You are on page 1of 19

KRAF TRADISIONAL

 ANYAMAN
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan
digemari sehingga hari ini.

Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam


penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak
berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di
hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir
pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan


teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang).
Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya
bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk
menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang
digunakan sehari-harian.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Rupa bentuk


anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini
ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi,
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan
kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses
menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh
digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah
lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan
tumbuhan lain yang dikeringkan.

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan


daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang
kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan
sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh
dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan
perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik
kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan
kehidupan.

Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal
digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam
buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman
pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan
anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar
Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan


kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila,
Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan
Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih
terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Anyaman Pandan dan Mengkuang

Puan Aminah Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944.


Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman,
binti Ali iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman
yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh
kraf anyaman yang telah dipilih oleh
Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun
1982 beliau memenangi tempat pertama
dalam pertandingan Pertukangan tangan
sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini
beliau masih aktif sebagai seorang ahli
kraftangan anyaman.
Cik Siah bt Jumaat
berasal dari negeri
Terengganu mencipta
kelarai Sambas

Hajah Asiah bt. Salleh


Dayang Aisah bt. Awang
dari negeri Terengganu
Husin dari negeri Sabah
mencipta kelarai Tapak
mencipta kelarai bunga
harimau

Esah bt Said dari Hajah Semek dari


negeri Kelantan negeri Terengganu
mencipta kerai Sisik mencipta kelarai
Kelah. Mak Mek
Anyaman Mengkuang - Anyaman pandan –
Daun mengkuang Daun pandan duri
Tikar, tudung salji, bekas Tikar sembahyang, hiasan
pakaian dan lain-lain dinding,

Anyaman Buluh – Anyaman Rotan –


Jenis-jenis buluh yang sesuai Rotan yang telah diproses
Bakul, bekas pakaian, nyiru, Bakul, bekas pakaian, tempat
beg dan lain-lain buaian anak dan lain-lain

Anyaman Lidi – Anyaman ribu-ribu-


Lidi kelapa Paku pakis ribu-ribu.
Lekar, bekas buah, Tempat tembakau, bekas sirih
bekas telor. terbus, bakul, bekas serbaguna
dan lain-lain
Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang,
jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur,
tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika
dan subtropika.

Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya


buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri,
buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting,
buluh perindu dan buluh sembilang.

Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu


satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas
membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting
dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar,
tukil dan sebagainya.

Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung
saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh
minyak dan buluh gading.
Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan.
Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut
adalah langkah memproses buluh :

1. Merendam

Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian


direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini
cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama
campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang
terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih
lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap
lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.
2. Menyalai

Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga


kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi
batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut
menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh
lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh
itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil
kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai
untuk anyaman bilah isi.
Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna
pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting
dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga
meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan
dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan.

Terdapat 11 corak yang dianyam.


1. Corak Tapak Catur – 2. Corak Mata Bilis –
seringkali dianyam dalam dua menggunakan warna teang dan gelap.
atau tiga warna. Hasil cantuman Warna gelap dianyam satu mata sahaja
warna cerah dan gelap dengan warna cerah. Kedua-dua warna
ini timbul seakan-akan beras patah.

3.Corak Beras Patah – 4. Corak Palembang –


menyerupai corak mata bilis tetapi berasal dari Palembang. Petak
warna cerah dianyam tiga mata empat segi atau biji kundang
diselangi dengan satu mata gelap. dianyam dengan warna hijau dan
Hasil cantuman ini member dikelilingi jalur-jalur dua warna
gambaran seakan-akan beras patah. iaitu merah dan putih.
5. Corak Bugis – 6. Corak Muar –
berasal dari Bugis dan penggunaan berasal dari Muar dan bermotif empat
dua warna yang berdekatan hijau segi. Anyaman dua warna merah dan
dan putih. Petak-petaknya lebih biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur
kecil dari corak Muar serta dianyam putih, hijau dan kuning. Antara petak-
dalam bentuk berdiri dan serong. petak digunakan adalah campuran
merah dan biru.

8. Corak Berdiri –
7. Corak Selang-seli –
kurang mendapat sambutan dari
penggunaan warna gelap dan cerah.
pengusaha. Penggunaan dua warna
Kedua-dua bahagian dianyam mata
tetapi untuk mendapatkan corak
sama banyak dan selari.
yang betul-betul lurus amat sukar.
9. Corak Serong –
corak yang mudah. Bermacam 10. Corak Ketapang Gilir Kacang –
kelarai boleh dianyam melalui seakan-akan corak selang-seli dan
contoh ini serta amat digemari susunan yang rapat. Dianyam dengan
oleh para penganyam. dua warna iaitu cerah dan gelap.

11. Corak Malaysia –


corak selang-seli, dikelilingi dengan
warna merah, putih, hijau dan biru
ROTAN

Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan


batang rotan pada palang jemur.

Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan


lama dan mudah dibentuk.

Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan
berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan.
Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan
kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak
hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas.

Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan.
Biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih
besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada
pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar
daripada bilah anyaman pandan.

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil
bilah, lebih halus hasil kerjanya.

Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk


menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya.
MEMPROSES BAHAN
Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai,
bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling
umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta
untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru.

Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk


membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua
daun itu hampir sama panjang.

Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga
layu.

Kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang
dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat
sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan
lain.

Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan
mudah dilurut.
(Sambungan) MEMPROSES BAHAN
Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah
dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air
selama dua atau tiga hari.

Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali


supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan
dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar
menjadi putih.

Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang


atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama
bahan celup pewarna selama beberapa minit.

Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali
terakhir supaya lebih licin dan lembut.
Menganyam

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin


dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih.

Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di


bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang
berbentuk kon.

Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan


anyaman tudung saji

You might also like