You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Nama bagi BBM ini ialah “Hanger Addition” yang bertujuan untuk membimbing murid
Tahun 1 yang mengalami hiperaktif yang lemah dalam penguasaan Matematik untuk
melakukan penambahan dalam lingkungan fakta asas dengan aktiviti-aktiviti hands-on.
Sebagai contoh, aktiviti memancing ikan, menyepitkan baju penyepit pada penyangkut baju
dan mengecopkan ibu jari. Aktiviti yang seronok dan berasaskan hands-on permainan dapat
membantu murid-murid hiperaktif menumpukan perhatian dan menarik minat semasa
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2.0 MANUAL PENGGUNA

Langkah 1: Memancing Nombor dalam Tangki Ikan

Rajah 1

Syarat dan Peraturan Permainan:

i. Tangki ikan ini disediakan dengan nombor-nombor dari 1 hingga 9.


ii. Murid-murid diminta untuk memancing dua nombor daripada tangki ikan dengan
menggunakan alat pemancing. Sebagai contoh, nombor 7 dan nombor 5.
iii. Kedua-dua nombor yang dipancing akan digunakan dalam aktiviti penambahan
kemudian.

1
Langkah 2: Hang On It!

Rajah 2

Syarat dan Peraturan Permainan:

i. BBM ini disediakan dengan penyangkut baju, penyepit baju berwarna merah, penyepit
baju berwarna biru dan simbol “tambah”.
ii. Penyebit baju merah mewakili nombor pertama yang dipancing.
iii. Penyepit baju biru mewakili nombor kedua yang dipancing.
iv. Guru membimbing murid untuk meletakkan bilangan penyepit baju merah mengikut
nombor pertama pada penyangkut baju.
v. Seterusnya, murid diminta untuk meletakkan bilangan penyepit baju biru mengikut
nombor kedua yang dipancing pada penyangkut baju.
vi. Guru meletakkan simbol “TAMBAH” diletakkan di antara penyepit baju merah dan
penyepit baju biru bagi membezakan kedua-dua nombor.
vii. Jawapan telah disediakan dalam sampul surat di sebelah kanan atas.
viii. Murid diminta untuk mendapat jawapan dan melekatnya pada penyangkut baju yang
disediakan.

2
Langkah 3: Give Me Your Thumbs!

Rajah 3

Peraturan dan Syarat Permainan:

i. Terdapat satu kertas yang disediakan dengan dua baris kotak dengan setiap baris
mempunyai 10 kotak.
ii. Guru membimbing murid untuk mengecopkan ibu jari dengan ink merah dengan
bilangan nombor pertama yang dipancing sambil membilang di baris pertama atas
kertas yang disediakan.
iii. Seterusnya, murid juga mengecopkan jari telunjuk dengan ink biru dengan bilangan
nombor kedua yang dipancing sambil membilang di baris kedua atas kertas yang
disediakan.
iv. Murid-murid dibimbing untuk mengecopkan sambil membilang jumlah kotak yang telah
disi.
v. Dengan itu, murid-murid akan mendapat jawapan terakhir.

3
Langkah 4: Write Down Your Answer!

Rajah 5

Peraturan dan Syarat Permainan:

i. Guru membimbing murid boleh melekatkan nombor pertama dan nombor kedua yang
dipancing di atas bulatan yang disediakan.
ii. Akhirnya, murid-murid menulis jawapan di dalam kotak yang disediakan berdasarkan
aktiviti-aktiviti hands-on yang dijalankan.
iii. Pemadam disediakan sekiranya murid salah menulis jawapan.
iv. Seterusnya, murid diminta memilih jawapan yang betul daripada sampul surat di atas
dan melekatkannya di atas penyangkut baju.

4
5

You might also like