You are on page 1of 13

Songket

Songket, lambang kehalusan seni tenunan


Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kemahiran dan kreativiti tukang tenun
terserlah melalui pengolahan corak dan hasil
tenunan yang indah lagi menarik.

Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah


Melayu telah menggiatkan lagi
perkembangan tenunan tempatan. Tenunan
songket mula berkembang dibeberapa negeri
terutama di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di zaman silam, motif dan warna yang


terdapat pada tenunan songket
melambangkan kedudukan seseorang.
Secara tradisi, songket ditenun dengan
menggunakan benang sutera halus dan
benang emas serta dipakai oleh kerabat
diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
Kini, songket ditenun dengan benang kapas
dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa
sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis
tertentu.

Keanggunan kain songket, selain dijadikan


sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis
dan memperaga seni budaya, ia juga turut
diilhamkan pada pelbagai barangan dalam
bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding,
kusyen dan sebagainya.

Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun
dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu
sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang
masih segar hingga ke hari ini.

1
Motif Kain Songket

Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan


beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif
pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.

MOTIF KAIN SONGKET

Motif kain songket terdiri daripada dua unsur


penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif
yang sering digunakan meliputi bentuk bunga,
daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-
buahan.

Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain


songket kebanyakannya berasaskan bunga-
bungaan. Dengan teknik menenun yang
tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam
corak geometrik. Motif-motif pada kain songket
disusun dengan susunan bunga penuh, bunga
bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk
rebung dan lawi ayam sering ditempatkan
dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula
dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Teknik Pembuatan Kain Songket

Pada asasnya kain songket dihasilkan mengikut proses berikut:

Mewarna benang, menerai, menganing,menggulung, menyapuk, mengarat,


menyongket, menekat dan menenun.

TEKNIK PEMBUATAN KAIN SONGKET


Mewarna Benang

Benang untuk tenunan terdiri daripada benang


kapas, benang sutera, benang emas, dan
benang perak. Benang emas dan benang perak
adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan.
Gempalan benang mentah diwarna berulang kali
supaya warnanya tidak luntur dan sekata.
Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah
berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut

2
dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.
Menerai Benang

Benang diceraikan daripada tungkulan besar


dengan menggunakan alat rahat dan guwing.
Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh
yang dinamakan benang pakan.

Menganing

Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke


pelting disusun di atas anian. Benang ditarik
mengikut panjang yang dikehendaki berselang-
seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.

Menggulung

Benang yang telah dianian digulung mengikut


lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain
yang dikehendaki pada papan gulung).

Menyapuk

Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi


jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak
di bahagian depan tempat duduk penenun.
Proses ini dilakukan dengan menggunakan
sejenis alat dipanggil pengait.

Menggarat

Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng


turun naik. Caranya dimulakan dengan
menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak
karat ditekan.

3
Menyongket

Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan


menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui
celah-celah benang loseng.

Menekat

Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara


iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-
songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada
celah-celah benang. Motif dibuat dengan
menggunakan benang emas yang diisi kedalam
Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali
sebagai menyulam atau menekat benang emas.
Menenun

Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat


yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek
Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang
saling berkaitan antara satu sama lain. Proses
menenun ialah melancarkan benang corak ke
atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun
mestilah menumpukan perhatian terhadap
ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

Sumber : http://www.kraftangan.gov.my
Tarikh Akses : 28 Mac 2013

4
Tenunan Dastar

Tenunan dastar merupakan tenunan asli


Sabah yang terkenal dari suku kaum Bajau
dan Iranun di daerah Kota Belud, Kudat dan
Samporna. Kemahiran menenun kain dastar
ini dipercayai telah dipelopori daripada Kota
Batu, Filipina Selatan. Tenunan dastar
biasanya digunakan oleh kaum lelaki sebagai
tanjak (tengkolok) dan dipakai semasa
upacara kebesaran atau majlis perkahwinan.
Sebelum menenun, benang-benang dikanji
dan dicelup warna terlebih dahulu.
Kemudian, benang-benang tersebut diikat
dan diberus dengan sabut kelapa untuk
membersihkan daripada sisa-sisa kanji serta
melicinkannya.

Sejenis alat iaitu bekara, digunakan untuk


menerai benang. Kemudian, lebar dan
panjang kain yang hendak ditenun ditentukan
melalui proses pangsud (menganing).
Semasa proses pangsud, kerja-kerja
penunggit (menyampuk) pada alat surud (gigi
loseng) serta kerja bibitan (mengarak)
dengan menggunakan benang nylon putih
dilakukan secara serentak.

Apabila selesai kerja mengarak benang,


barulah proses menenun yang sebenar dapat
dimulakan. Proses menenun ini dilakukan
serentak dengan proses menyolek atau menyongket. Proses ini memerlukan kreativiti
serta ketelitian penenun untuk menghasilkan tenunan yang menarik dan bermutu tinggi.
Benang-benang yang beraneka warna pula digunakan untuk menenun rekacorak dan
motif hiasan pada permukaan kain. Motif tenunan dastar biasanya berbentuk tumbuh-
tumbuhan, binatang atau corak geometrik.

Kini, tenunan dastar bukan sahaja digunakan untuk upacara kebesaran tetapi telah
dijadikan dalam berbagai bentuk barangan seperti beg, bingkai gambar dan
sebagainya.

5
Teknik Pembuatan Tenunan Dastar

TEKNIK ANYAMAN DASTAR

Benang kapas dikanji sebelum dicelup warna.

Proses menerai benang.

Proses menganing untuk menentukan lebar dan


panjang kain yang hendak ditenun.

Proses memintal untuk menghasilkan benang


loseng. Kayu cengal biasanya digunakan untuk
memintal bagi memudahkan kerja-kerja
menegang dan menyusun benang loseng supaya
kemas dan teratur.

Proses menyapuk (penunggit) di mana benang


lungsin diselit pada alat surud (gigi loseng).

6
Mengarat atau bibitan , iaitu melilit benang karat
pada benang loseng.

Menenun sambil menyolek dilakukan sehingga


siap.

Rekacorak dihasilkan ketika kerja-kerja


menyolek.

Sumber : http://www.kraftangan.gov.my
Tarikh Akses : 28 Mac 2013

7
Tenunan Pua

Kehalusan dan keindahan seni kraftangan Sarawak jelas terpancar melalui warisan
pelbagai hasil kraftangan kaum etnik yang terdapat di Sarawak. Pua, tenunan ikat-
lungsin yang diwarisi turun-temurun oleh suku kaum Iban memaparkan identiti dan
pegangan kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup.

Kombinasi warna coklat kemerah-merahan yang terdapat pada tenunan pua cukup
harmonis dan menarik. Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan lambang makhluk seperti
corak cicak (engkarong), buaya, lembaga manusia (engkaramba) dan sebagainya
memaparkan keunikan rekacorak tradisi tenunan pua. Namun demikian, penenun pua
kini lebih tertumpu kepada motif moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan
geometrik.

Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga
boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi. Antaranya ialah bidang (skirt), sirat
(cawat), kalambi (jaket) dan dangdong (kain selempang).

Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang
mempersonakan, memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua
yang masih terpelihara hingga ke hari ini.

8
Alat Pua

9
Proses Menenun Kain Pua

PROSES MENENUN KAIN PUA


Memproses Benang

Benang putih yang telah dipilih direndam


semalaman di dalam air bersih. Kemudian
dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya
benang yang akan digunakan dalam tenunan
pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus.

Menggulung Benang

Benang mentah yang telah dikanji dan


dikeringkan akan dimasukkan ke dalam
'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk
bebola.

Menggirit

Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam


proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan
membawa mangkuk yang berisi benang dari
bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari
bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di
antaranya untuk memudahkan kerja-kerja
mengarap kelak.

Mengarap

'Kayu Lambongan' digunakan untuk


memasukkan benang yang terselit antara kayu-
kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang
ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang
disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan
'Beliak'.

10
Menegi

Proses menegi dilakukan supaya memudahkan


lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap
akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas
dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada
bahagian atas dan bawah, benang akan
ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu
di atas 'Tangga Benang'.

Mengikat Motif (Pertama)

Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat


berpandukan corak yang dikehendaki dengan tali
'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak
diserap oleh warna apabila melakukan proses
pencelupan kelak.

Mencelup Warna (Pertama)

Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga


benang, direndam dan dibilas dengan air.
Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna
mengikut warna yang dikehendaki. Selalunya
warna merah menjadi pilihan proses mewarna
pertama tenunan pua ini.
Mengikat Motif (Kedua)

Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani


proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang
pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma
ikatan pada benang ditambah untuk tujuan
mencelup warna kedua.

11
Menenun Pua

Benang yang telah dibuka ikatan akan


dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas
benang dimasukkan pada kayu rakup dan
bahagian bawah akan disusupkan pada kayu
panjang sebelum diikat pada bahagian bawah
alat tenunan dan ditarik sehingga tegang.
Bahagian bawah ini disambung dengan
'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun).
Kemudian, benang yang dilancarkan dengan
'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas
untuk dijadikan kain pua pula.

Sumber : http://www.kraftangan.gov.my
Tarikh Akses : 28 Mac 2013

12

You might also like