You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merupakan pemangkin


profesionalisme guru ke arah peningkatan pembelajaran murid. Menurut Eaker dan
Many (2006), PLC merujuk kepada pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan dalan membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai
prestasi murid yang lebih baik. (KPM, 2014) Oleh sebab itu, KPM telah mempopularkan
dan membudayakan PLC sebagai strategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan
peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia. Misalnya, salah satu strategi
pembelajaran dalam PLC ialah Lesson Study. Strategi Lesson Study telah menerapkan
lima elemen sosio budaya seperti hormat menghormati, penggunaan bahasa standard,
semangat saling mempercayai, bersopan santun dan komitmen dalam tindakan di
negara kita. Persoalannya, bagaimanakah guru melaksanaan strategi Lesson Study
untuk menerapkan lima eleman sosio budaya ini dalam aktiviti pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc)?

2.0 PROSES PELAKSANAAN STRATEGI LESSON STUDY

Menurut Hajranul dan Hendayana (2009), Lesson Study adalah suatu model
pembinaan profesional pendidik melalui pengkajian pembelajaran secara kolaboratif dan
berkelanjutan berlandaskan prinsip-prinsip kolaborasi dan saling belajar dengan
mengantungkan untuk membangun komuniti belajar. (Hikmawati, 2018) Lesson Study
perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang terlibat mendapat
impak yang sewajarnya. Keberkesanan Lesson Study bergantung kepada penglibatan
guru secara aktif dengan mengikut kerelaan hati diri sendiri. Contohnya, kitaran Lesson
Study seperti Rajah 1 dijadikan sebagai panduan untuk melaksanakan Lesson Study.
Oleh itu, Lesson Study adalah amalan guru-guru secara kolaborasi.
Rajah 1: Kitaran Lesson Study.

2.1 MEMBENTUKAN KUMPULAN DAN MENENTUKAN MATLAMAT

Langkah pertama untuk melaksanakan Lesson Study ialah membentuk


kumpulan dengan merangkumi guru-guru yang berbeza kaum. Hal ini demikian kerana
pembentukan kumpulan yang mempunyai perbezaan kaum dapat mewujudkan
penggunaan bahasa standard dalam kalangan guru. Guru akan menggunakan bahasa
standard iaitu bahasa Melayu semasa sesi perbincangan. Pada langkah ini, guru perlu
berbincang bersama-sama untuk melantikkan seorang ketua kumpulan dan mengkaji
matlamat kurikulum serta sukatan pelajaran. Selain itu, guru juga boleh mengemukakan
dan mengkaji masalah pembelajaran murid dalam kumpulan Lesson Study. Melalui
perbincangan antara guru, matlamat atau goal terhadap pembelajaran murid yang
hendak dicapai boleh ditentukan. Oleh itu, elemen sosio budaya penggunaan bahasa
standard iaitu Bahasa Melayu akan diwujudkan dalam sesi perbincangan apabila
pembentukan kumpulan Lesson Study merangkumi pelbagai kaum guru terlibat.
2.2 MERANCANG DAN MEMBINA RACANGAN PENGAJARAN HARIAN

Langkah kedua untuk melaksanakan Lesson Study ialah guru perlu memilih tajuk
yang hendak diajar dalam satu sesi pengajaran untuk merancang Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Sebelum membina RPH, guru perlu membincang masalah
pembelajaran murid dahulu serta berkaitan dengan tajuk berkenaan. Contohnya, bagi
seorang guru Matematik yang ingin memilih tajuk operasi penambahan dan penolakan,
beliau perlu mengetahui miskonsepsi murid yang akan berlaku ialah masalah
pengumpulan semula. Keadaan ini guru-guru perlu mefikirkan dengan mendalam
terhadap langkah-langkah pengajaran termasuklah strategi pengajaran, Bahan Bantu
Mengajar dan sebagainya semasa perbincangan membina RPH. Jadi, elemen sosio
budaya bersopan santun akan dipupuk semasa guru-guru berbincang bersama-sama
terhadap pembinaan RPH yang sesuai. Guru-guru perlu berkelakuan sopan semasa
mengemukakan idea sendiri dalam sesi perbincnagan. Tambahan pula, guru juga perlu
mefokuskan jangkatan respon murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selepas membina RPH, guru perlu membentang dan melihat semula strategi
pengajaran dengan teliti bersama guru lain. Tegasnya, elemen sosio budaya bersopan
santun akan mewujud dalam kalangan guru apabila sesi perbincangan pembinaan RPH.

2.3 MEMBUAT PEMERHATIAN TERHADAP PENGAJARAN GURU

Pelaksanaan Lesson Study bagi langkah ketiga ialah melaksanakan pengajaran


dan membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru. Dalam langkah ini, seorang
Pakar Rujuk (PR) atau Knowledgeable Other (KO) dijemput untuk menjadi sebagai
pemerhati, pemberi komen dan cadangan bagi langkah-langkah penambahbaikan dalam
RPH. Sebelum itu, ketua kumpulan perlu memberi taklimat ringkas kepada PR atau KO
berkaitan dengan skop pengajaran yang akan dilaksanakan. Seorang guru dalam
kumpulan Lesson Study akan melaksanakan pengajaran di dalam kelas tertentu yang
telah dipilih pada peringkat awal seperti RPH yang disediakan secara kolaboratif.
Seterusnya, ahli kumpulan Lesson Study lain akan dijadikan sebagai pemerhati dan
bertujuan untuk mengumpulkan data-data atau maklumat sepanjang sesi pengajaran
tersebut. Misalnya, pemerhati perlu mengumpul maklumat berkaitan respon murid,
tingkah laku dan pembelajaran murid. Hal ini demikian kerana tujuan pengumpulan
maklumat ini adalah untuk sesi perbincangan refleksi. Borang pemerhatian juga akan
disediakan sebelum masuk kelas untuk menjalankan pemerhatian. Perkara ini boleh
mewujudkan guru-guru bertindak secara kecekapan dan komited semasa melaksanakan
pengajaran serta pemerhatian pengajaran tersebut. Oleh itu, elemen sosio budaya
komitmen dalam tindakan telah diwujudkan dalam guru-guru semasa melaksanakan
pengajaran serta pemerhatian pengajaran.

2.4 MEMBUAT REFLEKSI TERHADAP PENGJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah keempat untuk melaksanakan Lesson Study ialah mengadakan sesi


refleksi pengajaran selepas pengajaran guru. Sesi ini diketuai oleh ketua kumpulan
Lesson Study. Hal ini demikian kerana sesi refleksi ini dimulakan dengan melihat semula
matlamat Lesson Study. Sesi refleksi pengajaran ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada guru yang mengajar mengemukan pandangan terhadap pengajaran yang telah
dilaksanakan serta RPH. Ketua kumpulan perlu memimpin supaya membolehkan ahli-
ahli Lesson Study mengemukakan pandangan mereka. Seterusnya, diikuti oleh guru
yang mengajar memberi komen, pandangan dan refleksi terhadap pengajaran dan RPH.
Manakala guru-guru lain yang menjadi pemerhati perlu berkongsi maklumat tentang
aspek-aspek pembelajaran murid-murid masing-masing. Contohnya, mereka akan
melakukan perbincangan secara mendalam tentang kekuatan dan kelemahan serta cara
penambahbaikan RPH dari segi hasil pembelajaran murid, isi kandungan dan lain-lain.
Keadaan ini akan mewujudkan elemen sosio budaya hormat-menghormati dalam
perkongsian maklum balas yang kritikal antara guru-guru. Pada masa yang sama, Pakar
Rujuk bertindak sebagai pemudahcara dan mengemukakan pandangan serta cadangan
dalam sesi refleksi. Oleh itu, sesi refleksi ini adalah bersifat profesional dan dapat
mewujudkan elemen sosio budaya hormat-menghormati dalam kalangan guru.
2.5 MENGUBAHSUAI UNTUK MENAMBAHBAIK RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN

Langkah terakhir untuk melaksanakan Lesson Study ialah satu sesi


perbincangan perlu diadakan bagi membuat penambahbaikan RPH berdasarkan hasil
yang diperoleh daripada sesi refleksi. Hal ini disebabkan oleh guru-guru perlu
memikirkan secara mendalam bagaimana RPH perlu ditambahbaik bagi mengatasi
kelemahan-kelemahan yang telah didapati dalam sesi pengajaran yang lepas.
Contohnya, kumpulan Lesson Study akan menentukan pengajaran semula RPH yang
telah ditambahbaik dilaksanakan terhadap kelas yang sama atau sebaliknya. Sekiranya
pengajaran dilaksanakan, proses dalam langkah 3 dan 4 perlu diulang semula supaya
RPH yang ditambahbaikan boleh dapat mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.
Pada masa yang sama, sesi perbincangan ini adalah dilaksanakan secara kolaboratif
antara guru. Perkara ini akan mewujudkan semangat saling mempercayai antara guru.
Oleh itu, guru-guru boleh saling mempercayai terhadap RPH yang telah ditambahbaik
dapat dilaksanakan di kelas masing-masing dengan berjaya.

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, program Lesson Study ini telah membantu guru untuk
mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana hubungan guru-guru dapat dipertingkatkan melalui program ini. Program ini juga
telah membentuk nilai profesionalisme guru melalui percambahan idea dalam
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sesama rakan sejawat. Contohnya,
sesi perbincangan pembinaan RPH, sesi refleksi dan sesi perbincangan
penambahbaikan RPH boleh mewujudkan kolaborasu antara guru semasa menjalankan
Lesson Study ini. Perkara ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, semoga program Lesson Study boleh menjadi budaya dalam
proses pembangunan dan peningkatan profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah di
Malaysia.
(986 p.p)

BIBLIOGRAFI

Chiew C.M. (2009). Implementation of Lesson Study As An Innovative Profesional


Development Model Among Mathematics Teachers. Universiti Sains Malaysia.

Dima Mazlina dan Siti Aishah. (2015). Kesan Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran
Profesional (KPP) Terhadap Peningkatan Kemahiran Guru Mengajar Penulisan
Karangan Bahasa Melayu. Universiti Putra Malaysia.

Febriyanti, Ana dan Sunarsih. (2013). Pelaksanaan Lesson Study dalam Perkuliahan
Bimbingan Perawatan Anak. Jurnal Universitas Pendidikan Indonesia, 9(2), 129-
144.

Hikmawati, A. Wahab Jufri dan Sutrio. (2018). Simulasi Kegiatan Lesson Study Sebagai
Upaya utnuk Mengembangkan Profesionalsime Pendidik. Jurnal Pendidikan dan
Pengabdian Masyarakat, 1(2), 215-222.

KPM. (2014). Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Komuniti


Pembelajaaran Profesional (PLC). Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM. (2014). Pembelajaran Abad Ke-21. Diperoleh pada 2 Februari 2020 daripada
file:///C:/Users/user/Documents/temp/PAK21-KPM.pdf

KPM. (2020). Pengenalan Lesson Study. Diperoleh pada 5 Februari 2020 daripada
file:///C:/Users/user/Documents/WeChat%20Files/kyn9630/FileStorage/File/2020
-02/Lesson%20Study%20Intro-1.pdf

Lise Chamisijatin, Siti Zaenab dan Sukarsono. (2015). Imprementasi Lesson Study
untuk Meningkatkan Pelaksanaan Pendekatan Scientific Guru IPA SMP. Jurnal Inovasi
Pembelajaran, 1(1), 47-60.

Nazirul Abdul Razak. (2016). KPM Lancar Kempen Guru PAK 21 Galakan Guru Kongsi
Pengalaman dan Tojol Pendekatan Terbaik di Kelas. Diperoleh pada 2 Ferbrauri
2020 daripada https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/selangor/kpm-lancar-
kempen-guru-pak21-galakkan-guru-kongsi-pengalaman-dan-tonjol-pendekatan-
terbaik-di-kelas-1.918130
Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Wong K.W. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, P.Y Boon dan Sharifah. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2014-2025 (Sept 2012). Diperoleh pada 1


Februari 2020 daripada https://www.moe.gov.my/images/dasar-
kpm/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
LAMPIRAN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Sekolah Tarikh
Tingkatan/Kelas Saiz Kelas
Waktu Tempoh (minit) 30 minit
Mata Pelajaran Bidang Pembelajaran
Topik
Tema
Konsep Utama
Rasional
Objektif Pembelajaran
Hasil pembelajaran
Pengetahuan Sedia Ada
Kemahiran Saintifik dan
Kemahiran Berfikir
Sikap Saintifik/Nilai Murni/ Nilai
Patriotisme
Sumber Pengajaran dan (1) Rujukan
(2) Alat
Pembelajaran
(3) Bahan
Pendekatan Pengajaran

Perkembangan Kandungan/ Proses Pengajaran dan Jangkaan Catatan


Pengajaran Konsep Pembelajaran (Tindakan pemikiran
Guru dan Aktiviti Murid) Murid
Fasa 1
SET INDUKSI
( minit)
Fasa 2
PERKEMBANGAN
(Penerokaan)
( minit)
Fasa 3
PERKEMBANGAN
(Penerangan)
( minit)
Fasa 4
PERKEMBANGAN
(Aplikasi/Penelitian
)
( minit)
Fasa 5
PENUTUPAN
(Pentaksiran)
( minit)
*Contoh format Rancangan Pengajaran RPH / Lesson Plan. Ia boleh diubahsuai
mengikut kesesuaian.

LAMPIRAN 2

BORANG PEMERHATIAN

Tarikh: Nama Ahli Kumpulan Lesson


Study:
Masa: 1)
Mata Pelajaran: 2)
Tajuk: 3)
Nama Guru yang 4)
Mengajar:

Refleksi:

1.Penjelasan hasil pembelajaran Pdp dalam RPH:______________________________

2. Pemilihan Aktiviti:______________________________________________________

3. Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran dalam kalangan murid:_______________

4. Pencapaian hasil pembelajaran PdP:_______________________________________

5. Penglibatan murid dalam PdP:____________________________________________

6. Adakah ciri-ciri berikut diperhatikan? (sila tandakan (/))

( ) Penglibatan aktif ( ) Perbincangan antara rakan

( ) Pembelajaran berpusatkan murid ( ) Pemupukan kemahiran berfikir

Komen:_______________________________________________________________

7. Sejauhmanakah soalan yang dikemukan oleh guru mampu mencabar minda murid?

______________________________________________________________________

8. Sejauhmanakah penyoalan guru dapat mengukur krfahaman murid?

______________________________________________________________________

9. Sejauh manakah aktiviti penutup dapat merumus dan memperkukuhkan PdP?

Secara Kesluruhan:

10. Apakah kekuatan PdP?

11. Apakah kelemahan PdP?


12. Apakah perlu diubahsuai atau diperbaiki dalam RPH?

___________________

( )

Tandatangan/Nama Guru/ Pemerhati

*Contoh Borang Pemerhatian. Dapatan data ini akan digunakan sebagai panduan bahan
perbincangan dalam sesi refleksi kumpulan selepas pengajaran.

LAMPIRAN 3

LAPORAN REFLEKSI LESSON STUDY

SEKOLAH:

TINGKATAN / KELAS:

MATA PELAJARAN:
TAJUK:

TARIKH:

ASPEK KOMEN CADANGAN UNTUK


MENAMBAHBAIKAN RPH
1. Rancangan Mengajar / Lesson
Plan
2. Isi Kandungan
3. Soalan-soalan yang dikemukan:
Aras dan kesesuaian
4. Keberkesanan Bahan Bantu
Mengajar
5. Penglibatan Pelajar
6. Respon / Jawapan Pelajar
7. Teknik Pengajaran dan Hasil
Pembalajaran Pelajar
8. Lain-lain

Nama ahli kumpulan Lesson Study:

1. 5.

2. 6.

3. 7.

4. 8.

Nama Pakar Rujuk / Knowledgeable Others:

Pencatat:

*Contoh format penulisan laporan refleksi Lesson Study.

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


.
1. PENGHARGAAN
2. 1.0 PENGENALAN
3. 2.0 PROSES PELAKSANAAN STRATEGI LESSON
STUDY
2.1 MEMBENTUKAN KUMPULAN DAN MENENTUKAN
MATLAMAT
2.2 MERANCANG DAN MEMBINA RACANGAN
PENGAJARAN HARIAN
2.3 MEMBUAT PEMERHATIAN TERHADAP
PENGAJARAN GURU
2.4 MEMBUAT REFLEKSI TERHADAP PENGJARAN DAN
PEMBELAJARAN
2.5 MENGUBAHSUAI UNTUK MENAMBAHBAIK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
4. 3.0 KESIMPULAN
5. BIBLIOGRAFI
6. LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah kursus Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran tercinta saya, Cik Ng
Seok Moay kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada dr telah membuka
ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan berjaya.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan beribuan terima kasih kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan supaya saya dapat
menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan beribuan terima kasih kepada kawan-
kawan saya kerana mereka membantu saya dalam tugasan ini. Dalam hal ini, mereka
telah memberi sokongan dan nasihat kepada saya apabila saya menghadapi masalah
sepanjang membuat tugasan tersebut.

You might also like