You are on page 1of 28

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian

pendahuluan

merangkumi

pengenalan,

refleksi

pengajaran

dan

pembelajaran dan juga refleksi nilai pendidikan.

Pengenalan merupakan garapan

secara ringkas kepada penyelidikan tindakan yang dijalankan. Refleksi pengajaran dan pembelajaran pula sesuatu yang didapati oleh penyelidikan sewaktu

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Manakala, refleksi nilai pendidikan pula berkaitan nilai pendidikan yang digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan penyelidik (Rosinah Edenin 2011).

1.1 Pengenalan Menurut Wee Eng Hoe (1996) di dalam Wong Ling Syu (2004) kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kecergasan fizikal

berasaskan kesihatan. Pecahan kecilnya ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Bahagian kedua pula ialah kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Bahagian ini merangkumi

ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan. Umum perlu mengetahui bahawa, di dalam beberapa permainan seperti Bola Sepak, Bola Baling dan juga Badminton (Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 6) amat memerlukan atlet menguasai ketangkasan. Ketangkasan akan membantu atlet untuk bertindak dengan pantas dan selamat tanpa ragu-ragu. Jadi, ini mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitan cara untuk meningkatkan ketangkasan kanak-kanak. Merujuk kepada Johnson dan Nelson (1986), ketangkasan diertikan sebagai kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badannya dan arah pergerakan dengan cepat dan tepat. Jika melalui pandangan Clake di dalam Adrian Chew (2009) pula , ketangkasan ialah kelajuan menukar arah dan kedudukan badan.

1|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Sheikh Kamaruddin dan Sarjit Singh di dalam Wong Ling Syu (2004) pula menyatakan ketangkasan ialah kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat yang boleh untuk membantunya dalam situasi permainan dan ketika kecemasan bertujuan mahu menyelamatkan diri. Latihan litar merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan ketangkasan. Latihan litar ini telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G.T Adamson pada tahun 1953. Menurut Fox dan Matthew di dalam Liliana Wong (2011) latihan litar dapat dikatakan sebagai satu program latihan yang dirangka dengan stesen-stesen tertentu. Aktiviti-aktiviti stesyen ini dilaksanakan dalam masa tertentu yang telah ditetapkan. Satu litar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan. Jadi saya telah memilih untuk melaksanakan intervensi menggunakan latihan litar bagi membantu subjek kajian meningkatkan tahap ketangkasan mereka.

2|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran Setelah melalui tiga fasa praktikum di tiga buah sekolah yang berbeza, saya dapat mengesan satu masalah yang ketara di kalangan murid-murid tahap dua yang diajar oleh saya. Murid-murid ini, seolah-olah tidak dapat menguasai ketangkasan. Melalui pemerhatian saya sewaktu menjalankan pengajaran, beberapa masalah yang timbul antaranya ialah : Sewaktu melaksanakan Lompat Kuadran, murid masih ragu-ragu untuk melompat walaupun setiap petak yang disediakan telah dinomborkan dan murid hanya perlu melompat mengikut susunan nombor. Ketika melakukan lari ulang alik, murid-murid memilih untuk berhenti dan mengambil bongkah kayu berbanding untuk bergerak secara terus dan kembali berlari ke permulaan. Pada kemuncak permainan kecil yang dijalankan, guru telah memilih untuk menjalankan permainan galah panjang, murid-murid tidak dapat mengelakkan diri dengan baik daripada disentuh oleh kumpulan berlawanan. Keadaan seperti ini, mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitan

ketangkasan. Saya ingin mencari penyelesaian bagi masalah penguasaan salah satu aspek kecergasan yang sangat penting ini. Semoga dengan usaha, dapat membantu mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam permainan yang mereka ceburi.

3|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Kajian berkaitan ketangkasan yang ingin dijalankan oleh pengkaji ini menerapkan aspek peniruan. Di mana, subjek kajian akan melihat, memerhati dan juga cuba untuk memahami demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji tentang bagaimana mahu menjalankan Ujian Illinois dan cara untuk melengkapkan latihan litar yang telah dipilih untuk dijadikan intervensi.

Teori Albert Bandura (1986) menyatakan bahawa, terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan. Pertama ialah, perhatian, kedua mengingat, kemudian menuju kepada reproduksi dan seterusnya ke peringkat peneguhan atau motivasi.

Subjek kajian perlu menumpukan perhatian kepada demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perhatian subjek kajian kepada demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Contoh faktor yang mempengaruhi perhatian subjek kajian ialah, umur, jantina, status dan hubungan subjek kajian dengan pengkaji. Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, subjek kajian diajar untuk menerima dengan baik tentang arahan yang diberikan oleh pengkaji. Jadi, sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji telah terlebih dahulu meminta persetujuan daripada subjek kajian. Ini bertujuan untuk memupuk hubungan baik antara pengkaji dan subjek kajian demi untuk memastikan kelancaran perjalanan kajian yang telah dijalankan.

Seterusnya, subjek kajian perlu mengingat setiap butiran dan demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Perkara ini dapat dilakukan dengan bantuan pengkaji, secara verbal atau imagineri mental dan pemerhatian serta lakuan fizikal. Demonstrasi secara fizikal dilakukan dengan bantuan penerangan secara verbal. Selain itu, kad-kad bertulis dilihat dapat membantu meningkatkan ingatan subjek kajian berkaitan lakuan yang dikehendaki. Melalui kad-kad yang disediakan ini, pengkaji akan memilih kata kunci yang mudah diingati untuk membantu subjek
4|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

kajian. Selain itu, pengkaji akan mendorong subjek kajian untuk membina imaginasi bagaimana untuk melaksanakan Ujian Illinois dan latihan litar tersebut.

Peringkat ketiga dalam teori Permodelan oleh Albert Bandura ialah, reproduksi. Ini ialah keadaan dimana, subjek kajian akan cuba untuk melakukan semula setiap perkara yang telah didemonstrasi oleh pengkaji. Kecekapan subjek kajian mengulang semula dan membuat lakuan sama seperti pengkaji bergantung kepada perhatian dan usaha untuk mengingat yang dilakukan oleh subjek kajian. Semakin tinggi perhatian yang diberikan, semakin berjaya subjek kajian meniru lakuan pengkaji dan hasilnya, semakin berjaya usaha yang dilakukan oleh subjek kajian. Sebagai contoh, melalui latihan litar yang mempunyai Lompat Kuadran, jika Lompat Kuadran ini dilakukan dengan urutan yang betul, ia dapat membanyu meningkatkan ketangkasan subjek kajian, sekali gus akan membantu membuktikan kajian untuk meningkatkan ketangkasan melalui latihan litar ini, telah berjaya.

Peringkat seterusnya ialah peneguhan atau motivasi. Pengkaji perlu membantu subjek kajian dengan memberi peneguhan terhadap lakuan mereka. Peneguhan boleh dibuat secara langsung dan tidak langsung. Peneguhan langsung ialah, pengkaji memuji lakuan yang dilakukan dengan betul. Jika terdapat subjek kajian yang melakukan kesilapan sewaktu melaksanakan Ujian Illinois dan latihan litar, pengkaji perlu terus menegur dan membetulkan lakuan mereka. Ini bagi memastikan kajian berjalan seperti sepatutnya.

5|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Aspek ketangkasan telah diterapkan di dalam kelas Pendidikan Jasmani seawal Tahap Satu, iaitu Tahun Tiga. Kegagalan murid-murid yang telah berusia sebelas tahun untuk menguasai ketangkasan ini menimbulkan tanda tanya di dalam diri pengkaji. Beberapa masalah yang dikesan ialah, murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan ketangkasan dengan baik. Sebagai contoh, murid tidak dapat mengubah arah dengan baik ketika melakukan larian ulang alik. Selain itu, ketangkasan amat penting dalam membantu murid-murid menguasai permainan seperti bola sepak dan bola jaring. Pengkaji ingin mengkaji bagaimana mahu meningkatkan ketangkasan yang tidak dapt dikuasai oleh murid-muridnya.

6|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

2.1.2 Tinjauan Awal Perkembangan motor dan pertumbuhan kanak berlaku secara pesat sewaktu umur kanak-kanak menjangkau 8 tahun hingga 12 tahun (Gallahue1996). Jadi, sepatutnya, pada usia ini, kanak-kanak akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif yang telah dikuasai sewaktu Tahap Satu ke dalam situasi permainan yang dipelajari pada Tahap Dua. Tinjauan awal yang dilaksanakan mendapati murid-murid tidak dapat mengubah arah dengan cepat dan berkesan. Keadaan seperti teragak untuk menukar arah dan kembali ke permulaan sering berlaku. Keadaan ini saya perhatikan berulang kali sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah di daerah Hulu Langat. Bagi mengesahkan kemusykilan saya, saya telah memilih untuk melaksanakan satu ujian bagi mengetahui tahap ketangkasan murid-murid didikan saya ini. Seramai 30 orang ahli kelas tersebut mengikuti ujian yang saya laksanakan. Saya telah memilih Ujian Illinois untuk dijadikan sebagai instrument yang boleh membantu saya untuk mendapatkan tahap ketangkasan murid-murid itu. Sebelum ujian dilakukan, pengkaji telah menjelaskan kepada murid-murid tentang tujuan ujian ini dijalankan. Selesai penerangan tersebut, saya mula membuat demonstrasi tentang cara sepatutnya ujian itu berlangsung. Setelah itu, murid

dibenarkan untuk membuat dua kali percubaan sebelum ujian sebenar dilaksanakan. Ini bagi membantu murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan keadaan litar ujian. Setelah itu, dua percubaan dibuat bagi setiap murid dengan rehat selama sepuluh minit diantaranya sebelum bermula semula. Keputusan ujian telah dibandingkan dengan petunjuk skor tahap ketangkasan untuk mengetahui tahap ketangkasan mereka.

7|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Jadual 1 Petunjuk Skor Tahap Ketangkasan Perempuan Mata / Umur 6 5 4 Bawah 13 Tahun <16.5 16.5 - 18.0 18.1- 19.6 13-14 Tahun <16.1 16.1-17.8 17.9 - 18.4 15-16 Tahun <16.0 16.0 -18.0 18.1- 18.6 >16 Tahun 15.8 15.8 18.0 18.1- 18.6

Jadual 2 Petunjuk Skor Tahap Ketangkasan Lelaki Mata / Umur 6 5 4 Bawah 13 Tahun <15.8 15.8-16.5 16.6-18.0 13-14 Tahun <15.4 154-16.1 16.2-17.4 15-16 Tahun <14.8 14.8-15.8 15.9-16.9 >16 Tahun <14.3 14.3-15.4 15.5-16.5

Sumber : North West Atheletics : Talent Identification Norms 2001

8|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Jadual 3 Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki Mata 6 5 4 <4 Jumlah Murid Bilangan Murid 0 5 4 9 18

Jadual 4 Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Perempuan Mata 6 5 4 <4 Jumlah Murid Bilangan Murid 0 3 3 7 12

Jadual 5 Keputusan Keseluruhan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki dan Perempuan Mata 6 5 4 <4 Jumlah Besar Lelaki 0 5 4 9 Perempuan 0 3 2 7 Jumlah 0 8 6 16 30

9|

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

2.1.1 Analisis Tinjauan Awal

Jadual 6 Peratusan Tahap Ketangkasan Lelaki dan Perempuan Mata 5 4 <4 Jumlah Lelaki 28 22 50 100 Perempuan 25 17 58 100

Graf 1 Graf Peratusan Tahap Ketangkasan Murid Lelaki dan Perempuan


70

60

50

40 L 30 P

20

10

0
PERATUS M // MASA

<4

TAHAP KETANGKASAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN

10 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Keputusan Ujian Illinois yang telah dilaksanakan menunjukkan tiada murid berjaya mendapat skor tertinggi iaitu 6 bagi lelaki dan perempuan. Skor 5 mencatatkan masing-masing 28% bagi murid lelaki dan 25% daripada murid perempuan. 22%

murid-murid lelaki mendapat skor 4. Murid perempuan yang mendapat skor yang sama berjumlah secara peratusan ialah 17%. Skor kurang daripada 4 mendominasi graf palang keputusan. Sejumlah 9 orang murid yang mewakili 50% daripada murid-murid lelaki. Bagi murid perempuan pula yang mendapat skor kurang daripada 4 ialah sejumlah 58%. Ini membuktikan bahawa, anak-anak didik penyelidik mengalami masalah dalam menguasai aspek ketangkasan. Sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap ketangkasan mereka.

11 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Sebelum menjalankan kajian, enam faktor berikut telah diambilkira bagi memastikan keberhasilan kajian. Faktor-faktor tersebut ialah kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kolaborasi, kerelevanan dan juga kawalan.

Kebolehtadbiran Kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan. Permainan ini boleh dilaksanakan di padang dan juga gelanggang badminton sekolah. Padang merupakan kawasan yang terbaik untuk menjalankan intervensi dengan selamat. Jika terdapat peralatan yang tiada, saya boleh membina alat reka ganti untuk digunakan semasa kajian dilaksanakan. Perancangan yang baik seperti menetapkan masa, tarikh, lokasi dan juga tempoh perlaksanaan akan membantu kelancaran kajian ini.

Kepentingan Usaha untuk meningkatkan tahap ketangkasan murid-murid di sekolah akan membantu memenuhi keperluan fizikal murid-murid dan juga sekolah. Jika murid-murid ini dapat menguasai ketangkasan, mereka telah memenuhi salah satu aspek kecergasan. Seterusnya, sekolah juga amat memerlukan muridmurid yang tangkas untuk mewakili sekolah dalam permainan seperti Bola Sepak, Bola Baling dan juga Badminton.

Kebolehgunaan Kajian dan intervensi ini sesuai digunakan oleh semua murid Tahap Dua di sekolah rendah. Intervensi yang menggunakan pendekatan latihan litar ini dapat digunakan dengan menyesuaikan permainan seperti Galah Panjang sewaktu fasa Kemuncak Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk menguji penguasaan muridmurid berkaitan tajuk ketangkasan.

12 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Kolaborasi Kajian ini hanya dapat dijalankan dengan kerjasama dengan beberapa pihak. Pihak yang terlibat antaranya ialah, pihak sekolah, pihak ibu bapa dan murid, guru pembimbing dan juga pensyarah pengkaji itu sendiri. Pihak sekolah perlu

membenarkan murid-murid terpilih membantu menyelesaikan kajian yang dijalankan. Selain itu, guru-guru Pendidikan Jasmani dan juga pensyarah terlibat akan menjadi rujukan jika terdapat sebarang kemusykilan dalam melaksanakan kajian serta intervensi yang telah dicadangkan ini. Murid-murid serta ibu bapa juga perlu memberikan kebenaran sebelum mereka melibatkan diri secara langsung dengan kajian yang bakal dijalankan ini.

Kerelevanan Kajian ini dilihat relevan dengan pembangunan kecergasan murid-murid serta pembangunan sukan di sekolah. Jika murid-murid dapat menguasai ketangkasan. Kemungkinan peningkatan prestasi mereka di dalam permainan-permainan yang dipertandingkan akan meningkat dari masa ke semasa.

Kawalan Kajian yang baik merangkumi perkara-perkara seperti subjek kajian, peralatan, lokasi serta cara perlaksanaan intervensi yang mudah dikawal. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid saya sendiri dan mereka bersetuju untuk menjadi subjek kajian dengan izin ibu bapa. Peralatan yang digunakan pula mudah didapati di stor sukan sekolah. Kawasan padang akan digunakan secara maksimum untuk menjalankan intervensi yang telah dirancangkan. Intervensi akan diadakan pada waktu PnP Pendidikan Jasmani sahaja dan tidak mengganggu waktu PnP yang selainnya.

13 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

2.2 Tinjauan Literatur berkaitan Isu Kajian

2.1.2 Teori/Model/Pendekatan/Strategi Berkaitan

Kajian ini dilihat melibatkan Teori Kecergasan Pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner. Menurut pandangan Howard, setiap individu mempunyai potensi

mereka yang tersendiri. Tiada individu yang sama seperti individu yang lain. Tujuh kategori Kecergasan Pelbagai ini ialah, linguistik, logikal-matematikal, visual-spartial , muzik, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Kajian berkaitan ketangkasan ini melibatkan kecergasan tubuh kinestatik dan juga interpersonal. Kecergasan tubuh kinestatik ialah bagaimana badan dapat membuat gerakan tertentu seperti gimnastik, mengawal tubuh badan dalam sukan dan permainan tertentu. Kajian ini ingin mengetahui, bagaimana intervensi latihan litar yang dilaksanakan dapat membantu subjek kajian menjadi lebih tangkas dengan lebih efisien. Ketangkasan ini, membantu subjek kajian untuk lebih cemerlang dalam sukan seperti bola sepak atau bola jaring serta sukan-sukan lain yang diceburi subjek kajian. Kecergasan berkaitan interpersonal juga terlibat dengan kajian ini. Subjek kajian belajar bagaimana mahu menerima, memproses arahan dan melaksanakan aktiviti seperti yang dikehendaki oleh pengkaji. Komunikasi yang berkesan akan membantu mempermudahkan perjalanan kajian yang hendak dilaksanakan. Ketika ini, subjek kajian menerima input dan belajar melalui permodelan atau peniruan perlakuan yang dilakukan oleh pengkaji. Sebagai contoh, perhatian sepenuhnya yang diberikan kepada lakuan pengkaji sewaktu demonstrasi pelaksanaan Lompat Kuadran akan

meningkatkan kefahaman subjek kajian bagaimana mahu menjalankan akitiviti ketangkasan ini. Jadi, kesan daripada itu, Lompat Kuadran akan berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mampu membantu membuktikan bahawa intervensi yang dirancang ini sesuai untuk meningkatkan tahap ketangkasan subjek kajian.

14 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

2.1.3 Kajian Lepas yang Berkaitan

Rusedawatty Bt Osman telah melaksanakan kajian berkaitan ketangkasan dan bentuk tubuh badan pemain Bola Jaring mengikut posisi di dalam pasukan. Kajian tersebut membuktikan ketangkasan pemain dalam pasukan dipengaruhi oleh ketangkasan. Tanpa tahap ketangkasan yang baik, pemain tidak akan dapat beraksi secara maksimum dalam permainan yang disertai mereka.

Jika melihat kajian yang dijalankan oleh Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim dan Mariana Binti Abd Manan yang memilih untuk menjalankan kajian tentang tahap ketangkasan atlet peninju peringkat negeri, keputusan kajian mencatatkan hasil yang sama. Di mana, ketangkasan yang baik amat perlu dalam membaca gerakan tangkas dari pihak lawan. Jika peninju dapat membaca gerakan pihak lawan, mereka akan bergerak dan bertindak pantas seperti mengelak atau menghadiahkan semula gerakan yang diterima kepada pihak lawan.

Melalui kedua-dua kajian ini telah dibuktikan bahawa, ketangkasan sangat penting dalam memastikan kejayaan atlet secara individu mahupun berpasukan. Gambetta (2005) menyatakan bahawa tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan ketangkasan saling berkait rapat antara satu sama yang lain. Jadi, jika aspek seperti ketangkasan tidak dikuasai, prestasi individu akan menurun.

Ini mendorong pengkaji untuk melaksanakan satu intervensi bagi meningkatkan ketangkasan setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak didik pengkaji.

15 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

2.1.4 Istilah Kajian

Berikut merupakan penerangan kepada beberapa istilah kajian yang digunakan sepanjang pelaksanaan kajian ini.

Ketangkasan Menurut Johnson dan Nelson, ketangkasan ialah kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badannya dan arah pergerakan dengan cepat dan tepat.

Latihan Litar Menurut Fox dan Matthewse, latihan litar ialah satu program latihan yang dirangka dengan stesen-stesen tertentu. Satu litar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan.

16 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum Objektif umum bagi kajian yang ingin dilaksanakan ini ialah meningkatkan tahap ketangkasan murid-murid Tahun Lima melalui latihan litar.

3.2 Objektif Khusus Secara khususnya, kajian ini ingin dilaksanakan bagi : i. Meningkatkan ketangkasan murid-murid Tahun Lima sebuah sekolah di daerah Hulu Langat menggunakan latihan litar yang merangkumi aspek ketangkasan. ii. Membantu murid-murid melepasi had masa mengikut norma ketangkasan kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun 3.3 Persoalan Kajian Persoalan kajian ialah persoalan yang dapat dijawab melalui kajian yang bakal dijalankan ini menggunakan pendekatan yang telah dipilih. Berikut merupakan beberapa persoalan yang sepatutnya dijawab melalui kajian : i. Adakah latihan litar dapat membantu meningkatkan ketangkasan subjek kajian? ii. Adakah permainan kecil dapat membantu murid memenuhi norma ketangkasan subjek kajian yang berusia 10 hingga 12 tahun?
17 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

4.0

KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada murid-murid Tahun Lima di

sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 10 orang daripada 30 responden awal telah dipilih untuk menjalankan intervensi ini. Murid-murid ini dikesan tidak dapat menguasai kemahiran ketangkasan melalui ujian Illinois. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian tentang keberkesanan latihan litar dalam meningkatkan ketangkasan dengan subjek kajian terdiri daripada lima orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan.

Jadual 7 Subjek kajian, Jantina serta Kelas Subjek Kajian A B C D E F G H I J Jantina L L L L L P P P P P Kelas 5 Amanah 5 Amanah 5 Amanah 5 Amanah 5 Amanah 5 Amanah 5 Amanah 5 Amanah 5 Amanah 5 Amanah

18 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN Bahagian ini bakal membincangkan tentang kitaran kajian pertama, cara data akan dikumpulkan, cara menganalis data dan perancangan bagaimana tindakan ingin dilaksanakan.

5.1 Kitaran Kajian 1

PERANCANGAN TINDAKAN PEMERHATIAN REFLEKSI


Model Kurt Lewin (1984) Sumber : Rosinah Edinin 2011

19 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

5.1.1 Kitaran Pertama Kitaran Pertama ini mengandungi empat fasa yang perlu dilengkapkan. Fasa pertama ialah perancangan, diikuti oleh tindakan. Fasa ketiga dan keempat pula ialah pemerhatian dan refleksi.

Perancangan Pengkaji telah merancang untuk menggunakan latihan litar bagi meningkatkan

ketangkasan murid Tahun 5. Aktiviti-aktiviti yang telah dipilih untuk melengkapkan latihan litar yang telah dirangka ialah Lompat Kuadran, Bangkit Tubi, Meleding serta Lari Ulang Alik 10 Meter. Intervensi ini dirangka sedemikian berdasarkan petikan daripada Barrow dan McGee di dalam Lilian Wong (2011) keberkesanan ketangkasan dapat ditingkatkan dengan menggabungkan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot,kepantasan, deria kinestetik serta koordinasi.

Ujian pra akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendapatkan dapatan yang sah tentang tahap ketangkasan subjek kajian. Setelah itu, intervensi akan dimulakan. Sebelum latihan litar dilaksanakan, pengkaji akan mengendalikan sesi aerobik sebagai aktiviti pemanasan badan. Ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku kepada subjek kajian. Ia juga membantu menyediakan subjek kajian kepada aktiviti berintensiti yang telah dirancang. Latihan litar ini mengandungi 4 stesen yang perlu dilengkapkan oleh subjek kajian. Stesen pertama ialah, Lompat Kuadran. Stesen kedua, Meleding. Stesen ketiga dan keempat pula ialah Lari Ulang Alik 10 Meter dan juga Bangkit tubi. Intervensi ini akan dijalankan sebanyak 1 set dengan 3 ulangan pada minggu pertama, penambahan ulangan dilakukan sebanyak satu ulangan dibuat sehingga minggu intervensi yang terakhir iaitu, minggu keempat.
20 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Setelah intervensi ditamatkan, ujian pasca akan dilakukan bagi melihat kesan daripada intervensi yang telah diikuti oleh subjek kajian. Tindakan Pengkaji akan menjalankan Ujian Illinois terlebih dahulu sebelum melaksanakan latihan litar yang telah dirancang.

5 Meter

3.3 Meter Meter

10 Meter

MULA

TAMAT

mu

Ujian Illinois Bagi melaksanakan ujian ini 8 kon penanda akan disusun seperti rajah diatas. Lebar kawasan ujian ini ialah 5 Meter, sementara panjangnya pula ialah 10 Meter. Kemudian, pada jarak kelebaran 2.5 Meter, akan disusun 4 kon penanda. Jarak setiap kon tersebut ialah 3.3 Meter setiap satunya. Subjek kajian akan bermula di Mula. Berlari sepanjang mungkin untuk menyudahkan ujian seperti yang tertera di atas. Subjek tidak dibenarkan untuk

21 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

menjatuhkan kon yang telah didirikan. Setelah subjek kajian tiba di penamat. Jam randik akan dihentikan. Seterusnya, selepas pemanasan badan. Sesi pemanasan badan akan divariasikan dengan pelbagai aktiviti. ketangkasan dan aerobik. Contohnya, permainan kecil yang mempunyai unsur Sesi intervensi menggunakan latihan litar yang telah

dirancang untuk membantu subjek kajian meningkatkan tahap ketangkasan mereka.

STESEN 1 : LOMPAT KUADRAN

STESEN 4 : BANGKIT TUBI

STESEN 2 : LENTIK BELAKANG

STESEN 3 : LARI ULANG ALIK 1O METER

22 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Pelaksanaan Intervensi Latihan Litar Stesen 1. Lompat Kuadran Cara Pelaksanaan Berdiri dalam keadaan selesa di hadapan petak Lompat Kuadran Apabila wisel dibunyikan, mula melompat selama satu minit dan berhenti apabila wisel sekali lagi dibunyikan. 2. Lentik Belakang Meniarap di atas tilam dan mula melentikkan badan selam 1 minit hingga wisel berhenti dibunyikan. 3. Lari Ulang Alik 10 Meter Berdiri dan bersedia untuk berlari. Berlari dan apabila tiba di kawasan B, mengambil bongkah kayu dan berpatah balik semula Mengira jumlah ulangan yang mampu dilakukan dalam masa 1 minit. 4. Bangkit Tubi Berbaring di atas tilam dalam keadaan selesa Tangan diletakkan di dada Mula membuat bangkit tubi apabila wisel

dibunyikan dan berhenti apabila wisel sekali lagi dibunyikan

23 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Pemerhatian Sebelum ujian pra, intervensi dilaksanakan, pengkaji akan membuat demonstrasi bagaimana setiap satunya perlu dilaksanakan. Ini bagi memberi gambaran jelas tentang perjalanan aktiviti yang mahu dilakukan. Pengkaji akan menekankan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Setelah itu, subjek kajian diberi peluang untuk membuat percubaan dan menyesuaikan diri dengan kehendak kajian. Pemerhatian akan dilaksanakan sewaktu percubaan ini dan juga sepanjang kajian dijalankan. Sewaktu percubaan, guru akan memerhatikan lakuan subjek kajian. Jika terdapat sebarang kesilapan, pengkaji akan serta merta membetulkan kesilapan subjek. Ini bertujuan bagi memastikan keberkesan program intervensi yang akan dilaksanakan. Seterusnya, pengkaji akan membuat pemerhatian berstruktur terhadap subjek sewaktu intervensi dijalankan. Tamat intervensi, subjek kajian akan melakukan aktviti kenduran dan kemudian, pengkaji akan menegur perkara yang sepatutnya ditegur demi keberkesanan intervensi yang telah dirancang.

Refleksi Setelah menjalankan ujian sewaktu tinjauan awal, kesimpulan yang boleh dibuat ialah, murid- murid hampir secara keseluruhannya tidak menguasai ketangkasan setelah keputusan dibandingkan dengan skor tahap ketangkasan mengikut umur.

5.2 Cara Pengumpulan Data/Penganalisasi Data Cara pengumpulan data Data penyelidikan akan dikumpul melalui ujian. Dua ujian yang akan dilaksanakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Di samping itu, Ujian Rintis juga akan dilaksanakan bagi menentukan kesesuaian instrumen yang akan digunakan pada kajian akan datang.

24 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Ujian Ujian rintis akan dijalankan bagi melihat kesesuaian latihan litar yang telah direka untuk kajian ini. Seramai 10 orang murid akan dipilih secara rawak untuk melaksanakan intervensi yang telah dirancang. Ujian rintis ini meliputi, ujian pra dan intervensi seperti yang dirancangkan. Setelah tamat intervensi, ujian pasca akan dilaksanakan bagi melihat kesesuaian dan perubahan tahap ketangkasan pada subjek yang dipilih secara rawak itu. Jika bersesuaian, subjek kajian akan melalui ujian pra, intervensi yang sama seperti dilaksanakan di dalam ujian rintis dan seterusnya menyelesaikan kajian dengan ujian pasca. Ini bermakna, subjek kajian akan diuji dengan Ujian Illinois untuk menentukan tahap ketangkasan mereka. Subjek kajian perlu melengkapkan latihan litar seperti yang disarankan oleh guru mengikut bilangan set yang ditentukan mengikut minggu-minggu intervensi. Setelah selesai, subjek kajian akan menjalani Ujian Pasca yang sama seperti Ujian Pra.

5.3 Cara Menganalisis Data Ujian Data yang diperolehi sewaktu ujian pra dan pasca akan direkodkan mengikut subjek. Ini bagi memudahkan pengkaji melihat keberkesanan latihan litar yang dijalankan kepada setiap subjek. Setelah itu, pengkaji akan membuat perbandingan min sewaktu ujian pra dan ujian pasca. Seterusnya, dapatan akan dikira secara peratusan bagi melihat dengan lebih jelas peningkatan setelah intervensi dijalankan terhadap kajian. Keputusan kajian akan dianalis dan disediakan dalam bentuk graf. Ini bagi memudahkan perbandingan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.

25 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan 5.4.1 Jadual Perlaksanaan

Minggu

Perkara

Ujian Pra ( Ujian Illinois) Minggu 1 Intervensi Minggu 1 Latihan Litar 3 Set Ulangan Intervensi Minggu 2 Latihan Litar 4 Set Ulangan Intervensi Minggu 3 Latihan Litar 4 Set Ulangan Intervensi Minggu 4 Latihan Litar 5 Set Ulangan Ujian Pasca ( Ujian Ilinois)

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

26 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

5.4.2 Kos kajian Kos kajian ialah wang dan keperluan lain yang perlu dibelanja dan disediakan bagi menjalankan kajian ini. Bil Perkara Harga seunit (RM) Bilangan Unit diperlukan Jumlah keseluruhan (RM)

1. 2. 3. 4.

Skital Penanda (Besar) Skital Penanda (Kecil) Marker Tilam Gimnastik

10 2 1 30

10 20 20 2

100 40 200 60

Rumusan Kertas cadangan ini disediakan bertujuan membantu subjek kajian dalam meningkatkan ketangkasan diri mereka. Intervensi yang dipilih ialah intervensi menggunakan latihan litar yang telah disesuaikan dengan subjek kajian. Murid-murid tahun lima dari kelas yang diajar oleh pengkaji dipilih untuk menjadi subjek kajian. Latihan litar digunakan sebagai intervensi dengan empat aktiviti yang telah dipilih oleh pengkaji.

27 |

RAFIDAH RASIDI KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

RUJUKAN Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim & Mariana Binti Abd Manan. (2008) Kajian Terhadap Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan Dalam Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Johnson, Barry L., & Nelson, Jack K. (1986). Practical Measurements for Evaluation in Physical Education ( 4th ed. ). New York : Macmillan Publishing Company. Mook Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Procedure for conducting the Illlinois Agility Run for athletes. Tarikh akses: 11 Februari 2012. http://www.topendsports.com/testing/tests/illinois.htm Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan (edisi kedua).Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd. Rusedawatty Osman.(2008)Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti

28 |

You might also like