You are on page 1of 10

KONSEP

Pembelajaran Luar Bilik Darjah


Pembelajaran merupakan suatu perkataan yang berasal dari perkataan belajar yang
membawa maksud proses pengumpulan ilmu. Maka, pembelajaran luar bilik darjah
(PLBD) membawa maksud, suatu proses pengumpulan ilmu yang dijalankan secara
terancang dan berstruktur di kawasan luar bilik darjah sebagaimana biasa. Aktiviti
pembelajaran luar bilik darjah ini merupakan aktiviti yang berpusatkan pelajar, di mana
pembelajaran itu adalah berlaku dari kalangan pelajar itu sendiri.
PLBD mempunyai beberapa sasaran penting. Antaranya ialah, ia bertujuan untuk
menyediakan murid sebelum mempelajari sesuatu tajuk atau konsep yang akan
dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari serta sebagai medium untuk proses
pembelajaran sesuatu tajuk atau konsep. PLBD juga mampu memberikan pengalaman
pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan kepada
pelajar, melalui pendekatan kontekstual.
Sebagaimana yang dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD,
terdapat tiga jenis model PLBD iaitu PLBD yang dijalankan di luar bilik darjah dalam
kawasan sekolah, berhampiran dengan kawasan sekolah dan PLBD yang dijalankan
jauh dari kawasan sekolah yang telah mendapat kebenaran PPD seperti lawatan ilmiah
ke Pameran Seni. Bagi melaksanakan PLBD, perancangan rapi perlu dibuat oleh guru
iaitu sebelum PLBD dijalankan, semasa dan selepas PLBD dijalankan. Hal ini demikian
kerana ia melibatkan pelajar sekolah serta bagi memastikan bahawa matlamat PLBD
tercapai.





Pengurusan Sumber dan Bahan Bantu Mengajar
Sebagai pengenalannya, pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar sebenarnya
meliputi beberapa aspek seperti reka bentuk dan proses menyediakan bahan bantu
sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan
bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta aspek etika dan
tanggungjawab.
Reka bentuk dan proses penyediaan bahan bantu mengajar pula meliputi
langkah langkah seperti penyenaraian alat dan bahan bantu mengajar dan
penambahbaikan terhadap alatan tersebut. Guru perlu memikirkan sama ada bahan
bantu mengajar yang digunakannya itu benar benar dapat menjelaskan konsep
pembelajaran, menarik serta mampu meransang deria pelajar bagi tujuan penjanaan
idea. Jika tidak, maka guru harus menukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik.
Selain itu, merujuk kepada prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan pula
bermaksud, guru Pendidikan Seni Visual harus memberikan penerangan yang betul
serta mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana cara menggunakan alat dan
bahan bantu dengan cara yang betul serta cara menyimpan alatan tersebut agar tidak
rosak.
Berkaitan dengan penyimpanan dan rekod stok, semua alatan dan bahan yang
dibeli hendaklah dibuat catatan di dalam Buku Stok rasmi, bagi tujuan pengauditan.
Bagi memudahkan semakan stok, guru boleh menggunakan dua buku stok dimana
sebuah buku adalah untuk mencatatkan butir butir alat dan bahan kekal manakala
sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna seperti cat dan
sebagainya. Pada kebiasaanya, semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun.
Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah
dilaporkan kepada pihak sekolah.
Keselamatan dan tahap kesihatan pelajar juga perlu dititikberatkan
semasa proses P&P berlangsung. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah
menyediakan panduan keselamatan serta menerangkannya kepada pelajar. Bahan
bahan berbahaya juga perlu disimpan di tempat yang betul dan diawasi
penggunaannya. Selanjutnya, guru juga perlu menentukan kecukupan semua bekalan
alat dan bahan bagi memastikan proses P&P dapat berjalan dengan baik. Guru juga
perlulah memberi taklimat dan demonstrasi untuk sesuatu aktiviti seperti aktiviti
menghasilkan batik lukisan. Malah, sekiranya perlu, guru perlu berbincang dengan
pihak sekolah mengenai penambahbaikan item baru yang diperlukan.
Kesimpulannya, guru Pendidikan Seni Visual harus mempunyai kemahiran
dalam menguruskan sumber serta bahan bantu mengajar agar proses pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar dan teratur















PEMILIHAN BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHAP 2
Menggambar
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Tahun 4, saya telah memilih bidang menggambar.
Menggambar dapat ditakrifkan sebagai satu respresentasi visual sesuatu objek
atau imej yang dihasilkan diatas permukaan. Respresentasi visual tersebut
mengandungi suatu komposisi artistik yang mana dihasilkan melalui aplikasi warna
diatas permukaan yang rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih
jelas tentang sesuatu objek. Selain itu, gambar ialah satu artifak yang menunjukkan
satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Selain itu , respresentasi visual
yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan gambaran huruf yang diterangkan
adalah dalam bentuk grafik.
Dalam teknik menggambar perkembangan, imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri
seseorang murid menjadi keutamaan. Hal ini demikian kerana, bidang ini membolehkan
murid untuk mengenali lebih dekat lagi mengenai kemahiran asas dan teknik dalam
proses rekaan. Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi dalam sesuatu hasil karya seni. Berpandukan kepada Dokumen Standard
Pendidikan Seni Visual Tahun 4, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan dalam
bidang menggambar antaranya ialah lukisan, catan, gosokan, capan, mozek dan
poster.
Seperti yang dinyatakan di atas, antara aktiviti yang terdapat dalam bidang
menggambar ialah lukisan. Lukisan merupakan merupakan hasil kerja seni yang dibuat
di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan
menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah
lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu
kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Penggunaan alat dalam
sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel,
arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan
jalinan.
Seterusnya merupakan aktiviti catan dan gosokan. Secara ringkasnya, catan
merupakan satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
Catan dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan
berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau
abstrak. Pada kebisaannya, antara jenis warna yang digunakan ialah warna poster,
warna air, cat akrilik dan cat minyak. Gosokan pula ialah satu proses pemindahan reka
bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara
menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Aktiviti gosokan yang
dilakukan dapat memperkembangkan deria penglihatan terhadap alam sekitar,
meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
Di dalam Dokumen Standard Pendidikan Seni Visual Tahun 4, melalui bidang
menggambar, turut dinyatakan mengenai aktiviti capan. Aktiviti capan sebenarnya ialah
teknik mengecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai
jalinan tertentu. Perbezaan antara capan dengan cetakan ialah kerana ia tidak perlu
disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan
dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari
menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.
Mozek pula ialah satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan
menyusun bahan bahan tertentu di atas permukaan yang rata. Teknik mozek
dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih
meninggalkan ruang latar. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi
atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak
diajar. Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam
sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.
Secara kesimpulannya, bidang menggambar merupakan satu bidang yang
menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang menggambar juga
memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat
gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.

PERANCANGAN SERTA PENGURUSAN BAHAN SUMBER AKTIVITI GOSOKAN DI
LUAR BILIK DARJAH
Perancangan Aktiviti Gosokan Di Luar Bilik Darjah
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Seni Visual Tahun 4, saya telah
memilih bidang menggambar. Melalui bidang ini, saya bercadang untuk menjalankan
aktiviti gosokan.
Sebelum
Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti ini, berdasarkan sukatan pelajaran, guru
harus menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengandungi
semua langkah langkah pengajaran yang terdiri daripada set induksi, langkah 1,
langkah 2, langkah 3 dan penutup. Malah RPH yang dibina juga hendaklah
mengandungi segala butiran seperti bilangan pelajar, tajuk, objektif pembelajaran, nilai
serta senarai alatan yang diperlukan. Hal ini bagi memastikan proses P&P dapat
berjalan dengan lancar.
Selanjutnya, bagi menarik minat pelajar terhadap pelajaran, guru mempamerkan
gambar yang dihasilkan melalui teknik gosokan buatan guru kepada pelajar. Murid
akan bertindak dengan cara memberi respon terhadap gambar yang dipamerkan itu.
Guru juga akan bersoal jawab dengan murid mengenai gambar yang dipamerkan itu.
Melalui jawapan yang diberikan pelajar, guru akan mengaitkan jawapan pelajar dengan
isi pelajaran.
Guru seterusnya akan menerangkan beberapa unsur seni dalam penghasilan
gambar serta teknik yang digunakan kepada pelajar. Pada masa ini, murid akan
mendengar serta memberikan respon terhadap penerangan yang diberikan tadi. Selain
itu, guru turut mempamerkan bahan atau alatan yang akan digunakan untuk
menghasilkan gambar nanti
Langkah selanjutnya ialah guru menyuruh pelajar mencuba teknik gosokan di
dalam kelas dengan menggunakan permukaan yang mempunyai jalinan seperti tapak
kasut, syiling, dinding dan tingkap pada sekeping kertas.
Semasa
Guru kemudiannya membahagikan pelajar kepada enam kumpulan. Guru
mengedarkan kertas yang mengandungi gambar buah buahan kepada setiap
kumpulan. Guru memberikan arahan kepada pelajar agar mewarnakan gambar buah
buahan yang diedarkan tadi dengan menggunakan teknik gosokan di atas permukaan
yang berbeza di luar bilik darjah.
Semasa aktiviti tersebut berjalan, guru perlu memantau pergerakan serta
keselamatan pelajar. Hal ini bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak
diingini daripada berlaku. Guru juga perlu bersedia untuk memberikan pertolongan
kepada pelajar sekiranya perlu.
Selepas
Selepas selesai melakukan aktiviti tersebut, pelajar pelajar akan dikumpulkan
kembali ke dalam kelas. Wakil daripada setiap kumpulan diminta mempamerkan hasil
seni mereka di hadapan kelas. Mereka akan menjelaskan jenis jenis permukaan yang
mereka gunakan bagi menyiapkan tugasan tersebut.
Guru akan memilih tiga contoh terbaik sebagai motivasi dan ransangan kepada
pelajar untuk aktif dalam proses pengajaran pada masa akan datang. Akhir sekali, guru
akan membuat rumusan berkenaan aktiviti yang telah dijalankan.







Pengurusan Bahan Sumber Aktiviti Gosokan Di Luar Bilik Darjah
Bagi melaksanakan aktiviti gosokan di luar bilik darjah sebagaimana yang
terdapat dalam perancangan di atas, terdapat beberapa bahan sumber atau alatan
yang digunakan. Antaranya termasuklah LCD, cakera padat yang mengandungi video
demonstrasi teknik gosokan, kertas A4, kertas edaran, pensel dan pensel warna.
Bagi memastikan aktiviti yang dirancang, berjalan dengan lancar, seorang guru
yang baik mestilah mahir dalam menguruskan bahan bahan sumber ini. Sebagaimana
yang telah diterangkan sebelum ini, terdapat lima aspek dalam pengurusan bahan
sumber. Bahan bahan sumber tersebut diuruskan dengan cara yang berbeza, seperti
berikut :

BAHAN/ALAT

CARA PENGURUSAN

1. Kertas A4


Guru mengambilnya dari stor
barang sekolah
Guru merekodkan pergerakan
keluar bahan ini di dalam buku
rekod barang habis guna

2. Kertas Edaran (Gambar Buah
buahan)



Guru menyediakan kertas edaran
ini
Guru mengedarkan kepada setiap
kumpulan

3. Pensel / Pensel Warna



Guru menyediakan pensel dan
pensel warna yang mencukupi
dengan cara meminjamnya dari bilik
seni sekolah
Guru merekodkan pergerakan
keluar masuk bahan ini di dalam
buku rekod alatan/bahan yang ada
Pelajar juga boleh menggunakan
pensel dan pensel warna
kepunyaan mereka semasa
menjalankan aktiviti gosokan

You might also like