You are on page 1of 18

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Mata pelajaran Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh
semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai
tahun 4 di Tahap 2 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2014). Ini bertujuan
menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat
awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran
Sejarah. Kandungan mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah disusun secara kronologi dan dirangka selaras dengan
hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara. Pendekatan ini disusun mengikut
tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan
kegemilangannya.

Mata pelajaran Sejarah mengandungi banyak idea yang abstrak serta fakta
yang kadangkala sukar dikuasai oleh murid. Masalah ini timbul adalah
disebabkan kegagalan para guru untuk melakukan perubahan melalui
kaedah dan teknik pengajaran mereka. Murid di dapati sukar untuk
menguasai fakta serta kurang melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran disebabkan kaedah yang digunakan adalah berpusatkan guru
sahaja (Norazura et.al, 2010). Oleh yang demikian, pembelajaran Sejarah
menjadi bosan dan murid sukar untuk menguasai sesuatu fakta, khusunya
mengenai Parameswara sebagai Pengasas Melaka.

Oleh hal yang demikian, bagi memastikan murid mampu untuk menguasai
sesuatu fakta sejarah dengan lebih berkesan, laman web “SejarahNet”
dibina. Ia juga diselaraskan dengan cita-cita kerajaan yang menginginkan
murid pada abad ke 21 mempunyai kemahiran dalam menggunakan
teknologi. Melalui pengaplikasian SejarahNet ini juga membolehkan
pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi lebih seronok dan
memudahkan pencapaian objektif.

1
1.2 KONTEKS

Sebagai seorang guru pelatih yang mengambil major mata pelajaran Sejarah
di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, saya
telah menjalani praktikum fasa dua di sebuah sekolah yang terletak di
Kuching. Terletak di pusat bandar, sekolah ini menempatkan seramai 900
orang murid dan 50 orang guru. Kebanyakkan murid yang belajar di sekolah
tersebut tinggal di kawasan perumahan dan kampung berdekatan. Sekolah
tersebut mempunyai kemudahan yang lengkap termasuklah memiliki makmal
komputer dan capaian internet yang sangat baik. Berdasarkan kemudahan
yang telah dinyatakan, maka penggunaan laman web “SejarahNet” sesuai
digunakan di sekolah tersebut.

Semasa menjalani praktikum di sekolah tersebut, saya telah diarahkan untuk


mengajar Sejarah Tahun 4 dan ia bersesuaian dengan tajuk kajian yang
dijalankan. Terdapat empat kelas tahun 4 iaitu kelas A, B, C dan D dan
setiap kelas mempunyai 40 orang murid. Setiap kelas mempunyai tahap
yang berbeza. Saya telah memilih tiga orang peserta kajian daripada tahun
4D berdasarkan kriteria yang tertentu.

1.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Semasa saya menjalani praktikum fasa yang pertama, di Sekolah


Kebangsaan KLMJ (bukan nama sebenar), saya telah disuruh untuk
mengajar kesemua kelas tahun 4. Berdasarkan pengalaman lepas, saya
mendapati bahawa kebanyakkan aktiviti yang dirancang hanya melibatkan
kerja kumpulan atau pembelajaran koperatif serta pembelajaran berasaskan
bahan yang berpusatkan kepada guru sahaja. Hal ini kerana kaedah ini
sangat dituntut dalam pembelajaran abad ke-21. Menurut Johnson, D.W. dan
Johnson, R.T. (2013), pembelajaran kooperatif merupakan satu kaedah
pengajaran kumpulan kecil dimana murid bekerjasama untuk
memaksimumkan pembelajaran bersama dan juga kendiri. Pembelajaran ini
menyebabkan murid menjadi bosan dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti

2
yang dirancang oleh guru. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan objektif
pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai malah menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas kelihatan apabila murid tidak
mampu untuk menjawab soalan dan latihan yang telah disediakan oleh guru.
Latihan mengenai topik Parameswara sebagai Pengasas Melaka
menunjukkan hampir kesemua murid tidak mampu untuk menguasai fakta
yang telah disampaikan.

Walaupun menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, namun saya


mendapati bahawa terdapat beberapa kekangan dan masalah yang timbul.
Antara masalah yang timbul ialah ada di antara kumpulan yang tidak dapat
mengikuti corak pembelajaran sedemikian. Oleh hal yang demikian, mereka
tidak mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Bahan bantu mengajar yang disediakan juga tidak mampu
untuk menarik minat murid untuk mempelajari topik tersebut. Saya turut
mendapati bahawa semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran,
penggunaan teknologi adalah sangat minima dan tidak ditekankan secara
mendalam.

Mengambil kira kepada permasalahan yang timbul, saya telah membina satu
langkah dan jalan penyelesaian iaitu mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran dengan menekankan unsur teknologi dan maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat sememangnya mendapat perhatian dalam
kalangan murid kerana mereka merupakan pengguna yang sangat aktif.
Melalui pembinaan laman web “SejarahNet” ini diharapkan dapat
meminimakan serta menyelasaikan masalah untuk menguasai fakta sejarah
mengenai Parameswara dalam kalangan murid.

3
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 PEMILIHAN FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pengalaman lalu semasa saya menjalani praktikum, saya telah


mengenalpasti bahawa murid-murid yang saya ajar tidak menunjukkan
penglibatan aktif semasa aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Oleh itu, saya harus memfokuskan satu aktiviti PdPc yang bersifat
meransang atau memotivasikan murid untuk bergerak secara aktif dalam
kumpulan serta melaksanakan aktiviti menyeronokkan menggunakan laman
web “SejarahNet” yang telah saya bina. Pada pendapat saya, elemen
keseronokkan yang diintergrasikan ke dalam teknologi maklumat dan
komunikasi harus diperkasakan supaya dapat mendukung pembelajaran
abad ke-21. Sekiranya elemen ini tiada semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, maka ia akan menimbulkan masalah dalam
membangunkan pemikiran murid abad ke-21 (Clifford, I., 2015).

Penyelidikan tindakan ini juga mengambil kira beberapa faktor seperti


kepentingan laman web ini dibina. Laman web ini penting untuk membantu
murid menguasai fakta mengenai Parameswara sebagai Pengasas Melaka
melalui bahan-bahan yang ada serta medium yang menyeronokkan. Laman
web ini juga berperanan membantu murid untuk menguasai fakta yang padat
melalui nota ringkas, bahan komik, video dan kuiz yang telah disediakan.
Seterusnya faktor yang kedua ialah kebolehgunaan laman web tersebut.
Laman web ini dibina bukan sahaja untuk membantu murid yang merupakan
pengguna utama medium pembelajaran ini. Ia juga dapat membantu guru
untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik yang digunakan semasa PdPc.
Segala arahan dan bahan dimasukkan ke dalam laman web tersebut. Arahan
dan bahan yang digunaka juga adalah ringkas bagi memudahkan
pemahaman murid. Faktor yang terakhir ialah berdasarkan kawalan
penggunaan laman web tersebut. Perlaksanaan penggunaan laman web ini
adalah secara total. Namun, ia dapat digunakan secara khusus kepada
murid yang telah dikenalpasti lemah. Penggunaan laman web ini boleh
4
diadakan secara kumpulan atau individu semasa PdPc dijalankan. Namun,
penggunaan laman ini tidak terbatas di sekolah sahaja dan murid boleh
mengakses di rumah.

2.2 PENGUMPULAN DATA AWAL

Sebelum melaksanakan langkah penyelesaian, data awal hendaklah


dikumpul bagi memastikan laman web yang dibina bersesuaian dengan
masalah yang telah dinyatakan. Pengumpulan data merupakan satu aspek
yang harus diambil kira kerana ia akan mempengaruhi bahan yang akan
dibina. Pengumpulan data awal adalah penting untuk memastikan adanya
bukti untuk menyokong sesuatu masalah dan isu yang timbul berkaitan
dengan keperluan kajian (Saat, M.Y., 2007). Bagi melaksanakan kajian ini,
terdapat tiga kaedah pengumpulan data awal telah dibuat iaitu Refleksi pada
Rancangan Pengajaran Harian (RPH), hasil kerja murid dan temu bual
terhadap guru pembimbing.

Melalui pengajaran saya yang bertarikh 26 Julai 2017, saya telah mengajar
topik latar belakang Parameswara sebagai Pengasas Melaka dan Peristiwa
Perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. Berdasarkan refleksi
yang telah ditulis, saya dapat mengenalpasti bahawa kebanyakkan murid
tidak mampu untuk mengikuti pembelajaran koperatif yang sering saya
amalkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Hal ini telah diambil kira
dan dijadikan sebagai dapatan awal untuk membina laman web tersebut.
Setelah selesai melaksanakan aktiviti yang dirancang, saya telah
mengadakan sesi soal jawab mengenai tempat-tempat yang dilalui oleh
Paramesawara sebelum sampai ke Melaka dan latar belakang beliau.
Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakkan murid tidak mampu untuk
menjawab nama tempat yang dilalui oleh Parameswara sebelum sampai ke
Melaka. Segala soalan yang dikemukakan akan dijawab atas bantuan
daripada saya. Hal ini telah menyebabkan murid terlampau bergantung
kepada guru dan merasa tidak yakin untuk menjawab soalan yang
dikemukakan. Murid seharusnya diberi peluang untuk meneroka isi pelajaran
bagi mengelakkan kebergantungan yang melampau terhadap guru (Shia,
R.M., 2008).

5
Oleh hal yang demikian, saya seharusnya menekankan strategi yang
berpusatkan murid. Segala bahan yang dibina juga adalah lebih berpusatkan

guru. Melalui refleksi ini juga, saya dapat mengenalpasti bahawa kefahaman
saya terhadap konsep “Scaffolding adalah sangat sangat rendah. Menurut
Mohd Fuah Sam, et.al. (2013) menyatakan bahawa “Scaffolding” merupakan
proses membimbing dan membantu proses pembelajaran.

Rajah 1. Petikan daripada refleksi RPH 26 Julai 2017

Bagi mengukuhkan lagi refleksi yang telah dinyatakan, saya turut


menganalisis hasil kerja murid. Hasil kerja murid untuk tajuk ini sangat
merunsingkan kerana ada segelintir murid yang menunjukkan penguasaan
yang sangat rendah. Melalui penilitian hasil kerja murid ini juga, ia dapat
mengukuhkan kelemahan yang dinyatakan di dalam refleksi tersebut. Selain
itu, ia juga dapat membuktikan bahawa topik Parameswara ini merupakan
topik yang sukar untuk dikuasai oleh murid tahun 4. Hasil kerja murid ini juga
akan membolehkan saya untuk memasukkan bentuk penilaian yang sama ke
dalam laman web. Langkah ini membolehkan guru untuk meninjau sama ada
murid telah berjaya menguasai fakta mengenai Parameswara. Bagi menjaga
etika kajian, nama murid dirahsiakan.

Melalui penilitian terhadap hasil kerja murid, saya mendapati bahawa soalan
berkenaan dengan nama tempat merupakan kelemahan yang sangat jelas
ditunjukkan. Murid sukar untuk menentukan nama tempat yang dilalui oleh

6
Parameswara walaupun telah dinyatakan dengan jelas semasa PdPc
dijalankan. Kebanyakkan jawapan yang diberikan adalah berdasarkan
gambar rajah yang diberikan. Hal ini amat menjejaskan pencapaian objektif
pada hari tersebut dan menunjukkan bahawa murid amat sukar untuk
menguasai nama tempat tersebut yang dilalui oleh Parameswara.

Rajah 2: Lembaran kerja bertarikh 26 Julai 2017

Bagi mengukuhkan lagi dapatan awal tersebut, saya turut menemu bual guru
pembimbing berkenaan situasi tersebut. Masalah yang timbul merupakan
satu isu yang sering kali beliau hadapi. Menurut beliau lagi, tahap akademik
bagi murid yang terdapat di dalam kelas tersebut adalah sederhana dan
murid sangat memerlukan bimbingan daripada guru. Beliau turut menyatakan
bahawa topik berkenaan mempunyai fakta yang sangat banyak termasuklah
nama tempat, tarikh, nama tokoh serta peristiwa-peristiwa yang harus
dikuasai oleh murid. Penguasaan murid terhadap tajuk berkenaan
memerlukan guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Oleh hal yang demikian, dapat dibuktikan bahawa tajuk
Parameswara ini sering kali menjadi masalah dan isu dalam kalangan guru
Sejarah.

7
2.3 Tindakan

2.3.1 Model Kajian Tindakan

Dalam tindakan untuk melaksanakan kajian ini, saya akan menggunakan


Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart seperti dalam Rajah 3
sebagai panduan perancangan. Model ini merangkumi dua kitaran dimana
setiap kitaran adalah terdiri daripada empat langkah iaitu merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek. Bagi kitaran kedua, pelan atau
rancangan asal menjadi rancangan semakan semula sebagai satu langkah
penambahbaikan bagi memenuhi keperluan tindakan yang mungkin berubah
mengikut situasi.

Rajah 3: Reka bentuk Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart

Berdasarkan langkah-langkah yang ada pada model ini, saya telah


menganalisis masalah yang saya hadapi dalam menambahbaik amalan

8
PdPc saya. Hal ini telah banyak membantu saya merangka rancangan
strategik untuk menangani masalah tersebut.

Menurut, Kemmis, S. (2009), kajian tindakan mensasarkan untuk mengubah


tiga elemen penting iaitu amalan pengamal, pemahaman mereka terhadap
perkara yang mereka amalkan dan keadaan dalam amalan tersebut. Tiga
elemen ini berfungsi untuk mewujudkan perubahan dan langkah intervensi.
Melalui penerapan elemen-elemen ini dalam langkah kajian, saya yakin
bahawa perubahan dapat dilakukan dan ia mampu mencapai objektif yang
ditetapkan.

Secara mendalamnya Kemmis, S. dan McTaggart, R. (2005), menjelaskan


bahawa kitaran proses Kajian Tindakan melibatkan beberapa langkah
signifikan refleksi kendiri. Denzin, N.K. dan Lincoln, Y.S (2007) turut
menyokong penyataan tersebut dan menyatakan bahawa kriteria kepada
suatu kejayaan dalam pelaksanaan tindakan melibatkan pengaruh murid
terhadap perubahan yang postif dan autentik dalam kefahaman dan
pandangan terhadap subjek. Oleh itu, saya telah menyatakan beberapa
langkah yang akan diambil.

Dalam kitaran pertama, terdapat beberapa langkah yang akan diambil iaitu,
langkah merancang, tindakan, memerhati dan mereflek. Pada langkah
pertama iaitu merancang, data awal mengenai masalah akan dianalisis
terlebih dahulu. Setelah data awal dianalisis, murid yang terlibat akan
dikenalpasti dan dijadikan peserta kajian. Langkah yang seterusnya pula,
iaitu langkah tindakan, laman web “SejarahNet” digunakan ke atas peserta
kajian untuk menguji keberkesanannya. Pada langkah ketiga iaitu langkah
memerhati, saya akan melakukan proses pemerhatian untuk melihat
penggunaan inovasi yang dihasilkan. Seterusnya, segala keputusan sama
ada positif dan negatif akan dicatat untuk langkah mereflek. Untuk langkah
mereflek, keputusan hasil pemerhatian di kaji semula dan proses mereflek
dijalankan. Sekiranya terdapat perkara yang harus ditambahbaik, ianya akan
dilaksanakan dalam kitaran yang seterusnya.

Seterusnya kitaran kedua merupakan kitaran yang dilakukan sekiranya


mempunyai penambahbaikkan. Berdasarkan proses mereflek yang telah

9
dilakukan, laman web ditambahbaik untuk meningkatkan pencapaian objektif.
Dalam kitaran kedua ini juga, langkah yang hampir sama dalam kitaran
pertama diulang semula dengan rancangan yang telah disemak semula.

2.3.2 Laman Web “SejarahNet”

Laman web “SejarahNet” merupakan satu bahan yang dibina berasaskan


teknologi dan maklumat. Pembinaan laman web ini adalah sebagai langkah
mengatasi masalah kesukaran menguasai fakta mengenai Parameswara
sebagai Pengasas Melaka dalam kalangan murid tahun 4. Laman
“SejarahNet” ini merangkumi empat standard pembelajaran iaitu Asal Usul
Parameswara, Peristiwa Perjalanan Parameswara, Peristiwa Pembukaan
Kota Melaka dan Asal Usul Nama Melaka.

Bagi membina laman web “SejarahNet” ini, saya telah menggunakan aplikasi
“Google Site”. Aplikasi ini merupakan aplikasi percuma dan boleh diakses
dengan mudah. Seperti yang telah dinyatakan, pembinaan web “SejarahNet”
ini merangkumi empat standard berkenaan tajuk Parameswara sebagai
Pengasas Melaka. Pembinaan laman web ini memerlukan saya untuk
mengumpul bahan-bahan yang sesuai supaya dapat dimasukkan ke dalam
laman web tersebut. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah nota
ringkas, komik, video dan kuiz. Bahan ini dimasukkan supaya setiap murid
dapat mengakses maklumat tanpa ada kekangan. Seperti yang diketahui,
setiap murid mempunyai kecerdasan pelbagai. Oleh hal yang demikian, saya
telah memasukkan elemen-elemen tersebut bersesuaian dengan tahap
kecerdasan murid.

Bagi memudahkan penggunaan laman web ini, paparan yang digunakan


adalah jelas dan mudah difahami. Setiap pautan yang dimasukkan juga akan
dapat diakses dengan mudah oleh murid dan sistem navigasi yang
digunakan untuk membina laman web “SejarahNet” ini adalah sesuai untuk
digunakan oleh murid. Walaupun pembinaan laman web “SejarahNet” ini

10
memfokuskan kepada murid, namun guru juga boleh mengawal selia
penggunaan web tersebut semasa PdPc dijalankan.

Pembinaan laman web “SejarahNet” ini juga diharapkan dapat membantu


murid untuk menguasai tajuk tersebut berdasarkan tahap yang telah
dinyatakan dalam Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran Sejarah
Tahun 4. Bersesuaian dengan bahan yang dimasukkan, pembinaan laman
web ini memfokuskan murid dapat membuat penilaian tentang Parameswara
sebagai Pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan mampu menghubungkait
dengan kehidupan masa kini. Ini merupakan tahap kelima yang akan dapat
dikuasai oleh murid melalui laman web “SejarahNet” tersebut.

Merujuk kepada penyataan di atas, Che Raziyusnita (2007) telah


menjalankan kajian tentang penggunaan laman web pendidikan dalam
kalangan 116 orang guru Pendidikan Islam di daerah Seremban. Kajian
beliau mendapati bahawa pengalaman guru mengaplikasikan web dalam
pengajaran telah menimbulkan rasa seronok dan minat murid terhadap tajuk
yang diajar. Seterusnya, melalui kajian yang dijalankan juga, mendapati
bahawa wujud hubungan di antara pengetahuan terhadap komputer dengan
tahap penggunaan laman web serta kemudahan komputer dan internet
dilihat mempunyai perkaitan yang positif dengan tahap penggunaan web
pendidikan. Hal ini turut disokong oleh Norazah & Ngau Chai Hong (2009)
yang mengakui bahawa penggunaan teknologi memberi implikasi baru yang
lebih efektif dalam PdPc dan menyumbang kepada kelancaran dalam
pendidikan termasuklah bidang Pendidikan Islam.

Melalui kajian yang telah dilaksanakan oleh (Zurina Yasak et al., 2009)
mengenai kaedah pengajaran berasaskan laman web terhadap pelajar
diploma kejuruteraan elektrik mekatronik di Politeknik, beliau telah
menyatakan bahawa laman web merupakan intergrasi grafik, teks dan bunyi
ke dalam satu halaman paparan. Hal ini turut disokong oleh Zolkepli et al.
(2001) dan beliau turut menyatakan bahawa semua bahan dapat diakses
dengan hanya mengklik bahagian yang ingin dibaca. Menurut Ahmad
Zaharim (1999) pula, laman web adalah satu laman yang mempunyai

11
persembahan visual yang unik dan menarik serta melibatkan grafik latar
belakang, logo, ikon, saiz tulisan, butang menu dan kombinasi warna.

Pernyataan tersebut turut disokong oleh Mohd Arif et al. (2000), di mana
beliau telah menyatakan bahawa laman web adalah laman yang
mengandungi pelbagai maklumat dan dalam bentuk teks, grafik, animasi,
audio dan video yang berdasarkan kepada citarasa dan kreativiti pembina
laman web tersebut. Menurut kajian mengenai Penggunana Laman Web
Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam yang dijalankan oleh Norliza Hussin et al. (2013), laman web adalah
satu sistem server internet yang menyokong hyperteks yang berkebolehan
berhubung dengan pelbagai protokol internet dengan menggunakan satu
saluran. Ia berasaskan dokumen-dokumen multimedia yang dikenali sebagai
laman web. Protokol itu termasuklah untuk emel, FTP, Telnet dan Usenet
News. Rangkaian Web Sedunia mempunyai protokolnya sendiri yang
dikenali sebagai Hypertext Transfer Protocol (HTTP).

Melalui kajian literatur yang telah dilakukan, tidak ada sebarang kajian yang
berfokuskan kepada matapelajaran Sejarah dan mengenai topik
Parameswara sebagai Pengasas Melaka. Melalui pembinaan laman web
“SejarahNet” ini, ia akan memudahkan guru Sejarah yang lain sekiranya
ingin menggunakan penggunaan laman web sebagai kaedah dan teknik
semasa mengajar topik tersebut. Di sini dapat dijelaskan bahawa kajian ini
sememangnya wajar dilakukan supaya dapat meningkatkan kualiti dan mutu
pengajaran dan pembelajaran sejarah berteraskan teknologi maklumat dan
komunikasi.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa laman web adalah satu halaman
komputer yang melibatkan teks, audio dan grafik yang boleh digunakan
sebagai media pengajaran yang disediakan oleh pembina untuk digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penggunaan laman web ini juga tidak terbatas di sekolah sahaja, ia juga
dapat dilaksanakan di luar sekolah. Murid dapat mengakses laman web
tersebut sekiranya memiliki peranti eletronik seperti komputer dan telefon
bimbit.

12
Gambar rajah di bawah akan menunjukkan bahan inovasi yang telah
dihasilkan. Setiap rajah menunjukkan bahawa laman web ini merangkumi
butir-butir yang telah dinyatakan seperti bahan video, komik dan nota-nota
yang terdapat di dalam laman web tersebut.

13
Rajah 4: Halaman Utama “SejarahNet”

Rajah 5: Nota ringkas yang dimasukkan dalam “SejarahNet”

14
Rajah 6: Contoh Bahan Komik di dalam “SejarahNet”

Rajah 7: Contoh Bahan Video Dalam “SejarahNet”

15
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid menguasai tajuk


Parameswara sebagai pengasas Melaka melalui penggunaan laman web
“SejarahNet”. Kajian ini juga dapat menjelaskan amalan penambahbaikan
PdPc untuk mengajar topik Parameswara sebagai Pengasas Melaka dengan
menggunakan laman web “SejarahNet”.

3.2 SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan berikut:

i. Bagaimanakah penggunaan “SejarahNet” dapat meningkatkan


penguasaan fakta mengenai topik Parameswara dalam kalangan
murid tahun 4?
ii. Adakah pembinaan laman web “SejarahNet” mampu meningkatkan
amalan penambahbaikan bahan bantu mengajar guru bagi membantu
murid menguasai topik Parameswara?

16
4.0 PESERTA KAJIAN

Peserta Kajian merupakan aspek yang sangat penting dalam menjalankan


kajian ini kerana ia merupakan subjek yang diperhatikan dan dianalisis oleh
penyelidik. Seperti yang telah dinyatakan setiap kelas mempunyai tahap
penguasaan yang berbeza. Tiga orang murid daripada kelas tahun 4D telah
dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh
pengkaji. Saya telah melakukan semakan lembaran kerja murid pada
pembelajaran yang lalu sebagaimana yang boleh dilihat pada bahagian
pengumpulan data awal. Hasil daripada semakan tersebut, saya mendapati
bahawa tiga orang murid ini sesuai dijadikan peserta kajian kerana
kesalahan yang dilakukan adalah hampir sama. Nama murid sebenar tidak
didedahkan atas privasi tertentu dan saya telah menggunakan nama
samaran iaitu Jojo, Mola, dan Kutil. Latar belakang peserta kajian yang
dimaksudkan dapat dilihat pada jadual 1.

Nama Samaran Jonjo Mola Kutil

Kelas 4D 4D 4D

Jantina Lelaki Lelaki Lelaki

Tahap pencapaian Lemah Sederhana Lemah Lemah


murid

Bangsa Melayu Melayu Melayu

Jawatan di sekolah Pengawas Murid biasa Ketua kelas

Jadual 1: Latar belakang peserta kajian

Peserta kajian yang pertama merupakan murid daripada kelas 4D iaitu Jojo.
Jojo merupakan seorang murid yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam
diri dimana dia telah dilantik sebagai seorang pengawas. Jojo merupakan
17
murid yang lemah dari aspek akademik. Satu tingkah laku yang ditunjukkan
oleh Jojo adalah dia sering menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.

Peserta kajian yang kedua pula ialah Mola. Mola merupakan seorang murid
yang introvert dan sering kali senyap ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Tahap pencapaian akademik Mola adalah
sederhana lemah namun Mola sangat tertarik dengan pengajaran yang
berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi. Mola sering menunjukkan
respon yang positif semasa menggunakan bahan berasaskan teknologi
maklumat. Melalui penggunaan “SejarahNet” ini saya yakin tahap
penguasaan Mola mengenai Parameswara akan dapat dipertingkatkan.

Peserta kajian yang terakhir ialah Kutil. Kutil merupakan ketua kelas bagi
kelas 4D. Kutil sering menunjukkan kerjasama yang baik kepada guru dan
rakan sekelas semasa PdPc dijalankan. Walaupun sering menunjukkan
kerjasama yang baik, tahap penguasaan Kutil mengenai Parameswara
sangat lemah dan sesuai dijadikan peserta kajian.

18

You might also like