You are on page 1of 11

TOPIK 5 ANYAMAN 47

Topik
5
Anyaman

4. HASI L PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang anyaman;
2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam anyaman;
3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan anyaman; dan
4. Menghasilkan anyaman.
PENGENALAN
Anyaman merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda didedahkan
dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan
media, dan teknik untuk penghasilan anyaman. Anda juga didedah bagaimana
untuk menghasilkan satu reka corak baru anyaman melalui satu proses stailisasi
berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.
Anda juga akan menghasikan satu karya anyaman dengan menggunakan
bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah.
Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan
kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi
juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.
5.1 DEFINISI ANYAMAN
Anyaman merupakan satu proses menjalin, atau menjaring-jaringkan atau
menyilangkan helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti
daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan
48 TOPIK 5 ANYAMAN
teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang
dikeringkan.
5.1.1 Seni Anyaman
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun,
lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis
reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi mencipta sesuatu alat
keperluan untuk menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar
untuk mengalas tempat duduk.
Menganyam merupakan proses menjalinkan jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh
dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.
Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk
rnencipta sesuatu alat keperluan harian seperti manghasilkan topi, tudung saji,
bakul dan tikar untuk alas tempat duduk.
5.1.2 Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang dan tidak
mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan anyaman adalah sama dengan
perkembangan seni tikar.
Jenis anyaman pada masa neolitik kebanyakannya adalah menghasilkan tali,
dinding rumah dan keperluan hidup seperti bakul.
Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang terawal digunakan untuk
menghasilkan anyaman.
Pada zaman dahulu, aktiviti anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk
mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Seseorang
wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang sempurna jika tidak
mahir dalam seni anyaman Ia dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai
hadiah untuk sanak saudara atau sahabat handal.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman
di peringkat kampung seperti kampong Ru Renggoh, kampong kijang, Cendering
dan Kuala Ibai di Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti
anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang,
Melaka, Sarawak dan Sabah.
TOPIK 5 ANYAMAN 49
Hasil seni anyaman sekarang ini tidak lagi terhad pada bentiuk tradisional sahaja.
Ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan
bahan, sering diubahsuai mengikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.
Kini terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakan industri ini
dengan skala yang besar seperti, cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan
Krat Tangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraf tangan Felda
dan lain-lain lagi.
Jadual 5.1 di bawah menunjukkan jenis-jenis anyaman.
Jenis Anyaman Bahan Hasil Anyaman
1. Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung saji, bekas pakaian dan
lain-lain.
2. Pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding
3. Buluh Jenis-jenis buluh yang
sesuai
Bakul, bekas pakaian, beg dan lain-lain
4. Rotan Rotan yang telah diproses Bakul, bekas pakaian, tempat buaian
anak dan lain-lain.
5. Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekan telur
6. Ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih terbus,
bakul, bekas serba guna dan lain-lain.
Jadual 5.1: Jenis-jenis anyaman
AKTIVITI 5.1
Bincangkan jenis-jenis anyaman.
50 TOPIK 5 ANYAMAN
5.2 TEKNIK MEMBUAT ANYAMAN
MENGKUANG/PANDAN
Rajah 5.1: Contoh anyaman mengkuang
Berikut adalah alatan yang digunakan dalam menghasilkan anyaman
(i) Parang
(ii) Peyisip
(iii) Pisau
(iv) Palurus
(v) Jangka
(vi) Daun mengkuang/pandan
Proses Penyediaan Mengkuang/Pandan
(i) Menetak Daun
Mengkuang atau pandan ditetakkan setelah daun matang.Daun diambil
dengan secara menetak di bahagian pangkal daun tersebut.
(ii) Melayur
Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan. Proses ini
dilakukan bagi tujuan melambutkan daun dan tahan lebih lama. Proses
menjangka akan menjadi lebih mudah apabila daun tersebut menjadi
lembut.
(iii) Menjangka
Daun dijangka dengan menggunakan alat penjangka. Tujuan menjangka
ialah untuk mendapat beberapa lembaran yang lebih kecil dan seragam.
Bagi pandan berduri seperti mengkuang, proses ini turut dapat membuang
duri di tepi.
TOPIK 5 ANYAMAN 51
(iv) Menitik
Proses menitik mengkuang dilakukan oleh dua orang. Seorang menitik
dan seorang lagi memintal. Ia dimulakan dari bahagian pangkal hingga ke
bahagian hujung. Anggaran helaian mengkuang semasa menitik ialah kira-
kira secekak.
5.2.1 Teknik dan Proses Menganyam
Berikut adalah teknik dan proses menganyam:
(a) Lagang
(i) Juga dikenali sebagai proses menaja
(ii) Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman
(iii) Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya.
(iv) Setiap bilah daun berbventuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu
tempat anyaman bermula.
(b) Menganyam
(i) Anyaman tengah:
- DiIakukan di longal alau badan sosualu anyaman
- Daun disoIang soIi socara monogak dan moIinlang dongan soloIai
di atas dan sehelai lagi di bawah.
(ii) Mengepai: Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai.
(iii) Anyaman sudut:
- Disobul juga sobagai anyaman bucu.
- Hanya diIakukan pada anyaman borbanluk arca alau liga dimonsi
(c) Pepeh atau lepih
(i) Juga dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri
kerja anyaman.
(ii) Pepeh juga boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada
barang yang dikehendaki.
(d) Sisip
(i) Proses mengelakkan anyaman daripada terburai.
(ii) Alat peyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan.
(iii) Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.
(e) Kerat
(i) Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini.
(ii) Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil kelihatan lebih
kemas dan menarik.
52 TOPIK 5 ANYAMAN
5.2.2 Teknik Membuat Bakul Rotan
Rajah 5.2: Contoh Anyaman Bakul Rotan
Bahan Utama
Rotan merupakan bahan utama untuk membuat bakul. Terdapat pelbagai jenis
rotan yang boleh digunakan untuk dijadikan bakul. Di antaranya ialah rotan
sega. Terdapat juga rotan yang lain yang telah dibentuk seperti rotan isi atau
dikenali sebagai rotan pulor,rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah
rotan ini akan diwarnakan mengikut corak corak bakul yang dikehendaki. Jalinan
warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu menarik.
Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerja-kerja pembuatan bakul
dimulakan. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut:
(a) Rotan pulor 2 mm digunakan untuk membentuk jalinan dipermukaan
bakul
(b) Rotan pulor 3 mm digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka
bakul
(c) Rotan sega digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai.
AKTIVITI 5.2
Bincangkan proses penghasilan anyaman mengkuang.
TOPIK 5 ANYAMAN 53
Berikut adalah alatan yang digunakan:
(i) Gunting besi
(ii) Ragum atau playar memotong
(iii) Penyucuk ais (penyisip rotan)
(iv) Penyembur air (melembutkan rotan)
(v) Blow torch (mengemaskan permukaan hasilk anyaman)
(vi) Pita pengukur (mengukur saiz anyaman)
(vii) Penukul dan paku kecil
(viii) Pelarut (meluruskan rotan)
(ix) Pisau raut
(x) Paku
(xi) Lilin
5.3 PROSES MENGANYAM BAKUL
Terdapat tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan
bakul, iaitu:
(a) Tapak bakul
(b) Badan bakul
(c) Bingkai/Tangkai bakul.
5.3.1 Rotan direndam
Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya sebelum
proses menganyam bakul bermula.
5.3.2 Cara-cara Menganyam Bakul
Berikut adalah cara-cara menganyam bakul:
(a) Tapak Bakul
(i) Penyediaan tapak bakul bermula dengan potongan-potongan rotan
berukiran 3 mm dan panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian
ukiran bakul.
(ii) Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke
salah satu bicu asas tapak tersebut
54 TOPIK 5 ANYAMAN
(iii) Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu
tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang
berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana yang
telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak yang
diperlukan.
(iv) Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal
sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk
dijadikan bahan.
(b) Badan Bakul
(i) Jalinan badan bakul dibentuk denganmenggunakan anyaman 2
serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk dijalinkan sekali.
(ii) Ketika proses ini, pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan
90% lurur tiang rangka.
(iii) Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya
dengan menyelitkan di antara satu sama lain.
(c) Bingkai Bakul
(i) Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai yang
kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat bakul yang
dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku
kecil.
(ii) Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga
menutup bingkai bakul.
(iii) Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur, hujungnya
diraut hingga nipis.
(iv) Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti mana
yang dilakukan kepada bingkai tadi.
(v) Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.
(vi) Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang terdapat
pada rotannya. Kebiasaannya api digunakan untuk membuangnya.
TOPIK 5 ANYAMAN 55
5.3.3 Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat
Anyaman Kelarai Bercorak: Menggunakan
Kertas
Berikut adalah bahan yang digunakan:
(i) Kertas Pelbagai Warna
(ii) Pisau
(iii) Pembaris
(iv) Gunting
(v) Gam
Berikut adalah langkah-langkah aktiviti ini:
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang
terdapat dalam anyaman.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak
anyaman kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara
bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas
kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar menganyam satu kelarai mengikut lakaran.
Berikut adalah cara-cara membuat kelarai:
(i) Kertas berwarna dipotong/digunting untuk menghasilkan jaluran-jaluran
garisan mengikut ukuran yang tertentu sebagai tapak anyaman.
(ii) Beberapa kertas warna juga dipotong mengikut ukuran yang tertentu untuk
dijadikan jalur-jalur garisan sebagai bahan dianyam di atas tapak anyaman.
(iii) Kertas warna itu dianyam selang seli, atas bawah, satu persatu dengan
menggabungkan pelbagai warna supaya kelihatan menarik mengikut.
(iv) Anyamlah sehingga ia memenuhi atau padatkan pada ruang tapak anyaman
tersebut.
Terangkan proses penghasilan anyaman rotan.
AKTIVITI 5.3
56 TOPIK 5 ANYAMAN
(a) Persembahan hasil Kerja
(i) Penilaian berdasarkan
- idoa roka cipla
- komaliran mongapIikasikan aIal, balan dan loknik
- komasan
(ii) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakann tentang hasil kerja sendiri dan
orang lain.
(b) Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang anyaman atau tempat membuat anyaman
Tempat : kilang atau tempat membuat anyaman yang berhampiran.
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan
(i) bagaimana anyaman dihasilkan.
(ii) berapa jenis anyaman dihasilkan.
(iii) proses bagaimana anyaman rotan dihasilkan diperingkat
permulaan hingga akhir.
(iv) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari anyaman.
(v) pemasaran barangan anyaman.
(c) Aktiviti pembelajaran tambahan
(i) Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni anyaman. Teliti setiap contoh
dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.
(ii) Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
anyaman.
1. Apakah itu anyaman?
2. Bincangkan alat-alat yang sesuai untuk membuat anyaman?
3. Apakah alat yang dihasilkan daripada anyaman
4. Bincangkan jenis-jenis anyaman.
AKTIVITI 5.4
TOPIK 5 ANYAMAN 57
Anyaman
Buluh
Lidi
Mengkuang
Pandan
Rotan
Ribu-ribu
RUMUSAN
- DaIam lopik ini anda loIal didodalkan dongan Ialar boIakang anyaman.
- Anyaman morupakan soni lradisi yang diporcayai muncuI dan borkombang
tanpa pengaruh dari luar.
- Anda juga loIal poIajari lonlang molif dan ragam lias daIam anyaman.
- Aklir sokaIi, anda sokarang lalu lonlang aIalan dan balan yang digunakan
untuk menghasilkan anyaman.
RUJUKAN
Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Syed Ahmad Jamal, (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

You might also like