You are on page 1of 21

TEKNIK PENUTUP

DISEDIAKAN OLEH : Kumpulan 1

Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, teknik penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang berkesan dilubuk hati murid. Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran. Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, apresiasi seni serta penilaian dilakukan pada bahagian penutup ini.

OBJEKTIF TEKNIK PENUTUP


Menarik perhatian. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan Menggunakan aktiviti penilaian.

APRESIASI DALAM PSV


Aktiviti apresiasi. Ianya biasa dilakukan pada penghujung pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Oleh itu, setiap kali P&P Pendidikan Seni Visual dijalankan murid seharusnya menyiapkan kerja itu di dalam kelas.

P&P dirancang dengan dengan sempurna. pelbagai kaedah apresiasi yang boleh dilakukan oleh guru. Guru juga boleh menyelitkan dengan unsur nyanyian dan sebagainya.

Dalam sesi apresiasi ini juga guru boleh terus memberi markah kepada murid atau murid sendiri memberi markah kepada diri mereka dan rakan melalui pemerhatian mereka. Dalam keadaan ini guru lebih bertindak sebagai moderator sahaja.

Guru perlu mengawal murid agar tidak berlaku perkara yang tidak baik atau perkataan yang mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain.

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka.

Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

PENILAIAN DALAM PSV


Penilaian Seni Visual mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.

Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid.

Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.

Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka.

KAEDAH PENILAIAN DALAM SENI VISUAL


Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja.

Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid.

Selain itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian.

Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian.

Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan murid terhadap aspek seni.

Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas.

Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.

RUMUSAN
Sebenarnya ada banyak kaedah yang boleh diaplikasi dalam sesi apresiasi ini. Jelas sebenarnya dengan adanya sesi apresiasi akan melatih murid dalam berkomunikasi dan menilai. Memang untuk memulakannya agak susah kerana kita sudah dibiasakan dengan cara lama iaitu selepas kerja siap murid menghantar kerja dan guru menyemak di bilik guru atau dirumah.

Penilaian pula haruslah sentiasa dilaksanakan oleh guru agar guru dapat mengukur perkembangan murid serta menilai sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran.

You might also like