You are on page 1of 8

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

57

APLIKASI ANALISIS KESILAPAN NEWMAN DALAM


PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT MURID
TAHUN 4

Donny Anak Chindang (Pengarang Penghubung)


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
tamstarzz90@yahoo.com

Siti Mistima Binti Maat


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

ABSTRAK
Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti kesilapan murid dalam
menjawab soalan matematik berayat dengan melaksanakan prosedur Analisis Kesilapan Newman. Ianya
melibatkan murid Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Telupid, Sabah dengan kaedah persampelan mudah iaitu
sampel seramai 70 orang murid (35 lelaki dan 35 perempuan). Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian
ini ialah set ujian penyelesaian masalah yang mempunyai 8 soalan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi. Kemudian temu bual semi-struktur dijalankan kepada murid-murid untuk mengenal pasti punca
kesilapan berdasarkan Analisis Kesilapan Newman yang mengandungi 5 kesilapan utama iaitu kesilapan
pembacaan (R), kefahaman (C), transformasi (T), proses (P) dan pengkodan (E). Berdasarkan dapatan daripada
analisis menggunakan SPSS Versi 16.0, murid didapati banyak melakukan kesilapan pada peringkat
transformasi dan kemahiran proses semasa menyelesaikan masalah matematik berayat. Kesilapan dalam kadar
yang sederhana dilakukan pada peringkat kefahaman, pengkodan dan pembacaan. Kecuaian juga berlaku
semasa murid menjawab soalan matematik tersebut. Dapatan ini amat penting dalam merangka cadangan untuk
meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat murid-murid pada masa hadapan.

Kata Kunci: Penyelesaian Masalah; Analisi Kesilapan Newman

PENGENALAN

Matlamat Kurikulum Matematik di Malaysia adalah untuk membentuk individu yang berpikiran matematik dan
berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan serta bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan
perkembangan Sains dan Teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011). Oleh itu, Kemahiran
menyelesaikan masalah merupakan satu keperluan yang sangat penting dalam mencapai matlamat kurikulum
matematik ini. Ini adalah ekoran perkembangan arus globlasisai yang semakin mendesak khusunya berkaitan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran penyelesaian masalah matematik bukanlah suatu pekara
yang mudah untuk dipelajari, tetapi memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi. Ini disokong oleh Roslina,
T.Subahan & Effandi (2010) yang menjelaskan bahawa penyelesaian masalah merupakan suatu proses yang
kompleks dan sukar dipelajari. Kesannya, banyak kesilapan yang berlaku sepanjang proses menyelesaikan
masalah matematik tersebut.

Montague (2010) menjelaskan bahawa penyelesaian masalah dalam matematik adalah suatu aktiviti kognitif
yang melibatkan beberapa proses dan strategi. Oleh itu, murid-murid perlulah berfikir serta merancang proses
atau strategi yang diperlukan untuk menyelesaikan suatu masalah matematik berayat. Secara am, murid mampu
menyelesaikan kemahiran prosedural bagi soalan operasional seperti 14-8 = ___, namum mempunyai kesukaran
dalam menyelesaikan soalan ayat matematik berayat walaupun mempunyai kemahiran proses yang sama,
contohnya:

“Ali mempunyai 8 biji guli kurang daripada abangnya. Jika abangnya


mempunyai 14 biji guli, berapakan guli yang dimiliki oleh Ali”.

Untuk memetik artikel ini:


Chindang, D. A. & Maat. S. M. (2017). Aplikasi analisis kesilapan newman dalam penyelesaian masalah matematik berayat murid tahun 4.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
58

Hal ini disokong oleh Doru dan Koklu (2011) dalam kajian mereka terhadap kefahaman pembacaan teks
matematik dimana murid menghadapi kesukaran dalam menterjemah masalah matematik berayat dalam bentuk
persamaan dan simbol. Kesilapan merupakan suatu gejala atau tanda-tanda kesalah fahaman, pemikiran yang
prototaip atau suatu intuisi semasa menyelesaikan masalah (Aygor & Ozdag, 2012). Oleh itu, pengkaji akan
melaksanakan prosedur Analisis Kesilapan Newman untuk melihat jenis kesilapan murid semasa menyelesaikan
masalah matematik berayat.

Lima kesilapan yang boleh berlaku menurut Newman (1977) ialah kesilapan membaca masalah (R), kesilapan
kefahaman masalah (C), kesilapan membuat transformasi masalah (T), kesilapan kemahiran proses masalah (P)
dan kesilapan membuat pengkodan jawapan (E). Lima kesilapan yang boleh berlaku menurut Newman (1977)
ialah kesilapan membaca masalah (R), kesilapan kefahaman masalah (C), kesilapan membuat transformasi
masalah (T), kesilapan kemahiran proses masalah (P) dan kesilapan membuat pengkodan jawapan (E).
Kesilapan membaca masalah (R) timbul kerana murid itu sendiri belum menguasai kemahiran membaca secara
asas. Ianya merupakan kesilapan yang paling asas kerana pastinya murid tidak dapat melaksanakan atau
menentukan apa yang diperlukan oleh soalan penyeesaian masalah itu sendiri. Kemudian, kesilapan dalam
memahami masalah (C) adalah kesilapan dalam memahami keperluan soalan tersebut. Apabila murid tidak
memahami kehendak soalan, maka sukar untuk murid menentukan proses kerja yang hendak dilaksanakan
sekaligus mendorong kepada kesilapan dalam kemahiran transformasi (T). Kesilapan dalam bahagian ini
melibatkan pemilihan operasi yang salah, contohnya jika soalan memerlukan pelaksanaan operasi darab, murid
melakukan kesilapan dalam memilih operasi tambah atau operasi selain darab. Dalam hal ini, kefahaman dalam
menentukan operasi yang betul sangat penting untuk menjamin penyelesaian yang sesuai bagi menjawab soalan
penyelesaian masalah tersebut. Kesilapan kemahiran proses masalah (P) pula melibatkan bagaimana murid
melaksanakan proses yang telah dipilih dan kesilapan biasanya melibatkan kesilapan memilih proses yang tepat
dan padat berbanding memilih proses yang salah dan merumitkan. Kemudian, kesilapan terakhir dalam analisis
Newman ini ialah kesalahan dalam pengkodan jawaban akhir (E). Ini melibatkan jawapan akhir yang diputuskan
oleh murid setelah melaksanakan proses penyelesaian masalah.

Prosedur ini melihat masalah dalam bentuk hieraki kerana kegagalan untuk menyelesaikan masalah pada mana-
mana tahap akan menghalang murid untuk menyelesaikan masalah matematik berayat. Melalui pelaksanaan
kajian ini, diharap ianya dapat membantu guru dan murid-murid mengenalpasti punca kesilapan semasa
menjawab soalan penyelesaian matematik berayat.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk;


a. Mengenalpasti punca kesilapan murid dalam menjawab soalan matematik berayat.
b. Mengenalpasti jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menjawab soalan matematik
berayat menggunakan prosedur Analisis Kesilapan Newman.

Persoalan Kajian
Persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah seperti berikut;
a. Apakah punca kesilapan murid dalam menjawab soalan matematik berayat?
b. Apakah jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menjawab soalan matematik berayat
berdasarkan prosedur Analisis Kesilapan Newman?

TINJAUAN LITERATUR

Clements (1980) pernah melaksanakan dua kajian besar dimana murid seramai 634 murid telah melakukan 6595
kesilapan dengan melaksanakan prosedur Analisis Kesilapan Newman. Dalam kajiannya itu, 70% kesalahan
melibatkan kesalahan pembacaan (R), pemahaman (C), transformasi (T) dan kesalahan cuai. Tiga kesalahan
pertama merangkumi 40% kesalahan manakala hampir 30% merangkumi kesalahan cuai. Kesilapan kemahiran
proses(P) hanya melibatkan 25% dan hanya 5% bagi kesalahan pengkodan jawapan (E).

Satu Kajian telah dilakukan oleh Prakitipong and Nakamura (2006) terhadap murid sekolah rendah Gred 5 di
Thailand menggunakan instrumen soalan yang hanya mengandungi 5 soalan iaitu 2 soalan objektif dan 3 soalan
subjektif. 5 soalan ini ditadbir oleh guru kepada 40 orang murid. Pola kesilapan yang ditunjukkan dalam soalan
objektif kebanyakannya adalah pada tahap proses matematik iaitu tahap transformasi, kemahiran proses dan
pengkodan jawapan akhir. Bagi soalan subjektif pula, kesilapan yang banyak dilakukan pula adalah pada tahap

Aplikasi Analisis Kesilapan Newman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Murid Tahun 4
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
59

kefahaman dan ini dikaitkan dengan bahasa sebagai medium dalam pembelajaran matematik. Penguasaan
bahasa adalah sangat penting sebagai dasar dalam menjawab soalan matematik berayat khususnya.

Pada tahap sekolah menengah pula, satu kajian telah dibuat di negeri Johor oleh Abdul Halim, Nur Liyana &
Marlina (2015) untuk menganlisis kesilapan yang dibuat oleh pelajar Tingkatan 1 dalam menyelesaikan masalah
melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk topik Pecahan. Kajian ini dilaksanakan kepada sampel
seramai 96 oraang pelajar yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu berpencapaian tinggi (34.4%), sederhana
(38.5%) and rendah (27.1%). Kategori ini dibuat berdasarkan pencapaian murid dalam UPSR tahun sebelumnya.
Berbeza dengan kajian yang dilakukan di Thailand, kesemua 4 soalan yang diberikan adalah berbentuk struktur
sahaja dan ditadbir dalam masa 20 minit. Keputusan menunjukkan bahawa pola kesilapan yang kerap dilakukan
adalah pada pengkodan jawapan (27.58%) diikuti oleh kemahiran proses (27.58%), transformasi (24.17%) dan
kefahaman (20.92%). Dapatan kajian pada tahap sekolah menengah ini seiring dengan dapatan yang diperolehi
dalam kajian sekolah rendah tersebut dimana pola kesilapan adalah lebih kepada tahap transformasi, kemahiran
proses dan pengkodan. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan terdapat perbezaan yang boleh dilihat dalam
murid yang berprestasi tinggi dengan yang berprestasi sederhana dan rendah.

Di Australia pula, sebuah kajian telah dijalankan terhadap program The Counting On pada jumlah sampel yang
besar iaitu seramai 1213 orang yang terdiri daripada 74 buah sekolah (55 sekolah rendah, 16 sekolah menengan
dan 3 sekolah berpusat). Daripada jumlah tersebut, 954 adalah murid sekolah rendah dan 259 pelajar sekolah
menengah. Berbeza dengan penilaian hanya pada topik pecahan yang dibuat di Johor, penilaian yang dilakukan
dalan program The Counting On meliputi aspek nilai tempat, penambahan, penolakan, darab, bahagi dan
tugasan berasaskan masalah berayat. Berikut merupakan dapatan daripada kajian tersebut iaitu sebelum program
dijalankan dan selepas program The Counting On dijalankan.

Jadual 1. Tahap awal dan akhir bagi analisis kesilapan Newman

Dapatan dalam jadual 1 diatas dengan jelas dapat menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran
penyelesaian masalah matematik berayat setelah program tersebut dilaksanakan dengan bantuan analisis
kesilapan Newman. Oleh itu, program tersebut merupakan suatu kejayaan bagi sistem pendidikan di Australian
kerana meningkatkan hasil pembelajaran bagi guru dan pelajar khususnya dalam aspek menyelesaikan masalah
matematik berayat di sekolah rendah dan menengah.

METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan dimana tinjauan akan dibuat kepada murid-murid tahun
4 di sebuah sekolah daerah Telupid. Tinjauan yang dibuat adalah untuk mengenal pasti masalah murid dalam
menyelesaikan masalah matematik berayat melibatkan 4 operasi utama iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Bagi mengenalpasti punca masalah tersebut, pengkaji akan menggunakan kaedah Analisis Kesilapan Newman
(AKN) yang menjelaskan punca kesilapan murid boleh terjadi pada peringkat pembacaan, kefahaman,
transformasi, kemahiran proses dan pengkodan jawapan. Ini sekaligus akan dapat membantu pengkaji untuk
menjawab setiap persoalan kajian sekaligus mencapai objektif umum kajian tinjauan ini.

Lokasi, Populasi dan Sampel Kajian

Aplikasi Analisis Kesilapan Newman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Murid Tahun 4
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
60

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Telupid, Sabah. Ianya terletak di sebuah kawasan
pedalaman di daerah Telupid. Telupid pula merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di diantara daerah
Ranau dan Sandakan dimana majoriti penduduk adalah berbangsa Dusun dan Sungai.

Populasi kajian adalah terdiri daripada semua murid Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Telupid. Ianya terdiri
daripada 2 buah kelas yang merangkumi murid seramai 84 orang. Jumlah murid perempuan ialah seramai 48
orang (57%) manakala jumlah murid lelaki adalah seramai 36 (43%). Jumlah sampel yang dipilih adalah
seramai 70 orang sahaja. Ini adalah berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970). Jumlah
sampel lelaki dan perempuan adalah seimbang iaitu 35 orang murid lelaki dan 35 orang murid perempuan.
Kesemua murid ini adalah berumur 10 Tahun dan terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian (rendah, sederhana
dan tinggi). Murid-murid adalah terdiri daripada pelbagai suku kaum iaitu Dusun, Sungai, Bajau, Bugis dan
lain-lain. Majoriti latar belakang keluarga adalah terdiri daripada pekerja kebun sawit.

Instrumen Kajian
Bagi menjalankan kajian tinjauan ini, terdapat dua instrumen kajian yang utama iaitu satu set soalan subjektif
dan temu bual semi-struktur.
a. Set Soalan Subjektif
Terdapat 2 bahagian dalam set soalan subjektif ini iaitu Bahagian A dan Bahagian B. bahagian A
merangkumi soalan demografi umum mengenai murid yang menjawab soalan tersebut. Ianya
merangkumi nama murid, kelas, jantina dan umur murid. Bahagian B pula merangkumi soalan
subjektif yang terdiri daripada 8 soalan penyelesaian masalah matematik berayat. Soalan tersebut akan
mencakupi 4 operasi utama dalam subjek matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Berikut merupakan pecahan soalan mengikut operasi.

Jadual 1. Taburan soalan mengikut operasi

Operasi No. Soalan

Tambah 1,5

Tolak 2,6

Darab 3,7

Bahagi 4,8

Soalan subjektif yang dibina tersebut merujuk kepada sukatan pembelajaran yang terkini berdasarkan
iaitu Dokumen Standard KSSR Tahun 4 Sekolah Rendah. Bagi memastikan soalan tersebut mengukur
keupayan murid untuk menyelesaikan masalah dalam matematik, 2 orang guru berpengalaman dan
seorang pegawai SIC+ dalam bidang matematik akan memeriksa soalan tersebut sebelum diberikan
kepada murid-murid.

b. Temu Bual Semi-Struktur


Temu bual semi-struktur yang dibina adalah berdasarkan temu bual yang digunakan dalam Analisis
Kesilapan Newman. Ianya dibina berdasarkan berdasarkan lima peringkat penyelesaian masalah yang
diasaskan oleh Newman. Berikut merupakan soalan temu bual bersama murid.

Jadual 2. Soalan temu bual semi-struktur

Temu Bual Semi-Struktur

Soalan 1 : Guru : Boleh anda baca soalan ini? (Pembacaan)


Murid : ….

Soalan 2 : Guru : Apakah yang anda faham mengenai soalan ini? ( Kefahaman)

Aplikasi Analisis Kesilapan Newman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Murid Tahun 4
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
61

Murid : …..

Soalan 3 : Guru : Apakah operasi yang anda perlu lakukan (Transformasi)


Murid: ……

Soalan 4 : Guru : Tujukkan cara anda menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan operasi yang
anda tentukan (Kemahiran Proses)
Murid : …….

Soalan 5 : Guru : Apakah jawapan akhir anda? (Pengkodan)


Murid : …..

Soalan temu bual tersebut akan dilaksanakan oleh guru bersama dengan beberapa orang murid untuk mengenal
pasti punca dan pola kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Berdasarkan jadual 2
tersebut, 5 soalan utama akan diajukan dan murid akan menjawab soalan berdasarkan soalan tersebut. Setiap
solan disusun mengikut tahap dalam penyelesaian masalah berdasarkan AKN. Ianya melibatkan 5 soalan yang
berdasarkan hieraki Kesilapan Newman kemudian dikelaskan sebagai kesilapan membaca masalah (R),
kesilapan kefahaman masalah (C), kesilapan membuat transformasi masalah (T), kesilapan kemahiran proses
masalah (P) dan kesilapan membuat pengkodan jawapan (E). Namun, Newman (1977, 1983) juga menjelaskan
bahawa antara punca kesilapan lain yang boleh berlaku semasa murid menjawab soalan matematik berayat ialah
disebabkan kecuaian dan motivasi murid itu sendiri.

Sekiranya murid gagal menjawab dengan betul soalan 3, ini bermaksud murid mempunyai masalah dalam
melakukan kemahiran transformasi semasa menyelesaikan masalah tersebut. Temu bual bagi sesebuah soalan
akan terhenti apabila murid gagal menjawab dengan betul setiap tahap soalan yang diberikan. Ianya akan
diteruskan bagi soalan yang lain mengikut proses yang telah ditetapkan.

Kaedah pengumpulan dan Analisis data


Dalam kajian ini, data yang dikumpul adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif yang
dikumpul adalah berdasarkan jawapan yang diterima daripada murid setelah selesai menjawab set soalan
subjektif. Set soalan yang diterima adalah daripada ujian yang ditadbir oleh pengkaji dengan bantuan beberapa
orang guru. Surat kebenaran untuk melaksanakan kajian terhadap murid-murid di sekolah tersebut akan
diberikan kepada pihak pentadbir (Guru Besar) bagi mendapat kebenaran melaksanakan ujian matematik
tersebut. Tempoh masa yang diperlukan untuk menjawab soalan subjektif tersebut ialah selama 30 minit sahaja.
Penerangan yang jelas akan diberikan terlebih dahulu sebelum murid-murid mula menjawab soalan subjektif
tersebut.

Setelah selesai pelaksanaan ujian tersebut, proses temu bual akan dilaksanakan secara berperingkat kepada
beberapa orang murid secara umum berdasarkan proseder AKN. Data yang dikumpul dalam proses temu bual
ini adalah berbentuk kualitatif. Beberapa orang guru akan terlibat dalam membantu pengkaji dalam
melaksanakan proses temu bual tersebut. Taklimat mengenai panduan pelaksanaan proses temu bual tersebut
akan diberikan kepada guru-guru tersebut. Kemudian analisis menggunakan SPSS versi 16.0 akan dibuat untuk
menjawab persoalan kajian.Secara ringkas, pengumpulan dan analisis data kajian dapat dijelaskan seperti
berikut:

Aplikasi Analisis Kesilapan Newman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Murid Tahun 4
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
62

Rajah 1. Proses Pelaksanaan Kajian

Sampel Kajian 70 orang


Murid

Ujian Subjektif (8 Soalan


penyelesaian masalah
matematik berayat)

Kesilapan Peyelesaian
Temu bual semi struktur
Masalah
berdasarkan Prosedur
Kesilapan lain dalam
1. Pembacaan (R) Analisis Kesilapan Newman
penyelesaian masalah
2. Pemahaman (C)
3. Transformasi (T) 1. Kecuaian
4. Proses kemahiran 2. Motivasi
(P)
5. Pengkodan (E)

DAPATAN KAJIAN
Responden kajian adalah seramai 70 orang murid yang terdiri daripada 35 orang murid lelaki dan 35 orang
murid perempuan. Berikut merupakan analisis kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid dalam menjawab 8
soalan ujian matematik berayat.

Soalan Tahap Kesilapan Kekerapan (N=70) Peratus


(1) Pembacaan 1 1.43%
Kefahaman 5 7.14%
Transformasi 11 15.71%
Kemahiran Proses 13 18.57%
Pengkodan 7 10%
Kecuaian 2 2.86%
Tiada Kesalahan 31 44.29%

(2) Pembacaan 1 1.43%


Kefahaman 6 8.57%
Transformasi 14 20%
Kemahiran Proses 13 18.57%
Pengkodan 9 12.86%
Kecuaian 1 1.43%
Tiada Kesalahan 26 37.14

(3) Pembacaan 1 1.43%


Kefahaman 14 20%
Transformasi 23 32.86%

Aplikasi Analisis Kesilapan Newman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Murid Tahun 4
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
63

Kemahiran Proses 17 24.28%


Pengkodan 6 8.57%
Kecuaian 2 2.86%
Tiada Kesalahan 7 10%

(4) Pembacaan 1 1.43%


Kefahaman 12 17.14%
Transformasi 21 30%
Kemahiran Proses 24 34.29%
Pengkodan 3 4.29%
Kecuaian 0 0%
Tiada Kesalahan 9 12.85%

(5) Pembacaan 1 1.43%


Kefahaman 12 17.14%
Transformasi 18 25.72%
Kemahiran Proses 21 30%
Pengkodan 10 14.29%
Kecuaian 4 5.71%
Tiada Kesalahan 4 5.71%

(6) Pembacaan 1 1.43%


Kefahaman 7 10%
Transformasi 14 20%
Kemahiran Proses 16 22.86%
Pengkodan 8 11.43%
Kecuaian 2 2.86%
Tiada Kesalahan 22 31.42%

(7) Pembacaan 1 1.43%


Kefahaman 12 17.14%
Transformasi 18 25.71%
Kemahiran Proses 20 28.57%
Pengkodan 12 17.15%
Kecuaian 3 4.29%
Tiada Kesalahan 4 5.71%

(8) Pembacaan 1 1.43%


Kefahaman 9 12.86%
Transformasi 19 27.14%
Kemahiran Proses 20 28.57%
Pengkodan 8 11.43%
Kecuaian 3 4.29%
Tiada Kesalahan 10 14.28%

Secara keseluruhan, peratus kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid dalam menjawab soalan penyelesaian
matematik berdasarkan analisis kesilapan Newman ialah pembacaan (1.43%), kefahaman (13.75%),
transformasi (24.64%), kemahiran proses (25.71%), dan pengkodan (11.25%). Bagi kesilapan kecuaian pula
ialah 3.04% dan tiada kesalahan pula ialah 20.18%. Hal ini menunjukkan bahawa murid kerap melakukan jenis
kesilapan kemahiran proses dan transformasi. Melalui temu bual yang dilaksanakan, didapat murid sering kali
membuat kesilapan dalam membuat transformasi iaitu untuk memindahkah maklumat dalam bentuk ayat kepada
operasi. Pelaksanaan operasi yang sering kali silap menunjukkan murid melakukan kesilapan dalam kemahiran
proses. Hanya seorang murid sahaja yang didapati tidak boleh membaca sekaligus menyebabkannya tidak dapat
menjawab keseluruhan soalan yang diberikan. Kesilapan dalam pengkodan dan kefahaman juga ada dilakukan
namun pada tahap yang sederhana.

Aplikasi Analisis Kesilapan Newman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Murid Tahun 4
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
64

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

Kajian untuk menganalisis kesilapan murid ini sangat penting dalam melihat kesilapan yang dilakukan oleh
murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat bagi subjek matematik. Walaupun terdapat pelbagai
kaedah dan model yang boleh digunakan untuk menentukan kesilapan tersebut, pengkaji berpendapat bahawa
prosedur analisis kesilapan Newman adalah suatu pilihan yang terbaik dalam melihat dengan terperinci
kesilapan yang murid lakukan khususnya yang melibatkan operasi asas.
Melalui dapatan yang diperolehi, ramai murid yang melakukan kesilapan pada tahap kemahiran proses
(25.71%) dan transformasi (24.64%). Hal yang sama diperolehi melalui kajian yang dilakukan oleh Nik Nur
Fadhlillah, Azurah, Desi dan Yong (2014) dimana didapati ramai murid lebih berupaya memahami kehendak
soalan (55.88%) berbanding merancang strategi (24.5%), melaksana strategi (26.75) dan menulis jawapan
(16.67%). Walaubagaimanapun, dapatan yang berbeza diperolehi oleh Prakitipong dan Nakamura (2006) bagi
ujian untuk Tahun 5 di Thailand menunjukkan bagi soalan subjektif murid lebih banyak melakukan kesilapan
kefahaman. Perbezan mungkin disebabkan jumlah soalan yang digunakan di Thailand hanya 3 solalan subjektif
manakala kajian ini menggunakan 8 soalan subjektif. Dapatan ini juga mungkin dipengaruhi oleh Bahasa
(Prakitipong & Nakamura, 2006).
Dapatan yang diperolehi adalah tidak berguna sekiranya tidak ada tindakan susulan daripada guru.
Proses kenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan adalah suatu permulaan yang baik dan guru perlulah berusaha
untuk mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid. Kemahiran pedagogi guru perlulah releven
dengan keperluan semasa serta bersifat dinamik bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik
murid khususnya dalam bidang matematik. Kolaborasi sesama guru dalam bidang yang sama sangat penting
untuk merangka program atau tindakan susulan bagi mengatasi masalah tersebut. Kesan yang buruk akan timbul
seperti bosan, putus asa, serta benci akan subjek matematik dalam kalangan murid sekiranya masalah yang sama
tidak dapat diatasi. Diharap dapatan ini akan dapat dijadikan panduan kepada guru-guru sekolah rendah
khususnya bagi subjek matematik dalam meningkatkan kemahiran murid untuk menyelesaian masalah
matematik berayat.

Rujukan
Allan Leslie White. (2010). Numeracy, Literacy and Newman’s Error Analysis. Journal of Science and
Mathematics Education in Southeast Asia 2010, Vol. 33 No. 2, 129 – 148
Aygor, N & Ozdag, H. (2012). Misconceptions in linear algebra: the case of undergraduate students. Procedia –
Social and Behavioural Sciences, 46, 2929-2994
Clements, M.A. (1980). Analysing children’s errors on written mathematical tasks. Educational Studies in
Mathematic, 11(1), 1-21.
Clements, M. A (2004). Analysing Errors Made by Pupils on Mathematical Tasks. Sultan Hassanal Bolkiah
Institute of Education, Universiti Brunei Darulssalam.
Duru, A. & Koklu, O. (2011). Middle school students’ reading comprehension of mathematic texts and
algebraic equations. International Journal of Mathematical Education, 42(5), 447-468
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Spesifikasi kurikulum Matematik Tahun 4. Putrajaya, Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Montague, M. (2010). Math problem Solving for middle school students with disabilities. Fall 43(1), 1-6.
Newman, M. A (1977). An Analysis of sixth-grade pupils’ error on written mathematical task. Victorian
Institute for Educational Research Bulletin, 39, 31-43
Newman. M. A (1983). Strategies for diagnosis and remediation. Sydney: Harcourt, Brace Jovanovich.
Natcha Prakitipong & Satoshi Nakamura (2006). Analysis of Mathematics Performance of Grade Five Students
in Thailand Using Newman Procedure. CICE Hiroshima University, Journal of International
Cooperation i Education, Vol.9, No.1, (2006) pp.111- 122
Roslina Radzali, T. Subahan Mohd Meerah & Effendi Zakaria. (2010). Hubungan antara kepercayaan
matematik, metakognisi dan perwakilan masalah dengan kejayaan penyelesaian masalah Matematik.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2), 1-7.

Aplikasi Analisis Kesilapan Newman dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Murid Tahun 4

You might also like