You are on page 1of 37

e) Seni tekat tekstil yg dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain

dasar jenis baldu. Proses yang terlibat ialah penciptaan, persiapan pemidang,
membentuk mempulur dan menyulam.

g) Seni anyaman satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah


buluh, rotan, lidi, bertam , paku-pakis ribu ribu melalui teknik selang-seli. Proses
daun yang terlibat ialah melayur , menjangka daun- sisir/belah, melurut, merendam,
pewarnaan- kuning (kunyit) jingga / merah (buah kesumber india) biru tua (daun
mengkudu), hitam (buah pokok arang), hijau (daun bemban), mencelup
warna.Proses anyaman (lagang-bilah daun dibentuk V, mengayam,
pepeh- anyaman mati dilakukan di bahagian tepi tikar menggunakan teknik sisip
menggunakan buluh bagi mengelak terburai, dan lebihan bilah anyaman akan di
potong.)
SENI ANYAMAN

Pengenalan

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan


masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau
menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan
tumbuhan lain yang dikeringkan.

Definisi Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-


tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-
bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan,
mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan
lembut.
anyaman dimensi baru

Sejarah dan Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni
tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan
tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan
asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun
dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman
pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman
digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat
daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di
peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain
yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
bilah rotan

Jenis-jenis Anyaman

1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan
lain-lain

2. Anyaman pandan - Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,

3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai - Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg
dan lain-lain

4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian
anak dan lain-lain

5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.

6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus,


bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang

Puan Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul
Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah
merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan
Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan
Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih
aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.
Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga
ANYAMAN

Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di
nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana
tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya,
kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan
yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni
anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini
menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman. Jika diperingkat sekolah rendah penggunaan
bahan ganti boleh digunakan dalam penghasilan membuat anyaman contohnya surat khabar, daun kelapa
dan lain - lain lagi mengikut tahap murid.

PENGENALAN

Anyaman merupakan satu seni kerajinan yang dimiliki


masyarakat Melayu. Ia melibatkan proses menyilangkan
bahan-bahan asli daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan
satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan sebagai
barangan seharian. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang,
jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan
dan lembut.

Anyaman merupakan seni kraf sejagat Melayu wujud sejak


300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh,
rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang
kepada hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan
dan hadiah.

Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Melayu


menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui
penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas
serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan
cenderamata.

Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan


sebenar keunikan seni kraftangan Melayu yang dianggap seni
kraf yang unik di rantau Asia.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan


kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di
daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung
Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-
negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri
Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,
Melaka, Sarawak dan Sabah.

Pengenalan

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini.
Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah
masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni
anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak
panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali,
akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi
usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-
hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.
Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis
tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada
fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi
bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada
tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk
anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar
istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756
hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman
daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang
baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun
lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang
melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam,
petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya
dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain
tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-
bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau
menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini
ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak.
Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak
dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif.
Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan
unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan
digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain
anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai
atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada
bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang dibuat
dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah
lama berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan
mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk
bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat,
potong wajik dan sebagainya lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha
untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman.
Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi
juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar
diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam
ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah
dikeringkan dan lembut. Secara keseluruhannya seni anyaman tidak banyak perbezaannya,
bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan. Menganyam merupakan salah satu aktiviti
kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi, kebanyakannya menjurus
kepada kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung saji.
Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta seperti
perabot dan perhiasan diri.

Sejarah dan Perkembangan Anyaman


Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah
anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa
Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada
akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti
Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan
Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman
tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering
dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah
negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang


Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat
penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang
telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat
pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini
beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

LANGKAH ANYAMAN TIKAR


1. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain.
2. Hujung bilah (A2) dilipat keliling
3. Bilah daun baru ditambah (C)
4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A)
5. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)
6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas
7. Bilah (A1) dilipat ke bawah
8. Bilah (B2) dilipat ke bawah
9. Dua bilah baru ditambah (E dan F)
10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E)

11.Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah

1
1.
CONTOH-CONTOH ANYAMAN

Anyaman lidi
Anyaman mengkuang

Anyaman buluh
Anyaman rotan

Anyaman daun sal

Anyaman daun pandan


KRAF TRADISIONAL : ANYAMAN
PENGENALAN
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan
seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman
dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan
sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal
menebat pengaliran haba. Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar.
Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi
usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya,
kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.
Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan
pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi
masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa
bentuk yang digunakan sehari-harian.
Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik
ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan
mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini
berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada
sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu). Rupa bentuk
anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan
sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan
oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan
seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan
sebagainya.

DEFINISI ANYAMAN
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh,
pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam
bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah,
pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah
anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan
adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang
awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu
tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman
digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung.
Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri
Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG

Puan Aminah binti Ali


Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat
penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh
Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan
Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli
kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:


i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
ii. Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii. Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga.

JENIS-JENIS ANYAMAN
1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang
-Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan - Daun pandan duri
-Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai
- Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses
-Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa
-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu - Paku pakis ribu-ribu.
-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serbaguna dan lain-lain.

ANYAMAN BULUH
Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-
kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan
subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh
betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan
buluh sembilang.
Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau
joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit,
sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang,
nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.
Memproses Bahan
Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran
yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :
1. MerendamMengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air
selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda.
Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan
tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik
walaupun berbau masam.
2. Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat
(memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah
boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan
dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam
pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.

CORAK ANYAMAN TIKAR


Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-
warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli.
Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang
dianyam iaitu:
1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap
2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna
cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.
3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu
mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.
4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan
dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.
5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih
kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.
6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi
dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru.
7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan
selari.
8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan
corak yang betul-betul lurus amat sukar.
9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh
para penganyam.
10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua
warna iaitu cerah dan gelap.
11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru.

BAHAN ANYAMAN
Rotan

Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur.
Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk.

Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau
alat-alat menangkap ikan.

ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN


Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang
menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas.
Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang
adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan.
Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh
berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak
semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.
Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil
kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar
lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur
padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak
dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan
sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.
Memproses Bahan
Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok.
Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya
serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan
berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair dan
licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian
yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun
tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.
Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah
mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang
terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari
dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu
kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan
yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu
ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.
Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak
sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman
digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.
Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum
dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu.
Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup
pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan
celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban,
dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah
dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.
Menganyam
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang
dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji,
anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau
diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji
SENI TEKAT

Seni Tekat

Pengenalan

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas
kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu,
mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Sejarah dan Perkembangan

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal
kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat
dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat
untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri
Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh
pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
tekat digunakan semasa upacara perkahwinan

Fungsi tekat

Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan,
upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat
diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan
masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.

Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang
rapi apabila digunakan.

Peranan Institusi dan Istana

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-
pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat
benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang
pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf
tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat
dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan
menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang
dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan
ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat
dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Tokoh Tekat

1. Ahdijah bt. Hasim

Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan
Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar
menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar,
Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan
Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.

2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof

Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran
menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau
menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di
Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan
Brunei untuk membuat demontrasi menekat.

Jenis-jenis Tekat.

1. Tekat Timbul Bunga Emas


Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas
keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur
di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan
membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah
diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan
gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar,
peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

Proses Menekat

* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis
kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang
digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.

* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang
dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan.
Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur
daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil
daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.

* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat
ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah
pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki
dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan
pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu
akan menjadi tegang.
* Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh
benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak
meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang
mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas
haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman
akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman
benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.

TEKAT

PENGENALAN
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat
merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain
dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan
pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur
sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk
bunga tekat.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung
dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan
keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni
tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa
zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan
penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan
masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka
menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian
mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat


negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul
Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri
yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul
benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang
dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah
tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
FUNGSI TEKAT
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia
digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara
peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan
seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat
merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian.
Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak
terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan
mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang
lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan
yang rapi apabila digunakan.

PERANAN INSTITUSI ISTANA


Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama
pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang
tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana
kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas.
Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan
keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat
tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah
menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan
menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan,
promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan
menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang
dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang
dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong
tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang
lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung,
kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu
memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat
tempatan dan pelancong luar.

TOKOH TEKAT
1. Ahdijah bt. Hasim

Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat


yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia.
Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran
dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada
Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang
tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak
menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada
Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju
penabalan Yang Di Pertuan Agong.
2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof

Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit


Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat
adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun
temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa
dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah
seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan
Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab
saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.

JENIS-JENIS TEKAT
1. Tekat Timbul Bunga Emas

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk


membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang
dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman
benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak


gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan
membentuk corak motif melalui benang merah yang
dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi
dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah
adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah
menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin,
sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan,
lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
PROSES MENEKAT
* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang
emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu.
Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas
tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur.
Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman
timbul.

* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif


dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih
antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk
motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang
mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25
sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk
membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak
yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak
banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada
jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan
pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan
daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua,
ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua
jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran
pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan
dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang.
Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.
* Selepas itu, benang emas akan
ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum
yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan
supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar.
Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang
mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh.
Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah
disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak
kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan
lebih teratur dan kemas.
* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur
tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang
ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup
dengan kertas emas atau labuci.

CONTOH-CONTOH GAMBAR TEKAT


TEKAT
Pengenalan

Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam
benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut
'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil
tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada
bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di
Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak, Pahang dan Johor.

Motif dan Rupabentuk

Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri. Rupabentuk tekatan terbahagi kepada


dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar,
kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang).
Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan
tudung saji. Tudung saji dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias
ialah bahagian luar dari puncak hingga ke tapaknya. Acuannya dibuat daripada
daun nipah atau rumbia yang diikat dengan rotan atau buluh.
Tekat bermotifkan flora

Proses Pembuatan

Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan
kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan
sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan
mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.

Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa
helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya
bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas
dibuat antara 0.5 cm dan 0.25 cm. Mempulur daripada kertas digunakan untuk
membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada
mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau
catur.

Seterusnya kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu
halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu
digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau
tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan
tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada rekabentuk yang diingini. Baldu
yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang
diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu baldu akan menjadi tegang.

Selepas itu benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui
jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak
meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam
dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh.
Setiap kalimerentasbenang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya
batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan
lebih teratur dan kemas.

Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada
bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup
dengan kertas emas atau labuci.

Jahitan tekat selayah


Penggunaan

Ciptaannya merupakan pakaian dan bahan kelengkapan dan wujud serta


berkembang di istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas merupakan alat
istana. Beberapa rupabentuk tekat dicipta digunakan sebagai bahan atau alat
seharian, juga pakaian rasmi sultan. Seni tekat telah berkembang kepada
masyarakat luar istana dan dilakukan sebagai kraftangan sambilan. Malah kerana
kerjanya yang harus berhati-hati dan memakan waktu yang lama untuk
menyiapkannya, maka ia dibuat beransur-ansur apabila diperlukan. Misalnya bagi
gadis-gadis yang telah bertunang akan menyediakannya sendiri secara
berperingkat-peringkat alat-alat perkahwinannya dengan tekat, sebagai hiasan
pelamin, sarung bantal, alas tempat tidur, kipas, kasut dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, fungsi tekat masih terbatas. Ia hanya digunakan untuk


istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan,
upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya.
Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan
seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana
bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannnya juga memerlukan
waktu yang lama dan hasilnya yang dekoratif serta indah memerlukan penjagaan
yang rapi apabila digunakan.
Tekat

Definisi
Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain
dasar iaitu baldu.
seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha
tekatan.
Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama ada disulam, ditekat atau disuji, ragam
hias hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana
bahagian dalamnya diisi dengan mempelur.
Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan
berturut-turut (melakukan sesuatu).
Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan di salit
dengan benang emas di atas lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.
menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul.
Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat.
Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan kertas perada di atas kain
berwarna.
seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni ini digunakan untuk hiasan
barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk tekat
berasaskan corak awan larat tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu.
motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun keladi, daun bunga padi,
daun peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima,
bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya. bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.
Sejarah
berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya
dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumber alam oleh tukang-tukang
tempatan.
berkembang pesat di istana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu pada kurun ke 15.
Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan di
kalangan kerabat diraja. Di Perak, senitekat pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana. Raja
Permaisuri Perak pada akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak menghasilkan
reka bentuk tekat.
dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunan baba dan Nyonya Melaka serta
orang-orang tempatan di beberapa negeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka.
Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu.
Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang rumit, indah dan mewah.
Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasil tekatan digunakan untuk penghasilan
barangan tiga dimensi seperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tapak sirih, kasut dan lain-lain lagi.
terbatas dan kegunaannya adalah terhad.
Jenis-jenis Tekat
1. Tekat timbul benang emas atau perak
Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turut di atas irasan baldu,
melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas
diliputi benang emas atau perak.
2. Tekat gubah
Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kain dasar. Mempulur tidak
digunakan. Acu yang diperbuat daripada kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar
sebagai panduan untuk melukis corak.
Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enau berwarna hitam dililit rapi
dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa
benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain dengan
menggunakan benang sutera berwarna.
Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikan lagi dengan manik dan
labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang kosong atau yang tidak bertekat.
3. Tekat perada
Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yan ditebuk
berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusuri dengan empat
lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah
kerawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk
mengindahkannya lagi.
tidak lagi diusahakan sekarang.
Alatan Tekatan
Pemidang kayu
dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki.
digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan tekatan dengan menggunakan
peregang, akan memudahkan bahagian tepi kain digunting.

Contoh alatan menekat


Cuban dan benang emas
Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas.
diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak atau tanduk berukir.
Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam bentuk palang.

Contoh cuban tekat


Irasan atau kain dasar
Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain baldu untuk tekatan dan kain
kapas untuk sulaman.
Benang putih atau benang kapas
Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur. Benang ini tidak
kelihatan di permukaan kain kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau
mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagi mengait dan mendapatkan jarak tekatan yang rapat.
Mempelur
Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas tebal dan dipotong sehingga
meninggalkan bentuk. Bentuk motif ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam
benang emas dimulakan.
Proses tekatan
Menyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian daripada sumber alam dengan melukis
dan memotong kad tebal.
Mempulur bukan hanya sebagai rangka reka corak tetapi juga berperanan untuk mengukuhkan
dan juga menimbulkan bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar).
Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki.
Tujuan pemidang adalah untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir
kain tekatan bila kain baldu diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya akan disembat kasar supaya
lekat pada kain putih yang diregang.
Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur diletakkan di atas kain dasar. Kain
dasar biasanya terdiri daripada kain baldu yang berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau tua
atau ungu gelap. Pilihan warna ini adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna
emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk menambah kilauannya, kadangkala labuci
digunakan.
Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur.
ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang putih harus melalui bahagian bawah
mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan mempulur. Tiap kali merentas,
benang-benang emas harus disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan cara ini,
sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas.
Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup dengan sulaman. Bahagian
penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak
memerlukan bahagian itu ditutup.
Aktiviti latihan pembelajaran membuat tekat
Menggunakan Benang Kait
Alat:
Benang kait Benang putih
Jarum kasar (berlubang besar) Pemidang kayu
Kain Kad bod (untuk membuat membulur)
Pisau Cuban
Langkah 1:
Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam tekat.
Langkah 2:
Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak tekat kepada pelajar.
Langkah 3:
Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak
dihasilkan di kertas.
Langkah 4:
Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing
pelajar.
Langkah 5:
Pelajar membuat tekatan mengikut lakaran.
Proses membuat tekat dengan menggunakan benang - mengait
Corak dilukiskan ke atas kad bod dan dipotong hingga menjadi satu mempulur.
Kain diregangkan pada pemidang kayu.
Mempulur diletakkan di atas kain dasar tersebut.
Cuban yang dililitkan dengan benang kait akan merintasibahagian batang mempulur bawah kain.
Benang kait tersebut ditindih dan diikat serta dijahit denganbenang putih.
Kemudian benang kait tadi akan ditindih dan diikat serta dijahitdengan benang putih.
Tiap kali merintas, benang kait mesti disusun rapi supaya batangmempulur tidak kelihatan.
Proses diulang sehingga seluruh mempulur tertutup dengansulaman.
Persembahan hasil kerja
(i) Penilaian berdasarkan
idea reka cipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
(ii) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individudan orang lain.
Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang tekat atau tempat membuat tekat
Tempat : kilang atau tempat membuat tekat yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
bagaimana tekat dihasilkan
proses bagaimana tekat dihasilkan di peringkatpermulaan hingga akhir
kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tekat
pemasaran barangan tekat.

You might also like