You are on page 1of 6

Malaysia: 5 Tempat bersejarah Di Malaysia

LEMBAH BUJANG

Merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.

Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi lagi, Lembah Bujang
mempunyai hubungan perdagangan maritim di antara beberapa buah negara luar
seperti China.

Bagi yang mengemari aktiviti lawatan sambil belajar di sinilah tempat yang bagus
untuk dilawati

Antara lain yang masih ada di sini ialah beratus ribu pecahan seramik,kaca dan
manik dari seluruh negara, runtuhan candi, struktur bandar atau pelabuhan yang
tenggelam, artifak budaya dan peralatan zaman dahulu boleh didapati di sini.

ISTANA LAMA SERI MENANTI

Terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi kediaman rasmi bagi YangDipertuan besar Negeri Sembilan sejak 1900-an lagi

Bangunan ini dibina berdasarkan seni bina masyarakat Minangkabau

Dibina pada tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina dengan menggunaka kayu
dan terdiri daripada 99 batang tiang termasuk 4 batang tiang seri.

Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang jenis paku. Sebagai ganti
kepada penggunaan paku, paku yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali
sebagai pasak digunakan.

Pada 14 Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi Muzium Diraja serta
menempatkan artifak yang bersejarah.

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT)

Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda pada masa dahulu, 1970
sebagai kubu pertahanan daripada sebarang serangan luar

Batu asas 300 tahun ini merupakan sisa-sisa tinggalan daripada zaman kekuasaan
masyarakat Belanda pada masa dahulu

Sebuah
taman kecil dan beberapa kedai cenderamata telah didirikan di sekitar kawasan unt
uk pengunjung dan merupakan pemandangan pelancongan popular di pulau hari ini

BUKIT MELAWATI (MELAWATI HILLS)

Terletak di Kuala Selangor, Selangor

Kedudukannya amat strategik kerana terletak di kuala sungai Selangor, menghadap


selat Melaka dan Sumatra, Indonesia

Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung

Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah rumah api, beberapa meriam lama,
makam Sultan dan kerabat diraja, batu pancung dll.

You might also like