You are on page 1of 7

MSP3033

KRAF TRADISIONAL RUPA DAN IDENTITI

TAJUK KAJIAN

UNSUR HIAS PADA PAKAIAN PERKAHWINAN TRADISIONAL

MASYARAKAT BABA NYONYA DI MELAKA

NAMA PELAJAR

CHUNG BOON MIN

NO MATRIK
D20171078553

NAMA PENSYARAH

ENCIK IZANI MAT IL M. HUM


UNSUR HIAS PADA PAKAIAN PERKAHWINAN TRADISIONAL

MASYARAKAT BABA NYONYA DI MELAKA

PENDAHULUAN

Kajian ini akan mengkaji mengenai pakaian perkahwinan masyarakat Baba

Nyonya di Melaka. Mengikut perkembangan zaman di seluruh dunia, pakaian juga

telah dibezakan kepada banyak jenis mengikut kesesuaian waktu antaranya dalam

perjumpaan formal atau tidak formal, dan perayaan sebagai penanda hormat kepada

diri sendiri dan orang sekeliling.

1.1 LATAR BELAKANG

Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum adalah disebabkan kehidupan

manusia zaman dahulu yang berpindah-randah. Sejarah masyarakat ini bermula di

negeri Melaka sejak 500 tahun lebih dahulu. Namun begitu, masyarakat ini telah pun

berkembang ke negeri Pulau Pinang, dan negara Singapura. Dalam masyarakat ini,

lelaki dipanggil Baba dan perempuan dipanggil Nyonya. Mereka mengelar diri

mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal

daripada warisan tradisi Cina dan mempunyai unsur-unsur pengaruh

kebudayaan Melayu.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Perkahwinan pada waktu dahulu tidaklah semudah dan seringkas seperti

sekarang; perkahwinan sedarjat dan setempat merupakan kebiasaan ketika itu.

Perkahwinan tradisional masyarakat Baba Nyonya berlangsung selama 12 hari.


Penekanan dalam memilih anak menantu terhadap segala aspek peribadi seperti latar

belakang keluarga, kecantikan, penampilan, kepandaian mengurus rumah tangga, dan

kesopanan akan dinilai untuk memastikan nyonya itu adalah menantu yang baik.

1.3 RUMUSAN PERSOALAN

1.3.1 Apakah yang dikatakan perkahwinan tradisional masyarakat

Baba Nyonya di Melaka.

1.3.2 Apakah yang dikatakan pakaian perkahwinan tradisional

masyarakat Baba Nyonya di Melaka.

1.3.3 Apakah unsur hias yang terdapat pada pakaian perkahwinan

tradisional masyarakat Baba Nyonya di Melaka.

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian ini berfokus pada unsur hias pada pakaian perkahwinan tradisional

pengantin lelaki dan perempuan bagi masyarakat Baba Nyonya di dalam negeri

Melaka, Malaysia yang bersejarah sekitar 500 lebih tahun yang lalu.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

1.5.1 Mendokumentasi dan memberi gambaran umum tentang unsur

hias yang terdapat pada pakaian tradisional perkahwinan tradisional

masyarakat Baba Nyonya di Melaka.


1.5.2 Mendedahkan atau memberi pengetahuan kepada masyarakat

tentang unsur hias yang terdapat pada pakaian perkahwinan

tradisional masyarakat Baba Nyonya di Melaka sebagai bacaan dan

rujukan generasi akan datang.

1.5.3 Penulisan ini juga merupakan syarat untuk lulus Kursus Kraf

Rupa Dan Identiti serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni)

dengan Kepujian.

1.6 FAEDAH KAJIAN

1.6.1 Kajian ini dijalankan untuk mengetahui, memahami,

menghayati, menilai dan menghargai unsur hias pada pakaian

perkahwinan tradisional masyarakat Baba Nyonya di Melaka.

1.6.2 Justeru, kajian ini diharapkan mampu menyedari masyarakat

akan kewujudan unsur hias pada pakaian perkahwinan tradisional

masyarakat Baba Nyonya di Melaka yang mempunyai keunikan yang

berharga.

1.6.3 Kajian ini dibuat atas dasar memberi kefahaman kepada

masyarakat selain daripada mengetengahkan tradisi masyarakat Baba

Nyonya.

1.7 TINJAUAN PUSTAKA

Tinjauan pustaka akan dilakukan di Perpustakaan Tuanku Bainun untuk

memperolehi pelbagai maklumat dan sumber yang sahih. Buku yang akan dijadikan

rujukan ialah buku tentang perkahwinan masyarakat di Malaysia dan adat pantang
larang orang cina. Buku-buku yang bakal menjadi rujukan kepada kajian ini

merangkumi sejarah, adat dan pantang-larang masyarakat Baba Nyonya.

1.8 LANDASAN TEORI

Fokus utama kajian ini dibuat bagi mengetahui unsur hias pada pakaian

perkahwinan tradisional pengantin lelaki dan perempuan bagi masyarakat Baba

Nyonya di dalam negeri Melaka. Landasan teori yang diketengahkan ialah teori

perubahan budaya dan teori estetik.

1.9 HIPOTESIS

Masyarakat Baba Nyonya makin pupus dan diabaikan oleh generasi

mudanya kerana ramai daripada msyarakat Baba Nyonya menganggap mereka

adalah masyarakat Cina atas sebab mempunyai kacukan darah kaum Cina yang lebih

daripada kaum Melayu. Tambahan pula, mereka lebih mengamalkan agama, budaya

dan adat kaum Cina berbanding kaum Melayu. Selain itu, ia juga disebabkan

masyarakat Baba Nyonya yang banyak pantang-larang kerana bercampuran budaya

dua kaum. Generasi muda lebih suka pada yang lebih ringkas. Oleh itu, pengkaji

ingin mengkaji tentang unsur hias pada pakaian perkahwinan tradisional pengantin

lelaki dan perempuan bagi masyarakat Baba Nyonya di dalam negeri Melaka. Selain

daripada mengetahui dan memahaminya, pengkaji ingin juga masyarakat lebih


mengenali tentang keistimewaan pada masyarakat Baba Nyonya supaya ianya

dihayati, dan dihargai sebaik mungkin.

1.10 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang bakal digunakan dalam kajian ini adalah kaedah

pendekatan kualitatif.

1.11 PENDEKATAN KAJIAN

Pendekatan kajian akan digunakan dalam kajian ini. Hal ini demikian kajian

ini berkait rapat dengan persekitaran masyarakat dan hubungan dengan budaya

anataranya pendekatan estetik akan digunakan untuk pengkaji lebih mendalam dan

lebih dekat dalam kajian tentang unsur hias pakaian.

1.12 PENARIKAN KESIMPULAN

Pengkaji akan mengupas persoalan tentang kajian ini. Perkara paling penting

dalam kajian ini adalah mengetahui dan memahami pakaian perkahwinan tradisional

masyarakat Baba Nyonya. Hasil pengkaji tentang pakaian perkahwinan tradisional

masyarakat Baba Nyonya adalah budaya yang diamalkan serta upacara perkahwinan

tradisional memainkan peranan penting dalam memberikan makna pada unsur hias

pada pakaian perkahwinan tradisional.

You might also like