You are on page 1of 3

Tugasan 5: Laporan Pengajaran Makro

1.0 Pengenalan

Pada 5 April 2018 yang lalu, saya dan ahli kumpulan saya, Ban Jia Xin telah
menjalankan pengajaran makro mengenai tajuk “Pengurusan Data” bagi Tahun 5.
Pengajaran makro dijalankan selama 60 minit, dari pukul 10.00 a.m. hingga 11.00
a.m.

Dalam set induksi, kami menayangkan video mengenai tally marks dan
bertanya soalan untuk mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari
ini. Seterusnya, kami memulakan pengajaran dengan meminta murid-murid untuk
melontar seligi pada papan sasaran untuk mendapat warna-warna tertentu dan
mencatat data dalam jadual. Selepas itu, kami menayangkan slaid mengenai min,
mod, median, piktograf dan carta palang serta memberikan pelajar task cards untuk
murid-murid berbincang dalam kumpulan. Seterusnya, aktiviti stesen dilaksanakan
dan murid-murid membentangkan hasil kerja mereka. Pengajaran diakhiri dengan
mengedarkan lembaran kerja dan merumuskan pengajaran bagi tajuk “Pengurusan
Data”.

2.0 Refleksi Pengajaran Makro

Selepas pengajaran makro dijalankan, saya telah melakukan refleksi untuk


pengajaran ini untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan cadangan
penambaikan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Kekuatan

Kekuatan yang dikenalpasti ialah aktiviti yang dilaksanakan adalah


berdasarkan kepada pembelajaran abad ke-21 yang berpusatkan murid. Pelbagai
kaedah telah saya aplikasikan semasa menjalankan pengajaran makro ini. Kami tidak
hanya menggunakan chalk dan talk dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohya,
kami menyediakan dart dalam fasa 1 untuk mengumpul data bagi menarik minat
pelajar. Selain itu, aktiviti stesen juga menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh
dimainkan oleh pelajar untuk mengukuhkan pemahaman. Pelajar belajar sambil
bermain. Bermain merupakan keperluan dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth,
Baggellu, & Tyndall, 1999). Kaedah koperatif seperti aktiviti berkumpulan telah
digunakan untuk membolehkan murid mengemukakan pendapat. Pembelajaran
koperatif amat berkesan kerana murid sendiri terlibat secara aktif untuk membentuk

1
pemahaman mereka (Slavin, 2006). Pembelajaran sebagini telah menggalakkan
murid melibatkan diri secara aktif dan meningatkan keberkesanan pengajaran. Hal ini
telah mewujudkan suasana yang seronok dan berkesan.

Selain itu, saiz bahan bantu mengajar yang disediakan adalah cukup besar
dan bersesuaian dengan murid-murid sekolah rendah. Pelajar yang duduk di
belakang boleh melihat dengan jelas. Resos yang dibina adalah spesifik untuk tajuk
pengurusan data. Contohnya, Ring Ring Ring digunakan untuk membina carta palang.
Bahan bantu mengajar yang digunakan sangat sesuai dengan tahap pemikiran murid
tahun 5. Mereka boleh melihat, menyentuh dan merasainya dengan bahan konkrit.
Penggunaan bahan bantu mengajar dapat memberikan kefahaman pelajar tentang
konsep sesuatu konsep semasa belajar (Noor Azlan dan Nurdalina, 2010).
Penggunaan BBM yang sesuai telah mendorong minat pelajar dan meningkatkan
motivasi serta penglibatan aktif pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang
menyeronokkan (Norma, 2004).

Kekuatan yang terdapat pengajaran makro ialah kami telah menjelaskan tajuk
dan objektif pembelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran
supaya murid-murid dapat mengetahui perkara yang akan dipelajari pada hari ini dan
menyiapkan diri sebaiknya dalam mencapai tujuan tersebut. Dengan itu, murid tidak
akan keliru dengan objektif pembelajaran. Murid-murid akan mempunyai satu konsep
yang jelas dan dapat mengelakkan murid-murid tidak mengetahui tajuk yang telah
dipelajari pada hari itu.

2.2 Kelemahan

Kelemahan yang dikenalpasti dalam pengajaran makro ialah dalam maklumat


dalam slaid penerangan yang disediakan adalah terlalu sukar dan susah difahami
oleh murid-murid Tahun 5. Maklumat dalam slaid adalah beraras tinggi dan tidak
bertepatan dengan isi kandungan dalam DSKP. Contohnya, dalam slaid piktograf dan
carta palang, kami telah membahagikan kedua-dua graf tersebut kepada jenis
mencancang dan menegak. Dalam silibus tajuk pengurusan data Tahun 5, mereka
tidak belajar konsep ini. Hal ini akan mengelirukan pelajar.

2
3.0 Cadangan Penambahbaikan

Untuk mengatasi kekurangan ini, saya bercadang supaya kami boleh


menyediakan slaid penerangan dengan merujuk kepada DSKP yang sesuai dengan
tahap murid-murid Tahun 5. Dengan ini, murid-murid akan lebih memahami isi
kandungan dan tidak wujud kekeliruan. Contohnya, kami boleh menggantikan slaid
yang sukar itu dengan slaid yang menerangkan langkah-langkah melukis carta
palang dan piktograf supaya murid akan lebih memahami kriteria penting yang perlu
dititikberatkan dalam membina kedua-dua graf tersebut.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, refleksi yang dibuat pada sesi pengajaran mikro ini


membantu saya menilai keberkesanan proses pengajaran yang dijalani. Secara
keseluruhannya, pengajaran makro yang dijalankan agak memuaskan. Terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran supaya objektif yang dirancang tercapai. Pengajaran
makro ini memberi peluang kepada saya pengalaman yang bermakna untuk
meneruskan pengajaran pada masa depan.

(645 patah perkataan)

You might also like