You are on page 1of 20

Isyarat Pandu Puteri

Tiga jari tangan kanan ditegakkan, ibu jari diletakkan menindih jari
kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat ke paras bahu .
Tiga jari melambangkan Persetiaan Pandu Puteri.

ISYARAT WISEL
Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan.Semasa mengadakan
perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan
tertentu tanpa perlu menjerit.

Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan.
Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai.

Berikut merupakan isyarat wisel yang digunakan bagi Pasukan Pandu


Puteri:

 Satu tiupan pendek : SEDIA


 Satu tiupan panjang :DIAM atau MEMBATU
 Banyak tiupan pendek : SEMUA DATANG CEPAT
 Tiupan pendek-panjang: BERSEDIA atau pendek-panjang
AMARAN / BAHAYA
 Tiupan pendek-pendek- pendek-panjang : KETUA KUMPULAN
DATANG KE SINI
 Tiupan panjang-panjang-panjang : PERGI DARI SINI
 Enam tiupan pendek, satu tiupan panjang, enam tiupan pendek:
PANGGILAN KE DAPUR JURUMASAK
BERJABAT TANGAN

BENDERA DUNIA
 Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan
bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan.
 Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu
Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan.
 Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-
kanak di dunia.

BENDERA MALAYSIA
 14 jalur melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
 Warna merah melambangkan keberanian

PELANTIKKAN PANDU PUTERI TUNAS


 Seseorang Ahli Baharu mestilah lulus ujian Pra-Persetiaan sebelum
dilantik.
 Istiadat Pelantikan dirancang oleh Kakak Setia untuk semua Ahli Baharu
sebaik sahaja mereka lulus ujian Pra-Persetiaan.
 Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin berwaran.
 Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Tunas dijalankan dalam formasi
Lingkungan Pandu Puteri Tunas.
PELANTIKKAN PANDU PUTERI RENJER

 Seorang Ahli Baharu yang tidak pernah menjadi Pandu Puteri Tunas atau
Pandu Puteri Remaja mestilah terlebih dahulu lulus Pra Pelantikan Pandu
Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.
 Istiadat Pelantikan dirancang dan dijalankan oleh Kapten untuk semua
Ahli Baharu dan boleh diadakan serentak atau secara berperingkat-
peringkat sekiranya bilangan ahli baharu ramai.
 Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh Pemimpin Berwaran yang
dijemput untuk melantik Ahli Baharu.
 Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Renjer dijalankan dalam formasi V.
KHIDMAT
 Pandu Puteri Tunas membuat khidmat dengan cara menolong orang setiap hari
sama ada di rumah atau di sekolah.

 Pandu Puteri Renjer memberi khidmat sekurang-kurangnya


sekali sehari.

 Contoh khidmat:
 Menolong ibu mencuci pinggan selepas makan malam.
 Menolong ayah membersihkan akuarium.
 Menolong jiran yang tua memotong rumput.
 Menolong guru mengangkat buku
Lencana Dunia

Lencana Trefoil Dunia (World Badge) ialah lambang WAGGGS. Lencana ini
hanya boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli
penuh yang telah melafazkan ikrar. Di peringkat dunia, Lencana ini merupakan
simbol perpaduan di kalangan Pandu Puteri sedunia.

Warna emas pada lambang ini membawa maksud sinaran matahari yang memancar ke atas semua
kanak-kanak tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit.

Tiga bentuk daun bercabang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri yang asalnya telah diperkenalkan
oleh Lord Baden Powell.

Bentuk segiempat bujur ke atas di tengah-tengah daun adalah jarum kompas yang menunjuk ke arah
utara, iaitu arah yang menjadi matlamat Pandu Puteri.

Manakala dua bintang di sebelah kiri dan kanan menandakan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu
Puteri yang menjadi asas pergerakan ini.

Ringkasan Maksud Lencana Dunia

Ketiga-tiga kelopak pepina (Trefoil)

melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri.

Simbol Api pada bahagian pangkal

melambangkan api kecintaan terhadap kemanusiaan.

Jalur atau urat menajam ke atas

melambangkan jarum kompas yang sentiasa menjadi pedoman atau petunjuk ke jalan yang benar dalam kepanduan.

Dua bintang

melambangkan Persetiaan dan Undang-undang yang menjadi pedoman hidup kita.

Bulatan mengelilingi logo

melambangkan Persatuan Sedunia (WAGGGS)

Warna kuning emas Pepina yang berlatar-belakangkan warna biru

melambangkan sinaran cahaya suria ke atas semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh Dunia.

To help other
people at all time
To do my duty to
God, King and
Country And to obey the
Younger
Elder help
respect elder
younger

Always smile Silence

Unity Doing one good turn a day

Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia
menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan
dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri
berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain.

Berjabat tangan dengan tangan kiri ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa
dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell melawat Kenya.
Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup
meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk
tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden Powell terus
mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.

Lencana Pandu Puteri Malaysia

Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri


Sedunia (WAGGGS – World Association of Girl Guides and Girl Scouts)
pada tahun 1928, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai
lencana ikrar, sebagai lambang cita-cita Pandu Puteri.
Rekabentuk lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari
1962. Ia dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat.

Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut sehelai daun yang jatuh ke
tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentuknya. Berikutan satu perbincangan sesama
ahli-ahli kadetnya, mereka telah mencapai kata putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya
rekabentuk daun tadi digunakan sebagai rekabentuk trefoil. Ini meggantikan lencana trefoil
Inggeris yang telah digunakan sebelum tahun 1962.

Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau cantuman daun yang
terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya.

Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetiaan. Cantuman tiga daun ini
melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini.

Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah-tengah cantuman daun itu bererti wujudnya
perpaduan antara 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di negara ini. Ini penting kerana
Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahli walaupun terdiri daripada bangsa, agama dan
budaya berlainan.

Pemimpin akan menyemat lencana ini pada skaf ahli semasa Upacara Pelantikan yang
diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Jadi lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan.

ISYARAT TANGAN

You might also like