You are on page 1of 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

DARULAMAN, BANDAR DARULAMAN


06000 JITRA, KEDAH
FTGK3013
FOTOGRAFI

NAMA
PELAJAR LIM WEN SHAN

PISMP PENDIDIKAN MATEMATIK SJK (C)


KUMPULAN
SEMESTER 1/TAHUN 4 AMBILAN JUN 2016
NO.KAD
PENGENALAN 970720-01-6308
ANGKA
GILIRAN 2016182340034
NAMA
ENCIK MOHD AZMAN BIN BASIRUN
PENSYARAH

TUGASAN 3: TUGASAN 4:
TARIKH
PORTFOLIO PENULISAN APRESIASI
HANTAR
23/10/2019 23/10/2019
BIODATA PELAJAR

NAMA PELAJAR : LIM WEN SHAN

NO.KAD PENGENALAN : 970720-01-6308

TARIKH LAHIR : 20/07/1997


: 22, JALAN S/J 3,
ALAMAT RUMAH TAMAN SETIA JAYA,
83000 BATU PAHAT, JOHOR.
NO.TELEFON : 017-7309865

EMEL : wenshanlim1997.lws@gmail.com

KUMPULAN : MATEMATIK AMBILAN JUN 2016


SENARAI KANDUNGAN

Borang Maklum Balas i

Biodata Diri ii

Tugasan 3: Portfolio (Laporan Kerja 1 - 12

Kursus)

Rujukan
13

Tugasan 4: Penulisan Apresiasi 14 - 18

Rujukan 19
TUGASAN 3:
PORTFOLIO
(LAPORAN
KERJA KURSUS)
TUGASAN 3: LAPORAN KERJA KURSUS

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), fotografi bermaksud seni, proses
atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf. Gambar yang menarik
memerlukan penguasaan dalam kemahiran asas dan teknik shot fotografi.
Penggunaan media fotografi sebagai bahan pengajaran adalah penting dalam
pendidikan abad ke-21. Dengan itu, seseorang guru perlu mahir dalam kemahiran
teori dan praktikal fotografi.

2.0 PROSES PENGHASILAN ALBUM GAMBAR

2.1SEBELUM
Kursus fotografi (FTGK 3013) telah menyediakan tugasan praktikal kepada murid-
murid untuk menghasilkan album gambar dengan menggunakan kemahiran dan
teknik-teknik shot yang dipelajari.

Sebelum menghasilkan album gambar, pensyarah pembimbing kami iaitu Encik


Faisal dan Encik Azman telah memberi penerangan berkaitan teori, kemahiran asas
dan teknik shot fotografi bagi mengambil gambar yang berkualiti dan menarik kepada
kami. Saya telah mempelajari tiga elemen penting berkaitan dengan cahaya yang
perlu dititikberatkan semasa mengambil gambar iaitu kelajuan filem (ISO), kelajuan
pengatup (shutter speed) dan pembukaan (aperture).

Aperture ialah gegelang yang boleh mengawal betapa besar iris kanta kamera
boleh membuka dan berfungsi untuk menentukan cahaya yang sesuai ke dalam filem.
Semakin besar lubang kanta membuka, semakin banyaklah cahaya yang akan
masuk dan gambar akan menjadi lebih terang (Aliza Adnan, 2014). Aperture juga
digunakan untuk mengawal depth of field (DOF) yang mengatur kedalaman bilangan
gambar yang tajam dan bilangan gambar yang kabur. Pengatup (Shutter Speed) ialah
sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap
pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk
mendapatkan gambar yang baik. Nilai shutter speed saling berkait rapat dengan
teknik shot fotografi. Nilai shutter speed yang besar akan menghasilkan gambar
teknik freezing manakala nilai shutter speed yang rendah akan menghasilkan gambar
teknik panning. ISO merupakan ukuran sensitiviti sensor kamera kepada cahaya.
Apabila nombor ISO semakin tinggi, maka lebih sensitif kepada cahaya. Dengan
menggunakan ISO yang lebih tinggi, gambar dalam keadaan kekurangan cahaya
dapat dihasilkan tanpa memerlukan kelajuan pengatup yang panjang (Syzawan
Yahaya, 2014). Pensyarah pembimbing sentiasa mengingati kami bahawa kombinasi
yang betul mengenai ketiga-tiga elemen tersebut akan menghasilkan gambar yang
berkualiti.

Selain itu, pensyarah juga memperkenalkan pelbagai teknik shot dan komposisi
kamera iaitu persepketives, framing, panning, freezing, landskape, rule of third, depth
of field, extreme close-up, close-up, simetri, reflection, B-stop dan sebagainya. Selain
daripada teori fotografi, pensyarah selalu memberi peluang kepada kami untuk
menjalankan latihan praktikal di sekeliling IPDA yang berkaitan dengan kemahiran
asas dan teknik shot fotografi agar dapat meningkatkan skil fotografi kami.

Selain itu, setiap pelajar juga didedahkan cara penggunaan kamera bagi
menghasilkan gambar yang berkualiti sebelum menangkap gambar. Dari segi
peralatan, pensyarah menunjukkan kamera DSLR dan memperkenalkan bahagian-
bahagian asas serta fungsi kamera seperti cara melaraskan ISO, Shutter Speed dan
Aperture.

Untuk menghasilkan album gambar, AJK Fotografi telah ditubuhkan bagi


merancang dan menyediakan kertas kerja ke Perlis, Alor Setar dan Pulau Pinang
untuk mendapat kelulusan daripada pihak atasan bagi memastikan lawatan ini dapat
berjalan dengan lancar. Sebelum bertolak, kami akan sentiasa memastikan kamera
DSLR telah dicas sepenuhnya supaya sesi penggambaran dapat dijalankan dengan
lancar.

2.2SEMASA
Dalam penghasilan album gambar, saya telah menggunakan gambar-gambar
yang diambil di pelbagai lokasi. Kami telah melawat ke tempat-tempat yang dirancang
seperti Dataran Alor Setar, Gunung Jerai, Tasik Melati dan Pulau Pinang bagi
menghasilkan album gambar dengan kemahiran teknikal fotografi yang telah
dipelajari. Beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang kita kunjungi seperti
Penang Street Art, Pantai Miami, Batu Ferringhi, Avatar Secret Garden, Botanical
Garden, Street Quay dan Kota Lama Padang. Sepanjang sesi penggambaran, saya
menggunakan kamera telefon pintar saya iaitu model Huawei P30.
Semasa mengambil gambar, saya sentiasa menitikberatkan komposisi kamera
dan subjek utama (point of interest). Setiap gambar mestilah mempunyai subjek
utama yang perlu difokuskan. Komposisi merupakan sebuah unsur dalam fotografi
yang memiliki nilai estetika tinggi. Gambar yang berkualiti dapat dilakukan dengan
cara memainkan angle agar subjek utama tampil sebagai point of interest di dalam
foto. Penempatan point of interest berfungsi untuk membuat foto lebih menarik
sehingga lebih mudah diterjemakan maksudnya (Husna Widyani & Jane Marsha,
2016).

Terdapat pelbagai teknik shot dan komposisi kamera yang digunakan semasa di
Gunung Jerai dan Bukit Bendera Penang Hill. Antara teknik yang digunakan ialah rule
of third, extreme close-up, close-up, landscape dan silhouette.

Rajah 1: The Dew Rajah 2: Purple Flower

Saya telah menggunakan teknik close-up untuk gambar The Dew dan teknik
extreme close-up bagi mengambil gambar Purple Flower. Dalam gambar The Dew,
teknik close-up mampu menampilkan ciri-ciri khas dengan jelas seperti wajah
seseorang (Justin Dise, 2016). Saya menfokuskan subjek utama dulu seterusnya
membesarkan objek dengan gandaan 2 supaya titisan air dapat dilihat dengan jelas
melalui foto yang dihasilkan. Selain itu, Purple flower menggunakan teknik extreme
close-up supaya dapat menfokuskan ciri-ciri pada bunga dengan lebih dekat dan jelas
serta menampilkan benda yang kecil dengan jelas. Saya menfokuskan bahagian
pollen dan membesarkannya dengan gandaan 3 supaya gambar yang dihasilkan
jelas dan menarik.

Rajah 3: Binoculars

Gambar Binoculars telah diambil di Bukit Bendera, Penang Hills dengan


menggunakan teknik depth of field (DOF). DOF merujuk kepada kawasan dari jarak
terdekat fokus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman menjadi
semakin kabur. Aperture berperanan penting semasa mengambil gambar ini. Saya
telah melaraskan aperture kepada paling rendah iaitu 0.95 supaya objek utama dapat
difokuskan dan latar belakang menjadi pudar. Dengan itu, objek utama dapat
ditonjolkan dalam gambar ini.
Rajah 4: Lover Bridge

Saya menggunakan teknik perspektif untuk menghasilkan gambar Lover


Bridge di Batu Pahat, Johor. Terdapat beberapa komposisi dasar yang dapat
digunakan sebagai pijakan dalam pemotretan salah satunya adalah perspektif
(Widyani & Jane Marsha, 2016). Penggunaan komposisi ini dapat membantu
jurugambar untuk menghasilkan foto yang lebih menarik. Teknik perspektif adalah
perubahan bentuk, ukuran dan kedalaman bidang yang relatif akibat perbedaan cara
pandang antara objek dan kamera. Untuk menangkap gambar ini, saya berdiri di
tengah supaya jambatan kelihatan seimbang dan lurus. Perspektif linear ialah garis-
garis selari yang hilang di kejauhan. Gambar ini telah memberi kesan perspektif
dengan menggunakan titik lenyap atau vanishing point. Oleh itu, benda yang semakin
di belakang posisi akan terlihat semakin mengecil dan kejadian menghilang menjadi
sebuah titik dan foto akan menjadi tiga dimensi. Nilai ISO yang digunakan ialah 50
kerana keadaan cuaca yang cerah dan tidak memerlukan cahaya banyak untuk
masuk, shutter speed ialah 1/5000 s dan aperture f/1.8. Lensa wide angle lebih sesuai
untuk teknik perspektif linear kerana sudut pandang dalam hubungannya dengan
permukaan yang membawa garis-garis bertemu (Richard Garvey & Williams, 2015).
Kunci utama untuk memperkuat perspektif dalam fotografi ialah fokus foto menjadi
berkurang secara perlahan-lahan sampai bahagian latar belakang menjadi tidak
setajam objek latar depan (Ardiyanti Nugroho, 2010).
Rajah 5: Seaside

Selain itu, saya juga menggunakan teknik freezing dalam menghasilkan


gambar Seaside di Pantai Miami. Teknik freezing ialah teknik memotret pada sesuatu
objek yang sedang bergerak dengan seolah-olah hasil foto menghentikan objek yang
sedang bergerak. Saya mengambil gambar apabila ombak memukul pada batu-bata
dan menghasilkan percikan air. Dengan menggunakan teknik freezing, air dapat
dibekukan dan kelihatan seperti bijian. Untuk menghasilkan air bijian, saya
menggunakan shutter speed yang tinggi iaitu 1/1600 s bagi menghasilkan gambar ini
supaya air tidak berputus, nilai ISO ialah 1000 dan aperture ialah f/1.8.

Rajah 6: Dream Car


Pada waktu malam, saya menggunakan pelbagai teknik shot seperti B-stop,
panning, landskap dan depth of field. Gambar pertama yang telah saya pilih ialah
Dream Car. Lokasi gambar ini ialah di sekitar Komtar, Penang. Saya telah
mengaplikasikan teknik panning untuk mengambil gambar ini. Panning ialah teknik
yang digunakan untuk membekukan gerakan pada benda yang sedang bergerak
seperti aksi sukan dan kereta. Untuk menangkap gambar Dream Car, saya
menggerakkan kamera searah dengan arah gerakan objek iaitu dari kanan ke kiri
sehingga objek utama iaitu semasa kereta berada di tengah 9 petak. Shutter Speed,
ISO dan aperture berperanan penting dalam penghasilan gambar ini. ISO yang
digunakan adalah tinggi iaitu 500 kerana cahaya pada waktu malam adalah gelap
manakala shutter speed dikurangkan sehingga 1/33 s supaya gambar yang
dihasilkan kelihatan kereta yang bergerak dengan pantas dibeku dan latar
belakangnya kabur.

Rajah 7: Busy Night

Selain itu, saya juga mengaplikasikan teknik landscape secara mendatar


untuk menghasilkan gambar Busy Night. Teknik landskape sesuai digunakan untuk
menangkap pemandangan secara keseluruhannya. Saya banyak menggunakan
teknik ini dalam penghasilan album gambar dengan menggunakan panaroma dalam
kamera telefon bimbit saya. Saya memilih setting panaroma dan menggerakkan
kamera dari kiri ke kanan untuk mendapat gambaran keseluruhan yang luas.
Rajah 8: Mosque

Gambar Mosque di Dataran Alor Setar telah menggunakan teknik framing.


Langkah pertama semasa mengambil gambar ini ialah menentukan subjek utama dan
seterusnya mengaplikasikan teknik yang sesuai. Semasa menangkap gambar ini,
saya berdiri di bangunan yang bertentangan dan mencari sudut yang sesuai bagi
menonjolkan subjek utama iaitu masjid dalam foto yang dihasilkan. Saya telah
menggunakan teknik framing within frame iaitu pandai menggunakan benda di
sekeliling dengan sudut-sudut tertentu untuk menjadikannya sebagai bingaki yang
menyelilingi masjid supaya dapat mengasingkan subjek utama dengan persekitaran.
Teknik ini membolehkan gambar yang dihasilkan kelihatan lebih kemas dan menarik.
Rajah 9: Inherited

Kami telah berkunjung di sekitar bandar Georgetown untuk mencari bangunan


atau pemandangan yang sesuai bagi menangkap gambar yang berkualiti dan
menarik. Saya menggunakan teknik simetri dalam fotografi bagi menghasilkan
gambar Inherited di sekitar Georgetown. Teknik simetri ialah subjek diletakkan di
tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Oleh itu, saya berdiri
di tengah dan menggunakan petak 9 garis grid supaya gambar yang dihasilkan
adalah seimbang dan berkualiti.

2.3 Selepas
Setelah mengambil gambar dengan mengaplikasikan kemahiran dan teknik
shot yang telah dipelajari, saya memilih beberapa keping gambar yang berkualiti dan
menarik. Seterusnya, saya menggunakan USB bagi menyabungkan telefon bimbit
Huawei P30 dengan komputer bagi pemindahan gambar agar mendapat foto yang
berkualiti dan jelas. Kemudian, saya memberikan gambar-gambar yang dipilih
kepada pensyarah untuk memberi komen untuk menghasilkan album gambar.
Setelah pemilihan gambar, sekeping gambar yang dipilih akan bermula penyuntingan
dengan perisian Picarts untuk mengedit sama ada dari segi saiz dan warna supaya
menghasilkan gambar yang menarik. Kemudian, saya mencetak gambar-gambar dan
menampalkannya di dalam sebuah buku album. Akhirnya, saya telah berjaya
menghasilkan album gambar sendiri dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan
sekelas. Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana telah mempelajari
kemahiran dan teknik shot fotografi dalam kursus ini sekali gus meningkatkan
kemahiran fotografi dalam penggambaran.

3.0 Kesan Penggunaan Fotografi dalam Pengajaran di dalam Kelas

Proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 telah banyak berubah
dan mengalami evolusinya. Bagi memastikan setiap objektif pengajaran guru
tercapai, guru perlu menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelum proses
P&P dijalankan (Hamdan, 2004). Teknologi telah menjadi pemacu dalam
perkembangan pendidikan dengan menggunakan alatan canggih untuk
menggabungkan elemen visual, audio dan teks. Teknologi fotografi merupakan salah
satu teknologi yang memudahkan guru dalam melaksanakan pengajaran dengan
berkesan.

Penggunaan fotografi membawa kesan yang positif terhadap pengajaran


yang disampaikan oleh seseorang guru di dalam bilik darjah. Gambar boleh dijadikan
sebagai bahan pelajaran untuk membolehkan murid-murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas serta memperolehi pengalaman yang lebih realistik
berdasarkan situasi sebenar melalui gambar yang ditayangkan. Kanak-kanak di
peringkat sekolah rendah yang didedahkan dengan pengetahuan atau konsep akan
menjadikan lebih mudah jika disampaikan melalui grafik. Contohnya, seseorang guru
Matematik dalam pengajaran topik waktu dan masa boleh menunjukkan gambar
pemandangan matahari menaik atau terbenam kepada murid-murid bagi
mengukuhkan konsep mereka terhadap masa dan waktu. Hal ini dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang seronok sekali gus meningkatkan kefahaman pelajar
terhadap konsep yang disampaikan oleh guru. BBB berfungsi sebagai pemudah cara
untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan
kepada pelajar (Jasmi, 2011). Foto berperanan penting dan dapat mempengaruhi
keberkesanan proses PdP sekiranya digunakan dengan betul dan sistematik.
Pengajaran menggunakan foto juga dapat membentuk daya penggerak ke arah
pemikiran yang lebih kreatif. Ini jelas dibuktikan apabila gambar boleh digunakan bagi
membantu guru menyampaikan konsep isi pelajaran dengan mudah (Schuller, 1975).
Guru perlu cekap dan kreatif dalam menghasilkan bahan terutamanya seperti gambar
di samping mampu menarik minat murid-murid untuk belajar.

Selain itu, penggunaan fotografi dalam pengajaran di dalam bilik darjah boleh
mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok. Penggunaan buku teks, papan
hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam
proses PdP, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam kelas bagi
meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta
kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar
(Ahmad Zanzali & Daud, 2010). Keberkesanan bahan visual sebagai satu sumber
pengajaran yang menarik banyak bergantung kepada penghasilan bahan grafik yang
efektif (Heinich, 1996).Kanak-kanak lebih gemar melihat gambar-gambar yang
mereka faham berdasarkan pengalaman artistic masing-masing (Schuller, 1978).
Gambar dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru kerana pelajar
akan lebih minat belajar sekiranya penerangan guru disertakan dengan gambar-
gambar menarik. Contohnya, guru Sains yang menggunakan gambar struktur bunga
dalam pengajaran dan pembelajaran topik tumbuh-tumbuhan adalah lebih berkesan
dan menarik perhatian serta tumpuan pelajar berbanding dengan buku teks sahaja
kerana gambar yang berwarna-warni dan menarik. Gambar juga boleh membantu
untuk merangsang deria penglihatan pelajar terutamanya murid-murid peringkat
sekolah rendah. Guru seharusnya menggunakan teknik yang sesuai untuk
membangkitkan minat murid-murid dalam proses P&P (Ahmad & Jinggan, 2015).
Oleh itu, penggunaan gambar sebagai BBB adalah penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar.
Justeru itu, guru-guru harus memainkan peranan penting dalam proses P&P bagi
melaksanakan pengajaran abad ke-21 seperti yang disarankan oleh pihak
Kementerian serta menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang
tahun 2020.

Di samping itu, fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat


membantu guru untuk menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa
pelajar dengan lebih mudah dan berkesan. Gambar yang dihasilkan berdasarkan
teknik shot yang dipelajari bukan sahaja untuk cantik dan berkualiti tetapi amat
berguna kepada guru-guru untuk menerapkan pengetahuan, kesedaran dan nilai-nilai
murni kepada murid-murid untuk menghargai alam sekitar di bumi ini. Contohnya,
guru mengambil gambar air terjun di Bukit Ayer, Perlis dengan tema pencemaran
alam sekitar dan mengajar murid-murid supaya memelihara alam sekitar dengan
tidak membuang sampah sarap di merata-rata tempat bagi menjaga keindahan dan
keharmonian bumi ini. Bukan itu sahaja, guru juga boleh sentiasa menerapkan
kesedaran dan pengetahuan kepada murid-murid dengan gambar bagi mewujudkan
situasi realiti. Tuntasnya, gambar berperanan penting yang dapat menerapkan nilai
murni dan kesedaran kepada murid-murid.

4.0 KESIMPULAN

Melalui kursus FTGK 3013, saya telah memperolehi pelbagai ilmu


pengetahuan yang berkaitan dengan fotografi dan telah meningkatkan kemahiran
fotografi secara praktikal. Sebagai seorang bakal guru, kami perlu menguasai
kemahiran fotografi supaya dapat menghasilkan sumber pengajaran dan
pembelajaran secara kreatif untuk menjadikan pengajaran lebih bermakna dan
berkesan.
RUJUKAN
Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di
Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Aliza Adnan. (2014). Modul Asas Penggunaan Kamera. Retrieved Oktober 20, 2019
from https://kajianaliza.files.wordpress.com/2016/10/nota-modul-fotografi.pdf

Ardiyanto Nugroho (2012). Kuasai Fotografi Digital dan DSLR


dari Nol. Jakarta: Media Komputindo Gramedia.

Erick Permana & E. Parapaga (2011). Cepat Bisa Jeprat-Jepret Kamera DSLR.
Yogyakarta: Cahaya Atma Pustaka.

Hamdan, Hanipah & Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk
Jurulatih. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996).
Instructional media and technologies for learning. New Jersey: Prentice-
Hall.

Husna Widyani & Jane Marsha (2016). Step-step Belajar Mandiri Kamera DSLR
untuk Pemula. Yogyakarta: Shira Media.

Kamus Dewan. (1997). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Nasim Mansurov. (2019). Undestanding Aperture in Photography. Retrieved


Oktober 20, 2019 from https://photographylife.com/what-is-aperture-in-
photography

Richard Garvey & Williams (2015). Matering Composition “Panduan


Sesungguhnya Bagi Fotografer”. Jakarta : Media Komputindo Gramedia.
TUGASAN 4:
PENULISAN
APRESIASI
Tugasan 4: Penulisan Apresiasi
1.0 PENGENALAN

Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2009), apreasiasi bermaksud


pengiktirafan dan penghayatan nilai sesuatu sastera atau karya seni. Sekeping
gambar yang berkualiti memerlukan pengiktirafan dan penghargaan terhadap
kemahiran dan teknik-teknik shot dalam fotografi.

2.0 PENGALAMAN MENGAMBIL KURSUS FOTOGRAFI

Dalam kursus fotografi (FTGK 3013), setiap murid mempelajari sejarah


fotografi, jenis kamera dan teknik-teknik shot fotografi mengikut RMK yang
dirancangkan. Melalui kursus ini, saya dapat mengetahui bahawa cahaya berperanan
penting bagi menghasilkan gambar yang berkualiti. Dalam fotografi, beberapa faktor
saling berkait iaitu aperture, ISO dan Shutter Speed. Ketiga-tiga unsur ini mesti
dilaraskan sebelum menangkap gambar bagi memastikan gambar yang dihasilkan
adalah berkualiti iaitu tidak kabur, tidak terlalu gelap atau terang berdasarkan situasi
cuaca.

Dalam kursus ini, saya mengetahui bahawa shutter speed perlu


dipertingkatkan untuk teknik freezing supaya objek yang dirakam akan kelihatan beku
dan dihentikan seperti titisan air. Contohnya, saya telah menggunakan shutter speed
1/100 untuk mengambil gambar air sedang menitis dan gambar air yang dihasilkan
tidak jelas. Oleh itu, pensyarah memberi bimbingan bahawa gambar dengan shutter
speed 1/100 akan menyebabkan air berputus-putus dan menasihati saya supaya
cuba 1/1000 bagi menghasilkan foto dengan air yang dibeku. Bukan itu sahaja, saya
telah memupuk kesabaran semasa mengambil gambar dengan teknik-teknik seperti
panning dan perspektives yang memerlukan masa yang panjang bagi mendapatkan
foto yang baik.

Saya juga mempelajari pelbagai jenis teknik shot dan komposisi dalam
fotografi seperti extreme close-up, close-up, reflection, freezing, framing, landskap,
perspektif, panning, simetri, rule of third dan depth of field.

Setiap kali sebelum memulakan latihan praktikal penggambaran, pensyarah


pembimbing kami iaitu Encik Faisal dan Encik Azman akan memberi kuliah dan
penerangan tentang teknik dan kriteria yang perlu dititikberatkan bagi menghasilkan
gambar yang berkualiti. Bagi mengukuhkan semua teori fotografi, pensyarah
pembimbing telah membawa kami ke beberapa tempat menarik yang berhampiran
seperti Dataran Alor Setar, Bukit Ayer, Tasik Melati, Gunung Jerai dan Pulau Pinang
bagi mengadakan lawatan sambil belajar untuk menjalankan aktiviti praktikal.
Selepas mengambil gambar, kami akan berkongsi antara satu sama lain di dalam
kelas bagi berbincang dan memberi komen.

2.0 Bagaimana menghargai seni fotografi dari segi jenis-jenis shot, komposisi
dan kamera

Sebelum mengambil kursus FTGK 3013, saya hanya menangkap gambar


dengan kemahiran asas sahaja iaitu menangkap subjek utama di tengah-tengah,
tidak seimbang, tidak fokus kepada objek utama menyebabkan gambar kelihatan
menjadi keliru dan tidak kemas.

Komposisi kamera berperanan penting dalam fotografi bagi memastikan


gambar yang dihasilkan adalah berkualiti. Setiap teknik berperanan penting masing-
masing dalam gambar bagi menghasilkan sudut yang tersendiri. Gambar yang
berkualiti dapat dilakukan dengan cara memainkan angle agar subjek utama tampil
sebagai point of interest di dalam foto. Penempatan point of interest berfungsi untuk
membuat foto lebih menarik sehingga lebih mudah diterjemakan maksudnya (Husna
Widyani & Jane Marsha, 2016). Melalui kursus ini, saya dapat menggunakan teknik
yang dipelajari untuk menghasilkan gambar yang seimbang dan kemas. Sebagai
contoh, saya selalu menangkap gambar dengan subjek utama merangkumi
sekelilingnya seperti ada kereta dan pokok-pokok, tetapi setelah mengambil kursus
fotografi, saya mengetahui bahawa teknik framing adalah cara untuk menyisihkan
persekitaran yang tidak penting semasa mengambil gambar dan menfokuskan
kepada pandangan yang ingin dihasilkan sahaja. Hal ini dapat menghasilkan gambar
yang lebih kemas dengan tiada benda lain selain objek utama.
3.0 Bagaimana kita menghargai fotografi untuk tujuan PdP

Selan itu, saya amat menghargai beberapa teknik yang amat berguna dan
bermanfaat kepada kami pada masa kelak. Hal ini demikian kerana kami sebagai
seorang guru boleh mengaplikasikan teknik dan jenis shot yang telah dipelajari untuk
menghasilkan gambar-gambar berkualiti yang berkaitan dengan topik pengajaran.
Contohnya, pelajar Sains boleh mengambil gambar pokok bunga berdasarkan ciri-ciri
dengan menggunakan teknik close-up atau extreme close-up. Seterusnya, mereka
boleh menunjukkan gambar tersebut kepada murid-murid dalam proses PdP. Hal ini
demikian kerana keberkesanan bahan visual sebagai satu sumber pengajaran yang
menarik banyak bergantung kepada penghasilan bahan grafik yang efektif (Heinich,
1996).

4.0 Hasilan gambar juga dihargai


Sebelum mempelajari teknik fotografi, saya selalu menangkap kereta yang
bergerak di atas jalan raya dengan menggunakan kemahiran biasa tanpa
mengubahsuai ISO, Shutter Speed dan Apertur. Oleh itu, gambar yang dihasilkan
ialah kereta dan latar belakang kelihatan dibeku, tetapi setelah mempelajari
kemahiran dan teknik shot fotografi, saya mengetahui bahawa kami boleh
menangkap gambar seperti kereta sedang bergerak dengan pantas iaitu panning.
Teknik untuk menangkap gambar dengan panning ialah shutter speed perlu rendah
dan aperture perlu tinggi. Oleh itu, latar belakang akan kabur dan kereta dibeku
kelihatan bergerak dengan pantas.

Dalam teknik depth of field, saya juga mempelajari aperture berperanan dalam
menghasilkan gambar yang berkualiti. Depth of field merujuk kepada kawasan dari
jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh mula menjadi pudar.
Sebelum itu, saya menangkap gambar dengan subjek utama dan latar belakangnya
jelas yang menyebabkan subjek utama tidak dapat ditonjolkan. Setelah saya
menggunakan DOF dengan mengubahsuai aperture kepada nilai yang tinggi supaya
objek utama difokuskan dan latar belakang pudar, objek utama akan menjadi lebih
kemas dan menarik. Oleh itu, gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih berkualiti.

5.0 Menghargai seni foto yang dilalui

Di samping itu, teknik yang paling saya sukai semasa mengambil gambar
ialah teknik perspektives. Teknik ini merupakan teknik pertama yang saya pelajari
semasa mengambil kursus fotografi. Saya menyukai teknik ini kerana teknik ini
pandai menggunakan sudut-sudut bagi menghasilkan pelbagai creative photography
yang menarik. Teknik perspektives terbahagi kepada tiga iaitu linear, relative size dan
lack of shapness, overlapping. Relative size merupakan salah satu teknik yang
menarik dan menyeronokkannya. Hal ini demikian kerana relative size dapat
menukarkan saiz pada objek-objek tertentu. Contohnya, manusia yang berdiri di
depan kamera akan melihat sama tinggi dengan bangunan yang jaraknya lebih jauh.

6.0 Penutup

Kesimpulannya, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat memperolehi


pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan fotografi serta teknik-
teknik shot fotografi agar dapat menghasilkan gambar yang berkualiti. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa sekeping gambar yang menarik memerlukan masa yang
lama dan sangat menguji kesabaran jurugambar. Kursus ini telah memupuk
kesabaran dan mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah kerana kami
saling berkongsi pandangan dan komen masing-masing bagi meningkatkan
kemahiran dalam bidang fotografi. Dengan mengaplikasikan kemahiran dan teknik
fotografi, saya dapat merekod kenangan manis dalam kehidupan melalui gambar.
Bukan itu sahaja, saya juga menggunakan teknik-teknik shot untuk menghasilkan
album gambar sendiri. Sebagai seorang guru sekolah rendah, fotografi amat penting
membantu dalam pengajaran dan pembelajarannya. Oleh itu, saya akan sentiasa
menggunakan teknik yang dipelajari bagi mengambil gambar dan menjadikannya
sebagai BBB kepada murid-murid.
RUJUKAN

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media
and technologies for learning. Edisi Ke-5. New Jersey: Prentice-Hall.

Husna Widyani & Jane Marsha (2016). Step-step Belajar Mandiri Kamera DSLR
untuk Pemula. Yogyakarta: Shira Media.

Kamus Pelajar. (2009). Kamus Pelajar Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Murti Rahayu. (2018). Checklist Komposisi Foto Untuk Yang Baru Belajar Fotografi.
Retrieved Oktober 19, 2019 from https://www.plazakamera.com/checklist-
komposisi-foto-untuk-yang-baru-belajar-fotografi/

Nasim Mansurov. (2015). Understanding ISO, Shutter Speed and Aperture- A


Beginner’s Guide. Retrieved Oktober 20, 2019 from
https://photographylife.com/iso-shutter-speed-and-aperture-for-beginners

Razali Nor. (1995). Teknologi Pendidikan: Media unjuran dan media elektronik.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Shrifah Alwiah. (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

You might also like