You are on page 1of 3

LAPORAN PEMENTASAN YANG MENEKANKAN ASPEK PENGARAHAN, TENAGA

PRODUKSI DAN TENAGA KREATIF

Saya telah mengikuti kursus drama dan teater kanak-kanak selama sebulan. Saya
telah mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang baru semasa menjalani kursus
tersebut. Pensyarah kami iaitu, Dr. hjh. Maskiah telah berusaha untuk mendapat pembimbing
dari dunia seni. Hal ini kerana, pensyarah kami percaya kami akan mendapat pengetahuan
dan pengalamann yang baru dan lebih daripada pembimbing tersebut. Antara pembimbing
yang membimbing kami adalah Puan Rahimah Muda, Puan Ct Cubby , Puan ………. Dan
Encik A…………

Sebagai langkah pertama, pembimbing kami iaitu Puan Rahimah Muda telah
mengajar kami tentang kepentingan artikulasi dalam drama dan teater. Menurut pembimbing
untuk mendapat artikulasi yang baik, latihan merupakan langkah yang utama. Contoh, latihan
yang kami jalankan ialah menyebut sesuatu abjad dengan kuat dengan gerakan mulut. Antara
abjad yang kami sebut ialah ‘r’ dan ‘s’. Kami menyebut abjad tersebut dengan nada sedih
gembira, nada tinggi, rendah dan secara berbisik. Latihan ini amat penting untuk mengelakkan
masalah gugup semasa pementasan.

Pengetahuan yang lain yang saya dapat semasa perjalanan kursus ialah penulisan
skrip. Semasa penulisan skrip, penulis skrip perlu memahami dan menganalisis skrip dari segi
plot,tema, serta persoalan yang ingin. Penulis perlu menentukan gaya pementasan yang
hendak disampaikan. Penulis juga boleh melakukan perubahan bagi penyesuaian
persembahan jika perlu dengan syarat mendapat persetujuan daripada penulis asal.
Pembimbing juga mengajar kami format skrip. Kami juga dilatih untuk menulis skrip secara
individu.

Seterusnya, saya dan ahli kumpulan telah memilih tajuk untuk membuat pementasan.
Tajuk pementasan kami ialah ‘ Puteri Gunung Banang ‘. Watak yang ditetapkan bagi
pementasan ialah Puteri gunung banang, Wira, Biduri, Toba, Tok penghulu dan penghasut.
Saya telah membawa watak sebagai Toba. Toba merupakan watak negative dalam drama
tersebut. Toba merupakan seorang yang berhati busuk, dengki, dan sombong. Kami dilatih
untuk membawa watak masing-msaing dengan penuh jiwanya.

Bagi menjalankan proses bimbingan dengan baik, pembimbing-pembimbing telah


telah mengetuai satu kumpulan secara berasingan. Kumpulan kami dibimbing oleh Puan Ct
Cubby. Semasa proses bimbingan, saya telah mempelajari aspek lakonan dan teknikal secara
terperinci. Pembimbing membimbing dengan meminta kami memahami dan menghayati
watak masing-masing. Kami perlu menghayati watak tersebut dengan memahami fizikal,
psikologi dan mental yang berkait dengan watak tersebut. Kami telah dilatih untuk
mempersembahkan perwatakan dengan sepenuh jiwa dalam persembahan. Contohnya,
sebagai Toba iaitu watak negatif, saya perlu berlakon seperti seorang yang berhati busuk dan
dengki pada adik saya sendiri. Kami juga dilatih untuk mengarah latihan serta menyusun
ruang lakon para pelakon di pentas.

Kami juga diajar tentang teori Stanislavski. Salah satu daripada kaedah yang
digunakan oleh Stanislavski untuk mencapai tahap tersebut dalam lakonan adalah
berdasarkan teknik ‘ magic if ’. Pelakon seharusnya menggali watak dengan lebih mendalam
dengan cara menimbulkan persoalan terhadap watak yang mereka terima dan pegang.
Melalui teknik ‘ magic if ‘ pelakon perlu mengenalpasti dirinya dan posisi karakter dalam
penceritaan tersebut. Kami dilatih untuk Tanya diri sendiri tentang “ bagaimana sekiranya
mereka di tempat tersebut ? Selain itu, apakah yang bakal saya lakukan sekiranya saya
berada dalam situasi itu ? ‘Magic if ‘ mampu untuk membuatkan kami untuk cuba mendalami
watak yang kami mainkan.

Sebelum kami melakukan pementasan, kami perlu menyediakan props dan audio.
Kami mereka props mengikuti drama dan watak dalam pementasan. Pembimbing kami
mengarahkan kami untuk membawa dan mereka barang dan peralatan yang diperlukan oleh
kami sahaja. Kami juga diarahkan untuk menyediakan props yang berfungsi untuk
memperkukuhkan perwatakan tersebut. Tambah pula, kami sekumpulan ditugaskan untuk
menjalankan beberapa tugas untuk menyempurnakan pementasan ini. Saya pula ditugaskan
untuk menentukan dan mencari kesan bunyi yang diperlukan dalam pementasan tersebut.
Saya telah mencari bunyi seperti bunyi hutan, bunyi guruh, bunyi silat dan lain-lain.

Pembimbing kami juga memilih kostum bagi kami. Pemilihan kostum bergantung
kepada perwatakan yang kami bawa. Pembimbing juga memberitahu bahawa pemilihan
warna hendaklah diselaraskan dengan latar agar tidak bercanggah dengan kemahuan
pementasan. Contohnya, watak Toba yang saya bawa ialah watak yang berkait dengan cerita
rakyat, maka saya harus memilih kostum yang sesuai dengan cerita rakyat tersebut.

Pembimbing iaitu Puan Rahimah telah kami tentang blocking. Blocking sangatlah
penting di dalam sebuah drama. Blocking yang baik adalah blocking yang dilakukan dengan
kemampuan mengawal posisi tubuh yang baik, sehingga terlihat alami dan tidak berkesan
dipaksakan. Kami disolek oleh makeup artis. Pengetahuan yang saya dapat ialah pemilihan
warna hendaklah diselaraskan dengan watak dan pencahayaan agar tidak ditenggelami oleh
latar dan cahaya lampu.
Saya telah mendapat pelbagai pengalaman semasa mengikuti kursus tersebut.
Sebagai guru, saya mendapat melontarkan suara yang kuat semasa menjalani latihan
artikulasi. Hal ini dapat membantu saya di sekolah pada masa yang akan datang. Melalui
kursus tersebut juga saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya. Contohnya, apabila saya
berlakon di depan orang ramai, saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya dan
mengurangkan malu saya. Saya juga dapat mempelajari beberapa teknik drama melalui
kursus ini. Melalui kursus tersebut saya berani untuk berkomunikasi dengan orang lain. Pada
hari pementasan, saya dapat membuat persembahan dengan baik. Saya juga mendapat
anugerah pelakon pembantu terbaik.

You might also like