You are on page 1of 2

Bilangan jurnal : Ke-3

Minggu Praktikum : Minggu ke-3

Tarikh Peristiwa/kejadian : 8 Ogos – 12 Ogos 2016

Tajuk Jurnal : Pelan bilik darjah yang kurang menarik

Terdapat 2 aspek yang saya telah beri tumpuan pada minggu ketiga ini iaitu aspek pelan bilik
darjah dan juga pengurusan dalam bilik darjah. Kedua-dua aspek ini amat penting dalam
memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid.
Berdasarkan pemerhatian saya, SK Kelana Jaya (2) merupakan sebuah sekolah yang kecil
tetapi melibatkan jumlah murid kecil. Sehubungan dengan itu, bilangan kelas setiap tahun
kurang dan hanya tahun 2 dan 3 sahaja yang mempunyai 2 kelas.

Pelan bilik darjah yang susunan mejanya dalam bentuk kelompok atau berkumpulan
adalah sangat menepati dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Hal ini demikian kerana
pembelajaran abad ke-21 sangat menekankan pendekatan berpusatkan murid dan hal ini
bermaksud kesemua aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid dan guru
hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja. Murid-murid dapat melakukan pembelajaran yang
aktif dalam bentuk perbincangan dan antara aktivitinya ialah murid boleh melakukan
perbincangan dengan rakan-rakan dalam bentuk meja bulat. Begitu juga, interaksi murid dalam
meja yang berkumpulan dapat membantu murid mengenali dengan lebih rapat lagi dalam
kelompoknya sama ada dari aspek budaya, latar belakang ataupun peribadi diri masing-masing.
Oleh itu, susun atur perabot dalam bilik darjah terutamanya susunan meja kerusi murid
memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan fleksibel
bagi setiap murid.

Pengurusan bilik darjah yang berasaskan sistem token dalam bentuk kumpulan adalah
merupakan idea yang baik untuk merangsang minat ke arah tingkah laku yang positif. Hal ini
demikian kerana murid akan mempunyai motivasi yang tinggi jika ada peneguhan terhadap
perkara yang mereka lakukan. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah berbincang dengan
guru kelas 2 Wawasan dan telah bersetuju untuk mengubah susun atur perabot bilik darjah
supaya lebih menarik dan menggalakan kerjasama antara satu sama lain. Pengurusan bilik
darjah ini sekaligus menggalakkan murid belajar dalam pendekatan berkolaboratif iaitu mereka
mempunyai nilai kebertanggungjawaban kepada kumpulan masing-masing.
Kesimpulannya, aspek-aspek yang ada dalam bilik darjah seperti susun atur dan
pengurusannya perlu dititikberatkan oleh setiap guru. Hal ini demikian kerana aspek-aspek ini
yang mendorong berlakunya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam diri murid.
Begitu juga, aspek ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya masalah di antara murid
dan guru semasa P & P dan memudahkan guru menjalankan P & P.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like