You are on page 1of 2

Nama : M.

Linggeswaran
Tahun : Tahun 2
Masalah : Kemahiran Mendengar (kurang peka) dan Kemahiran Bertutur ( pelat)

Sebelum Bimbingan secara Analitik


Melalui tugasan yang saya perolehi, saya telah mengambil seorang murid tahun 2 yang
mengalami masalah perdengaran dan bertutur. Murid mempunyai masalah sejak kecil
lagi. Murid berada dalam lingkungan murid linus di sekolah. Murid ini mengalami
kesusahan untuk berkomunikasi kerana mengalami pelat. Daripada analisis yang saya
buat murid ini tidak diperuntukan masa dengan baik dirumah dan tidak mempunyai
bimbingan yang kukuh daripada ahli keluarga. Tambahan lagi, keteraturan gigi murid ini
tidak sama yang menyebabkan ketika dia berkomunikasi dia mengalami masalah pelat.
Oleh itu, murid ini mengalami masalah kekeliruan dalam membezakan bunyi yang
menyebabkan murid ini tidak dapat menguasai perkataan dengan baik. Contoh
perkataan yang telah dianalisis seperti perkataan badang dan padang dimana
membawa bunyi yang sama maksud. Selain itu, gangguan bunyi semasa proses
pembelajaran di dalam kelas boleh menyebabkan proses ini terbantut. Murid akan lebih
cenderung kearah bunyi yang menyebabkan mereka tidak akan fokus pada bunyi
perkataan yang menyebabkan kelemahan murid dalam memahami apa yang didengar.
Justerunya kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu
yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak
balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar
mereka. Murid ini juga mempunyai masalah dalam mentafsirkan maklumat yang
didengar dan hal ini meyebabkan murid ini tidak berkomunikasi atau membaca.

Selepas Bimbingan Analitik


Setelah saya sudah mentafsir masalah yang dihadapi oleh murid saya. Saya telah
menggunakan satu kaedah berbentuk audiolingual. Kaedah ini bermaksud dua
gabungan kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Biasanya
kemahiran ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur yang mempunyai masalah dalam kemahiran ini. Dalam kaedah ini saya
menggunakan beberapa bahan bantu mengajar boleh membantu mengatasi masalah
murid ini. Antara bahan yang saya gunakan ialah pita perakaman dan juga kad gambar
bagi menyatakan bunyi telah selepas mendengar pita rakaman. Melalui kaedah ini
murid dapat mengingat dan memudahkan mereka mengingat maklumat yang didengar
dan boleh mentafsirnya. Kaedah ini merupakan satu kaedah didik hibur kepada muridmurid.

You might also like