi tolak
Memahami

Memahami

Memahami
kuantiti objek

ketekalan
konsep

waktu
objek
MATEMATIK AWAL

1 PENGALAMAN PRANOMBOR 1 3 7 6 57 6 1 12 7 69
2 4
5
2 KONSEP NOMBOR 8 2 20 2 20
9
3 OPERASI NOMBOR 10a 10b 2 8 2 8

4 KONSEP MASA DAN WAKTU 11 1 3 1 3

JUMLAH 2 3 1 6 57 2 1 1 1 1 6 43 12 100

Jadual 2.0: Jadual Spesifikasi Ujian

6
3.0 RUBRIK PEMARKAHAN

Semua jenis ujian yang ditadbir hendaklah diperiksa dan diberi markah. Tidak kira
sama ada ujian tersebut bertulis atau tidak bertulis. Cochran dan Weidmann (1984)
mencadangkan ujian-ujian jenis subjektif dibuat berpandukan satu skema
pemarkahan yang telah disediakan terlebih dahulu.

Skema pemarkahan ialah dokumen yang mengandungi jawapan dan panduan


untuk memberikan markah kepada calon serta pembahagian skor setiap jawapan.
Dari segi pemarkahan pula, melibatkan proses menentukan skor markah yang
harus diberi berdasarkan jawpaan yang diberi calon. Skema ini akan
menerangkan item-item yang diperlukan bagi setiap soalan dalam ujian. Hal ini
akan memudahkan pemeriksa memeriksa jawapan dengan tekal supaya dapat
menjamin keadilan dalam ujian.

Gred Huraian Pemarkahan

Cemerlang Murid boleh menggunakan pengetahuan dan


A kemahiran untuk melaksanakan sesuatu dalam
(80-100) situasi baharu atau secara kreatif dengan tertib
atau beradab berkaitan tentang matematik awal.

Kepujian Murid boleh menggunakan pengetahuan dan


B kemahiran untuk melaksanakan sesuatu berkaitan
(60-79) dengan matematik awal.

Baik Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan


C kemahiran asas atau memberi respons terhadap
(40-59) perkara yang asas berkaitan dengan matematik
awal.

Mencapai tahap Murid kurang pengetahuan asas atau tidak mahir


minimum memberi respons terhadap perkara yang berkaitan
D dengan matematik awal.
(00-39)

Jadual 3.0: Rubik Pemarkahan

7
4.0 ANALISIS SKOR UJIAN DAN INTERPRETASI DATA
Setelah menyemak, saya telah merekodkan markah murid mengikut peratusan
markah dan kecenderungan memusat. Kecenderungan memusat adalah salah
satu cara memperihalkan data secara statistik deskriptif. Ia digunakan untuk
membuat kesimpulan secara deskriptif bagaimana bentuk kepusatan taburan data
yang diperolehi daripada penyelidikan. Ukuran kecenderungan memusat
menunjukkan keadaan purata dan kepusatan sesuatu taburan data. Sukatan
kecenderungan memusat merupakan sukatan bagi suatu set data yang diwakili
oleh satu nilai yang memperihalkan pusat atau nilai pertengahan sesuatu set data
atau taburan (Edwin, 1986). Terdapat tiga jenis sukatan yang berbeza dalam
sukatan kecenderungan memusat iaitu min, median dan mod (Prem ,2001).
Ketiga-tiga jenis sukatan ini mempunyai kaedah dan ciri-ciri yang berbeza
mengikut kesesuaian dan jenis taburan data yang akan diterangkan dengan lebih
lanjut dalam bahagian yang seterusnya. Berikut merupakan skor bagi ujian
Matematik Awal bagi kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun:

BIL NAMA SKOR


1 MOHAMMAD AMIRUL ARIF BIN MOHD JEFFRI 59

2 NUR SYAFIAH UZMA BT ZULHELMENIZAM 61

3 ADAM HARRIS BIN BUCHARI AZIZI 65

4 DHIYA ALISHA BT ABD RADZAK 66

5 MUHAMMAD AKMAL B HASHIMI 66

6 NURUL AIN NAJIHAH BT MOHD FAIZAL 66

7 RAIYAN DANIAL BIN RAFI 66

8 ELLEEYA PUTRI ADELINA BT MOHD ALIHANAFI 70


9 HUMYRA ZAFIRA 71

10 ALIYA MAISARA BT SHARIR 73

11 QAISARA NUR BATRISYA BT ZIA AFZANIZAM 75

12 NUR SYAMIMI ALISHA BT SHAHARUDDIN 76

13 IRFAN DANIEL B FATRI 78


14 DHIYA QISTINA ADLINA BT MOHD SAIFUL 82

15 ATIQAH FIRDEENA BT AHMAD FIRDAUS 86

8
Jadual 4.0 :Skor sampel
Selang Titik Sempadan Kekerapan Kekerapan 𝒇𝒙
Kelas Tengah (𝒇) Terkumpul
(𝒙)
56-60 58 55.5-60.5 1 1 58
61-65 63 60.5-65.5 2 3 126
66-70 68 65.5-70.5 5 8 340
71-75 73 70.5-75.5 3 11 219
76-80 78 75.5-80.5 2 13 156
81-85 83 80.5-85.5 1 14 83
86-90 88 85.5-90.5 1 15 88
Jumlah 15 1070

Jadual 5.0 : Skor terkumpul


Saya telah mengumpulkan skor-skor ke dalam kumpulan skor yang disebut selang
kelas agar taburan skor dapat dilihat dengan lebih jelas kerana data telah
dikurangkan. Apabila menyediakan selang kelas, saya dapat memastikan semua

9
skor diambil kira. Jadual menunjukkan satu cara skor ujian bagi jadual 5.0 dapat
dikumpulkan ke dalam selang kelas. Saiz kelas ialah 5.

4.1 MIN

Min atau dikenali juga sebagai purata bagi sesuatu set data ialah hasil tambah
nilai-nilai itu dan dibahagikan dengan bilangannya (Prem, 2001). Min bagi data tak
terkumpul ditentukan dengan membahagikan semua hasil tambah data dengan
bilangan data yang diperolehi. Maka, berikut adalah rumus untuk menentukan min
populasi dan min sampel bagi suatu data.

∑ 𝑓𝑥
𝑀𝑖𝑛, 𝑋̅ =
𝑁
Dengan 𝑓 = 𝑘𝑒𝑘𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛
𝑥 = 𝑡𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑡𝑒𝑛𝑔𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑠
𝑁 = 𝑏𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

∑ 58 + 126 + 340 + 219 + 156 + 83 + 88


𝑋̅ =
15

𝑋̅ = 71.33

Oleh itu, Min bagi skor Ujian Pentaksiran Bertulis Matematik Awal bagi kanak-
kanak berumur 5 dan 6 tahun ialah 71.33. Oleh yang demikian, ini menujukkan
bahawa purata skor iaitu Ujian Matematik Awal kanak-kanak Tabika Perpaduan
Taman Sri Rambai Fasa II & III adalah pada tahap 71.33.

4.2 MEDIAN

Sukatan kecenderungan memusat yang sering juga digunakan ialah median.


Median merupakan nilai yang berada di tengah-tengah data apabila data disusun
dalam susunan menaik atau menurun. (Abdul Manaf, N. & Mohamad Abdul
Hamed, M., 2000). Untuk menentukan nilai median, data perlu disusun secara
menaik atau menurun, kemudian nilai yang berada di tengah-tengah adalah nilai
median.

59, 61, 65, 66, 66, 66, 66, 70, 71, 73, 75, 76, 78, 82, 86
Median = 70

10
Oleh itu, berdasarkan nilai di atas nilai median ialah 70. Jika dibandingkan dengan
nilai Min iaitu 71.33, boleh dikatakan bahawa nilai purata dan median hampir
dekat.

4.3 MOD

Dalam istilah statistik, mod bermaksud nilai yang mempunyai kekerapan yang
tinggi dalam satu set data. (Edwin, 1986). Oleh itu, dalam satu set data, mungkin
terdapat lebih daripada satu nilai mod atau mungkin tiada langsung nilai mod.
Sukatan mod kurang digunakan berbanding min dan median, kerana penentuan
nilainya juga tidak melibatkan semua nilai dalam satu set data.

Mod = 59, 61, 65, 66, 66, 66, 66, 70, 71, 73, 75, 76, 78, 82, 86
Mod = 66

Berdasarkan data di atas, mod bagi Skor Ujian Matematik Awal ialah 66. Ini
bermaksud bahawa kebanyakan kanak-kanak mendapat Skor Ujian Matematik
Awal ialah 66.

4.4 SISIHAN PIAWAI

Selain ukuran kecenderungan memusat, seseorang guru juga perlu mengetahui


akan sisihan piawai skor muridnya. Walaupun julat skor, iaitu skor tertinggi tolak
skor terendah, dapat memberikan gambaran kasar tentang sebaran skor murid,
namun sisihan piawai dapat meberikan gambaran yang lebih tepat tentang
sebaran skor. Hal ini kerana, sisihan piawai mengambil kira skor semua murid.
Jika kebanyakan titik data hampir dengan min, maka sisihan piawai adalah kecil;
jika banyak titik data jauh dari min, maka, sisihan piawai adalah besar. Sisihan
piawai yang besar menunjukkann titik data adalah jauh dari min dah sebaliknya.
Maka, sisihan piawai memberitahu kita betapa jauh titik data boleh berada. 59, 61,
65, 66, 66, 66, 66, 70, 71, 73, 75, 76, 78, 82, 86

Varians,

𝑥2
𝜎2 = Σ − 𝑥̅ 2
𝑁

11
Dengan 𝑥 = 𝑠𝑘𝑜𝑟 𝑚𝑎𝑟𝑘𝑎ℎ 𝑢𝑗𝑖𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑎𝑤𝑎𝑙
𝑁 = 𝑏𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

592 +612 +652 +662 + 662 + 662 +662 +702 +712 +732 +752 +762 +782 +822 +862
𝜎2 = −
15
59+61+65+66+66+66+66+70+71+73+75+76+78+82+86 2
( 15
)

75726
𝜎2 = − 4993.78
15

𝜎 2 = 54.62

Sisihan piawai,

𝜎 = √𝑣𝑎𝑟𝑖𝑎𝑛𝑠

𝜎 = √54.62

𝜎 = 7.39

Sisihan piawai bagi skor Ujian Matematik Awal ialah 7.39. Nilai sisihan piawai
tersebut adalah kecil. Ini menunjukkan bahawa skor-skor murid tidak jauh berbeza
antara satu sama lain. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan pencapaian
murid yang hampir seragam bagi Ujian Matematik Awal.

5.0 GRAF STATISTIK


5.1 HISTOGRAM

Rajah 1.0: Graf Histogram


12
Berdasarkan graf Histogram di atas, ia menunjukkan condong ke kanan.
Kebanyakkan murid mendapat skor lebih rendah daripada min iaitu nilai min 71.33.
Graf di atas jugak menunjukkan skor yang paling tinggi berada di selang kelas 66-
70 seramai 5 orang. Berdasarkan, antara ketiga-tiga ukuran kecenderungan
memusat, nilai mod ialah 66 iaitu paling kecil, manakala nilai min 71.33 iaitu paling
besar. Ini menunjukkan bahawa Lengkung Taburan Pencong positif ( mod <
median < Min ) iaitu ( 66 < 70 < 71.33). Ini menunjukkan pencapaian pelajar kurang
baik atau ujian ini adalah sukar atau pelajar lemah. Ubah suai aras item perlu di
lakukan. Bagi pendapat saya, disebabkan oleh pendamik covid-19 yang melanda
di Malaysia dan seluruh dunia, ia menyebabkan pendidikan murid Tabika
Perpaduan Taman Sri Rambai II & III terjejas. Walaupun pembelajaran dan
pengajaran perlu di akses pembelajaran atas talian, malangnya kebanyakan latar
belakang murid di Tabika saya ialah dari golongan B40, mereka mempunyai
kekurangan alat peranti dan akses internet yang terhad. Jadi, boleh dikatakan
bahawa, mungkin soalan yang saya sediakan tidak begitu sukar, tetapi disebabkan
krisis pendamik yang melanda kita pada hari ini, memberi kesan kepada peratus
markah skor Ujian Matematik Awal.

5.2 OGIF

13
15

13
Kekerapan longgokan

11

1
60.5 65.5 70.5 75.5 80.5 85.5 90.5
Sempadan atas

Rajah 2.0: Graf Ogif

Merujuk poligon kekerapan dapat dilihat data skor adalah berbentuk normal dan
dapat dilihat mod adalah 66-70.

Berdasarkan ogif, saya telah mencari persentil P50 (Kuartil 2). Bagi taburan
dalam jadual 5.0, terdapat 15 skor. Oleh itu, 50% daripada 15 ialah :

1 1
𝑜𝑓 15 𝑠𝑡𝑢𝑑𝑒𝑛𝑡𝑠 = × 15
2 2

= 7.5

Ini bermaksud, terdapat 7.5 ≅ 8 skor yang terletak di bawah P50. Merujuk kepada
ogif, anggaran bagi P50 ialah 70.5. Oleh itu, P50= 70.5. Dengan erti kata lain ,
50% bilangan murid-murid Tabika Perpaduan Taman Sri Rambai Fasa II & III
daripada skor dalam taburan berada di bawah 70.5 markah.

6.0 RUMUSAN

14
Kesimpulannya, skor murid Tabika Perpaduan Taman Sri Rambai Fasa II & III secara
keseluruhan adalah pada tahap (Kepujian B) iaitu dengan julat markah skor (60-79)
dan Min 71.33, murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk
melaksanakan sesuatu berkaitan dengan matematik awal. Merujuk pada Mod,
kekerapan murid mendapat skor 66 markah dengan sisihan piawai bernilai 7.39
adalah kecil. Ini menunjukkan bahawa skor-skor murid tidak jauh berbeza antara satu
sama lain. Secara keseluruhan , berdasarkan Rajah 1.0 Graf Histogram yang dibina,
ia menunjukkan bahawa Lengkung Taburan Pencong positif ( mod < median < Min )
iaitu ( 66 < 70 < 71.33). Seperti yang saya nyatakan di atas, ia menunjukkan
pencapaian murid kurang baik atau ujian ini adalah sukar atau pelajar lemah. Tetapi,
saya tetap dengan pendirian saya bahawa, ujian yang saya bina tidaklah begitu sukar
dan menepati KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK).
Skor yang diperolehi oleh murid mungkin disebabkan kesan terhadap pendamik
Covid-19 yang melanda di negara kita Malaysia. Walau bagaimana pun, sebagai
seorang guru, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk meningkatkan lagi prestasi
murid, terutamanya murid yang berumur 6 tahun. Ini kerana mereka akan melangkah
ke tahun satu pada tahun hadapan.

Selain daripada itu, dasar pendidikan dan tindak balas terhadap COVID-19
harus berpandangan jauh. Respon dan langkah jangka pendek diperlukan untuk
meneruskan pembelajaran atas talian tetapi perancangan jangka panjang pasca-PKP
juga perlu ada, jika pendamik yang melanda ini makin serius. Terdapat keperluan
untuk mempertimbangkan dasar-dasar pendidikan andai kata PKP dilanjutkan. Dasar
pendidikan harus dipastikan agar kanak-kanak yang mudah terjejas seperti yang
berasal dari keluarga miskin, kanak-kanak orang asli, dan kanak-kanak istimewa tidak
dipinggirkan dari proses pembelajaran.

Jesturu, pengedaran peranti dan meningkatkan akses kepada kelas atas talian
dapat dikurangkan, contohnya banyak negara telah mengambil langkah seperti
mengedarkan peranti-peranti supaya akses kepada kelas atas talian ditingkatkan. Di
Finland, China, dan Amerika Syarikat para pelajar dibenarkan meminjam peranti
digital dari pihak sekolah untuk mengakses platform pembelajaran atas talian.
Terdapat juga syarikat-syarikat swasta yang menyumbangkan peranti peranti kepada
kanak-kanak yang memerlukan.

RUJUKAN

15
Abd Rashid Johar . 1980 . Prinsip-prisnip asas pengukuran dan penilaian dalam

pendidikan Moden Akademik .Setapak: Selangor Malaysia Heinemann

(Malaysia) Sdn Bhd.

Abu Bakar Nordin .1986 . Asas Penilaian pendidikan. Selangor :Malaysia Heinemann

(Malaysia) Sdn Bhd.

Boon Pong Ying, Lee Heh Hong & Lawrence Aloysius Aeria .2017. Pentaksiran

dalamPendidikan :Siri Pendidikan Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya :

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ng See Ngeam. 1991. Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Selangor: Fajar

Bakti Sdn Bhd.

Yap Yee Khiong, wan chwee seng, Ismail Abu Bakar .1985 Pengukuran dan penilaian

dalam pendidikan. Selangor: Longman Malaysia Sdn Bhd.

16
17
18

You might also like