You are on page 1of 10

CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia ialah negara yang mempunyai pelbagai

etnik atau masyarakat majmuk yang terhasil daripada sejarah. Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlakunya ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya, implikasi daripada sejarah lampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat seperti yang sedia ada perlulah difahami. Masyarakat sebelum penjajahan sejarah awal Tanah Melayu memperlihatkan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Nusantara. Kegemerlapan Kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara sebagai pusat perdagangan, bahasa Melayu sebagai lingua franca , penggunaaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Melayu. Masyarakat semasa penjajahan menjelang tahun 1875, British menjajah Tanah Melayu melalui dasar campurtangan dan mula menguasai kawasan yang mewah dengan sumber bijih timah. Kaum Cina telah mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan serta menggalakkan penghijrahan orangorang India sebagai tenaga buruh dalam sektor perladangan getah, sektor pembinaan seperti pembinaan jalan raya dan keretapi. Orang-orang India yang berpendidikan pula dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang perkeranian.

Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharan James Brooke sebagai Raja Sarawak. Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan, penanaman lada hitam, sagu, gambir dan getah. Di Sabah pula orang Cina juga dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor peladangan seperti tembakau, getah, kayu balak dan perlombongan. Kesimpulannya kesan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sabah telah menjadi titik permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam. Kemasukan orang Cina dan India telah melahirkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti, kebudayaan dan adat resam masing-masing. Pemisahan penempatan melalui dasar-dasar British yang bersifat pecah dan perintah (divide and rule). Orang Melayu kekal mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam bidang pertanian sara diri dan tinggal di kawasan luar bandar. Orang Cina pula tinggal di kawasan Bandar dan kawasan perlombongan. Orang India bekerja di estet-estet. Perbezaan ruang dan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai hubungan yang agak minimum. Dari segi politik pula, kelahiran pelbagai parti politik adalah untuk menjaga kepentingan kaum masingmasing. Malahan pada peringkat awal kemasukan orangorang Cina dan India menumpukan taat setia kepada negara asal mereka. Kepelbagaian politik di Malaysia digambarkan dengan kewujudan parti-parti politik yang

mewakili kaum, UMNO dan PAS (mewakili orang Melayu), MCA, DAP, Gerakan (mewakili kaum Cina), dan MIC (mewakili kaum India). Pendidikan setiap kaum di peringkat awalnya mempunyai sekolah aliran tersendiri dengan sukatan pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara asal mereka. Kesan daripada dasar British dalam bidang ekonomi, sosial dan politik telah mewujudkan satu interaksi yang tidak sihat di antara kaum. Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan secara seimbang telah mewujudkan jurang pemisah antara kaum kaum. Konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut: i. Terdapat perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. ii. Timbulnya jurang sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza. iii. prasangka dan prejudis yang menebal antara kaum. iv. Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing. v. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.

Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil kira semua elemen asas yang telah pun wujud dan bertapak di Malaysia iaitu i. ii. iii. iv. kedudukan agama Islam pluraliti masyarakat kekuatan ekonomi kaum Cina kedudukan kaum-kaum minoriti yang lain.

Kedudukan Agama Islam Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1). Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah dihormati. Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan diamalkan. Agama Islam ialah agama yang mempunyai penganut yang terbesar dan agama Islam telah wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi. Oleh itu keutamaan adalah diberikan kepada agama Islam. Namun apa yang lebih penting lagi ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama. Ketuanan Melayu Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153. Walau bagaimanapun setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang dengan setiap rakyat berhak untuk mengundi dalam pilihanraya. pembinaan jati diri juga harus mengambil kira faktor ketuanan Melayu ini. Kewujudan kaum-kaum besar seperti kaum Cina dan India harus juga diberikan perhatian dalam membina perhubungan yang sejahtera dalam negara Malaysia. Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun, Iban dan lain juga tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia.

Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding dengan kaum yang lain. Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan ekonominya. Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan. Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju malahan ada kemungkinan boleh menyebabkan wujudnya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang tertera di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Oleh itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai dan dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat yang amat penting untuk memupuk perpaduan. Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar bahasa ibunda mereka. Pemisahan penempatan dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh British telah menyebabkan kurangnya interaksi antara kaum. Ini telah melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara kaum. Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Sistem pendidikan yang berasingan semasa zaman penjajah di negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Terdapat empat aliran pendidikan

yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru. Malahan kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan. Buku teks dan guru juga dibawa dari luar. Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk bergaul dengan pelajar dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka. Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman. Demi kepentingan kaum dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata masing-masing. Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang. Dari segi ekonomi pula, dasar British yang meletakkan kaum berdasarkan pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Jurang pekerjaan ini telah menyebabkan perasaan perkauman terus menebal. Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan dalam kalangan etnik tertentu. Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan. Manakala orang

Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India pula menjadi buruh di estet-estet. Implikasi daripada perbezaan pekerjaan ini maka wujudlah jurang pendapatan di antara etnik. Ia mewujudkan ketidakseimbangan dan persaingan yang mencetus ketidakstabilan dalam masyarakat. Untuk mengeratkan perpaduan, penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan. Aspek yang perlu diberi perhatian ialah untuk mewujudkan keseimbangan dari segi taraf pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang. Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya. Kewujudan parti politik yang pelbagai boleh mencetuskan konflik. Sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 telah memaparkan keadaan genting yang melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat. Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu-padu: terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu. bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak. fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain dan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain.

Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama contohnya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS. Ini menyebabkan berlakunya ketidak sefahaman sesama kaum. Kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara etnik. Setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, Cina dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka. Selain itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masingmasing. Globalisasi dunia tanpa sempadan di mana perhubungan menjadi semakin pantas dan cepat. Segala maklumat boleh disalurkan tanpa sekatan. Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu Barat. Proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan social merupakan satu bentuk penjajahan baru. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh dipandang ringan. Era selepas Perang Dingin memperlihatkan Amerika dan sekutunya mendominasi politik dunia. Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan peranan dengan melibatkan diri dalam hal

ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan kepentingan mereka. Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang utama dunia di mana Dollar Amerika dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa; mendominasi pasaran modal dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri aero angkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia; mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia Setiap campurtangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri malahan mereka boleh berperanan untuk menentukan sama ada mewujudkan keamanan atau menghancurkan sesebuah negara. Konflik di Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-kuasa luar dalam menentukan hala tuju negara tersebut. Selain itu kemelut yang berlaku di dunia luar seharusnya dijadikan ikhtibar oleh rakyat Malaysia supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum, contohnya kemelut Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston dan lain-lain lagi. Untuk membentuk dan memelihara perpaduan kaum beberapa faktor penting perlu di atasi. Antaranya, hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan lain-lain yang perlu dikendalikan atas semangat perpaduan. Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang merasakan tersisih, dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat keadilan yang sebenarnya. Penduduk di Malaysia juga harus melihat setiap konflik yang berlaku di dunia luar sebagai

pengajaran bahawa pentingnya perpaduan. Perasaan saling memahami dalam kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum haruslah dijaga dengan baik. Aspekaspek sensitif sesuatu kaum perlulah dielakkan. Setiap aspek perhubungan kaum seperti adil dan saksama, hak kekayaan dan lain-lain hak perlulah sentiasa diberi perhatian agar tiada pihak yang tertinggal. Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku ketegangan kaum sekiranya tidak diurus dengan baik. Cabaran ini perlu difahami dan ditangani kerana kegagalannya akan mewujudkan perselisihan dan prasangka antara kaum.

You might also like