You are on page 1of 16

1.

0 Pengenalan

Dunia pendidikan pada hari ini menghadapi revolusi pembelajaran yang menuntut
pembentukan sebuah komuniti sekolah yang berani melakukan perubahan bagi
memantapkan sistem pendidikan negara. Keadaan ini menyebabkan para pemimpin
sekolah telah melaksanakan pelbagai program penambahbaikan terutamanya dalam
memastikan murid mendapat akses pendidikan yang berkualiti di sekolah (Lewis, 2002).
Proses penambahbaikan yang mapan memerlukan penglibatan guru secara menyeluruh
dan bermula daripada pihak bawahan atau “bawah-atas”. Justeru, semua pemimpin
sekolah memainkan peranan dalam memastikan guru-guru bukan sahaja terlibat sebagai
pelaksana tetapi turut terlibat sebagai agen perubahan. Bagi memastikan perkara ini
berlaku, maka negara memerlukan kepimpinan yang berani mengambil risiko dalam
membuat perubahan pada peringkat sekolah dengan penglibatan para guru seterusnya
mengiktiraf mereka sebagai ahli profesional. Penglibatan ahli profesional dalam komuniti
pembelajaran amat diharapkan dalam usaha memenuhi pelan transformasi pendidikan.

2.0 Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Sekolah yang beroperasi sebagai komuniti pembelajaran profesional (PLC) harus


menyedari bahawa setiap anggotanya perlu melibatkan diri dalam kajian berterusan dan
kekal dengan amalan sesebuah organisasi yang menunjukkan kesungguhan dalam
pelaksanaan aktiviti dan penambahbaikan secara berterusan. Hord dalam Syed Ismail Syed
Mustapa, Mohd. Noor Ahmad dan Rozman Rosely (2017) melihat komuniti pembelajaran
sebagai komuniti yang mengamalkan sikap memberi dan berkongsi ilmu dalam kalangan
ahli masyarakat sekolah termasuk perkongsian dengan ibu bapa bagi membincangkan
peningkatan pencapaian murid menerusi aktiviti penambahbaikan kurikulum dan program
pembelajaran murid. Pandangan ini disokong oleh Dufour dan Eaker (2006) yang
menyatakan bahawa PLC ini merupakan suatu proses yang melibatkan guru dan pentadbir
yang berkongsi dan mengkaji secara kritis tentang amalan mereka dalam suasana yang
berterusan, reflektif dan kolaboratif termasuk berorientasikan pembelajaran dan
menggalakkan perkembangannya.

Berdasarkan takrifan yang telah dinyatakan, jelas bahawa PLC ini mempunyai matlamat
untuk membantu kepimpinan sekolah dan guru-guru tentang kepentingan nilai tambah bagi
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta prestasi murid dan panitia di
sekolah. Bagi mencapai matlamat ini, terdapat pelbagai aktiviti yang digunakan oleh guru-
guru di negara-negara maju berdasarkan strategi PLC seperti dialog reflektif, penswastaan
amalan, fokus kolektif terhadap pembelajaran murid, perkongsian norma dan nilai, serta

1
kolaboratif (Zuraidah Abdullah, 2009). Namun demikian, strategi penswastaan amalan
menerusi aktiviti belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)
semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju kerana melihat
aktiviti ini sebagai satu inovasi dan model perkembangan guru yang dapat memenuhi
cabaran pembelajaran dan pengajaran abad ke 21 ini (Tan Ai Lee et.al, 2016). Sehubungan
dengan itu, tugasan ini memfokuskan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berasaskan kaedah Lesson Plan.

3.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Kaedah Lesson Study

Kaedah yang digunakan dalam kaedah belajar menggunakan Rancangan Pengajaran


Harian (Lesson Plan) ialah sekumpulan guru secara usaha sama akan membina satu
rancangan pengajaran diikuti dengan pengajaran atau memerhatikan pengajaran serta
membuat penambahbaikan terhadap sesi pengajaran. Sehubungan dengan itu, satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran telah dibina mengikut fasa-fasa pelaksanaan Lesson Study
yang dibincangkan dalam tajuk berikutnya.

3.1 Fasa Menentukan Matlamat Pengajaran

Kumpulan Lesson Study telah dibentuk dalam kalangan guru untuk membincangkan
tentang beberapa perkara dalam satu perjumpaan yang diadakan. Masalah
pembelajaran terhadap kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu seperti yang
diterangkan dalam fasa berikutnya diketengahkan dalam perjumpaan. Dengan itu,
guru dapat mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh
murid seperti teknik pengajaran dan bahan bantu belajar yang kurang sesuai dan tidak
berkesan untuk mencapai objektif pengajaran yang diingini. Oleh itu, guru mengkaji
semula standard pembelajaran bagi kemahiran tersebut untuk menentukan objektif
pengajaran dan pembelajaran, seterusnya berkolaborasi untuk membina rancangan
pengajaran. Kemudian, matlamat pengajaran telah ditentukan iaitu pada akhir
pengajaran guru, seramai 20 orang murid Tahun 4 dapat menguasai kemahiran
menyampaikan pesanan mengikut urutan seperti yang terdapat dalam modul
kemahiran mendengar dan bertutur.

3.2 Fasa Merancang dan Membina Rancangan Pengajaran

Pada fasa ini, masalah pembelajaran murid terhadap satu kemahiran bahasa dalam
Bahasa Melayu telah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum membuat perancangan

2
aktiviti, seterusnya membina rancangan pengajaran dan sumber pengajaran.
Masalah yang telah dikenal pasti ialah kegagalan murid Tahun 4 dalam kemahiran
menyampaikan pesanan melalui aktiviti permainan “Radio Rosak” atau dikenali
sebagai “Telefon Karat”. Permainan ini sangat popular dan lazim digunakan dalam
kalangan guru bagi mencapai objektif berdasarkan pernyataan standard berikut:

Jadual 3.1: Pernyataan Standard Modul KemahiranTahun 4

Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP)

1.3 Mendengar, memahami dan 1.3.3 Mendengar, memahami dan


memberi respons terhadap memberikan respons dengan
sesuatu arahan, soalan dan menyampaikan pesanan yang betul
pesanan yang didengar dengan mengikut urutan.
betul.

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4)

Kajian menunjukkan bahawa guru gagal membuktikan keberkesanan aktiviti


permainan “Radio Rosak” dalam mencapai objektif yang diingini. Dalam permainan
ini, murid terakhir dalam kumpulan akan menyampaikan semula pesanan yang
didengar dari ahli-ahli kumpulannya mengikut giliran kepada guru, tetapi lazimnya
murid tersebut gagal untuk menyampaikan pesanan yang didengar dengan sempurna
menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai. Hal ini kerana murid hanya
tertumpu untuk menghafal dan menyampaikan pesanan dalam bentuk ayat yang
sempurna, tanpa memahami makna dan isi utama dalam pesanan tersebut. Ini
menyebabkan murid hilang fokus terhadap tujuan asal aktiviti ini.

Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, aktiviti pengajaran dan pembelajaran


telah dihasilkan sebagai mekanisme untuk mengatasi masalah tersebut Langkah-
langkah aktiviti pengajaran ini merupakan penambahbaikan terhadap idea permainan
“Radio Buruk” dengan diintegrasikan aplikasi i-Think dan kaedah Bus Stop
berdasarkan tajuk pelajaran ‘Haiwan Ternakan Pak Atan’. Objektif pengajaran yang
diingini adalah pada akhir pengajaran, murid dapat menyampaikan pesanan tentang
langkah-langkah penjagaan haiwan ternakan Pak Atan mengikut urutan dengan betul.
Cara pelaksanaannya ialah murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan dikehendaki memilih seorang ketua, dua orang ejen khas, seorang penulis
dan seorang pembentang. Mereka berdiri dalam satu baris secara memanjang di
sudut kumpulan masing-masing. Di meja setiap kumpulan akan disediakan peta alir
yang kosong dan pen marker. Setiap ketua kumpulan di barisan paling hadapan akan

3
mendengar rakaman suara pesanan Pak Atan tentang langkah-langkah penjagaan
lembu ternakan Pak Atan. Setelah diberi masa untuk mengingat dan memahami
pesanan tersebut, ketua kumpulan dikehendaki menyampaikan pesanan yang
didengar kepada rakan di belakangnya, iaitu ejen khas. Dua orang ejen khas
bekerjasama antara satu sama lain mengatur strategi untuk mengingat pesanan yang
didengar. Kemudian, mereka menyampaikan pesanan tersebut kepada murid yang
berperanan sebagai penulis dan pembentang. Penulis dan pembentang akan
berkerjasama meningat dan menulis pesanan yang didengar dalam peta alir yang
disediakan. Seterusnya, pembentang akan menampal peta alir yang telah
dilengkapkan pada sudut kumpulan masing-masing. Pembentang akan
membentangkan hasil jawapan dalam kumpulannya, manakala ahli-ahli kumpulan
bergerak ke setiap hentian dan menyemak serta membuat pembetulan bagi hasil
jawapan berdasarkan pesanan yang didengar oleh setiap kumpulan. Akhir sekali,
guru membincangkan jawapan yang betul dan merumuskan aktiviti pengajaran
tersebut. Perancangan aktiviti boleh dilihat dalam langkah 2 pengajaran seperti yang
ditunjukkan pada lampiran 1.

3.3 Fasa Pelaksanaan Pengajaran

Setelah aktiviti pengajaran dirancang, dua orang guru berkerjasama melaksanakan


pengajaran kepada kelas yang telah dipilih. Ahli kumpulan dan guru-guru lain hadir
bersama sebagai pemerhati dan mengumpul data-data atau maklumat sepanjang
proses pengajaran berlaku untuk sesi penilaian dan membuat refleksi. Pemerhatian
ini dilakukan dengan mencatat data dan maklumat berdasarkan borang pemerhatian
yang disediakan seperti yang ditunjukkan pada lampiran 2. Data yang dikumpul
termasuk interaksi antara guru dengan murid dan hasil pembelajaran murid. Fokus
utama juga diberikan kepada respon, tingkah laku dan pembelajaran murid sepanjang
aktiviti pengajaran berlaku. Ini adalah untuk menilai sejauh mana aktiviti yang telah
dirancang mengatasi masalah pembelajaran murid yang lepas. Sepanjang
pemerhatian, guru juga sentiasa membuat refleksi kendiri.

3.4 Fasa Menilai dan Mereflek Pengajaran

Setelah aktiviti pengajaran dilaksanakan, satu perjumpaan antara ahli kumpulan


Lesson Study diadakan bagi menilai dan membuat refleksi yang diketuai oleh ketua
kumpulan. Refleksi dicatatkan dalam borang laporan refleksi yang disediakan seperti
yang ditunjukkan pada lampiran 3. Dalam sesi ini, kekuatan dan kelemahan

4
pengajaran telah dikenal pasti. Kekuatan yang terdapat pada pengajaran Lesson
Study ini ialah murid dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk menyampaikan
pesanan yang didengar dengan mengikut urutan. Sebagai contoh, dua murid yang
berperanan sebagai ejen khas mengatur strategi mengingat pesanan, misalnya ejen
khas A menghafal langkah 1 dan langkah 2, manakala ejen khas B menghafal langkah
3 dan langkah 4. Proses pengajaran adalah lebih sistematik kerana murid diberi
peluang untuk memahami makna pesanan tersebut dan penilaian boleh dibuat
terhadap murid berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Misalnya, guru boleh
mengukur tahap penguasaan murid dalam menyampaikan pesanan dengan melihat
murid yang berperanan sebagai penulis dapat mencatat semua pesanan yang
didengar dengan betul mengikut urutan dalam binaan peta alir.

Kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah sesi pengajaran mengambil masa yang
lama untuk memahamkan murid-murid tentang arahan pelaksanaan aktiviti tersebut.
Selain itu, ketua kumpulan mengambil masa yang agak lama untuk menghafal dan
meminta sekurang-kurangnya tiga kali kepada guru untuk mengulangi rakaman suara
pesanan Pak Atan, sedangkan hanya satu komputer riba dan satu fon kepala yang
disediakan oleh guru. Menurut murid-murid lima langkah yang dinyatakan dalam
pesanan agak panjang kepada mereka untuk mengingat. Kelemahan dan komen
yang diberikan oleh rakan kumpulan Lesson Plan dijadikan rujukan untuk
penambahbaikan rancangan pengajaran.

3.5 Fasa Penambahbaikan Rancangan Pengajaran

Seteleh membuat refleksi terhadap pengajaran yang lepas, perbincangan telah


diadakan bagi membuat penambahbaikan rancangan pengajaran berdasarkan hasil
yang diperolehi daripada sesi refleksi tersebut. Guru-guru berkolaborasi memikirkan
langkah-langkah untuk menambah baik rancangan pengajaran sedia ada bagi
mengatasi kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dalam sesi pengajaran yang
lepas. Antara cadangan penambahbaikan ialah pesanan tentang langkah-langkah
menjaga lembu ternakan Pak Atan mestilah terdiri daripada ayat yang pendek dan isi
penting sahaja. Seterusnya, komputer riba dan fon kepala tidak digunakan, sebaliknya
guru berperanan sebagai Pak Atan untuk menyatakan pesanan kepada setiap ketua
kumpulan sebagai langkah penjimatan masa. Selepas penambahbaikan rancangan
pengajaran dilakukan, kumpulan guru melaksanakan pengajaran semula terhadap
kelas yang berbeza untuk melihat perkembangan murid secara tepat dan adil.

5
5.0 Rumusan

Berdasarkan keseluruhan perbincangan dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran menerusi


kaedah Lesson Study, maka dapat dirumuskan guru-guru memainkan peranan yang
penting untuk berkerjasama dan berganding bahu antara satu sama lain untuk mengatur
strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Faktor yang paling penting dan
signifikan ialah kualiti pengajaran guru serta suasana atau persekitaran yang menyokong
pembelajaran murid. Sekiranya faktor-faktor ini diberi perhatian, maka kualiti pengajaran
akan bertambah baik dan dapat direalisasikan dalam komuniti pembelajaran. Pada masa
yang sama, kepemimpinan pihak pengurusan sekolah harus menyokong dan
membangunkan kompetensi guru serta mengupayakan kepemimpinan dalam kalangan
guru agar guru bebas bertindak membuat keputusan dalam hal-hal berkaitan kepakaran.
Malah, guru-guru sebagai ahli profesional perlu didedahkan dengan penerangan dan
perubahan dari semasa ke semasa berhubung dengan konsep komuniti pembelajaran.

6
Rujukan

Dufour,R & Eaker, R. (2006). Learning by Doing: A Handbook for Professional Learning
Communities at Work. New York: Teachers College Press.

Jabatan Negeri Perak. (2017). Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC): Amalan


Penswastaan. Dicapai daripada http://jpnperak.moe.gov.my.

Lewis, C. (2002). Does Lesson Study Have a Future in United States. Journal of Education
and Human Development. 1: 1-23.

Mohd Faiz Mohd Yaakob, Muhammad Rozaimi Ramle & Jamal Yunus. (2016). Konsep
Kolaborasi dalam Komuniti Pembelajaran Profesional: Satu Tinjauan dari Perspektif
Islam. Malaysia Journal of Society and Space. 10: 1-9. Dicapai daripada
http://www.ukm.my.

Syed Ismail Syed Mustapa, Mohd. Noor Ahmad & Rozman Rosely. (2017). Persediaan
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Tan Ai Lee et.al. (2016). Lesson Study: Amalan Berkolaborasi untuk Pembelajaran
Berkesan di Institut Pendidikan Guru. Proceeding of ICECRS. 1: 21-30.

Zuraidah Abdullah. (2009). Pembentukan Komuniti Pembelajaran Professional: Kajian


Terhadap Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Pendidikan. 2: 30-47.

7
LAMPIRAN 1

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia


Tahun : 4 Intelek
Bilangan Murid : 20 orang
Tarikh : 22 Feberuari 2018
Hari : Selasa
Masa : 8.00 hingga 9.00 pagi
Tema : Pertanian dan Penternakan
Tajuk : Haiwan Ternakan Pak Atan

Kemahiran Fokus
Kemahiran Mendengar dan Bertutur: Menyampaikan pesanan mengikut urutan.

Standard Kandungan
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan
pesanan yang didengar dengan betul.

Standard Pembelajaran
1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pesanan
yang betul mengikut urutan.

Objektif Pengajaran
Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:
i. Menyampaikan pesanan tentang langkah-langkah penjagaan haiwan ternakan Pak
Atan mengikut urutan dengan betul.
ii. Menyatakan semula pesanan tentang langkah-langkah penjagaan haiwan ternakan
berdasarkan gambar yang dilihat.

Sistem Bahasa
 Tatabahasa – sintaksis: ayat penyata
 Sebutan dan intonasi

Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)


 Ilmu: Sains
 Nilai Murni: kasih sayang, baik hati dan kerjasama
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK
 Kreativiti: Pergerakan kreatif – Imaginasi dan visualisasi
 Elemen Keusahawanan:
 EK 1: 1.14 Boleh membina jaringan sosial: boleh berkomunikasi dengan baik.
 EK 5: 5.5 Menyampaikan pesanan dengan betul dan jelas.

8
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)
 KB: menghubung kait pengalaman, membuat gambaran mental tentang langkah-langkah
penjagaaan haiwan ternakan.
 KP: verbal-linguistik, muzik, kinestetik, ruang-visual, interpersonal dan intrapersonal.
 BCB: Memproses dan melaporkan maklumat
 Pembelajaran kontekstual: menghubung kait pengalaman melihat dan menjaga haiwan
ternakan.

Bahan Bantu Mengajar


Bil Perkara Kuantiti
1 Komputer riba 1
2 Projektor LCD 1
3 Papan Interaktif 1
4 Pembesar suara 1
5 Fon kepala 1
6 Klip video 1
7 Rakaman suara 4
8 Aplikasi Skype 1
9 Kertas Mahjung 4
10 Pen Marker 8
11 Sampul surat pesanan 4
12 Lembaran kerja 20
Pengayaan 16
Pemulihan 4

Pengetahuan Sedia Ada


i. Murid pernah melihat haiwan ternakan di sekeliling mereka. Beberapa orang murid
juga pernah menjaga haiwan ternakan.
ii. Murid biasa menyampaikan pesanan dalam kehidupan seharian.

Aktiviti Pengajaran dan


Langkah/Masa Isi Pelajaran Catatan
Pembelajaran
SET INDUKSI  Klip video lagu ‘Pak  Murid menonton klip video BBB
(5 MINIT) Atan Ada Ladang’. lagu yang ditayangkan.  Klip video
 Komputer riba
 Murid menyanyikan lagu  Pembesar
berdasarkan seni kata suara
yang dipaparkan sambil
melakukan pergerakan STRATEGI
dengan bimbingan guru.  Pembelajaran
kontekstual
 Berikan nama  Murid bersoal jawab
haiwan ternakan dengan guru tentang TEKNIK
yang mempunyai video yang ditonton.  Nyanyian
empat kaki yang  Soal jawab
terdapat dalam KB
video:  Menghubung
kait
Jangkaan jawapan:
i. Lembu

9
ii. Kambing KP
iii. Kucing  Verbal-linguistik
 Muzik
 Ciri-ciri haiwan  Murid menyatakan ciri-ciri  Kinestetik
ternakan: umum haiwan ternakan.
1. Jinak NILAI
2. Dibela untuk  Kasih sayang
makanan/
perdagangan

 Tajuk pelajaran:  Guru membimbing


Haiwan Ternakan murid untuk
Pak Atan. menghubungkaitkan
jawapan dengan tajuk
pelajaran pada hari ini.

LANGKAH 1 Aktiviti 1 BBB


(10 MINIT)  Video Skype Pak  Murid menghubungi  Skype
Atan. penternak berjaya iaitu  Papan Interaktif
Pak Atan melalui aplikasi  Komputer riba
‘Skype’  Pembesar
suara
 Soalan Pak Atan:  Murid bersoal jawab  Fon kepala
1. Jelaskan dengan Pak Atan tentang
kepentingan haiwan ternakan di STRATEGI
haiwan ternakan ladangnya.  Pembelajaran
kepada manusia. kontekstual

TEKNIK
 Soal jawab
Aktiviti 2  Hafalan
 Langkah-langkah  Murid mendengar
penjagaan haiwan pesanan tentang langkah- KB
ternakan secara langkah penjagaan  Membuat
umum. haiwan ternakan Pak Atan gambaran
secara umum mental
i. Bersihkan menggunakan fon kepala.
kandang atau KP
tempat tinggal  Wakil murid  Verbal-
haiwan menyampaikan pesanan Linguistik
ternakan. dengan menggunakan  Intrapersonal
ii. Memandikan gerak laku dan murid-  Interpersonal
haiwan murid lain meneka
ternakan. pesanan tersebut. NILAI
iii. Memberikan air
dan makanan.  Baik hati
 Bertanggung
jawab
 Kasih sayang
 Kerjasama
Penilaian
objektif (i)

10
 Menyampaikan
pesanan

LANGKAH 2  Murid dibahagikan kepada BBB


(20 MINIT)  Langkah-langkah empat kumpulan. Setiap  Rakaman Suara
menjaga lembu kumpulan dikehendaki  Komputer riba
ternakan. memilih seorang ketua,  Fon Kepala
i. Membersihkan dua orang ejen khas,  Kertas mahjung
kandang lembu. seorang penulis dan  Pen marker
ii. Memandikan seorang pembentang.
lembu. STRATEGI
iii. Membersihkan  Setiap ketua kumpulan  Pembelajaran
ambing susu. mendengar rakaman koperatif
iv. Memberi air suara pesanan Pak Atan
secukupnya. tentang langkah-langkah TEKNIK
v. Memberi rumput penjagaan lembu  Hafalan
di sebelah pagi ternakan.
dan memberi BCB
dedak di  Ketua kumpulan  Memproses dan
sebelah petang. dikehendaki melaporkan
menyampaikan pesanan maklumat
yang didengar kepada
dua ejen khas dan KB
Peta Alir kemudiannya ejen khas  Membuat
akan menyampaikan urutan
pesanan yang didengar
kepada penulis. KP
 Verbal-
 Penulis dikehendaki Linguistik
menulis pesanan yang  Intrapersonal
disampaikan di dalam
 Interpersonal
peta pemikiran (peta alir)
dan pembentang
EK
dikehendaki membentang
 EK1: 1.14
di sudut kumpulan
masing-masing.  EK5: 5.5

NILAI
 Ahli-ahli kumpulan yang
 Baik hati
lain diminta untuk
bergerak ke setiap hentian  Bertanggung
dan menyemak serta -jawab
membuat pembetulan  Kasih sayang
bagi hasil jawapan  Kerjasama
berdasarkan pesanan
yang didengar oleh setiap Penilaian
kumpulan. objektif (i)
 Menyampaikan
pesanan

11
LANGKAH 3  Permainan Aktiviti 1 BBB
(20 MINIT) Menyampaikan  Sampul surat
Pesanan  Murid mencabut sampul  Kertas mahjung
surat pesanan tentang
langkah-langkah STRATEGI
penjagaan haiwan  Pembelajaran
ternakan. koperatif

 Murid dalam setiap TEKNIK


kumpulan membaca  Perbincangan
pesanan tersebut secara KB
senyap dan melukis  Membuat
gambar pesanan tersebut gambaran
dalam kertas mahjung mental
mengikut urutan untuk
diberikan kepada KP
kumpulan lain.  Verbal-
Linguistik
 Wakil bagi setiap  Ruang-Visual
kumpulan dikehendaki  Intrapersonal
menyatakan semula  Interpersonal
pesanan tersebut
mengikut urutan NILAI
berdasarkan gambar yang  Baik hati
dilihat.
 Kasih sayang
 Kerjasama
Pengayaan Aktiviti 2 Penilaian
 Gambar tentang Pengayaan objektif (ii)
langkah-langkah  Murid diminta  Menyatakan
menjaga haiwan menyampaikan pesanan semula
ternakan. tentang langkah-langkah pesanan
menjaga haiwan ternakan
kepada rakan sekelas
berdasarkan gambar yang
diberikan.

Pemulihan Pemulihan
 Latihan menyusun  Murid menyusun pesanan
pesanan mengikut mengikut urutan dalam
urutan lembaran kerja yang
diberikan dan
menyampaikan pesanan
tersebut kepada rakan
sekelas.

PENUTUP Kognitif KB
(5 MINIT) Rumusan isi pelajaran  Murid menyebut nama-  Merumus
 Menyatakan contoh nama haiwan ternakan
haiwan ternakan. beserta ciri-cirinya. KP
 Verbal-linguistik
 Menjelaskan  Murid menjelaskan  Intrapersonal
kepentingan kepentingan menjaga
menjaga haiwan haiwan ternakan dan

12
ternakan dan menyampaikan pesanan NILAI
menyampaikan dengan betul.  Kasih sayang
pesanan dengan  Baik hati
betul.

Sosial  Guru memberikan pujian


 Pujian atas usaha atas sikap murid yang
dan kerjasama. memberi kerjasama dalam
aktiviti pengajaran.

13
LAMPIRAN 2

BORANG PEMERHATIAN LESSON STUDY

Refleksi:

1. Penjelasan hasil pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran dalam RPH.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Pemilihan aktiviti.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan murid.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. Pencapaian hasil pembelajaran.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

5. Penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

6. Adakah ciri-ciri yang berikut diperhatikan. (Sila tandakan ✓ dalam kotak di bawah)

Penglibatan murid Perbincangan antara rakan

Pembelajaran berpusatkan murid Pemusatan KBAT

Komen:
1. Sejauh manakah soalan yang dikemukakan oleh guru mampu mencabar minda murid?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Sejauh manakah aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dapat mengukur
kefahaman murid?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Sejauh manakah aktiviti penutup dapat merumus serta memperkukuh pengajaran dan
pembelajaran?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

14
Secara Keseluruhan:

1. Apakah kekuatan pengajaran dan pembelajaran?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Apakah yang perlu diubah suai atau diperbaik dalam RPH?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Pemerhati:

_______________________________
( )

15
LAMPIRAN 3

LAPORAN REFLEKSI
Sekolah :
Kelas :
Mata Pelajaran :
Tajuk :
Tarikh :

Cadangan untuk
Aspek Komen
Menambah Baik RPH
1. Rancangan Mengajar

2. Isi Kandungan
3. Soalan-soalan yang
Dikemukan, Aras Kesukaran
dan Kesesuaian
4. Keberkesanan Bahan Bantu
Mengajar

5. Penglibatan Murid

6. Respons atau Jawapan


Murid
7. Teknik Pengajaran dan Hasil
Pembelajaran Murid

8. Lain-lain

Nama ahli kumpulan:

1. ______________________________
2. ______________________________
3. ______________________________
4. ______________________________
5. ______________________________

Nama Pakar Rujuk:


Pencatat:

16

You might also like