You are on page 1of 34

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (MASALAH PENGLIHATAN)

MODUL PENGAJARAN

SENI DAN SAYA Seni Visual Suaian


TAHUN 2

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2011

Cetakan Pertama 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT

Pendahuluan Matlamat Objektif Fokus mata pelajaran Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual Organisasi kandungan Aktiviti Bidang 2 : Membuat corak dan rekaan (capan) Aktiviti Bidang 3 : Membentuk dan membuat binaan Aktiviti Bidang 4: Kraftangan (anyaman)

1 1 2 2 4 5 9 15 21

PENDAHULUAN Seni Visual Suaian ini merupakan mata pelajaran yang diubahsuai daripada Kurikulum Seni Visual Kebangsaan berdasarkan keperluan murid-murid pendidikan khas bermasalah penglihatan. Perbezaan utama dalam kurikulum ini adalah daripada aspek pemetaan dan pilihan kegiatan seni. Dokumen Standard Seni Visual Suaian di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif, dan aktif. Seni Visual Suaian memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya sendiri. Dokumen Standard Seni Visual Suaian merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual Suaian bagi murid pendidikan khas bermasalah penglihatan ianya akan dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian

MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Seni Visual Suaian sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni, dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual Suaian sekolah rendah murid dapat; 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan 3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, dispilin diri, dan bertanggungjawab 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah

FOKUS MATA PELAJARAN Tumpuan utama Seni Visual Suaian merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu; a. penumpuan secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

a. Penumpuan secara aktif Penumpuan secara aktif yang merangkumi kesedaran penumpuan keseluruhan, berfokus, dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria-deria yang masih ada penumpuan ini juga melibatkan gabungan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan penumpuan ini. Murid akan dilatih memberi penumpuan terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. c. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat daripada aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan sebenar.

PENILAIAN DALAM SENI VISUAL SUAIAN Penilaian dalam Seni Visual Suaian bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil. Penilaian Berasaskan Sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya. Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual Suaian secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, serta penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja murid. Proses ini berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kekemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.

Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi, temubual, bercerita, lakonan, dan nyanyian. Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian braille/pensil dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.

ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Transformasi Dunia Seni untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, kraftangan dan menggambar (bermula tahap II). Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan seni dalam kehidupan.

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman,dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

BIDANG 2

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

UNIT : 2

MODUL TAHUN BIDANG AKTIVITI TEMA TAJUK MASA KEPERLUAN

: KREATIVITl DAN SENI :2 : Membuat corak dan rekaan (Tidak Terancang) : Tiupan : Alam benda : Corak bebas : 30 minit : Buta: Cat minyak, straw (besar dan kecil) dan kertas lukisan Rabun: Warna poster, straw (besar dan kecil) dan kertas lukisan : Contoh corak tiupan yang dihasilkan oleh guru

BAHAN BANTU MENGAJAR

STANDARD KANDUNGAN: Murid dapat: a. Mengenal media melalui teknik dan proses yang bersesuaian. b. Menyatakan bahasa seni visual yang berkaitan objek alam semula jadi, persekitaran, dan karya seni. c. Menghasilkan kepelbagaian lakaran. d. Mempamer dan menceritakan karya seni sendiri. STANDARD PEMBELAJARAN : Murid dapat: 1. Persepsi Estetik Menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan corak bebas (abstrak) dengan menggunakan teknik tiupan. 2. Aplikasi Seni Mengenali dan menyatakan jenis media yang digunakan. Contoh; warna poster, cat minyak, straw, dan kertas lukisan. Mengetahui konsep tiupan dalam menghasilkan karya. 3. Ekspresi Kreatif Menggunakan pelbagai teknik tiupan dan warna campuran cat emulsi dalam penghasilan karya yang bertemakan alam benda. Menghasilkan corak dan rekaan dengan menggunakan teknik tiupan. 4. Apresiasi Seni Mempamer karya yang dihasilkan. Menceritakan karya sendiri secara lisan. Menghargai karya sendiri dan rakan.
9

Cadangan aktiviti

Persepsi Estetik 1. Guru memberi contoh corak teknik tiupan kepada murid untuk diraba. 2. Murid menyatakan tekstur yang diraba pada corak yang diberi. 3. Guru menerangkan bahawa straw juga boleh digunakan untuk menghasilkan corak. Aplikasi Seni 1. Guru memperkenalkan bahan dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan corak tiupan. 2. Guru menerangkan teknik tiupan dalam penghasilan corak. Langkah 1 1. Guru mengedarkan straw, cat minyak, warna poster, dan kertas lukisan kepada murid . Langkah 2 1. Guru menyediakan tiga jenis warna cat minyak dan juga warna poster. Langkah 3 1. Guru menunjukkan contoh corak tiupan yang telah dihasilkan. Ekspresi Kreatif 1. Murid menghasilkan corak teknik tiupan. 2. Guru membimbing murid menjalankan aktiviti seperti langkah yang ditunjukkan.

Apresiasi Seni 1. Guru mempamerkan hasil kerja murid dan meminta murid lain (rabun / buta melalui gambaran guru) membuat ulasan mengenai hasil kerja tersebut. 2. Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan tiupan. 3. Guru merumuskan hasil yang telah dibuat

10

UNIT : 2 UNIUNI

MODUL TAHUN BIDANG AKTIVITI TEMA TAJUK MASA KEPERLUAN gam BAHAN BANTU MENGAJAR

: KREATIVITl DAN SENI :2 : Membuat corak dan rekaan (Terancang) : Lipatan dan guntingan : Alam benda : Hiasan dinding : 30 minit : Gunting, kertas warna (pelbagai warna), kad manila, dan

: Contoh- contoh corak teknik lipatan dan guntingan

STANDARD KANDUNGAN: Murid dapat: a. Mengenal media melalui teknik dan proses yang bersesuaian. b. Menyatakan bahasa seni visual yang berkaitan objek alam semula jadi, persekitaran, dan karya seni. c. Mempamer dan menceritakan karya seni sendiri. STANDARD PEMBELAJARAN : Murid dapat: 1. Persepsi Estetik Menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan rekaan. 2. Aplikasi Seni Mengenali dan menyatakan jenis media yang digunakan. Contoh; kad manila, kertas warna, gunting, dan gam. Mengetahui konsep lipatan dan guntingan. 3. Ekspresi kreatif Menggunakan dan mengaplikasi teknik lipatan dan guntingan. Menghasilkan hiasan dinding dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan.

4. Apresiasi Seni Mempamer karya yang dihasilkan. Menceritakan karya sendiri secara lisan. Menghargai karya sendiri dan rakan

11

Cadangan aktiviti

Persepsi Estetik 1. Guru menunjukkan contoh karya lipatan dan guntingan. 2. Guru bersoal jawab tentang kesesuaian corak untuk hiasan dinding. Aplikasi seni 1. Guru menunjukkan cara-cara untuk memuat lipatan dan guntingan. Langkah 1 1. Guru mengedar kertas warna kepada murid. Langkah 2 1. Murid membuat lipatan dan guntingan seperti yang ditunjukkan oleh guru. Langkah 3 1. Murid membuat tampalan di atas kertas kad manila. Ekspreasi kreatif 1. Murid menampal karya yang dihasilkan di tempat yang sesuai. Aspresiasi seni 1. Murid menceritakan karya sendiri secara lisan.

12

BIDANG 3

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

UNIT : 1

MODUL TAHUN BIDANG AKTIVITI TEMA TAJUK MASA KEPERLUAN

: KREATIVITI DAN SENI :2 : Membentuk dan membuat binaan : Topeng : Pekerjaan : Doktor : 30 minit : Gelang getah atau tali, kad manila, gam, gunting, dan pensil warna BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh topeng mainan dan gambar doktor STANDARD KANDUNGAN: Murid dapat: a. Mengenal media melalui teknik dan proses yang bersesuaian. b. Menyatakan bahasa seni visual yang berkaitan objek alam semula jadi, persekitaran, dan karya seni. c. Mempamer dan menceritakan karya seni sendiri. STANDARD PEMBELAJARAN : Murid dapat: 1. Persepsi Estetik Menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan rekaan. 2. Aplikasi Seni Mengenali dan menyatakan jenis media yang digunakan. Contoh; kad manila, kertas warna, gunting, dan gam. Mengetahui konsep guntingan. 3. Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

4. Apresiasi Seni Mempamer karya yang dihasilkan. Menceritakan karya sendiri secara lisan. Menghargai karya sendiri dan rakan.

15

Cadangan aktiviti

Persepsi Estetik 1. Guru bertanya murid cita-cita mereka. 2. Guru mengaitkan cita-cita murid dengan jawatan doktor perubatan. Aplikasi Seni 1. Guru mengedarkan kad manila kepada murid. 2. Guru menerangkan jenis topeng yang akan dibina. Langkah 1 1. Guru membimbing murid buta melakar bentuk topeng yang akan dibina. 2. Murid rabun melakar topeng dengan pemantauan guru. Langkah 2 1. Murid menggunting kad manila berdasarkan lakaran yang dibuat. Langkah 3 1. Murid menebuk lubang dan memasang gelang getah atau tali. Ekspresi Kreatif 1. Murid menghias topeng mengikut kreativiti masing-masing. Apresiasi Seni 1. Murid memakai topeng yang dibuat. 2. Murid menceritakan karya sendiri secara lisan. 3. Guru membuat penilaian hasil kerja murid.

16

Lampiran Membuat topeng muka: Langkah 1: Lipat kertas kepada 2 bahagian.

Langkah 2: Lukis dan gunting mengikut bentuk separuh muka.

17

Langkah 3: Lukis dan gunting bahagian mata.

Langkah 4: Topeng muka dibentangkan. Cadangan : Murid boleh mewarna atau menghias topeng mengikut kreativiti.

18

BIDANG 4

KRAFTANGAN

UNIT : 1

MODEL TAHUN BIDANG AKTIVITI TEMA TAJUK MASA KEPERLUAN BAHAN BANTU MENGAJAR

: KREATIVI DAN SENI :2 : Kraftangan : Tembikar - pasu bunga : Keceriaan : Saya dan pasu : 30 minit : Tanah liat, doh atau plastisin dan stylus : Contoh pasu

STANDARD KANDUNGAN:

Murid dapat: a. b. Mengenal media melalui teknik dan proses yang bersesuaian. Menyatakan bahasa seni visual yang berkaitan objek alam semula jadi, persekitaran, dan karya seni. c. d. Menghasilkan kepelbagaian lakaran. Mempamer dan menceritakan karya seni sendiri.

STANDARD PEMBELAJARAN :

Murid dapat: 1. Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

21

2. Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasi pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni.

3. Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

4. Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. Mempamerkan karya yang dihasilkan. Menceritakan karya sendiri secara lisan.

22

Cadangan aktiviti

Persepsi Estetik 1. Guru bertanya kepada murid 'apakah alat yang digunakan untuk meletakkan sejambak bunga hiasan?' 2. Murid menceritakan bentuk pasu yang pernah mereka pegang dan lihat. 3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pembelajaran. Aplikasi Seni 1. Guru menunjukkan contoh-contoh pasu. 2. Guru menunjukkan cara membina pasu menggunakan tanah liat. 3. Guru mengedarkan tanah liat kepada murid. Langkah 1 1. Murid merancang jenis pasu yang hendak dibina.

Langkah 2 1. Murid membuat bentuk-bentuk bahagian pasu.

Langkah 3 1. Murid mencantumkan semua bentuk-bentuk binaan pasu.

Ekspreasi Kreatif 1. Murid membuat lorekkan pada pasu menggunakan stylus.

Apresiasi Seni 1. Murid mempamerkan hasil kerja mereka. 2. Murid menceritakan fungsi pasu yang dihasilkan. 3. Guru menilai hasil kerja murid.

23

MODUL TAHUN BIDANG AKTIVITI TEMA TAJUK MASA KEPERLUAN BAHAN BANTU MENGAJAR

: KREATIVITI DAN SENI :2 : Mengenal kraf tradisional : Anyaman : Pakaian - topi : Topi : 30 minit : Daun kelapa, kad manila, gunting, dan 'stapler' : Contoh topi yang sedia ada.

STANDARD KANDUNGAN:

Murid dapat: a. b. Mengenal media melalui teknik dan proses yang bersesuaian. Menyatakan bahasa seni visual yang berkaitan objek alam semula jadi, persekitaran, dan karya seni. c. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi

dalam penghasilan karya. d. Mempamer dan menceritakan karya seni sendiri.

STANDARD PEMBELAJARAN :

Murid dapat: 1. Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

2. Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasi pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni.

25

3. Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

4. Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. Mempamerkan karya yang dihasilkan. Menceritakan karya sendiri secara lisan.

Cadangan aktiviti

Persepsi Estetik 1. Murid memakai topi yang yang disediakan guru. 2. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pembelajaran. Aplikasi Seni 1. Guru menunjukkan cara menganyam sisi dan penutup topi. 2. Guru mengedarkan peralatan kepada murid.

Langkah 1 1. Murid menggunting kad manila untuk membuat anyam sisi topi dan penutup topi. Langkah 2 1. Murid menganyam sisi dan penutup topi. Langkah 3 1. Murid membentuk dan mencantum sisi dan penutup topi. Ekspreasi Kreatif 1. Murid mengemaskan anyaman topi. Apresiasi Seni 1. Murid menggayakan hasil kerja mereka. 2. Guru menilai hasil kerja murid.

26

You might also like