You are on page 1of 13

Sastera di sekolah rendah

2010/05/03 - 06:57:36 AM Oleh Nazmi Yaakub Cetak Emel Kawan




Ia juga boleh diterapkan dalam mata pelajaran lain

SASTERA bukan saja wajar diperkenalkan di sekolah rendah untuk membina masyarakat yang
menjadikan membaca sebagai budaya, bahkan karya sastera sepatutnya dijadikan bahan dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah.

Ini kerana penggunaan bahan sastera dapat menarik minat dan memancing perasaan ingin tahu
kanak-kanak sehingga mereka terdorong untuk belajar pelbagai ilmu secara tidak langsung dalam
suasana menyeronokkan.

Pada masa sama, penggunaan bahan bacaan sastera dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah
rendah dilihat usaha yang sukar, meskipun perubahan itu penting dalam melahirkan generasi
yang seimbang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa Dan Kemanusiaan di Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Roselan Baki, yakin bahawa ia berpunca daripada sikap
masyarakat yang terlalu mementingkan kejayaan akademik sejak peringkat tadika sehingga
menyukarkan perubahan kerana keyakinan masyarakat terhadap kurang.

Di negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia, pengajaran yang
menggunakan bahan sastera mula diperkenalkan pada peringkat tadika dan pusat jagaan kanak-
kanak menggunakan Charlottes Web dan Three Little Pig sejak dekad 1990-an untuk mengajar
Matematik dan Sains, sekali gus menunjukkan guru perlu turut menguasai bidang sastera juga,
katanya kepada Sastera di pejabatnya di UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Roselan menegaskan asas pendidikan di negara maju masih lagi menekankan kemahiran
membaca, menulis dan mengira, tetapi serentak itu mereka memberi tumpuan terhadap
pembangunan kemahiran asas kanak-kanak seperti keyakinan diri, kecekapan bersosial dan
keberanian.
Mereka tidak membangunkan akademik semata-mata dan tidak ada peperiksaan awam seperti
kita, sebaliknya ukurannya ialah pembangunan serta perkembangan peribadi kanak-kanak
kerana setiap kanak-kanak tidak bermula daripada tahap yang sama selain peningkatannya juga
tidak sekala.

Sekiranya kita mahu menggunakan bahan sastera pada peringkat sekolah rendah lagi, ia
memerlukan kempen besar-besaran untuk meyakinkan ibu bapa bahawa sekolah rendah ialah
tahap persediaan untuk apa juga pembangunan kanak-kanak, katanya.

Justeru, kempen berhubung pendekatan terbabit perlu kerana ia berlawanan dengan persepsi ibu
bapa terhadap pendidikan kanak-kanak sehingga hasilnya pelajaran murid hari ini sangat
membebankan, meskipun tidak ada jaminan mereka yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) juga cemerlang dalam semua hal.

Secara tidak langsung, sistem pendidikan kita mengasingkan sastera daripada mata pelajaran
lain dan menganggap sastera untuk orang yang berangan-angan serta malas, sedangkan banyak
unsur kemanusiaan, nilai apalagi falsafah terkandung dalam bahan sastera.

Ia memang tugas sukar kerana sistem pendidikan kita tunduk kepada persepsi ibu bapa yang
sebenarnya tidak faham mengenai pendidikan sebenar," katanya.

Dr Roselan mengambil contoh pendidikan kanak-kanak pada peringkat tadika secara teorinya
bertujuan membangunkan kemahiran asas kanak-kanak seperti komunikasi, keyakinan diri dan
pergaulan melalui permainan yang menghiburkan, tetapi ibu bapa menjangkakan anak mereka
mesti boleh kenal ABC dan seterusnya boleh membaca


PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA
RENCANA DIPETIK DARIPADA: PELITA BRUNEI; SASTERA DAN BUDAYA

Penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik memerlukan gabungan beberapa komponen yang
berkaitan seperti pendekatan, kaedah, teknik dan sebagainya. Ringkasnya, guru perlu menyediakan
perancangan yang kemas, tersusun dan rapi. Selain itu penggunaan bahan pengajaran juga adalah penting.

Apa dia bahan pengajaran? Bahan pengajaran ialah perisian yang boleh digunakan oleh guru secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penggunaan bahan pengajaran adalah untuk mengekalkan
penumpuan para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung, di samping memudahkan guru untuk
menyampaikan pengajaran mereka.

Apabila kita memperkatakan tentang bahan pengajaran, apa yang kita ketahui, lazimnya guru-guru sering
menggunakan bahan-bahan daripada buku-buku teks yang sedia ada daripada Kementerian Pendidikan. Melihat
dari segi logika, bahan-bahan pengajaran sepatutnya tidak hanya tertumpu kepada buku-buku teks sahaja,
malahan terdapat pelbagai jenis peralatan atau sumber yang lebih baik dan boleh digunakan sebagai bahan
pengajaran.

Terdapat dua jenis peralatan yang boleh digunakan iaitu bahan pengajaran berbentuk elektronik dan bahan
pengajaran yang bukan elektronik. Contoh bagi bahan pengajaran elektronik ialah seperti radio, televisyen,
slaid, video dan yang seumpamanya. Bahan pengajaran yang bukan elektronik pula ialah seperti model hidup,
gambar, carta dan seumpamanya.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, tetapi
guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih
kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj.
Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293):

"The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."

PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN

Pada perenggan terakhir penulis ada menyatakan bahawa guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan
pengajaran yang digunakan agar menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Bagaimanakah guru perlu mengolah
bahan-bahan tersebut? Berikut adalah penerangan tentang proses pembinaan dan penggunaan bahan-bahan
pengajaran tersebut.

Bermula daripada proses pemilihan bahan-bahan pengajaran, proses ini tidak boleh dianggap mudah kerana ia
melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian bahan agar bahan-bahan yang dipilih sesuai dengan objektif pengajaran
yang hendak dicapai dan selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut terbahagi kepada lima peringkat iaitu proses memilih, mengolah,
membina, menggunakan dan terakhir iaitu proses menilai bahan. Kesemua proses ini merupakan proses yang
berterusan dan harus dilakukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya kelima-lima
peringkat proses pengubahsuaian ini dapat dilihat melalui Rajah 1:

PROSES MEMILIH BAHAN PENGAJARAN

Proses memilih bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif
komunikatif, struktural dan kemahiran. Perspektif komunikatif menekankan kepentingan pembelajaran melalui
penggunaan bahasa yang membolehkan para pelajar berinteraksi sesama sendiri atau dengan guru secara kerap
dalam situasi yang 'natural'.

Perspektif struktural pula menekankan persembahan atau latihan asas struktur bahasa yang membolehkan para
pelajar menggunakan tatabahasa dengan betul. Manakala perspektif kemahiran pula menekankan empat
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan kemahiran menulis.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi membolehkan
guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran
ialah:

a. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum
guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif pengajaran atau
matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan
dengan sewenang-wenangnya.

b. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu
ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa dan
penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-
bahan pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada
pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan
aspek pengajaran semata-mata.

c. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu mengambil kira
kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka
mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan
agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan
para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.
d. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan
individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

e. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman
ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi
perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.

f. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang
boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah,
bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.

PROSES MENGOLAH BAHAN PENGAJARAN

Proses mengolah bahan bermaksud membuat adaptasi, perubahan, dengan membaikpulihkan isi dan keadaan
bahan pengajaran sebelum bahan tersebut digunakan. Melalui proses ini, aspek-aspek yang kurang difahami
akan diperjelaskan, perkara-perkara yang kurang penting akan digugurkan atau dibuangkan dan sekiranya
terdapat hal-hal yang tidak lengkap akan ditambahkan. Proses ini memerlukan guru-guru untuk memberikan
perhatian terhadap beberapa perkara berikut:

a. Inspirasi dan kreativiti

Bahan-bahan yang digunakan boleh memberikan galakan kepada pelajar untuk mencetuskan idea-idea yang
kreatif dan bernas.

b. Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Sekiranya bahan yang digunakan mengandungi dialog, guru perlulah menjadikan dialog tersebut bersifat
komunikatif iaitu penggunaan bahasa yang betul dan membolehkan pelajar berinteraksi sesama sendiri, di
samping menguasai kecekapan berbahasa.
c. Menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna
Bahan-bahan pengajaran perlu disesuaikan supaya berkaitan dengan objektif pembelajaran, berfaedah dan
dapat diaplikasikan oleh pelajar apabila pelajar menguasainya.

d. Memberikan contoh yang praktikal

Bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya mengandungi contoh-contoh yang praktikal yang boleh
mempercepatkan kefahaman pelajar, di samping mereka dapat menyesuaikannya dengan situasi sebenar.

e. Memenuhi keperluan pelajar

Bahan-bahan pengajaran yang digunakan sebaik-baiknya dapat memenuhi keperluan para pelajar sama ada dari
segi luaran (contohnya: dapat membantu pelajar dalam kerjaya mereka kelak) dan dari segi psikologi
(contohnya: minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya).

PROSES PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN

Peringkat seterusnya ialah peringkat pembinaan bahan-bahan pengajaran. Setelah guru selesai memilih dan
mengolah bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu memberikan penekanan terhadap
beberapa aspek yang berkaitan dengan pembinaan bahan-bahan pengajaran. Antaranya adalah seperti beriku t:

a. Bentuk dan fungsi

Apa dia bentuk-bentuk bahasa? Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi, tatabahasa, perbendaharaan
kata dan wacana. Manakala fungsi pula merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Oleh yang demikian,
bahan-bahan pengajaran perlulah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa kerana ia dapat menyatakan maksud
dan fungsi. Tanpa bentuk-bentuk komunikasi, verbal tidak akan berlaku. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian
untuk membolehkan pelajar mengenal dan menggunakan bahasa dengan betul.

b. Ketepatan

Ketepatan di sini merujuk kepada ketepatan bahasa yang digunakan, terutama sekali yang berhubung dengan
fungsi dan konteks sosial. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerapkan situasi sosial dan
kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu.

c. Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada
beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar terhadap
variasi-variasi bahasa membolehkan pelajar memilih variasi yang bersesuai dengan konteks dan situasi yang
tertentu.

d. Kemahiran bahasa

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran mendengar dan membaca dan
kemahiran pada aras pelahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Keempat-empat kemahiran ini perlu
dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian,
kesemua kemahiran ini perlu digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih
berkesan.

PROSES PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN

Bagi mencapai satu tahap penggunaan bahan-bahan pengajaran yang berkesan, guru perlu memastikan bahan-
bahan tersebut benar-benar berfaedah, bermanfaat dan dapat memenuhi matlamat yang hendak dicapai
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut terdapat beberapa persoalan (penulis hanya
menyenaraikan tiga sahaja) yang timbul dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran, iaitu:

a. Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu memenuhi keperluan deria para pelajar?
b. Sejauh manakah penggunaannya dapat memenuhi situasi dan pembelajaran pelajar?
c. Adakah penggunaannya sesuai dengan bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajarkan?

PROSES PENILAIAN BAHAN PENGAJARAN

Proses menilai bahan-bahan pengajaran merupakan proses yang terakhir untuk dilaksanakan sebelum
menggunakan bahan-bahan pengajaran. Proses ini tidak perlu dilakukan secara profesional, memadailah
sekiranya guru menyediakan senarai semak untuk membuat penilaian terhadap bahan-bahan tersebut untuk
mendapat gambaran secara keseluruhan tentang bahan-bahan pengajaran tersebut.

Berikut adalah contoh senarai semak yang diandaikan dapat membantu guru menilai bahan-bahan pengajaran
yang hendak digunakan:

a. Nyatakan objektif-objektif bahan-bahan pengajaran secara ringkas;
b. Nyatakan kekuatan-kekuatan bahan pengajaran;
c. Berikan perhatian pada kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang tertinggal pada bahan pengajaran;
d. Bandingkan bahan pengajaran tersebut dengan bahan-bahan yang telah dinilai dan
e. Buatkan satu kesimpulan umum mengenai bahan-bahan pengajaran tersebut.

KESIMPULAN

Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran
mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu
guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian
bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian
sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua
bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan
pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Cheras: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2. (Ketrampilan Bahasa). Subang
Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd (1999). Pengajian Melayu 5 dan 6. (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan
Sumber Budaya dan Masyarakat Malaysia). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS. Professional Publishing Sdn. Bhd


Fungsi dan kepentingan Pusat Sumber Sekolah
Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat berlakunya segala aktiviti
memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk
mempertingkatkan tahap profesionalisme keguruan dan pencapaian
akademik pelajar. Sehubungan itu, PSS merupakan suatu unit bersepadu
yang berfungsi mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat
atau bahan pengajaran dan pembelajaran ( bahan bantu mengajar )
sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan
bermakna bagi memenuhi kehendak pelanggannya sama ada pensyarah,
guru dan murid.
PSS pada hari ini bukan lagi terhad kepada bahan-bahan bercetak
seperti buku, surat khabar, majalah, makalah dan jurnal. Fungsi PSS kini
kian meluas iaitu meliputi bahan bantu mengajar, bilik audio visual,
pusat akses , bilik tayangan malah juga merangkumi makmal komputer.
Fungsi PSS telah diperluas selaras dengan tuntutan semasa dan
kemajuan teknologi terkini.
Di sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi
mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran serta prestasi
pencapaian akademik pelajar. Pusat Sumber Sekolah hendaklah
berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan,
mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang diperlukan oleh pensyarah dan penuntut IPT atau
guru dan murid-murid. PSS memberi perkhidmatan pinjaman bahan atau
buku kepada pelanggannya. Ini dapat menjimatkan kos pembelian buku
dan bahan rujukan oleh para pelajar, penuntut dan pendidik dalam
usaha mereka menyempurnakan tugasan masing-masing.
Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berperanan sebagai pusat penempatan
bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau
berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari , diakses dan
digunakan dengan cepat dan mudah. Para guru dan pelajar boleh
mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan sama ada yang ada kena-
mengena dengan pelajaran atau pun tidak. Bahan-bahan rujukan seperti
buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, alat pandang dengar,
cakera padat, televisyen , televisyen satelit , capaian internet , pusat
akses dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, karya
sastera, karya akademik dan ilmiah , majalah, surat khabar dan
sebagainya.
Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu
pengetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di
dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi
panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki,
menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan
tujuan tugasan masing-masing. Pelbagai info terkini dapat diperoleh
melalui PSS. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat
sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran
tertentu akan mencari bahan-bahan rujukan atau alat-alat bantu
mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini.
Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan
pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Penggunaan alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu
seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan
lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan
juga guru. Kemudahan televisyen satelit seperti Astro membolehkan
guru memanfaatkan rancangan menarik melalui saluran History,
Discovery, Sains dan Tutor untuk membantu aktitviti guru dalam bilik
darjah. Misalnya, kebanyakan murid-murid di negara ini tidak pernah
melihat salji dan suasana di kutub, maka sebuah filem atau siaran
rencana berkaitan salji dan persekitarannya di kutub akan
menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini
menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami persekitaran
itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan
spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid. Ini akan meningkatkan
tahap pemahaman pelajar berhubung topik atau perkara yang diajar.
Dengan menggunakan bahan sumber yang sesuai, pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail dan
spesialis (detail and specialise) serta menjadi lebih menarik dan
bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik
darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal
ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-
murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk
media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita
ingin memberitahu tentang jenis-jenis kenderaan kepada murid-murid
yang belum pernah melihat kenderaan tersebut, terutamanya murid-
murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber seperti poster,
gambar dan video dapat membantu dan memudahkan kerja guru. Ini
akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran
yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh
menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah
adalah stabil dan selesa, di samping adanya pelbagai media perangsang.
Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber
Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tanpa Pusat
Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya
dengan menyeluruh dan berkesan. Oleh hal yang demikian, guru dan
pelajar harus memanfaatkan penggunaan PSS demi kemajuan dan
kejayaan dalam akademik dan pelajaran.



Kaedah Pengajaran Bacaan Asas: Kaedah Abjad
Oleh Mohd Isa Abd Razak


Pautan yang berkaitan: Kaedah Fonik Versi Nik Eliani dan Othman

Senario
Dalam filem Pendekar Bujang Lapok terdapat episod Cikgu Ros mengajarkan huruf
Jawi kepada sekumpulan pelajar dewasa termasuk tiga orang bujang lapuk, iaitu P.
Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsudin. Apakah kaedah bacaan asas yang digunakan
oleh Cikgu Ros?

Konsep

Kaedah ini berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti
mengeja. Oleh sebab usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan
untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah
mengeja.

Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajarkan
bacaan asas dalam bahasa Melayu sejak sekian lama, iaitu lebih kurang tujuh abad
lamanya dengan menggunakan tulisan Jawi dan lebih kurang seabad pula lamanya
dengan menggunakan tulisan Rumi.

Jadi, dari segi kekerapan penggunaan, kaedah ini merupakan kaedah yang terunggul
dan telah terbukti berjasa mencelikhurufkan jutaan manusia di negara kita dan yang
sebahagiann ya kini bergelar cendekiawan dan profesor.

Secara umum, susunan pelaksanaan kaedah ini bersifat binaan. Gambaran binaannya
adalah seperti dalam rajah di sebelah.

Prosedur Pelaksanaan

Abjad Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem
ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih
dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam
(1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah
murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi
huruf vokal a, e, i, o, dan u.

Suku Kata Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal
serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan.
Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.
Perkataan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku,
dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan
dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku
kata itu. Misalnya untuk perkataan buku, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu
diikuti penyebutan bunyi suku kata bu; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti
penyebutan bunyi suku kata ku, dan akhir disebut perkataan buku.


Kemahiran Berfikir:
Klip video ini dipetik daripada filem Pendekar Bujang Lapok. Adakah kaedah yang terdapat dalam
klip video ini menepati kaedah abjad?

Kekuatan

Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan
bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai,
umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku
kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan
satu vokal atau diftong.

Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah
dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila
murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid
dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun
mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan
asas yang kukuh kepada murid untuk membaca.

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak.
Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan
dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan
kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-
mana kumpulan sasaran dengan menggunakan kaedah ini.

Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan
menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. Kaedah ini sesuai
digunakan untuk mengajar orang dewasa seperti yang dilakukan oleh Cikgu Ros.
Mungkin Cikgu Ros merupakan salah seorang guru dalam pembasmian buta huruf pada
tahun 60-an.

Kelemahan

Hasil kaedah ini hanya dapat dilihat setelah pembelajaran berlaku lebih kurang enam
bulan. Tempoh ini sangat lama.

Bacaan murid mungkin kurang lancar. Hal ini disebabkan murid terlazim dengan proses
mengeja, iaitu menamakan huruf dan menyebut suku kata sebelum menyebut sesuatu
perkataan.

Ada kemungkinan murid keliru antara nama huruf dengan bunyi huruf. Implikasinya,
kesilapan dapat berlaku apabila mereka silap memecahkan perkataan kepada suku kata.
Ada juga kemungkinan mereka tidak memahami apa-apa yang dibaca kerana terlalu
mementingkan ejaan.

Kebolehan murid berbeza-beza. Bagi murid yang bermasalah pembelajaran, mereka
berasa terbeban dan cepat bosan jikalau diajar dengan kaedah ini.

Kaedah yang bersifat binaan ini bertentangan dengan pandangan ahli psikologi yang
mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai sesuatu daripada keseluruhan membawa
kepada bahagian-bahagiannya.

Perhatian untuk Guru Pemulihan
Guru pemulihan khas dan kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M) mesti
memastikan sama ada murid yang akan dipulihkan pernah diajar dengan menggunakan
kaedah ini atau tidak. Jikalau murid yang akan dipulihkan itu pernah diajar dengan
kaedah ini sedangkan guru pemulihan menggunakan kaedah yang lain, ada
kemungkinan murid akan keliru dan proses pemulihan bertambah sukar.

Penutup

Kaedah ini masih digunakan oleh kebanyakan guru prasekolah dan Tahun 1. Dalam
filem "Berlari ke Langit", seperti dalam klip video di bawah, Cikgu Yasmin juga
menggunakan kaedah ini.



Kemahiran Berfikir
Apakah kekuatan dan kelemahan kaedah abjad selain yang dinyatakan di atas?

Pada bulan Mac tuan ditukarkan dari sekolah A ke sekolah B. Guru besar menugaskan
tuan mengajarkan bahasa Melayu di kelas Tahun 1. Apakah pendekatan atau kaedah
yang akan tuan gunakan?

Bibliografi

Abdul Aziz Abd. Talib, 2000. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Idris Mohd. Radzi dan Dahlia Janan, 2006. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu:
Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam, 1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Marzuki Nyak Abdullah, 1994. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

You might also like