You are on page 1of 37

Tema: Kepenggunaan.

Sediakan senarai membeli-belah


Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Untuk memastikan
perkara sebegini tidak berlaku, sediakan senarai membeli-belah anda. Ini akan
mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia akan membantu
menjimatkan wang .

Bandingkan harga.
Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda idamkan, tetapi mendapat tahu
yang barang itu dijual pada harga yang lebih rendah di kedai yang lain selepas
melakukan pembelian anda? Anggap aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti
tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari setiap kedai sebelum
membuat keputusan untuk membeli.

Pilihlah produk berkualiti


Kualiti atau harga murah? Pada kebiasaannya, kos harga produk berkualiti lebih
mahal. Ini bergantung kepada produk tersebut. Sekiranya anda membeli beg
berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti.

Pilihlah harga murah


Belilah dari peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan
yang anda ingin beli. Segolongan peniaga membeli barangan mereka secara
borong, untuk menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.

Baca label - pastikan tarikh luput


Anda harus membaca label dan memastikan tarikh luput barangan sebelum
membelinya. Ini untuk memastikan anda tidak membeli barangan yang tidak
harus digunakan lagi. Barangan seperti susu dan roti mempunyai jangka hayat
simpanan yang pendek, jadi pastikan anda membaca label pemakanan untuk
mengelakkan pembaziran.
Koperasi ialah sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan
dan perkhidmatan.

Ditubuhkan mengikut Akta Koperasi.


Ditadbirkan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.
Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Pelajar-
pelajar berpeluang menjadi pemegang saham syarikat sekali gus mendapat untung
dalam bentuk dividen dan bonus.

Pelajar berpeluang mengetahui asas selok-belok mengendalikan urusan


perniagaan.
Ahli-ahli koperasi (pelajar) terlibat dalam aktiviti jual beli, membuat akaun,
pemasaran dan perbekalan.
Pelajar-pelajar dapat membeli barangan keperluan di koperasi dengan harga yang
lebih murah.
Mengurangkan kebergantungan pelajar kepada kedai-kedai atau pusat beli belah
di luar sekolah.
Mendidik pelajar tentang cara berbelanja yang membantu mereka lebih berjimat
cermat.
Menanam rasa minat berniaga kepada pelajar terutamanya ahli koperasi.
Menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah seperti menjadi
ahli koperasi.
Memberikan perkhidmatan peruncitan dan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.
Keuntungan yang diperoleh koperasi dapat digunakan untuk membantu
membiayai program khusus untuk pelajar.
Koperasi boleh menjadi orang tengah kepada guru dengan pelajar ketika mahu
berurusan membuat tempahan buku dengan pembekal di luar.
Membantu membina rasa cinta pelajar akan sekolah dengan cara menjual
cenderamata dan peralatan sekolah yang bercirikan sekolah masing-masing.
Menggalakkan pelajar menabung.
Melahirkan pelajar yang lebih yakin ketika berkomunikasi, pintar bergaul dan
matang dalam membuat keputusan.
Tema: Seni dan Budaya

Antara usaha yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memupuk minat
membaca karya sastera di kalangan masyarakat.Bagaimana?Dengan
meganjurkan kursus penulisan karya sastera terutamanya di kalangan
pelajar-pelajar sekolah.Dengan ini,pelajar-pelajar akan dapat mengetahui apa
yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara
untuk membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus
seperti ini mereka akan dapat membaca karya sastera dengan menggunakan
daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yang
tersendiri.Contohnya menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi
pelajar sekolah dan juga masyarakat.Ibu bapa juga perlu memberi dorongan
yang kuat terhadap anak mereka yang meminati karya sastera.Bagaimana?
Membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan oleh
kerajaan.Seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi dan pelbagai karya sastera
yanglain.

Usaha yang kedua adalah mengadakan kempen membaca secara besar-


besaran bagi memupuk minat membaca di kalangan pelajar mahupun
masyarakat.Justeru,untuk menghasilkan sebuah karya yang baik memupuk
minat membaca di dalam diri seseorang merupakan satu intensif yang
bijak.Dengan wujudnya minat membaca para pelajar mahupun masyarakat
dapat memperolehi perkataan yang baru dan indah sebutannya untuk
menghasilkan karya sastera yang baik.Kempen seperti ini perlu dianjurkan
dengan lebih kerap lagi,agar minat membaca dan minat terhadap karya
sastera tidak akan hilang begitu sahaja.Melalui kempen seperti ini,para
pelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera
yang telah dikarang oleh pengarang mahupun sasterawan
Negara.Contohnya,kempen ini perlu dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan
sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat terhadap karya sastera
dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi.
Usaha yang seterusnya adalah menerapkan minat membaca karya sastera
semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Sekiranya cara ini
dijalankan,kemungkinan besar minat membaca karya sastera dapat
ditanamkan di dalam diri para pelajar dan juga guru-guru.Terdapat juga guru
yang tidak tahu apa itu karya sastera,Walaupun tugasnya sebagai seorang
guru, belum pasti guru itu tahu apa yang dimaksudkan dengan karya
sastera.Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa
pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah,secara automatiknya para
pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera.Pihak sekolah
atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar
minat terhadap karya sastera tidak akan hilang dari jiwa para pelajar
mahupun guru-guru.Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran bahasa
melayu agar guru dapat menerangkan dengan lebih terperinci,memberi
perhatian semasa guru mengajar.Guru juga perlulah memberi komitmen yang
terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera.

Selain itu,kementrian pelajaran perlulah mengadakan minggu sastera seperti


minggu yang diadakan sekarang.Seperti,minggu bahasa melayu,minggu
bahasa inggeris dan sebagainya.Dengan adanya minggu sastera ini,karya
sastera tidak akan lupus ditelan zaman dan para pelajar dapat
mengembangkan minat membaca karya sastera.Minggu sastera ini juga
dapat memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk
membaca karya sastera.Melalui minggu sastera ini,pihak sekolah dapat
mencungkil bakat-bakat baru untuk menghasilkan karya para pelajar, selain
memupuk minat membaca karya sastera.Secara tidak langsung,minggu
sastera ini dapat memberi input yang positif terhadap usaha kerajaan untuk
memupuk minat membaca karya sastera di kalangan para pelajar,guru-guru
dan juga masyarakat.Dengan wujudnya minggu sastera di semua sekolah di
Malaysia,minat membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman.
Usaha seterusnya adalah memperluaskan perpustakaan di sekolah dan
memperbanyakkan buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah dan
juga perpustakaan awam.Setiap sekolah mempunyai perpustakaan
sendiri,namun kadar kemasukan para pelajar sangat mengecewakan.Untuk
memupuk minat membaca karya sastera dn juga minat membaca
buku,kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di
sekolah.Contohnya,sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan

pelbagai jenis buku dan juga karya sastera,menambahkan kemudahan asas


yang diperlukan dan sebagainya.

Dengan wujudnya usaha-usaha yang drastik dan konkrit,masalah memupuk


minat membaca karya sastera dapat diatasi dengan begitu mudah
sekali.Pihak kerajaan dan pihak sekolah juga perlu berusaha untuk memupuk
minat membaca karya sastera dikalangan para pelajar mahupun
masyarakat.PUPUKLAH MINAT MEMBACA KARYA SASTERA DARI
KECIL
. Konsep Budaya Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

1.Menurut Kamus Dewan (2005): Budaya diklasifikasikan sebagai


satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

2.Budaya dan Adat Resam ORANG MELAYU

3.SEWAKTU MENGANDUNG Melenggang Perut Adat ini juga


dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai
Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung
anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang
geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang
bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam
perut.

4.SEWAKTU BERSALIN Bersalin Persediaan ini akan diuruskan oleh


keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu
sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya tempoh
kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas
bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya
juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan
kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam
rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan
gangguan makhluk halus.

5.BERSALIN Azan/Qamat Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan


di keduadua belah telinganya manakala bayi perempuan akan
diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
melakukan upacara ini.

6.SELEPAS LAHIR Tanggal Pusat/Cuci Lantai Pada ketika itu, adat


cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil
adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia
tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini
seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
7.SELEPAS LAHIR Bersunat / Berkhatan Adat bersunat bagi bayi
perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan
kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-
kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan
menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur
mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan
dijalankan oleh Tok Mudim.

8.PERKHAWINAN Merisik Adat ini juga dipanggil meninjau atau


menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan
bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping itu,
adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis
berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras
rupa serta pengetahuan agamanya.

9.PERKHAWINAN Meminang Setelah diketahui bahawa gadis


tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan
hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan
peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak
lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang
sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak
akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
untuk adat bertunang pula.

10.PERKHAWINAN Bertunang Selepas perbincangan diadakan,


majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili
oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara
bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan
bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan.
Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai
bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti
bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain.

11.PERKHAWINAN Akad Nikah Dijalankan oleh Tok Imam

12.PERKHAWINAN Majlis Perkahwinan Persiapan akan dijalankan


termasuklah mendirikan, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan
bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan
juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia
merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah
pengantin digelar raja sehari.

13.KEMATIAN Semasa Kematian Apabila berlaku kematian, perkara


pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah
memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat
dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar
kawasan itu. Di kampungkampung misalnya, pengumuman akan
dibuat di masjid oleh tok imam.

14. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan


dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai
kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua
tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas
tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan
menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di
hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan
akan dibakar.

15.KEMATIAN Semasa Kematian Semasa mayat masih berada di


dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat
tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum
dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan
tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang
mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu
mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli
keluarga si mati sendiri.

16.KEMATIAN Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara


membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki,
mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita
pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan
dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan
terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup
mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh
jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah
atau di masjid.
17.KEMATIAN Semasa Kematian Sebelum jenazah dimasukkan ke
dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi
ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati
jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap
seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana
hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan
ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.

18.KEMATIAN Semasa Pengebumian Selepas itu jenazah akan


dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan.
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur,
sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan
meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan
terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.
Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke
dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan
mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.

19.KEMATIAN Semasa Pengebumian Kepala mayat akan disendal


dengan tanah yang telah dikepalkepal dan selepas diazankan di
telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua
batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh
kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya
upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas
talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati
dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis.
Kemudian bunga rampai pula ditabur

20.KEMATIAN Selepas Kematian Kenduri arwah dan doa selamat


akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat
dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh,
keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk
mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh.
Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu
menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina
pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari
seseorang itu meninggal dunia.
21.Sekian, terima kasih

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya,bahasa agama,makanan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan oleh keunikan malaysia yang mempunyai pelbagai kaum
seperti melayu,cina india dan sebagainya

Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni.Pelbagai kaum yang membezakan


budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik,seperti perayaan di
Malaysia.Budaya masyarakat Malaysia dapat melihat melalui perayaan disambut oleh
kaum tertentu.

Pada setiap tahun banyak perayaan yang Malaysia sambut.Hal ini menunjukkan
Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna kulit.

Disamping itu,perayaan dan pelbagai kaum dalam Negara kita turut menjadi tarikan
pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

HARI RAYA AIDIL FITRI


Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan menyambut
hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari Raya Puasa.Hari
raya ini setelah menghabiskan puasa pada bulan Ramadan.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan
Syawal(rukyah)dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut husap
berdasarkan Takwim Tahun Islam.kebiasaannya,apabilasudah ditentukan 1 Syawal itu
,pada malamnya umat islam beramai-ramai bertadbir hari raya di masjid atau surau.

Tarikh Hari Raya Aidil Fitri adalah sentiasa tetap dan sama iaitu bulan ke 10 dalam
takwim Hijrah..Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kelender masihi
kerana kelender Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kelender Masihi pula
mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari.Oleh itu,tarikh hari raya adalah berbeza
daripada tahun ke tahun.Dengan beza lebih kurang 10 hingga 15 hari.

Semua umat islam lelaki dan peremouan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang
sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah.Di Negara kita,sambutan Hari Raya
Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.

Selain itu,umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota
keluarga.Kadar nilai zakat ditentukan oleh harga semasa beras,iaitu makanan asasi di
Negara.

Bermula seawal bulan Ramadan lagi,umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk
menyambut kedatangan hari raya ini.Antara tradisi umat islam di Negara ini menjelang
kedatangan 1 Syawal ini,adalah menyediakan pakaian baru untuk keluarga,menghias
rumah dan membuat palbagai jenis kuih tradisi untuk di hidangkan kepada para tetamu
yang datang berkunjung ke rumah.

Pada Hari Raya AidilFitri juga,umat islam akan memyediakan berbagai-bagai juadah
tradisional seperti lemang,ketupat,nasi hempet,dodol dan lain-lain.untuk tetamu yang
dating berkunjung dan beraya di rumah mereka.Bagi kanak-kanak pula ,mereka amat
gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit
raya.Amalan memberi duit raya adalah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat
Islam di negara kita.

Selain itu,pada hari raya juga umat Islam akan berkunjung ke pusara ahli keluarga dan
saudara-mara.

Selain itu,kemeriahan rumah terbuka dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia


yang terdiri dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan
penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

PERAYAAN KAUM CINA

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum.Kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada
suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang
dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat


pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Contohnya Perayaan Kaum
Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia
yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya
ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini
memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira
empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh
jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua)
kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu
daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang
terpenting dalam setiap tahun.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan
bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli
kelurga yang telah berumahtangga akan memberi angpau kepada saudara mara dan
sahabat yang belum berumahtangga. Angpau membawa pengertian kesejahteraan yang
berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang.
Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa
merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah
dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan
tersebut.Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut
sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok
besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar
dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan
yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar
mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, Opera Cina,
dan mengimbang bendera besar yang dipanggilChingay
Pakaian mereka pada perayaan tersebut ialah Samfu dan Cheongsam.Samfu membawa
maksud 'baju dan seluar'.Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat
daripada kainNIPISyang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan
dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

Manakala Cheongsam pula ialah pakaian yang dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya
dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru
Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera,
satin dan lain-lain jenis kain lembut.

PERAYAAN KAUM INDIA

Perayaan kaum India ini dipanggil Deepavali.Perayaan ini disambut oleh


masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada 22 Oktober/November atau ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan
juga dikenali sebagai pesta Cahaya.Deepavali bermaksud sebarisan pelita.
Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai
sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di
rumah atau dikuil-kuil.Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah
kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil
berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-
mara mereka. Di kebanyakan rumah, rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada
tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Selain itu, mereka juga menyambut hari Thaipusam.Hari Thaipusam merupakan


hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-
dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda
kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang
berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang
meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit
merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu
itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini
dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai
corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari
luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut
Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan
belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan. Ramai
juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan
kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan
menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu.
Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau
melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang
bakal menjelma.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi (seperti
yang ditunjukkan di dalam gambar di atas) akan dibawa atau dijunjung di atas
bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau
kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan
bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-
bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua,
muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan
seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang
pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan
muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa,
pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi
minum.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di


India, Hal ini berlaku demikian kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah
berbanding dengan Thaipusam. Mengikut kajian, Thaipusam dapat
menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang
berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di
Malaysia, negara lain seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain
juga meraikannya.

Sambutan yang juga dipanggil Kartikeya Thaipusam yang juga untuk


memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai
Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha. Kejayaan
melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu,
semua rakyat yang diam di Malaysia haruslah bersyukur dengan Malaysia yang
hanya merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan agama. Kita dapat
hidup aman dan damai atas payung kedaulatan yang dikurniakan oleh-nya.
Perayaan di Sabah dan Sarawak
Perayaan yang popular diSarawakdikenali sebagai perayaanGawai Dayak. Perayaan ini
disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta
permulaan musim tuaian baru. Untuk menyambut perayaan ini, kebiasaannya mereka
akan membersihkan rumah serta kubur nenek moyang mereka. Sehari sebelum perayaan
ini kesemua anggota keluarga akan berkumpul dan ahli keluarga yang paling muda akan
menawarkan hidangan yang disediakan khas kepada kedua orang tua mereka. Pada
perayaan ini juga, mereka akan menari dan mengenakan pakaian tradisional sambil
menikmati Tuak iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada nasi.

Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatanyang dirayakan
olah kaum Kadazan Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk
menghormati Bambazon iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara
tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas
selesai menuai padi. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan
datang bertambah baik dan lumayan.
Tema: Pendidikan dan Bahasa

Bahasamerupakanalatyangdigunakanolehmasyarakatuntukberhubungsejakzaman
dahululagi.Dalammendepanieraglobalisasiini,kemampuanmenguasaidan
berkomunikasidalampelbagaibahasamerupakansuatukelebihankepadaseseorang.
Lantaranitu,SekolahBerasramaPenuh(SBP)misalnya,memberikanpeluangkepada
parapelajaruntukmempelajarilimabahasaantarabangsaiaitu,bahasaPeranchis,
Jerman,Jepun,CinadanArabmelaluipembelajaranbahasaantarabangsa.Tanpa
kemampuandankemahiranbertuturdalampelbagaibahasa,agaksukarseseoranguntuk
berkomunikasikhususnyadenganindividuyangberlainanbangsa.Olehitu,banyak
kepentinganakandiperoleholehseseorangdenganmenguasaipelbagaibahasalain
selainbahasaibunda.

Kebaikanpertamamenguasaipelbagaibahasaialahseseoranglebihmudahuntuk
berhubungatauberkomunikasidenganoranglain.Halinidemikiankeranaseseorang
akanlebihberkeyakinanuntukbersemukadengansesiapasahaja.Sebagaicontoh,
denganmenguasaibahasaInggeris,seseorangbolehmemberitahutempattempat
menariksertakeistimewaanyangterdapatdinegarakitakepadapelancongyangdatang
kenegarakita.Faedahdaripadaitu,parapelancongberasalebihdihargaimalahakan
lebihtertarikuntukberkunjungkenegarakita.Seseorangjugaakanlebihmemahami
psikologisertapenuturjatiindividutertentu.Sebaliknya,tanpamenguasaipelbagai
bahasaseseorangsukaruntukmenolongwalaupunmasihmempunyainiatuntuk
membantu.Impakdaripadaitu,parapelancongakanberfikirannegatifdan
berkemungkinanmenganggapkitatidakperamahdanbersikapsombong.Jelasbahawa,
denganmenguasaipelbagaikitamudahberkomunikasidenganlebihberkesanuntuk
bertukarfikiransertamaklumatantarasatusamalain.
Selainitu,denganmenguasaipelbagaibahasaseseoranglebihmudahuntukmemperoleh
ilmupengetahuan.Halinidemikiankeranapelbagaiilmupengetahuanyangterdapatdi
duniainiditulisdalampelbagaibahasa,khususnyabahasaInggerisyangmenjadibahasa
utamadunia.Denganmemperolehpelbagaiilmupengetahuanseseorangakanlebih
dihormati,dipandangtinggisertatidakdianggapbagaikatakdibawahtempurung.
Sebagaicontoh,untukmeningkatkanpengetahuandalambidangagamaIslamseseorang
wajibmenguasaibahasaArabyangmerupakanbahasakitabsuciAlQuran.Sementara
itu,bagigolonganpelajarmerekalebihmudahuntukmembuatrujukansamaadamelalui
bukubukuatauInternet.KemahiranmenguasaibahasaInggerismisalnya,seringkali
menjadihalangankepadapelajarBumiputeradipusatpengajiantinggiuntuk
menghasilkankajiansertabahanilmiahyangberkualiti.Tegasnya,memilikikemahiran
bahasaInggerisyangbaiksamaadamendengar,bercakap,membacaataumenulisadalah
amatperlusejajardenganusahakerajaanMalaysiamembangunkanmodalinsandi
negaraini.

Seterusnya,seseoranglebihmudahuntukmelanjutkanpelajarankeperingkat
yanglebihtinggi,baikdipusatpengajiantinggiawamatauswasta.Tambahanlagi
kemampuanmenguasaidanberkomunikasidalampelbagaibahasamenjadisemakin
pentingsekiranyaseseoranghendakmelanjutkanpelajarankeluarnegara.Halini
demikiankeranahampirsemuapusatpengajiantinggimenggunakanbahasaInggeris
sebagaibahasapengantardalampengajarandanpembelajarankeranakekuatannya
sebagaibahasakomunikasimasyarakatdunia.Halinidikukuhkanlagiapabilaseseorang
inginmelanjutkanpelajarandinegaranegaramajusepertiJepundanPeranchisyang
menggunakanbahasaibundamerekasendirisebagaibahasapengantarutama.
Tamsilnya,untukmelanjutkanpelajarandinegerimatahariterbit,Jepunpelajarperlulah
mengikutikurususuntukmenguasaibahasaJepunterlebihdahulusebagaipakejuntuk
terpilihuntukmengikutipengajiandisana.Jelasterbuktibahawapenguasaanpelbagai
bahasamemberikankemudahankepadasetiaporanguntukmelanjutkanpelajaranke
peringkatyanglebihtinggidisampingmudahuntukmemahamibudayadangayahidup
sesuatumasyarakatyangditemui.

Akhirsekali,tidakdapatdinafikanbahawadenganmenguasaipelbagaibahasaseseorang
lebihmudahuntukmemperolehpeluangpekerjaan.Halinidisebabkanseseorangpekerja
yangberkemahiranbertuturdalampelbagaibahasadianggapmempunyaibanyak
kelebihansertakeistimewaankeranamampubertuturdenganpelbagaipihak.Sebagai
contoh,diMalaysiaseseorangyangbolehbertuturdalambahasaMelayu,bahasa
InggerisdanMandarinmemilikiciriciripekerjayangdigemaridandisukaimajikan
keranamasyarakatmajmukyangterdapatdinegarakita.Disampingitu,dengan
menguasaipelbagaibahasamembolehkanseseorangitu,menceburkandiridalambidang
penterjemahanataujurubahasadalambidangkehakimandanjugasektorpelancongan.
Bidangterjemahandikatakanmempunyaimasadepanyangcerahkeranamempunyai
permintaanyangtinggi.Begitujugadalambidangpelanconganyangamatmemerlukan
khidmatpemandupelancongasingyangbolehmenguasaibahasaasing.Sesungguhnya,
penguasaanpelbagaibahasadankemahiranberkomunikasimenjadisuatukriteriadan
pertimbanganutamamajikandalammemilihciripekerjayangberkualiti.

Intihanya,langkahKementerianPelajaranMalaysiamemperkenalkansubjekbahasa
tambahandiperingkatsekolahperlulahdipujibagimemperkasakanlagimodalinsan
yangbakaldilahirkan.Olehitu,semuapihakkhususnyaibubapabukansahajaperlu
menerimanyasecarapositifmalahanmemberikansokongantanpawujudperasaan
berbelahbahagi.Semuaindividukhususnyagolonganpelajarperlulahmerebutpeluang
yangdisediakanolehpihakkerajaankeranakemahiranbertuturdalampelbagaibahasa
akanmemberikannilaitambahsekaligusmenyediakanmasyarakatyangmampududuk
samarendahberdirisamatinggiuntukbersaingdiperingkatglobal.Justeru,tepuk
dadatanyaselera,adakahkitainginmenjadiindividuyanghanyamemahamibahasa
ibundaataumampumenguasaipelbagaibahasayangpastinyamemberikankelebihan
kepadakitakelak.

Dalam zaman yang penuh persaingan ini, para pelajar sentiasa


berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu
demi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.
Menetapkan matlamat, menyediakan jadual waktu yang praktikal,
menghadiri kelas tuisyen dan mengulang kaji pelajaran setiap hari
merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelajar demi mencapai
kejayaan.
Namun, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu
loncatan ke arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan
pelbagai faedah kepada pelajar-pelajar.

Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang


menyeronokkan. Seseorang pelajar akan dapat belajar atau membuat
ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan daripada guru-
guru. Hal ini demikian kerana rakan-rakan merupakan orang yang
paling dekat dengan pelajar selain ahli keluarga. Contohnya,
seseorang yang pemalu tidak berani bertanya kepada guru apabila dia
menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebaliknya dia akan bertanya
dan mengeluarkan buah fikirannya di depan rakan-rakan. Justeru,
belajar secara berkumpulan bukan sahaja dapat memberikan suasana
belajar yang menyeronokkan malahan membuka peluang kepada
pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran dengan acuan sendiri.

Selain itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu sesama mereka melalui
kaedah belajar secara berkumpulan. Mereka berpeluang untuk
bertukat-tukar pendapat dan pandangan tentang kaedah menjawab
soalan, bertukar nota pelajaran dan lain-lain. Mereka boleh berkongsi
ilmu tentang sesuatu mata pelajaran dan bekerjasma menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru. Seseorang pelajar yang menghadiri
kelas tuisyen akan lebih menguasai sesuatu ilmu berbanding dengan
pelajar yang tidak berpeluang menghadiri kelas tuisyen. Melalui
perbincangan secara berkumpulan, pelajar-pelajar dapat
mengukuhkan kemahiran dan seterusnya mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki kelak.

Bak kata pepatah, muafakat membawa berkat, belajar secara


berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar
di samping dapat menerapkan nilai toleransi. Para pelajar dapat
menyiapkan sesuatu tugasan dengan cepat dan berkesan melalui
semangat kerjasama yang diamalkan. Contohnya, seseorang pelajar
dapat menghasilkan karangan yang lebih baik dengan adanya
maklumat dan idea yang lebih relevan daripada rakan-rakan.
Natijahnya, belajar secara berkumpulan bukan saja dapat memupuk
semangat bersatu padu, malah dapat mengeratkan hubungan sesama
mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam akademik.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang


bijak bagi pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan. Sebagai bakal
pemimpin negara, kita seyogianya melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara berkumpulan
untuk menjadi seorang yang cemerlang dan seterusnya memberikan
sumbangan bermakna kepada negara pada suatu masa nanti.
USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa
Malaysia. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua
franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya
bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Malaysia telah
dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi
sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka, bahasa
Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub dalam
Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa
Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang
merupakan bahasa kebangsaan.

Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang
kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua
berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana
orang Melayu yang berkuasa telah meminggirkan bahasa Malaysia daripada
rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu menyokong rancangan
pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika keadaan ini dibiarkan
berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus
kemajuan, muflis dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya
terkubur di negara sendiri. Rata-rata, ibu bapa mendidik anaknya bertutur
dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa asing itu, mereka
sukar mendapat pekerjaan.

Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam
bahasa Malaysia dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikatakan kolot,
ketinggalan zaman, tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi
moden. Bangsa kita tidak terdesak untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu
kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli dari dunia lain sama ada dari barat
atau timur sehingga bahasa Malaysia menjadi peniru atau pengguna. Kita
janganlah menuding jari kepada sesiapa jika bahasa Malaysia dipinggirkan
kerana kita sendiri yang enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Malaysia
sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau
bahasa bertamadun tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa
Inggeris sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan seharian sesama
sendiri, kita lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris walaupun
penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.

Selain itu, dasar penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan


kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi
pengajian tinggi. Pelajar-pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa
Malaysia selama tiga belas tahun. Selepas itu, mereka meninggalkan bahasa itu
selepas tamat persekolahan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke kolej swasta
yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
pengajiannya.

Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka


merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam
memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah
undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan,
insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku
pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai
bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil
daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang
membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan di
pusat pengajian tinggi.

Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan
bahasa kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan
dalam majlis perasmian, mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan
Pustaka hendaklah juga menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti
pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara, contohnya
dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor Raya Multimedia. Dalam konteks
ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan
membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik
supaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi.

Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa
mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan
bahasa Malaysia. Pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen
penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan bahasa Malaysia dalam
kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yang mula-mula
menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan
kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku
bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu,
diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama
memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan


yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana
mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia
dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan
Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan
oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi
pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk
kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang
peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan
mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian.
Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan
bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam
kalangan generasi masa ini.

Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting
untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan
bahasa Malaysia. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan
melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat. Peranan
pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab
membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting
dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum pendidikan
bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya
menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam
konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu
diterapkan melalui pendidikan bahasa.

Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa


Malaysia amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan
lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan
atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang
akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa
Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan
iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata
bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita
akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di
negara kita malah di pentas dunia.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendiri mesti


membetulkan kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap
bahasa Malaysia. Jika tidak siapakah lagi yang akan bertanggungjawab
memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia yang menjadi bahasa
kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu pertemuan raksasa antara orang-
orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik, cendekiawan, ahli
perniagaan, dan sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan segala
masalah yang mengancam bahasa Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah seperti nasib sosial dan budaya
kebanyakan orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia
haruslah bangun menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi
tonggak bangsa.

Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit


dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita.
Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan
bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah
memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa
Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa
Malaysia yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan
rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan
ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa
asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

Tema: Patriotisme

Maksudkedaulatan
Kedaulatan ialah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan
pentadbiran, rakyat, atau diri sendiri.

Kepentingan mengekalkan kedaulatan negaraPerpaduan


merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan
kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin
kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan
perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah
ditakluki kuasa asing.
Langkah langkah mengekalkan kedaulatan negara

- Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat :


Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita
kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
negara.
Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong,
bukannya dikritik.
Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan
peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah
diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin
masih di tangan penjajah asing.
-Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati
Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati
sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera
negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur
Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia.
Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati
lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.

- Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.


Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia
berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan
negara.
Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara
serta cara mengatasinya.

-Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.


Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur
dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan
mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham untuk
kesejahteraan hidup Malaysia.
Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting
untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara,
bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.
Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk
adat resam dan kepercayaan kaum lain.
Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong
daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan
hubungan silaturahim.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk
kesenangan semua pihak.
Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk
membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak
sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan
sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar.
- Bersifat produktif untuk memajukan negara
Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan
taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan
sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.
Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam
negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya
Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi
menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan
ekonomi negara semula.

Kesimpulan
Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan
sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat
penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu,
kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan
semua. .

Kepentinganpertamasemangatpatriotismedikalanganrakyatadalahuntuk
memupukdanmengekalkansemangatcintaakannegara.Denganwujudnya
semangatcintaakannegaradikalanganrakyat,pastinegaraakanterusamandan
damai.Sesungguhnyaanasirluarataumusuhnegaraamatmenyukaijikarakyat
Malaysiatidakmempunyaisemangatpatriotisme.Apabilakeadaaniniberlaku,pasti
negaraakanmudahditaklukiolehnegarayanginginmenjajahlaginegarakita.

Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya,


semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan
kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan
kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan
untukkemudahanrakyat.Selainitu,suasanayangharmoniantarakaumakandapat
diwujudkan.Seterusnyasuasanaharmoniiniakandapatmerangsangperkembangan
sektorpelancongannegara.

Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi


contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas
merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya
programprogramyangmenjuruskepadamewujudkansemangatpatriotismeseperti
sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada
generasimuda.Selainitu,generasimudayangmempunyaisemangatpatriotisme
tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan
vandalisme.

semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara.


Malaysiaterkenalsebagaisebuahnegarayangamandanpesatmembangun.Negara
Malaysiadapatmembangundenganpesatkeranawujudnyasemangatpatriotisme
yangtinggidikalanganrakyat.

Cara-cara Menunjukkan Semangat Patriotik

Apa itu semangat patriotik? perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air -
semangat patriotisme merupakan perasaan taat setia kepada negara - rakyat
Malaysia - banyak cara untuk menunjukkan semangat patriotik

bangga menjadi rakyat Malaysia - bangga dilahirkan dan dibesarkan di


Malaysia, sebuah negara yang aman dan makmur - mempertahankan maruah
negara terutamanya apabila timbul isu melibatkan negara

bekerja keras dan gigih berusaha untuk mengharumkan negara dalam pelbagai
bidang - sukan, akademik - menyertai acara dan pertandingan peringkat
antarabangsa - bawa nama Malaysia

mendalami dan memahami sejarah Malaysia - mngingati jasa-jasa pejuang dan


menghargai pengorbanan mereka - lawat muzium dan bangunan bersejarah -
ziarah pusara mereka - beli buku biografi

mengaplikasikan nilai patriotisme dalam diri - mengibarkan Jalur Gemilang -


berdiri tegak ketika mendengar/menyanyikan lagu 'Negaraku' - menyanyi lagu
patriotik dengan bersungguh-sungguh

menjalinkan hubungan erat sesama anggota masyarakat tanpa mengira kaum,


bangsa dan agama - mengukuhkan perpaduan kaum

menyertai kem jati diri - pengisian yang menyuburkan semangat patriotik -


menanam semangat cinta akan negara dalam diri
melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti - aktiviti
kemasyarakatan - tunjukkan komitmen pada negara - contoh: jadi sukarelawan
dalam acara sukan apabila negara kita menjadi tuan rumah, menyertai
perarakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

sentiasa bekerjasama dalam menjaga keselamatan negara - melestarikan


keamanan dan kemakmuran negara - tanggungjawab bersama - pilih kerjaya
sebagai polis atau tentera - berkhidmat untuk negara

Tema: Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di
muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan
ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan
hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana
yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan
baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan
menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan
membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di
persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu
dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan
cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang
ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari
semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan
suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk
menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.
Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-
pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber
ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang
mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan
seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit
kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini
turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit
tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika


persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat
mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain
yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat
dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang
bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan
hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan
manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan.
Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini
akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada
manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang
turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada
kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam
kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara
dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar
daripada sebarang pencemaran.
Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-
tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.
Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan
habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan
berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya
merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat
menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang
pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan
hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber
kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar
membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi
negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian
akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke
dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan
dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan
pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan
serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej
negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin


bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan,
Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di
samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

LANGKAHLANGKAH PEMELIHARAAN DAN


PEMULIHARAANALAMSEKITAR

Penghutanansemula

Penghutanansemulaialahkegiatanmenanamsemulahutanyangtelahditebang
denganspesiespokokyangcepattumbuhdanbermutu.Melaluicarainikelenbapan
suhudapatdikekalkandanseterusnyamasalahpeningkatansuhualamsekitardapat
dielakkanterutamanyadikawasanbandarbandarbesarsepertidikualalumpur.
Contohnya,pokokjenispain,batai,dansesenduktelahditanamdiBukitTinggi,
Pahang.JabatanPerhutananMalaysiaperlumemainkanperananpentingbagi
melaksanakanlangkahinidengancekapdanefisyen.Contohpenghutanansemula
yangtelahdilaksanakanadalahsepertidiHutanSimpanKemasul,PahangdanHutan
SimpanPayaLaut,Perak.

Penggunaanbajaorganik

Masyarakatsekarangterutamanyapetanidigalakkansupayamenggunakanbaja
organikataubajaaslidaripadanajishaiwansepertinajislembudanayamsertasisa
sisatanamanuntukmenggantikanpenggunaanbajakimiayangselaludigunakanoleh
petanimodenpadazamansekarang.Kebanyakanpetanimodenyangmenggunakan
bajakimiasecarakeraptelahbanyakmendatangkanmasalahkepadaalamsekitar
terutamanyakepadamasalahpencemaranair.petaniyangmenggunakanbajaorganik
dapatmenambahkankesuburantanah,bajaorganikjugaadalahlebihmurah,tidak
perludiproses,dantidakmencemarkanalamsekitar.
Contohnya,peladangladahitamdiSarawakmenggunakanguano,iaitucampuran
najisburungdankelawarsebagaibaja.

Kaedahbiologi

Peladangkelapasawitdinegarakitamenggunakankaedahbiologiuntukmengawal
makhlukperosak.Kebanyakanpeladangsekarangjarangmenggunakankaedah
biologiinikeranakaedahinidianggapsudahketiggalanzaman.Kaedahbiologiyang
digunakaninidapatmengurangkanpenggunaanracunseranggadanracunrumpai
yangdapatmenyebabkanberlakunyapencemarkanalamsekitar.Contohnya,diladang
kelapasawit,ular,burunghantu,danburunghelangdigunakanuntukmenangkap
tikus,burung,dantupaiyangmerosakkanbuahkelapasawit.

Pertaniantetap

Kerajaanmenggalakkanpetanipetanitradisionalyangmengamalkanpertanian
pindahsupayamengubahcarapenanamanmerekakepadapertaniantetap.
Kebanyakanpetanidikawasanpedalamanmasihmenjalankanpertanianjenispindah.
Masalahiniberlakukeranamasyarakatpedalamankurangmendapatpendedahan
tentangpentingnyaalamsekitarterhadapkehidupandisekelilingnya.petanisekarang
terutamanyadikawasanpedalamanperlumengubahteknikpertanianmereka
daripadapertaniansecaraberpindahrandahkepadapertaniantetap.
Langkahinibertujuanuntukmengelakkankemusnahankawasanhutanyangberharga
danmengurangkanhakisantanih.
Kaedahperundangan

Kaedahperundangandidefinasikansebagaiaktaperundanganyangtelahdigubaldan
dikuatkuasakanuntukmelaksanakantndakanterhadappesalahalamsekitar
antaranya:
Aktakualitialamsekitar(1974)aktainidigubalbertujuanuntukmengawalperkara
perkarayangbolehmembawakepadaberlakunyakemudahanalamsekitar.serentak
denganiniaktainiperludiperketatkanagarusahamemeliharadanmemuliharakualiti
alamsekitarterjamin.Olehitu,dapatdilihatbahawaperuntukanaktainimerangkumi
hampirkeseluruhanaspekdanmasalahpencemaranalamsekitarsepertimasalah
pencemaranair,pencemarantanah,danpencemaranudara.
Penilaianimpakalamsekitar(EIA)penilaianimpakalamsekitarmerupakansatu
pendekatanyangmenekankanaspekpengurusanalamsekitarsecaramenyeluruhbagi
mengekalkankeseimbanganantarapembangunandengankualitialamsekitar
dibawahaspekpengekalan,pemeliharaan,danpemuliharaanalamsekitar.Pihak
pihakyangterlibatterutamabadanbadankerajaanyangberkaitanalamsekitarperlu
turunpadangsecarakerapbagimemastikandasarini (EIA) berkesan.

PENDAHULUAN:-
Sungai merupakan pembekal sumber air kepada manusia.
Melalui sungai manusia dapat minum, mandi dan mencuci pakaian.
Sungai merupakan pembekal sumber makanan.
Sungai juga menjadi lokasi yang menarik kunjungan pelancong
Hal ini demikian, sungai wajar dijaga agar kebersihannya akan terus
terpelihara.

IDEA-IDEA PENTING:-
Punca-punca pencemaran sungai

1.Pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai - sesetengah


anggota masyarakat mengambil jalan mudah dengan cara
membuang sampah ke dalam sungai. Mereka menganggap
sungai sebagai tong sampah. Sungai menjadi kotor, banyak
hidupan akuatik yang pupus.
2.Pembuangan sisa kumbahan terus ke sungai - terdapat kilang
yang membuang sisa kumbahan terus ke sungai tanpa dirawat
terlebih dahulu. Pengusaha bertindak sedemikian kerana mahu
menjimatkan kos. Sisa kumbahan banyak mengandungi toksik
yang boleh mengancam flora dan fauna sesebuah sungai.

3.Kurang pemantauan dan langkah penguatkuasaan yang lemah


- Pihak berwajib tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan
sebaik mungkin. Pihak berwajib menghadapi masalah
kekurangan pegawai. Pihak yang melakukan kesalahan jarang-
jarang dikenakan tindakan.

4.Sikap anggota masyarakat yang tidak prihatin - mereka tidak


mempunyai kesedaran betapa pentingnya sungai kepada
kehidupan manusia. Mereka juga kurang mengetahui kesan
buruk pencemaran sungai. Pencemaran sungai yang dilakukan
oleh pihak lain hanya dipandang sebelah mata oleh masyarakat
sekeliling.

Cara-cara mengekalkan keindahan sungai

1.Pihak berwajib, NGO dan pihak swasta mestilah menganjurkan


kempen 'Cintailah Sungai Kita' secara berterusan untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
sungai. - kempen juga lebih berkesan jika diwara-warakan
melalui media massa seperti televisyen, radio dan sebagainya.

2.Kerap mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan


sungai melibatkan semua lapisan masyarakat - dapat menangani
masalah sungai yang kotor. Gotong-royong juga diharapkan
dapat memupuk perasaan cinta akan sungai.

3.Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berterusan -


perlu mengenakan tindakan tegas kepada pesalah-pesalah
seperti mengenakan kompaun yang lebih tinggi dan penjara
mandatory.

4.Pihak berwajib wajar mempelbagaikan fungsi sungai -


contohnya sungai dijadikan lokasi pelancongan, aktiviti
perkelahan, dan pertandingan sukan air.

PENUTUP:-
Sungai merupakan khazanah kurniaan Tuhan yang sangat besar
fungsinya. Semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan
keindahan dan kebersihan sungai terpelihara sehingga bila-bila.

Tema: Pelancongan

Kepentingan dari segi ekonomi, sektor pelancongan dapat meningkatkan


ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara
kita.Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata wang negara
mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini.
Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan atau di pusat pertukaran mata
wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika
membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata
wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan.
Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja
menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli
barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Di samping itu,sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan


di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia
memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan
pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain.
Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal
mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak
sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang
besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi
jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang
didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat
menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut.
Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan
yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina
bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau
dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf
lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti Eco-Tuorism yang
membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari
cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan
sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk
bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan
pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain
mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan.

Selanjutnya, pelancongan turut menarik pelabur asing. Kegiatan pelancongan


yang aktif memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk
menanam modal di negara ini. Industri pelancongan bukan hanya untuk pelabur
yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan seperti pengusaha hotel, pengusaha
taman tema, pengusaha pusat beli-belah, dan sebagainya malahan dapat
menarik pelabur asing dalam bidang yang tiada kaitan dengan pelancongan
seperti pengangkutan dan pembinaan. Kerajaan dapat mengelakkan
pembaziran wang negara digunakan untuk mengindahkan kawasan-kawasan
pelancongan yang menelan kos terlalu tinggi. Sebagai contohnya, Pulau
Langkawi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia, pihak
kerajaan dan swasta terpaksa melabur sebanyak RM4.5 bilion. Adalah lebih
bermanfaat kos yang terlalu tinggi disalurkan untuk memenuhi keperluan rakyat
yang lebih mendesak dengan membina lebih banyak rumah kos rendah untuk
mereka yang masih tidak berumah. Jelaslah, kehadiran pelabur asing yang
ramai dapat membantu kehidupan masyarakat kita, terutamanya di kalangan
mereka yang miskin dan terabai akan lebih terjamin. Oleh itu,sektor
pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara
kita.

You might also like