You are on page 1of 5

Pengurusan Aktiviti Dalam Bilik Darjah Dr.

Kasran Mat Jiddin Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, organisasi atau kumpulan tersebut akan melaksanakan proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan tempat yang terpenting di sekolah di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Seseorang guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual boleh menjalankan pelbagai aktiviti seni di dalam bilik darjah bersama-sama murid. Antaranya ialah dengan melaksanakan aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Aktivitiaktiviti yang mampu menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid ini memerlukan bimbingan guru yang bertindak sebagai pengurus. Dalam hal ini, guru sebagai pengurus perlu membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Sewaktu melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah, guru perlu mengawal kelas atau studio Pendidikan Seni Visual supaya murid tidak melanggar peraturan yang ditetapkan sepanjang aktiviti dijalankan. Pada masa yang sama, guru bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan bagi kegunaan murid-murid. Selain berperanan sebagai pengurus, guru juga bertindak membimbing murid dengan mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu murid yang belum menguasai kemahiran sepenuhnya.

Sebagai pembimbing, guru hendaklah melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Dalam melaksanakan aktiviti di dalam bilik darjah, guru juga berperanan sebagai pemudahcara. Dalam konteks ini, guru haruslah mengelola aktiviti pembelajaran berpandukan tahap kebolehan murid. Murid perlu diberi pemahaman tentang sesuatu konsep dengan mengaitkan dengan situasi sebenar dalam kehidupan mereka. Di samping itu, guru juga berfungsi sebagai motivator dengan merangsang dan menggalakkan murid meningkatkan kualiti hasil karya mereka serta menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri murid. Sebagai seorang inisiator, guru perlu mengemukakan soalan-soalan yang mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis murid di samping menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja-kerja kumpulan dalam kalangan murid.

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH Melalui aktiviti bilik darjah, murid-murid dapat menerokai sendiri bahan berdasarkan pengajaran yang telah dijalankan oleh guru. Selain itu juga, melalui pengajaran subjek seni berdasarkan aktiviti luar bilik darjah murid-murid akan membuat binaan dan murid akan membawa sendiri bahan dari rumah seperti kotak dan tisu untuk menjalankan aktiviti yang akan dibuat. Dalam proses ini, murid akan berfikir terlebih dahulu produk yang akan dilakukan dan keadaan ini secara tidak langsung akan memperlihatkan kreativiti mereka. Selain itu, perkara ini turut membolehkan mereka berimaginasi tentang apa yang bakal dihasilkan nanti. Di samping itu juga, murid-murid akan membawa kerja PSV yang tidak disiapkan lagi ke rumah dan membolehkan mereka berkarya dengan lebih kreatif apabila mendapat bantuan atau idea dari keluarga seterusnya mewujudkan kemesraan. Antara aktiviti luar bilik darjah yang boleh dilakukan ialah lukisan, montaj, assemblaj, gosokan, kolaj dan wau. Lukisan ialah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas, atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan

pencipta suatu karya lukisan. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di guagua tempat tinggal manusia prasejarah. Montaj pula ialah aktiviti menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar dengan menggunakan potongan gambar yang berkaitan dan mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Di dalam montaj, satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai karya seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. Montaj juga merupakan satu imej yang terhasil daripada beberapa imejan. Selain itu ialah satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalamgambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuaiuntuk menghasilkan satu imej. Maksud lain bagi montaj ialah satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik super impose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk

menghasilkansatu hasil karya montaj, proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindihdi antara satu sama lain dan teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fotografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto. Gosokkan ialah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui dunia sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan dan apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokkan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Selain itu, gosokkan juga adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentuGosokan di anggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

Kolaj merupakan teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Selain itu, satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media- Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Kolaj juga ialah satu teknik menggambar di man foto, keratin, akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan disatukan di atas permukaan. Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara Super impose di antara satu sama lain dan turut dikatakan sebagai satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen- Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supayamenjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu. Permainan layang-layang atau wau pula mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satucara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telah menjelma menjadi seorang anak gadis. Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihatbentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan mendapat pelbagai faedah seperti menunjukkan kreativiti mereka dalam membuat pelbagai jenis corak dan bentuk wau. Selain itu, hasil seni juga akan dapat dilihat apabila mereka dapat menggunakan bahan seperti buluh dan lain-lain dengan penuh kreativiti dan variasi. Bukan itu sahaja, melalui aktiviti luar bilik darjah yang sebegini rupa juga, murid-murid tidak akan berasa bosan dan mereka akan lebih seronok untuk mengikuti pembelajaran di samping mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan guru dan rakan-rakan dalam proses membuat wau.

SUMBER RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur.: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah, KSSR. K.Lumpur.: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like