You are on page 1of 8

PENGUASAAN MEMBINA AYAT BAHASA MELAYU MURID TAHUN EMPAT SJK(T)

JALAN MERU, KLANG, SELANGOR

Mangayarkarsi Shanmugam
SJK(T) Jalan Meru, Klang

Suntingan Oleh
Ravichandran Santhiragasu
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands

ABSTRAK

Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk mengenal pasti dan meningkatkan program
yang memberi impak kepada muridnya untuk mengatasi kelemahan dalam penulisan
Bahasa Melayu. Di samping itu, faktor-faktor murid tidak dapat menguasai kemahiran
menulis ayat dan seterusnya, keberkesanan program intervensi yang dilaksanakan
kepada program yang difokuskan iaitu Program Jom Bina Ayat dapat ditentukan.
Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat adalah menerusi pemerhatian,
semakan dan analisis dokumen, sesi temu bual dan juga menerusi interaksi secara
langsung dengan guru-guru di sekolah ini. Sesi temu bual telah diadakan dengan
barisan pengurusan sekolah dan guru panitia mata pelajaran Bahasa Melayu yang
bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan program tersebut. Dapatan kajian
menunjukkan program intervensi yang dilaksanakan ke atas kumpulan kawalan telah
berjaya meningkatkan seratus peratus pencapaian murid dalam penulisan ayat Bahasa
Melayu Tahun Empat.

1.1 PENGENALAN
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Meru merupakan sebuah sekolah
dalam daerah Klang, Selangor. Jumlah murid adalah 504 orang dan guru seramai 40
orang. Walaupun pencapaian UPSR tahun 2015 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Penulisan 77% tetapi murid masih menghadapi masalah dalam penulisan ayat.
Bahasa Malaysia Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A, Bahagian
B dan Bahagian C. Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya
berkaitan dengan masalah bahagian A dimana murid menghadapi kesukaran dalam
Penulisan Bahasa Malaysia. Masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan
terutama dalam penulisan Bahagian A akan menghalang untuk murid mendapatkan
markah yang tinggi dalam penulisan Bahasa Malaysia. Murid juga tidak dapat membina
ayat dengan baik, menyebabkan murid tidak mampu untuk membina sebuah karangan
yang baik dalam penulisan Bahagian B dan C.

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini dijalankan pada 6 murid Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Jalan
Meru, Klang. Sekolah ini mempunyai tiga kelas Tahun Empat dengan jumlah 82 murid.
Sampel kajian ini dipilih berdasarkan Ujian Sumatif 2/2015 murid yang dapat gred E
dalam Bahasa Melayu Penulisan. Guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia Tahun 4
mengenalpasti sampel yang dipilih sering melakukan kesalahan semasa membina ayat.
Antaranya ialah struktur ayat yang tidak tersusun, penggunaan bahasa pasar dalam
semasa membina ayat. Tanda baca yang digunakan oleh murid di sekolah tidak
menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar. Hampir 95% murid gemar menulis ayat
tunggal dengan 3 patah perkataan sahaja. Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan
untuk menyelesaikan masalah ini agar pencapaian matapelajaran Bahasa Melayu
penulisan dapat ditingkatkan.

1.3 MASALAH KAJIAN


Berdasarkan analisis Ujian Sumatif bulan Mac 2016, Tahun Empat menunjukkan
pencapaian gred A bagi mata pelajaran Bahasa Malayu hanya 6 orang (18.55%)
daripada 82 calon pada bulan Mac 2016 berbanding dengan pencapaian 12 orang
(38.45) pada Bulan Oktober 2015. Pencapaian yang rendah ini menyebabkan
pencapaian kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Malayu terjejas. Selain keputusan
analisis yang menunjukkan pencapaian Bahasa Malayu mengalami penurunan,
Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid Tahun Empat juga membimbangkan pihak sekolah
kerana subjek Bahasa Malayu mungkin menjadi satu halangan untuk sekolah meraih
kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Oleh itu, suatu tindakan perlu
dilaksanakan agar penguasan kemahiran penulisan Bahasa Melayu Tahun Empat
dapat ditingkatkan.

1.4 TUJUAN
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan berkemahiran murid membina ayat yang
lengkap dan gramatis Bahasa Melayu.

1.5 OBJEKTIF
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
I. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan 6 orang murid Tahun
Empat tadak dak menguasai penulisan membina ayat.
II. Untuk mengenal pasti bagaimana kaedah sedia ada yang diamalkan 6 orang
murid dalam penulisan ayat.
III. Untuk meksanakan program intervensi agar dapat membantu 6 orang murid
Tahun Empat menguasai penulisan ayat Bahasa Melayu.

2
1.6 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang berikut:
I. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan 6 orang murid Tahun Empat tidak
dapat menguasai penulisan ayat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun Empat.
II. Bagaimanakah kaedah sedia ada yang diamalkan oleh 6 orang murid Tahun
4 belajar menguasai penulisan ayat Bahasa Melayu.
III. Sejauh manakah program intervensi dapat membantu 6 orang murid Tahun 4
menguasai penulisan ayat Bahasa Melayu.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan akan membantu murid dalam penulisan ayat dan meningkatkan
berkemahiran membina ayat yang lengkap dan gramatis Bahasa Melayu. Melalui
penguasan kemahiran penulisan ayat Bahasa Melayu, diharapkan murid dapat
membina ayat yang lengkap dalam penulisan ayat. Hal ini dapat membantu guru dalam
pembelajaran dan pengajaran dan melahirkan kemahiran asas dalam penulisan ayat.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara
kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses
penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu
mengambil kira maklumat, penggunaan bahasa, para penonton dan gaya penulisan.
Sehubungan itu, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca
atau asas dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam pelbagai
disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran
menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa
Malaysia.

Menurut Noorazman 92009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua
kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan
yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak
menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab
soalan. Pendapat Noorazman Mahat ini turut disokong oleh Suhaimi (2009) yang
mengatakan bahawa ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana mesti dikuasai oleh murid-murid
untuk menduduki peperiksaan

Selain itu, masalah penulisan murid juga turut berpunca daripada gaya
pengajaran guru di dalam kelas. Strategi pengajaran penting kerana menurut Esah
(2003) dalam bukunya Amalan Profesionalisme Perguruan mengatakan pelbagai
pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan
berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan.

3
Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan
aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah dikatakan strategi
pengajaran. Penggunaan bahan rangsangan tanpa teknik yang berkesan, mendorong
kepada kelemahan penguasaan kemahiran penulisan.

Disebabkan peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin kurikulum dan


pemimpin Instruksional saling mempengaruhi situasi di sekolah, para pentadbir sekolah
harus memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum dan pemimpin Instruksional.
Menurut Covey (1999) pemimpin pengajaran perlu membawa ke dalam dirinya 7 tabiat
orang berkesan untuk dikongsi bersama dalam pengurusan kurikulum dan bertindak
sebagai jurulatih pengajaran dan pembelajaran. Rahimah (2000) pula berpendapat
bahawa peranan pemimpin sekolah yang terpenting ialah sebagai pemimpin
pengajaran yang merupakan core business di sekolah dan perlu berjalan sebaik
mungkin dan sentiasa bertambah.
Glickman (1990) berpendapat bahawa seorang pemimpin kurikulum atau
instruksional yang berkesan perlu ada tiga aspek berupa memiliki pengetahuan asas,
memahami bidang tugas dan menguasai kemahiran yang bersesuaian. Pengetahuan
asas bermakna seorang pemimpin kurikulum perlu arif dan memiliki pengetahuan yang
luas melalui pembacaan atau mendapatkannya dari sumber-sumber yang berkaitan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif.Teknik pengumpulan data adalah
seperti berikut:
I. Analisis dokumen murid Analisis peratus penurunan markah mata pelajaran
Bahasa Melayu.
II. Soal selidik kepada guru Bahasa Melayu.
III. Soalan ujian penulisan ayat kepada murid termasuk pra dan pasca ujian.

3.2 RESPONDEN KAJIAN


Kumpulan sasaran kajian ialah murid-murid Tahun Empat seramai 6 orang. Terdapat 3
orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan di dalam kelas ini. Kajian dijalankan
selama 8 minggu. Teknik Persampelan Secara Bertujuan digunakan, iaitu melibatkan
semua murid Tahun 4 Avvai.

3.3 TEKNIK MENGUMPUL DATA


3.3.1 Minggu Pertama hingga Empat.
Membuat perancangan dan mesyuarat untuk melaksanakan program.
4
3.3.2 Minggu ke Lima ke Lapan
Pelaksanaan program ini dilakukan melalui pendekatan PDCA (Plan-Do-Check-
Action). Oleh yang demikian keempat-empat strategik yang dikenal pasti akan
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadual pelaksanaan aktiviti
Program Jom bina ayat adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual kerja.

Jadual 1: Pelaksanan Aktiviti Program

Pendekatan PDCA Aktiviti /Program Tarikh


Pelaksanaan
Menubuhkan Ahli 06.04.2016
Jawatankuasa
Plan Persediaan Mengadakan Mesyuarat 08.04.2016
Jawatankuasa
Menyebarkan maklumat guru 11.04.2016
dan murid dan penjaga
Membuat persiapan peralatan 13.04.2016
Do Pelaksanaan Membahagikan murid kepada 26.04.2016
guru Bahasa Melayu sebagai
mentor dam program Jom
Bina Ayat
Membuat pemantauan 04.05.2016
Check Penilaian Membuat penilaian 10.05.2016
Membuat laporan 12.05.2016
Action Penambahbaikan Majlis penghargaan 23.05.2016
Berterusan peningkatan prestasi

5
3.4 TEKNIK MENGANALISIS DATA
Dapata kajian menerusi soal selidik, ujian pra dan pos dianalisis keberkesanan program
ini. Soal selidik diberikan pada peserta program ini. Dan juga peserta program ini
menjawab ujian pra dan pos.

3.4.1 UJIAN PRA DAN POS


Murid akan diberi satu set soalan membina ayat kepada 6 orang murid yang terpilih dari
tahun empat sebagai kumpulan kawalan Program Jom Bina Ayat . Set pertama
membina ayat untuk Pra Ujian bertujuan untuk soalan pertama ialah soalan pra-ujian
iaitu untuk mengukur tahap kebolehan murid sebelum mengikuti latihan. Set soalan
yang sama diberikan untuk Pra Ujian akan di uji semasa pasca Ujian. Ini adalah
bertujuan menilai kebolehan responden murid selepas menjalani latihan.
Hasil perbandingan pasca-ujian dan pra-ujian akan menentukan keberkesanan
Program Program Jom Bina Ayat. Kaedah ini dipilih kerana dianggap antara yang
paling sesuai untuk menilai perubahan dalam pengetahuan, kesedaran, kemahiran,
sikap, keyakinan dan tingkahlaku responden (Rockwell and Kohn, 1989; Davis, 2003).

3.4.2 DAPATAN PENILAIAN TERHADAP PROJEK


Enam orang murid dari Tahun 4 telah dikenal pasti untuk dijadikan kumpulan sasaran
untuk Program Jom Bina Ayat. Pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran
telah dilaksanakan selama lima hari setiap Isnin dan Rabu selama satu jam. Guru
Bahasa Melayu Tahun 4 melaksanakan pengajaran kaedah bina ayat berdasarkan
gambar yang diberi dan kaedah kata Tanya. Satu waktu awal digunakan untuk murid
memahami gambar, mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar, membulatkan
gambar dan mencatatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar. Jadual 2
menunjukkan hasi soal selidik guru penilai Jom Bina Ayat.
Jadual 2:Penilaian Program Jom Bina Ayat

Bil. Perkara Ya Tidak

1. Para guru berdapat bahawa ada peningkatan penguasaan 85%


Bahasa Melayu dalam kalangan murid yang terlibat

2 Para murid dapat meningkatkan penguasaan Bahasa 90%


Melayu mereka

3. Murid sudah mula berminat untuk membaca buku-buku 85% 15%


cerita Bahasa Inggeris di perpustakaan.

6
4. Murid menggunakan beberapa ayat Bahasa Melayu 70% 30%
sewaktu berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan.

5. Peningkatan peratus pencapaian Bahasa Melayu dalam


Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2 /2016

4.2.3 KEBERKESANAN PROGRAM INTERVENSI


Perbandingan telah dibuat berdasarkan dapatan ujian pra dan pos bagi 6 orang murid
tahun 4. Jadual 3 menunjukkan perbandingan ini.
Jadual 3: Penskoran Ujian Pra dan Pos

BIL Nama Pra Ujian Pasca Ujian Julat

1 A.P HARRIS RAJ ASHOK KUMAR 35 53 22

2 THANESHSWAREN A/L KASAWAN 40 62 22

3 YUGENTHRAN A/L ANNAVI 45 50 5

4 ANUUSRI A/P GUNASEGARAN 25 45 20

5 HARINI A/P JIVANANDAM 40 54 14

6 SHARUVESWARY A/P KANISAMY 35 55 20

5.0 PERBINCANGAN KAJIAN


Berdasarkan Jadual 3, penskoran Ujian Pra dan Pos menunjukkan bahawa dalam ujian
pra seramai 50% murid gagal dalam penulisan ayat berbanding dengan ujian pos telah
tercapai 100%.
Program Jom Bina Ayat yang dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran
membina ayat telah memberikan suatu impak yang positif. Sesi pembelajaran program
ini memotivasikan murid dan tindak balas mereka agak memberangsangkan. Murid
semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada tinjauan yang dibuat,
murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.
Pembelajaran dianggap efektif apabila proses pembelajaran berasa
menyenangkan dan memuaskan bagi seseorang murid sehingga mereka terlibat secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian matlamat iaitu
membina ayat majmuk dan membina ayat dengan menggunakan kata hubung.
Penggunaan teknik Soalan-Respons 5W 1 H, kaedah membina maklumat dan
Kata Tanya dalam program ini telah memberi kesan yang positif terhadap pemahaman

7
murid-murid. Kaedah ini boleh meningkatkan markah mereka ke tahap yang lebih
cemerlang.

5.1 KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan dengan jelas Program Jom Bina Ayat telah berjaya
mencapai objektif yang diharapkan. meningkatkan kemahiram membina ayat lengkap
dan gramatis di dalam disiplin penulisan ayat Bahasa Melayu. Keberkesanan program
ini memberikan suatu impak yang positif kerana peningkatan hasil belajar, peningkatan
pengetahuan dan peningkatan ketrampilan melalui kemahiran dapat diperlihatkan
melalui analisa pasca ujian.

You might also like