You are on page 1of 11

Justifikasi strategi didik hibur dan pengintegrasian elemen KBT

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah dalam konteks merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 -2025.

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula


sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah mengambil keputusan
melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan
antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa
serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi
muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan
kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan
penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD,
dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Gelombang 1 (2013-2015) adalah
mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada
kemahiran teras.
Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

2013-2015

adalah

tentang

kementerian yang akan memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik
sistem dengan mempercepatkan perubahan kaefah pelaksananaan program. Semasa
tempoh pelaksanaan ini, perkara yang akan ditumpukan adalah lebih kepada kaedah
peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di

dalam sistem dan meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki


pendekatan pelantikan dan melaltih pengetuia dan guru besar.
Malah, akan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Selain itu, Kementerian juga
akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri
dan daerah untuk meningkat kualiti sokongan bagi membantu semua sekolah.
Menjeang peringkat akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru,
pengetua dan guru besar dan juga sekolah mencapai tahap minimum standard

kualiti

yang telah ditetapkan.


Strategi didik hibur dan pengintegrasian elemen KBT dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam konteks merealisasikan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 amat penting dalam kalangan guru
untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di dalam
bilik darjah. Oleh itu sebagai seorang guru saya menggunakan satu strategi didik hibur
iaitu kaedah bercerita dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai
kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan
pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan
guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita.Dalam
rancangan pengajaran saya, saya menggunakan teknik bercerita untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya memilih teknik ini kerana lazimnya,
murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang disampaikan dengan

baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran bercerita bagi menambahkan


keberkesanan pengajarannya semasa menggunakan teknik bercerita di dalam bilik
darjah. Tambahan lagi, murid dapat kosa kata Bahasa Malaysia yang baru. Justeru,
murid-murid juga akan cepat menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu
disampaikan dalam keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang
mendalam di dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling
berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Malaysia kepada
kanak-kanak (Trencher,1991:86).
Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta dunia dan membina organisasi
acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu, cerita-cerita yang menarik
dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat dalam kalangan murid-murid
bercerita kembali kepada guru mereka.
Dalam set induksi, saya menggunakan kaedah bercerita yang menggunakan
video. Saya menggunakan cerita hikayat kancil dan buaya untuk menarik perhatian
murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah. Guru
boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam kelas. Guru perlu
mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping menggunakan plot
yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya diselesaikan dan guru juga
dapat menerapkan nilai murni dalam diri murid semasa mereka menonton tayangan
video ini. Dalam proses pembelajaran bahasa Malaysia, kaedah bercerita amat penting
kerana kanak-kanak akan mempelajari kosa kata yang baru dan mampu meningkatkan

penguasaan kosa kata dan mengaplikasikan semasa mereka berkomunikasi atau


semasa menulis.
Dalam langkah pertama, saya menggunakan satu cerita yang bertajuk anak
rusa yang cerdik. Saya mengambil tajuk ini kerana cerita ini sesuai kepada muridmurid. Sebagai seorang guru saya memilih tajuk yang dapat murid kuasai dan tidak
memberi masalah kepada mereka. Tambahan lagi,

sebagai seorang guru saya

mempunyai pandangan yang positif bahawa jalan satu penceritaan sangat penting di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia terutamanya bagi muridmurid di sekolah rendah. Penceritaan ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh
kerana itu saya menggunakan cerita ini dalam proses pengajaran saya. Sebagai
seorang guru saya perlu meningkatkan tahap penceritaan saya untuk menarik minat
murid ketika bercerita dengan murid-murid.
Tambahan lagi, cerita ini dapat memotivasikan serta menimbulkan minat murid
untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan murid-murid di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh bercerita manakala murid-murid mendengar
cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk menarik minat murid
terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video semasa set induksi dapat
memberikan

kelainan

kepada

murid-murid

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera dalam cerita yang guru sampaikan


secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio yang menarik
dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Misalnya, guru

menayangkan tayangan video cerita hikayat sang kancil dan sang buaya. Murid-murid
akan menonton video yang mempunyai visual serta kesan bunyi yang menarik. Muridmurid akan lebih mudah untuk memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan
deria yang maksimum dan mereka akan berasa lebih teruja untuk meneruskan sesi
pengajaran yang dilaksanakan seterusnya.
Selain itu, melalui kaedah penceritaan yang diaplikasi oleh guru, murid dapat
menguasai kemahiran mendengar. Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemahiran
mendengar adalah amat dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan
penerangan kepada kelas tentang cerita anak rusa yang cerdik kepada murid. Murid
akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid akan
mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Guru akan
mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini, guru dapat menilai
kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses bercerita sedang dijalankan.
Murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat mengenalpasti setiap isi penting
yang semasa sesi bercerita sedang dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang
diketengahkan dengan baik.
Seterusnya, guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan
gembira. Guru dapat menukarkan suara beliau naik turun dan tahu cara untuk
menggunakan suara mengikut watak yang terdapat dalam cerita tersebut. Proses
pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, muridmurid dapat menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyampaikan cerita yang

digunakan pada langkah kedua. Jalan cerita berkenaan dengan cerita tersebut boleh
menggambarkan kreativiti murid berkenaan. Melalui proses penceritaan ini, guru dapat
mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam proses pembelajaran. Murid-murid
dapat menetukan gaya pembelajaran yang diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini
merangkumi pelbagai cara dan kaedah. Murid-murid akan berfikir dan cuba untuk
menceritakan kepada kelas berkenaan dengan apa yang terdapat dalam cerita
tersebut. Mereka secara tidak langsung dapat menyampaikan cerita dengan cara
mereka yang tersendiri. Murid-murid akan teruja mendengar cerita yang disampaikan
oleh rakan-rakan mereka. Teknik ini adalah lebih berkesan jika dibandingkan guru
sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada kelas. Dengan cara ini,
murid-murid akan lebih berinisiatif serta proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih menarik dan tersusun dan oleh sebab itu guru menggunakan murid dalam
langkah seterusnya untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok dan efektif.
Selain itu, guru dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada
secara lisan atau secara menulis. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti yang
melibatkan proses penyampaian idea atau ilmu pengetahuan secara lisan. Melalui
poses penceritaan ini, murid-murid akan dilatih untuk berfikir mendapat idea berkenaan
dengan sesuatu topik yang dilaksanakan oleh guru. Guru akan membimbing muridmurid. Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk berfikir berkenaan dengan
tajuk yang diberikan. Murid-murid akan belajar untuk mewujudkan satu plot atau jalan
cerita. Idea yang difkirkan oleh mereka akan dipindahkan ke dalam cerita yang
diberikan dan murid akan membuat simulasi melalui main peranan mengikut watak
dalam cerita. Sesi bercerita ini boleh dilakukan dengan perancangan yang rapi atau

spontan. Jika dengan menggunakan kaedah bercerita dengan melakukan penyediaan


yang rapi terlebih dahulu, murid-murid akan belajar untuk menyusun idea-idea di dalam
bentuk penulisan terlebih dahulu sebelum melakukan sesi bercerita. Manakala jika
proses penceritaan dilakukan secara spontan, murid-murid akan dilatih untuk menyusun
idea-idea dengan teratur secara lisan.
Di samping itu, dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta
dalam aktiviti susulan. Proses bercerita ini merupakan salah satu aktiviti yang
berpusatkan murid. Murid akan bertindak secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru
manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Murid-murid akan berusaha
untuk mempersembahkan cerita yang menarik mengikut perspektif masing-masing.
Guru akan melakukan pemantauan dan memberikan bimbingan serta nasihat kepada
murid-murid supaya mereka mendapat panduan untuk melakukan aktiviti yang
dirancangkan. Seterusnya, murid akan dapat melakukan aktiviti susulan secara aktif
selepas melakukan sesi bercerita. Misalnya, guru memberikan tajuk kepada muridmurid. murid-murid akan bertindak secara aktif semasa sesi bercerita dilakukan.
Selepas sesi bercerita tersebut, wujud aktiviti susulan iaitu sesi soal jawab dengan
mruid-murid. Murid-murid akan bertindak secara aktif dengan mengajukan soalan yang
pelbagai berdasarkan sesi bercerita yang telah dijalankan.
Langkah ketiga dalam rancangan pengajaran harian, guru meminta murid untuk
mencari simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita tersebut. Guru melaksanakan
aktiviti ini bagi menjana idea dan kemahiran berfikiran terhadap anak murid. Guru akan

meminta murid untuk mencari maksud simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita
tersebut. Selepas itu guru akan memberikan lembaran kerja sebagai penilaian kepada
murid-murid.
Justeru, guru juga menggunakan alat bantu mengajar seperti powerpoint, patung
dan topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid dan guru juga

harus

menyediakan bahan ini sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti
susulan juga perlu disediakan. Alat bantu mengajar ini adalah amat penting untuk
menarik minat murid-murid ketika sesi bercerita kerana proses pembelajaran akan
menjadi lebih menarik dengan menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlu menarik
minat murid-murid terlebih dahulu sebelum menyampaikan intipati atau isi pelajaran
yang ingin disampaikan pada proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu
berkenaan.
Guru juga perlu pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita.
Oleh sebab itu, guru menggunakan set induksi dan topeng sebagai bahan-bahan untuk
menarik perhatian murid. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa
sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana murid-murid perlu
memahami cerita yang disampaikan oleh guru supaya murid-murid dapat menjalankan
aktiviti yang seterusnya dengan lancar. Selain itu, guru perlu melakukan pandangan
terus ke muka murid secara bergilir-gilir semasa mencerita di dalam kelas. Cara ini
sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita yang disampaikan. Pandangan
mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan melakukan cara ini akan mewujudkan
interaksi antara guru dan murid.

Selain itu, guru dapat menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis dan
membina ayat. Sesi bercerita ini adalah amat meluas. Tajuk yang dipilih untuk sesi
bercerita ini adalah sesuai dengan murid. Murid boleh menceritakan nilai murni yang
terdapat dalam cerita yang disampaikan. Sesi bercerita ini dapat mewujudkan aktiviti
perkongsian pangalaman atau maklumat dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian
maklumat atau pengetahuan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada muridmurid. Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi ini adalah amat berfaedah untuk
digunakan di dalam penulisan membina ayat dan maksud simpulan bahasa. Semasa
penulisan bina ayat, murid-murid akan mendapat pelbagai idea yang mendorong
mereka menghasilkan sebuah ayat yang menarik dan baik.
Oleh sebab itu, guru menyediakan langkah pelaksanaan perancangan bercerita
dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang
hendak disampaikan. Semasa bercerita, guru menggunakan suara, gaya dan alat bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi
cerita yang disampaikan. Guru perlu memastikan setiap murid telah mengambil
perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru akan melibatkan murid
dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka
mengikut tahap perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat
penutup.
Penutup dilakukan dalam rancangan pengajaran ini. Tujuan penutup sesi
bercerita ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan
dalam isi cerita itu. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi

penutup bercerita ini. Diantaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang
disampaikan, menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan
perkataan sendiri, berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang
terkandung dalam isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita
yang disampaikan dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita
yang telah didengar.
Guru

juga

boleh

menggunakan

komponen-komponen

kemahiran

dalam

penyoalan asas adalah terdiri daripada lapan faktor utama. Salah satu faktornya adalah
pembentukan soalan. Guru perlu berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat dan
jelas serta mudah difahami oleh murid-murid. seterusnya, soalan yang dibentuk perlu
berfokus. Hal ini dapat membantu murid untuk meningkatkan tahap pemikiran murid
dan membantu murid untuk berfikir secara kognitif dan efektif.
Kesimpulannya melalui teknik bercerita dapat memperkayakan pengalaman
murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka. Murid-murid di sekolah
rendah telah mempunyai pelbagai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kehidupan
seharian mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan mereka dapat
diperkayakan lagi dengan aktiviti bercerita. Pengalaman sedia ada mereka adalah
berdasarkan daripada kehidupan seharian mereka. pengalaman sedia ada murid di
sekolah bandar adalah berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman sedia ada murid
di sekolah luar bandar. Melalui aktiviti bercerita ini, murid-murid akan bercerita
berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. misalnya, murid-murid yang tinggal di
kawasan perkampungan nelayan akan bercerita berkenaan dengan pantai dan hidupan

laut. Mereka akan mengingat kembali segala pengalaman yang telah diperolehi oleh
mereka berdasarkan kehidupan seharian mereka. Selepas mereka mengingat kembali
segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka, mereka akan memulakan sesi
bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Murid-murid dapat mengingat
kembali dan menyampaikannya kepada kelas. Murid-murid telah memahami secara
mendalam cerita yang ingin disampaikan. Hal ini akan memperkukuhkan lagi
pengetahuan sedia ada mereka dan guru dapat melaksanakan proses pembelajaran
dan pengajaran Bahasa Melayu dengan jayanya.

You might also like