You are on page 1of 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200, BESUT,
TERENGGANU, DARUL IMAN

KOD : EDUP2122 SEMESTER 1, AMBILAN JUN 2021

NAMA KURSUS : PENTAKSIRAN KUMPULAN : PDPP BAHASA ARAB


(SM)
BILIK DARJAH

NAMA PELAJAR NOR AMIRAH BINTI AWANG

ANGKA GILIRAN 2021102410005

NO. MATRIK D21101582

NO KAD PENGENALAN 920315-03-6174

NAMA PENSYARAH ENCIK ZULKIFLY BIN YUSUF

TARIKH HANTAR 15 JULAI 2021


ISI
KANDUNGAN

Bil. PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Merungkai standard 3

2.1 Laporan Berkenaan Pelaksanaan Proses 4


Merungkai Standard Berdasarkan Penjajaran
Konstruktif
3.0 Laporan Tentang Proses Membina Instrumen Pentaksiran 5-6
3.1 Reka Bentuk Pentaksiran
3.2 Membina Jadual Spesifikasi Ujian
3.3 Menggubal Item Ujian

4.0 Analisa Terhadap Prestasi Pelajar secara Deskriptif 7-11


Dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat
dan ukuran kecenderungan serakan.
5.0 Pelaporan Tentang Pencapaian Pelajar Secara 12
keseluruhan
6.0 kesimpulan 13

7.0 Rujukan 14

1
1.0 PENDAHULUAN ( PBD )

Selaras dengan perubahan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), pihak


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) bagi menggantikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pebezaan PBS dan PBD
adalah, PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik, selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu penilaian murid adalah berdasarkan 4 aspek iaitu Intelek
(kognitif), Emosi, Rohani (afektif) dan Jasmani (psikomotor). Manakala PBD merupakan
pentaksiran baru dan terkini yang dilaksanakan ke atas murid secara berterusan sepanjang
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Melibatkan murid sekolah rendah dari Tahun 1
hingga 6 bagi semua subjek KSSR dan juga semua subjek KSSM bagi murid sekolah
menengah Tingkatan 1 hingga 5. Hasrat KPM dalam pelaksanaan pentaksiran PBD adalah
bagi memansuhkan amalan kebergantungan kebolehan murid hanya pada markah atau
peratus peperiksaan semata. Melalui pelaksanan PBD penilaian secara menyeluruh
dilaksanakan ke atas murid bagi melihat perkembangan mereka dalam pembelajaran, dan
bukan membanding beza tahap penguasaan antara murid. Menurut Sh. Siti Hauzimah (2019),
PBD dilihat sebagai satu pentaksiran yang lengkap dan bermakna bagi mengenal pasti
kefahaman dan penguasaan (lemah / kuat) murid dalam pembelajaran.
Pentaksiran bilik darjah telah diperkenalkan supaya guru dapat mengukur
perkembangan pembelajaran seseorang pelajar semasa pengajaran dilaksakan (Jacob &
parkinson 2015). Perubahan yang berlaku terhadap bebrapa elemen ini memerlukan guru
melakukan perancangan yang lebih sistematik agar matlamat KSSM diperkenalkan dapat
dicapai sepenuhnya. Bagi mendapatkan kefahaman yang terperinci, maka saya memilih untuk
melaksanakan kajian ini khusus untuk mata pelajaran Bahasa Arab Tingkatan Satu.
Dalam kajian ini, saya telah melakukan ujian yang berbentuk Formatif supaya dapat
mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Ujian bulanan
ini telah dijalankan di kelas 1 Maawa Maahad Ar Rahmah kenali kepada 10 orang pelajar.
Pelajar diberikan dengan lima soalan berbentuk subjektif dan lima soalan berbentuk objektif.

2
2.0 MERUNGKAI STANDARD

Kemahiran merungkai standard ini diperkenalkan untuk membantu guru-guru untuk


merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat kreatif agar pelajar mudah untuk
memahami kandungan pembelajaran. Semua mata pelajaran yang diperkenalkan melalui
KSSM mempunyai ciri untuk merungkai dan merangkai Kurikulum. Proses merungkai
standard adalah menyusun semula standard Kandungan (SK), Standad Pembelajaran (SP)
dan Standard Prestasi (Spi) ke dalam RPT dan RPH mengikut keupayaan murid semasa PdP
dilaksanakan dengan pelbagai kaedah yang bersesuaian untuk mencapai objektif. Langkah-
langkah merungkai standard:

I. Kenal pasti Bidang dan Kandungan mengikut tahap/tahun/tingkatan.

II. Kenal pasti Standard Kandungan/Pembelajaran

III. Kenal pasti Pengetahuan – apa yang murid/ pelajar perlu tahu

IV. Kenal pasti Kemahiran – apa yang murid/ pelajar boleh buat

V. Kenal pasti Nilai – apa yang murid/pelajar perlu amalkan

VI. Kenal pasti Indikator.

VII. Fahami Topik, Tema atau Konteks apakah yang akan digunakan untuk
memperkenalkan konsep atau prinsip atau menerapkan kemahiran.

VIII. Kenal pasti idea-idea utama

IX. Kenal pasti soalan-soalan penting.

X. Bina soalan-soalan penting daripada idea-idea utama untuk memandu Pengajaran &
Pentaksiran

XI. Bina Perancangan Pengajaran & Pentaksiran

3
2.1 Laporan Berkenaan Pelaksanaan Proses Merungkai Standard Berdasarkan
Penjajran Konstruktif

Mata pelajaran: Bahasa Arab


Tingkatan : 1 Maawa
Topik: Jom Membersih Kelas
Subtopik: Ayat Relatif

STANDARD KANDUNGAN
I.
4.1 Menulis Kalimat dengan betul
4.2 Menulis Tarakib ( Padanan Perkataan) naq’ti ( sifat) dan idhofi kata ganti nama
bagi lelaki dan perempuan dalam ayat
4.3 Menulis ayat lengkap yang terbentuk daripada minimum 4 perkataan dengan
ejaan imlak yang betul

STANDARD PRESTASI
II.
4.1.3 Menggunakan kalimat berkaitan dengan tema “ Jom Kita Membersih Kelas”
dengan ejaan yang betul
4.2.4 Membentuk Tarakib ( Padanan Perkataan) kata ganti nama bagi lelaki dan
perempuan dalam ayat dengan betul.
4.3.4 Membina ayat yang betul berkaitan dengan tema “ Jom Kita Membersih Kelas

INDIKATOR
III.
A. Menulis Kalimat dengan betul

B. Menulis tarakib dengan betul

C. Menulis Ayat dengan betul.


IDEA UTAMA
IV.
Membersih Kelas Amalan Mulia
SOALAN PENTING
V.
A. Bagaimana menulis tarakib dengan betul

B. Nyatakan Tarakib ( Padanan Perkataan) kata ganti nama bagi lelaki dan
perempuan dalam ayat dengan betul

C. Bagaimana Menulis Ayat dengan betul.

4
3.0 LAPORAN TENTANG PROSES MEMBINA INSTRUMEN PENTAKSIRAN

3.1 Reka Bentuk Pentaksiran

Terdapat dua reka bentuk pentaksiran iaitu

➢ Objektif
➢ Subjektif

a) Reka bentuk ujian berbentuk Objektif adalah ujian yang mempunyai item yang
membolehkan murid bertindak balas terhadap soalan secara terkawal dan
terbatas. Terbahagi kepada dua, iaitu ‘Item Respon Bebas’ dan juga ‘Item
Respon Tetap’ yang juga dikenali dengan ‘Item Objektif Pilihan’.
• Untuk ‘Item Respon Bebas’, murid harus meneliti soalan kemudian mereka perlu
menulis jawapan sendiri. Melalui soalan yang diberikan, murid perlu
melengkapkan penyataan.
• Untuk ‘Item Respon Tetap’ / ‘Item Objektif Pilihan’, murid perlu respond an
memilih satu jawapan sahaja yang paling betul dan tepat. Antara jenis soalan
adalah pertama format salah betul. Kedua, Padankan jawapan yang betul.
Ketiga, soalan aneka pilihan.

b) Reka bentuk ujian berbentuk Subjektif adalah ujian yang berbentuk pertanya
memerlukan murid respon secara bertulis. Ianya bagi mengukur tahap
pengetahuan, kemahiran kognitif murid dalam menjawab soalan. Terbahagi
kepada dua jenis, iaitu ‘Jenis Respon Terhad’ dan ‘Jenis Respon Lanjutan’

Ujian bulanan ini telah dijankan di kelas 1 Maawa Maahad Ar Rahmah kenali kepada 10 orang
pelajar dimana, dalam keadaan pelajar tidak diberi maklumat awal tentang ujian. Namun
disebabkan minggu tersebut minggu peperiksaan dan kelas yang saya pilih adalah kelas
cemerlang, maka saya pasti pelajar-pelajar ini telah mengulangkaji pelajaran dan memahami
topik yang akan diuji. di dalam kajian ini penulis telah menggunakan kedua-dua jenis bentuk
pentaksiran iaitu 5 soalan objektif dan 5 soalan subjektif .Sila rujuk Lampiran 2.

5
3.2 Membina Jadual Spesifikasi Ujian

Salah satu cara untuk merancang pembinaan ujian ialah melalui pembinaan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU atau juga dikenali sebagai ‘ test blueprint’
adalah Langkah pertama dalam pembinaan ujian yang menentukan standard
kandungan yang hendak yang hendak diuji dan bilangan item untuk setiap
standard tersebut (Szafranski an Qing,2009). Menuru Zimmaro (2004), JSU adalah
salah satu matriks atau carta yang mewakili bilangan utem yang hendak diuji
mengikut setiap topik dan aras objektif. Pembinaan JSU dapat membantu guru
mengenalpasti kemahiran atau objektif yang hendak diuji. Melalui JSU, guru akan
dapat merancang topik atau kemahiran yang hendak diuji dalam item berdasarkan
tahap kognitif yang dicadangkan dalam Taksonomi Bloom( Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK), 2001). Penulis telah menyediakan jadual Spesifikasi Ujian
seperti yang dilampirkan. Sila rujuk lampiran 2.

3.3 Menggubal Item Ujian

Setelah membina JSU, item soalan boleh digubal dan item solan perlulah digubal
mengikut topik dan aras kesukaran seperti rendah, sederhana, dan sukar seperti
yang telah ditetapkan dalam JSU. Guru yang tidak mengikut prosedur sebenar
pembinaan ujian tidak akan dapat menilai pencapain pelajar dengan baik. Oster
(2003) dalam Notar et al.(2004) menyatakan bahawa ujian yang dibina tidak
mengikut garis panduan yang sepatutnya akan merendahkan kesahan kandungan
ujian tersebut seterusnya tidak sah dan tidak boleh digunapakai kerana kredabiliti
sesuatu ujian adalah sangat bergantung kepada kesahan ujian tersebut. Oleh itu
penggunaan JSU sangat penting dalam pembinaan soalan. Penulis telah
menyediakan 5 soalan objektif dan 5 soalan subjektif berdasarkan topik yang dipilih
dalam JSU sebagai instrument. Sila rujuk lampiran 2.

6
4.0 ANALISA TERHADAP PRESTASI PELAJAR SECARA DESKRIPTIF DENGAN
MENGGUNAKAN UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT DAN UKURAN
KECENDERUNGAN SERAKAN.

i. Pencapaian Murid

Berdasarkan pentaksiran yang telah dijalankan ke atas 10 orang murid 1Maawa,


berikut merupakan pencapaian murid dalam ujian yang berkaitan dengan satu tajuk
iaitu ‘ Jom Membersih Kelas’. Penulis telah menyediakan jadual analisis item bagi
menunjukkan pencapaian murid secara keseluruhan.

BIL Nama murid No item Jumlah


Markah
Keseluruhan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 ALYA MIFRAT 0 0 0 0 0 1 1 0 1 1 40

2 MUHAMMAD AMMAR 0 0 0 0 0 1 1 0 1 1 40

3 NUR HANIEM 1 0 0 0 1 1 1 1 1 1 80

4 WAN NUR DAMIA 1 1 1 1 1 0 1 0 0 0 60


BALQIS

5 NUR ANIS AISYAH 1 1 1 1 1 1 0 0 0 0 60

6 NUR ZULFA ULYA 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 50

7 MUHAMMAD BATISHAH 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 50

8 CHE NUR IRDINA 1 0 1 0 1 0 0 0 0 0 20

9 MUHAMMAD SAIFUL 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 50

10 MUHAMMAD IMAN AL- 0 1 0 1 0 0 0 0 0 0 20


WAFI

7
ii. SKOR MENTAH

Berikut merupakan skor data mentah mentah bagi 10 orang pelajar 1Maawa.

20 20 40 40 50

50 50 60 60 80
Skor mentah tidak terkumpul.

Skor mentah di atas akan dikumpulkan mengikut skor tertinggi hingga paling rendah dalam
jadual kekerapan. Ia bertujuan untuk memaparkan taburan kekerapan berdasarkan skor
markah yang telah diperolehii oleh murid di dalam ujian bulanan yang dijalankan. Analisis skor
mentah ujian ini berdasarkan 10 sampel yang telah saya terima dan telah saya proses seperti
dalam jadual skor terkumpul di bawah. Taburan skor juga diproses dengan mengumpulkan
skor-skor ke dalam kumpulan skor yang disebut selang kelas atau skor(x) agar taburan skor
dapat dilihat dengan lebih jelas kerana data telah dikurangkan. Apabila menyediakan selang
kelas, saya dapat memastikan semua skor diambil kira.

Skor (x) Kekerapan(f) Kekerapan Sempadan Titik Tengah


Longgokan atas
20-29 2 2 29.5 24.5
30-39 0 2 39.5 34.5
40-49 2 4 49.5 44.5
50-59 3 7 59.5 54.5
60-69 2 9 69.5 64.5
70-79 0 9 79.5 74.5
80-89 1 10 89.5 84.5
Jadual : Jadual skor Terkumpul

8
Longgokan kekerapan
12

10

0
29.5 39.5 49.5 59.5 69.5 79.5 89.5

Skor

UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT


Berdasarkan markah yang diperolehi daripada pelajar melalui ujian uang dilakukan, pengiraan
ke atas Min, Mod, dan median dapat dilakukan. Min merupakan skor yang terbaik bagi
mewakili skor murid-murid dalam satu ujian(Yap Yee Khiong 1985). Ianya merupakan purata
ataulebih tepat lagi bermaksud kecenderungan memusat. Min atau purata dikira hasil jumlah
skor dibahagikan dengan jumlah bilangan skor atau jumlah kekerapan. Jumlah min dapat
didapati dengan kaedah.

Hasil jumlah skor/ Bilangan calon

20+ 20+40+40+50+50+50+60+60+80
10

=470/10
Min = 47

Median pula ialah nilai yang terletak di tengah-tengah skor yang disusun secara menaik atau
menurun.

20, 20,40,40,(50,50),50,60,60,80

9
= 50+50/2
Median=50

Mod ialah ukuran yang mempunyai kekerapan tertinggi


Dalam satu set skor. Mod boleh dicari dengan cara Menyusun skor-skor secara menaik. Nilai
mod diperolehi daripada skor mempunyai kekerapan tertinggi.
Skor = 20, 20,40,40,(50,50),50,60,60,80

Mod = 50 (skor 50 mempunyai kekerapan 3 yang tertinggi)

Rumusannya

Min 47
Mod 50
Median 50

Ukuran kecenderungan serakan ( sisihan piawai)


Selain ukuran kecenderungan memusat, seseorang guru juga perlu mengetahui akan sisihan
piawai skor muridnya. Sisihan piawai digunakan untuk mentafsir data-data seperti skor -skor
yang diperolehi oleh pelajar dalam satu ujian. Maklumat analisis sering digunakan untuk
membandingkan pencapaian antara pelajar di peringkat yang sama.

Skor ( x ) Kekerapan ( f ) X - min ( x- min )2


20 2 -27 729
40 2 -7 49
50 3 3 9
60 2 13 169
80 1 33 1089
N = 10 2039

10
Sisihan piawai,

= 2039
47

= 6.59

11
5.0 PELAPORAN TENTANG PENCAPAIAN PELAJAR SECARA KESELURUHAN
Berdasarkan maklumat markah keseluruhan pelajar, terdapat dua orang pelajar yang
mempunyai markah yang rendah dengan 20 markah yang dikategorikan gagal. Manakala
dua orang mendapat markah 40 markah. Seramai tiga orang pelajar telah mendapat 50
markah dengan gred D. Berdasarkan jadual seramai tiga orang pelajar telah mendapat gred
C iaitu masing-masing mendapat 60 markah. Manakala seorang pelajar telah mendapat
keputusan yang cemerlang iaitu dengan mendapat 80 markah yang mewakili gred A.
Berdasarkan Analisa tiada seorang pelajar pun mendapat dengan gred B.

BIL NAMA MURID JUMLAH MARKAH GRED


KESELURUHAN

1 ALYA MIFRAT 40 E

2 MUHAMMAD AMMAR 40 E

3 NUR HANIEM 80 A

4 WAN NUR DAMIA BALQIS 60 C

5 NUR ANIS AISYAH 60 C

6 NUR ZULFA ULYA 50 D

7 MUHAMMAD BATISHAH 50 D

8 CHE NUR IRDINA 20 F

9 MUHAMMAD SAIFUL 50 C

10 MUHAMMAD IMAN AL-WAFI 20 F

12
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya gred purata pelajar yang mendapat keputusan dalam ujian bulanan Bahasa
Arab Tingkatan satu yang dijalankan adalah sederhana dan hanya seorang pelajar sahaja
yang mendapat gred A. Para pelajar saya kebanyakannya memperolehi markah purata 50-60
markah iaitu gred C. Ini memberikan gambaran keseluruhan soalan secara puratanya adalah
sederhana. Bagi pelajar yang mendapat gred F iaitu seramai dua orang perlu diberi
penekanan dan perhatian agar dapat mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan agar pelajar
dapat memahami lagi topik yang diuji. Ujian formatif sangat penting dijankan kepada pelajar
dan perlu dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan agar dapat mengenalpasti kelemahan yang wujud. Dapatan daripada ujian formatif
ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dapat membaiki kaedah pengajaran serta
memberi tumpuan yang lebih kepada tajuk-tajuk yang memberi kesukaran kepada pelajar
yang boleh menjejaskan markah ujian yang dijalankan.

13
7.0 RUJUKAN

1) Bayyinah raflis. Laporan Penghasilan item, analisis skor, an analisi item. Pentaksiran
PDP.
https://www.academia.edu/35842905/Laporan_Penghasilan_item_analisis_skor
_dan_analisis_item_Pentaksiran_PDP
2) Mohd Fakhrudzafie. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi
Ujian(JSU) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah. Tesis Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.21-25.
3) Kalai Selvan Arumugham.( 2019). Merungkai dan merangkai kurikulum sebagai
proses perancangan Pengajaran dan Pembelajaran: Kajian kes guru-guru Prinsip
Perakaunan. Journal IPG Kampus Darulaman,Kedah.
4) Azahari bin Athman(2012). Ujian Formatif dan Sumatif.
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/ujian-formatif-dan-sumatif.html

14
LAMPIRAN 1
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) UJIAN BULANAN BAHASA ARAB TINGKATAN 1
TOPIK 1: Jom kita Membersihkan Kelas

PENILAIAN & PENGETAHUAN


NO JENIS BENTUK SOALAN MAR ARAS KESUKARAN
ITEM

SOALA
JUMLA
SOALAN KAH RENDAH SEDERHANA TINGGI
(100)

H
MENGINGAT

KEFAHAMA

MENILAI
ANALISI

MENCIPT
APLIKA
SI

A
N
SOALAN 1 OBJEKTIF Menulis ayat lengkap yang terbentuk daripada 10 1 1
minimum 4 perkataan dengan ejaan imlak
yang betul

SOALAN 2 OBJEKTIF Membentuk Tarakib ( Padanan Perkataan) kata 1 1


ganti nama bagi lelaki dan perempuan dalam
ayat dengan betul.
SOALAN 3 OBJEKTIF Membentuk Tarakib ( Padanan Perkataan) kata 10 1 1
ganti nama bagi lelaki dan perempuan dalam
ayat dengan betul.
SOALAN 4 OBJEKTIF Membentuk Tarakib ( Padanan Perkataan) kata 10 1 1
ganti nama bagi lelaki dan perempuan dalam
ayat dengan betul.

15
SOALAN 5 OBJEKTIF Membentuk Tarakib ( Padanan Perkataan) kata 10 1 1
ganti nama bagi lelaki dan perempuan dalam
ayat dengan betul.
SOALAN 6 SUBJEKTIF Susun kalimah menjadi ayat 10 1 1
SOALAN 7 SUBJEKTIF Susun kalimah menjadi ayat 10 1 1
SOALAN 8 SUBJEKTIF Susun kalimah menjadi ayat 10 1 1
SOALAN 9 SUBJEKTIF Susun kalimah menjadi ayat 10 1 1
SOALAN 10 SUBJEKTIF Susun kalimah menjadi ayat 10 1 1
JUMLAH 100 2 4 3 0 1 0 10

JUMLAH MARKAH
100
JUMLAH SOALAN
10
ARAS
KESUKARAN ITEM R = RENDAH S = SEDERHANA T = TINGGI

BILANGAN 6 3 1
SOALAN
KEMAHIRAN
Mengingati Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta
BERFIKIR
JUMLAH 2 4 3 0 1 0
WAJARAN

16
‫‪LAMPIRAN 2‬‬

‫اإلمتحان اللغة العربية للسنة األوىل‬

‫‪TARIKH:07/07/2021‬‬
‫‪) JOM MEMBERSIH KELAS‬هيا ننظف الفصل) ‪TOPIK:‬‬
‫‪GURU MATAPELAJARAN: NOR AMIRAH BINTI AWANG‬‬

‫السؤال األول‬
‫اخرت اإلجابة صحيحة‪:‬‬
‫‪ (1‬الطالب يف القاعة ‪...........‬‬
‫ا) جيتمع‬
‫ب) يلعب‬
‫‪ )2‬الطالب____________‬
‫ا) جمتهد‬
‫ب) جمتهدة‬
‫‪ )3‬هي___________‬
‫ا) معلم‬
‫ب) معلمة‬
‫‪ )4‬املدرسة___________‬
‫ا) واسع‬
‫ب) واسعة‬
‫‪ )5‬الفصل__________‬
‫ا) نظيف‬
‫ب) نظيفة‬

‫‪17‬‬
‫السؤال الثان‬

‫رتب الكلمات اآلتية لتكون مجلة مفيدة‬


‫‪ )6‬املدرسة ‪ -‬تلك – جملة‬

‫‪ )7‬ذلك ‪ -‬نشيط – معلم‬

‫‪ )8‬اإلعالانت ‪ -‬لوحة – هذه‬

‫‪ )9‬هذه ‪ -‬مجيلة – طالبة‬

‫‪ )10‬جدول ‪ -‬هذه ‪ -‬الفصل‬

‫‪18‬‬

You might also like