You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/327821987

TINJAUAN MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL

Preprint · September 2018


DOI: 10.13140/RG.2.2.18681.93280

CITATION READS
1 23,426

2 authors, including:

Mohd Aizat Abu Hassan


Batu Muda Primary School
15 PUBLICATIONS 8 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

TUX PAINT View project

All content following this page was uploaded by Mohd Aizat Abu Hassan on 22 September 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


TINJAUAN MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

MOHD AIZAT ABU HASSAN


FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
q000624@siswa.upsi.edu.my

NUR RAIHAN MOHD YUSOF


SMART READER® WORLDWIDE

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini juga bertujuan melihat bilangan guru opsyen dan
bukan opsyen serta pengalamn mengajar guru-guru. Kajian yang dijalankan kepada guru-guru sekolah menengah
dan sekolah rendah yang menjawab soal selidik yang diedarkan. Seramai 244 responden yang menjawab soal selidik
tersebut. Seramai 47 responden lelaki dan 197 responden perempuan menjawab soal selidik tersebut. Melalui kajian
tinjauan ini, pengkaji boleh membuat kesimpulan bahawa opsyen guru, pengalaman mengajar dan masalah yang
sering dihadapi oleh guru mempunyai hubungkait. Hubungkait ini akan memberikan kesan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang memberikan
keseronokan kepada murid disamping melatih aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid. Oleh itu, jika
terdapat sebarang masalah semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ia patut dikaji dan
diberikan penyelesaian yang terbaik.
Kata kunci: Pendidikan Seni Visual, pengajaran dan pembelajaran, masalah guru, murid-murid

This study was conducted to examine the problems faced by Visual Art Education teachers during the teaching and
learning process in schools. The study also aims to look at the number of preferred teachers and not the choice and
teaching of teachers. A study conducted on secondary school teachers and primary schools responding to
questionnaires distributed. A total of 244 respondents answered the questionnaire. A total of 47 male respondents and
197 female respondents answered the questionnaire. Through the survey, the researcher can conclude that the
preferred teacher, teaching experience and the problems faced by teachers have relationships. This relationship will
affect the teaching and learning process of Visual Arts Education. Visual Arts Education is a subject that gives students
excitement while training the cognitive, affective and psychomotor aspects of the students. Therefore, if there is any
problem during the teaching and learning of Visual Arts Education it should be reviewed and given the best solution.
Keyword: Visual Art education, teaching and learning, teachers problem, pupils

1
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual (PSV) yang diperuntukkan di Sekolah Rendah telah dirancang dengan baik
selaras dengan tujuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan perkembangan dunia
pendidikan kini. PSV mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi perkembangan mutu
setiap murid di sekolah rendah dan menengah. Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran
PSV yang baik menentukan perkembangan bagi kegiatan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Dalam hal ini guru Pendidikan Seni Visual mempunyai peranan utama dalam
menentukan keberhasilan ataupun tidaknya murid-rnurid dalam mengembangkan pengetahuan,
sikap mahu pun kemahiran. Pendidikan Seni Visual merupakan matapelajaran yang memberi
kesan yang positif terhadap semua murid jika dapat dijalankan dengan terancang dan berkesan.
Murid-murid dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi ketika belajar mata pelajaran yang lain.

Kenyataan ini disokong oleh Hastad dan Lacy (1998) yang menyatakan bahawa peranan utama
guru pendidikan seni adalah memperkembangkan dan mempertingkatkan prestasi murid-murid
dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga domain tersebut secara semula jadi
telah tertanam di dalam setiap individu murid-murid yang mana potensi murid-murid ini perlu
dikembangkan sehingga domain-domain itu dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik
dan produktif

Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR, 2010) Pendidikan Seni Visual mempunyai
objektik seperti berikut:

1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.


2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
meyeronokkan.
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.

Namun, semua perancangan di atas tidak dapat berjalan dengan baik kerana terdapat beberapa
faktor yang akan menganggu dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Satu kajian tinjauan telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan maklum balas
daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi memahami
permasalahan yang dialami oleh mereka.

2
2.0 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Kajian Lepas

1) Hassan, Prof.Madya Hj. Iberahim and Hj.Arshad, Mohd Zaihidee and Ibrahim, Md.Nasir
and Omar, Jamilah (2014) Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Kajian mencadangkan agar kursus dan latihan sebelum perkhidmatan dan dalam perkhidmatan
ditingkatkan supaya kompetensi mereka dalam bidang tersebut dapat dipertingkatkan. Senarai
kompetensi yang telah dikaji boleh digunakan sebagai kriteria atau panduan dalam melatih guru-
guru pendidikan seni visual yang option dan juga yang bukan opsyen. Akhir sekali, kurikulum
Pendidikan Seni Visual Visual perlu disemak semula untuk merealisasikan hasrat untuk melihat
mata pelajaran pendidikan seni visual seiring dengan tuntutan globalisasi.

2) Aliza Binti Anthony Abet, Aliza binti Anthony Abet (2009) Komitmen Guru Pendidikan
Seni Visual (Minor) Kursus Perguruan Lepas Ijazah Dalam Pengajaran Pendidikan Seni
Visual Di Sekolah Rendah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris .
Didapati komitmen guru dalam pelaksanaan dan pengajaran adalah pada tahap sederhana, yang
mana masih perlukan peningkatan. Kajian juga mendapati faktor utama iaitu pengaruh
persekitaran dan kurang menerima pendedahan berkaitan mata pelajaran mempengaruhi komitmen
guru KPLI-SR opsyen minor dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah

3) Abu Bakar, Zainudin and Muhamad Nor, Nor Hisham (2011) Pendekatan Pengajaran Guru
Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Educational, 3 . pp. 67-78. ISSN 2231-7376
Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru kemahiran hidup lebih gemar menggunakan
pendekatan pengajaran secara induktif berbanding pendekatan pengajaran secara penyelesaian
masalah. Didapati juga tiada hubungan yang signifikan wujud di antara pendekatan pengajaran
dengan tahap pencapaian pelajar. Justeru itu para pendidik tidak hanya terfokus kepada pendekatan
pengajaran yang digunakan tetapi juga lain-lain aspek berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.

3
2.2 Teori Berkaitan Dengan Pendidikan Seni Visual

a) Teori Konstruktivisme
Menurut Zurainu Mat Jasin & Abdull Sukor Shaari (2012), teori Konstruktivisme menekankan
peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja dan konsep-konsep yang dibina pada struktur
kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau
pengalaman baru. Pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik
murid berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010),
Teori Konstruktivisme mempunyai perkaitan dengan Pendidikan Seni Visual adalah melalui
aktiviti yang dijalankan dalam mata pelajaran ini, murid-murid akan menggunakan pengetahuan
sedia ada dengan pengetahuan yang baru dipelajari. Biasanya guru akan bertindak sebagai
pemudah cara dalam melaksanakan aktiviti seni visual manakala murid-murid akan melaksanakan
aktiviti-aktiviti ini dengan cara mereka sendiri. Oleh itu, apabila murid-murid diberi kebebasan
untuk melaksanakan aktiviti mengikut kehendak sendiri dan ini akan memberi kesan positif kepada
murid-murid

b) Pendekatan Humanistik
Untuk membantu mencapai harga diri yang tinggi di kalangan murid-murid, persekitaran sekolah
seperti guru, rakan sebaya dan suasana sekolah perlu dipastikan memberi rangsangan positif
kepada pelajar. Ini boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti melukis dalam Pendidikan Seni Visual
di mana persekitaran sekolah yang positif membantu murid-murid melaksanakan aktiviti-aktiviti
ini dengan murid lain tanpa perasaan tertekan. Selain itu, persekitaran pembelajaran yang baik
seperti bilik darjah, peralatan pembelajaran dan infrastruktur dan perkhidmatan yang mencukupi
perlu disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran manakala aktiviti melakukan di dalam kelas
berjalan lancar. Manusia secara semulajadi didorong secara positif dengan dorongan dalaman
untuk berkembang dan mengadapatasi.

c) Teori Kecerdasan Pelbagai


Menurut Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub (2010), teori Kecerdasan Pelbagai adalah
memperkatakan tentang setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan iaitu
kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan
kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan
naturalis. Jadi setiap murid atau individu mempunyai potensi kecerdasan yang berbeza.
Seorang guru mengetahui bahawa setiap murid mereka mempunyai tahap yang berbeza dan
pelbagai kecerdasan. Jadi guru perlu menilai hasil aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid
berdasarkan pelbagai kaedah dan penilaian. Oleh itu setiap murid dinilai dan diadili mengikut
potensi sendiri.

4
2.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

a) Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah pengajaran berpusatkan murid di mana sekumpulan kecil murid-
murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan pembelajaran semua ahli kumpulan
mereka. Murid-murid berinteraksi antara satu sama lain dalam kumpulan yang sama untuk
memperoleh pengetahuan dan menyelesaikan masalah atau tugas serta mencapai matlamat. Li, M.
P. & Lam, B. H. (2013)

b) Amalan Pembelajaran Koperatif


Dalam usaha untuk membina pengajaran dalam secara pembelajaran koperatif, terdapat lima
prinsip dan elemen-elemen yang perlu dimasukkan:

1. Saling Bergantung Secara Positif


Setiap murid dalam kumpulan yang sama mempunyai sumbangan yang unik untuk mencapai
matlmat. Ahli kumpulan bergantung kepada satu sama lain untuk mencapai matlamat. Usaha setiap
ahli kumpulan amat diperlukan untuk kejayaan kumpulan.

2. Akauntabiliti Individu
Semua murid dalam kumpulan mesti bertanggungjawab untuk menyumbang bahagian kerja
mereka dan menguasai semua bahan yang akan dipelelajari untuk kejayaan kumpulan mereka.

3. Interaksi “Face-to-face”
Walaupun sesetengah kerja kumpulan itu boleh bahagikan dan dilakukan secara berasingan,
namun terdapat tugas mesti dilakukan secara interaktif dengan ahli kumpulan yang lain untuk
menyediakan satu sama lain dengan maklum balas, persoalan serta kesimpulan dan yang paling
penting ialah menggalakkan satu sama lain untuk mencapai matlamat kumpulan.

4. Kemahiran koperatif
Murid-murid digalakkan dan membantu dalam membangunkan dan mengaplikasikan
kepercayaan, kepimpinan, membuat keputusan, berkomunikasi dan kemahiran mengurus konflik.

5
5. Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menetapkan matlamat kumpulan, memeriksa tindakan ahli yang dapat membantu
atau tidak, menilai secara berkala perkara yang mereka lakukan dengan baik sebagai satu pasukan
dan mengenal pasti perubahan yangdapat mereka lakukan untuk berfungsi dengan lebih berkesan
pada masa akan datang. (Johnson & Johnson, 1999; Johnson, Johnson & Holubec, 1991; Kagan,
1994 di dalam Li, M. P. & Lam, B. H, 2013)

c) Pembelajaran Aktif
Pembelajaran aktif ialah dimana murid-murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Melalui penglibatan aktif, penekanan boleh diberikan kepada pemikiran konstruktif kepada semua
murid, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran baru.
Proses pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui jika penglibatan murid-
murid berlaku secara aktif. Murid-murid akan dapat menterjemahkan konsep yang dipelajari
melalui latihan susulan yang diberikan kepada mereka. Ia adalah selaras dengan pendapat Mohd
Koharuddin (2004), dalam e-pembelajaran harus bebas dan memainkan peranan yang aktif dalam
pembelajaran.

d) Pembelajaran reflektif
Pembelajaran reflektif membantu murid-murid mempelajari bagaimana menggunakan
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman
konsep, inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai
ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etika. Murid-murid
akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah
dipelajari. Contohnya dalam aktiviti menggambar menggunakan perisian beberapa fungsi dan
ikon perisian perlu difahami oleh murid-murid sebelum melaksanakan proses yang sama selepas
tunjuk cara oleh guru. Murid-murid golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip,
keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai
pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan membuat
kerja secara sistematik (Mohd Nor dan Hazwani di dalam Emeliana, Hussin, Mohd, Shamsul &
Azizi, 2012)

e) Didik hibur
Didik Hibur merupakan satu penerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik
dan terancang (Mohd Zahar dan Affero, 2016). Menurut KPM, didik hibur menjadikan sesi
pembelajaran lebih menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik,
permainan muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan
ketakutan murid kepada guru kerana konsepnya yang santai dan berhibur menjadikan murid
sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif.

6
3.0 METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji menggunakan satu set soal selidik bagi mendapatkan maklum balas mengenai masalah
yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian yang
dijalankan kepada guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah yang menjawab soal selidik.
Seramai 244 responden yang menjawab soal selidik tersebut. Seramai 47 responden lelaki dan 197
responden perempuan menjawab soal selidik tersebut. Soal selidik berkenaan guru opsyen dan
bukan opsyen, pengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual dan masalah-masalah yang dihadapi
oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Tujuannya soal selidik adalah untuk
memastikan bahawa terdapat perbezaan dalam jawapan terhadap soalan-soalan yang boleh
ditafsirkan untuk menggambarkan perbezaan di kalangan responden, dan bukannya perbezaan
dalam proses untuk mendapatkan jawapan (Postlethwaite, 2005).

4.0 ANALISIS DATA

Hasil daripada soal selidik dan tinjauan yang dilaksanakan kepada guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual, pengkaji telah meringkaskan dapatan seperti berikut:

4.1 Guru Opsyen dan Bukan Opsyen

Pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara mengajar menjadi penentu utama
dalam kualiti pengajaran (Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll & Gruber 1996).
Seorang guru yang telah mengikuti pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru dan universiti,
sudah pastinya guru tersebut inginkan mata pelajaran opsyen sebagai mata pelajaran yang akan
diajar di sekolah. Hal ini adalah sangat penting demi memenuhi kepuasan guru tersebut. Situasi
ini secara tidak langsung menjadi pendorong untuk guru-guru menjadi lebih bersemangat untuk
menjadi kreatif dan inovatif di dalam bidang kepakaran mereka. Secara tidak langsung, ini
membolehkan mereka mendalami dengan lebih mendalam mengenai bidang kepakaran mereka.
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, pengkaji telah mendapat hasil kajian seperti jadual 5.1 di
bawah.

Guru Bilangan Peratusan


Opsyen 136 55.7%
Bukan Opsyen 108 44.3%
Jadual 1 – Bilangan Guru Opsyen dan Bukan Opsyen

7
4.2 Bilangan Tahun Mengajar

Bilangan tahun mengajar membentuk pengalaman yang merupakan pengetahuan yang terbentuk
oleh interaksi dengan faktor-faktor persekitaran tugas guru. Tempoh dan kekerapan melalui tugas
pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit membina pengetahuan dan
kemahiran profesion yang diperlukan. Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada
ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell
1992). Jadual 5.2 menunjukkan bilangan tahun pengalaman responden-responden mengajar
Pendidikan Seni Visual. Terdapat Antara responden yang tidak mempunyai pengalaman sehingga
30 tahun pengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual.

Bilangan Tahun Bilangan Peratusan


0–5 122 50.0%
5 – 10 83 34.0%
11 – 15 23 9.4%
16 – 20 9 3.7%
21 – 25 3 1.2%
26 – 30 4 1.6%
Jadual 2 – Bilangan Tahun Mengajar

4.3 Masalah Yang Dihadapi Guru Pendidikan Seni Visual


Setiap mata pelajaran mempunyai cabaran dan masalah yang akan dihadapi oleh guru. Bagi
Pendidikan Seni Visuan, terdapat juga masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru. Menurut
Janis Boyd (2004) dalam kajian beliau "Myths, Misconceptions, Problems and Issues in Arts
Education", apabila peruntukan kewangan yang berkurang memberikan kesan kepada Pendidikan
Seni Visual. Ini disebabkan berlaku ketidakseimbangan dan menyebabkan kekurangan bekalan,
infrastuktur, alatan, guru dan pakar dalam bidang seni visual. Jadual di bawah menunjukkan
masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Seni Visual.

Masalah Yang Dihadapi Bilangan Peratusan


Peralatan Tidak Mencukupi Di Bilik Seni 176 72.1%
Murid/Pelajar Tidak Membawa Alat dan Bahan 222 91.0%
Murid/Pelajar Tidak Meminati Pendidikan 102 41.8%
SeniVisual
Tidak Cukup Waktu Pengajaran dan 100 41.0%
Pembelajaran
Tiada Masalah 6 2.5%
Jadual 3 - Masalah Yang Dihadapi Guru Pendidikan Seni Visual

8
5.0 KESIMPULAN

Melalui kajian tinjauan ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa opsyen guru, pengalaman
mengajar dan masalah yang sering dihadapi oleh guru mempunyai hubungkait. Hubungkait ini
akan memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini
memberikan kesan kepada minat dan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasa. Murid-
murid perlu diberi peluang untuk membolehkan mereka mengenal pengetahuan hasil-hasil seni
dan kraf, kemahiran dan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual (Kementerian Pendidikan 2002) serta melatih murid-murid dari segi kognitif, afektif dan
psikomotor mereka. Jika masalah yang dihadapi ini tidak mendapat perhatian dari pihak yang
berkenaan ia akan mengakibatkan kesan tidak langsung kepada perkembangan kognitif, fizikal,
kreativiti, persepsi, sosial dan emosi murid-murid. Sebuah kajian haruslah dijalankan bagi mencari
kaedah penyelesaian yang dapat membantu guru-guru untuk mengatasi masalah yang sering
dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

9
RUJUKAN

Abu Bakar, Zainudin and Muhamad Nor, Nor Hisham (2011). Pendekatan Pengajaran Guru Dan
Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Educational, 3 . pp. 67-78. ISSN 2231-7376

ALIZA BINTI ANTHONY ABET, ALIZA BINTI ANTHONY ABET (2009) Komitmen guru
pendidikan seni visual (minor) kursus perguruan lepas ijazah dalam pengajaran pendidikan
seni visual di sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Emeliana Elias, Hussin Sarju, Mohd Izyan Zuhaili Zainudin, Shamsul Kamarudin & Azizi Yahaya
(2012). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar
tingkatan 4 sekolah menengah teknik perdagangan Johor Bahru. Journal of Educational
Psychology & Counseling, Volume 5 March 2012, Pages 58-70.

Gist, M.E. & Mitchell, T.R. 1992. Self-Efficacy: A theoretical analysis of its determinants and
malleability. Academy of Management Review 17(2): 183-211.
Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. 1996. The effect of school resources on student
achievement. Review of Educational Research 66: 361-396.
Hassan, Prof.Madya Hj. Iberahim and Hj.Arshad, Mohd Zaihidee and Ibrahim,
Md.Nasir and Omar, Jamilah (2014). Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. (2010). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pelaksanaan
kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21–32, 2010.

Janis Boyd (2004). Myths, Misconceptions, Problems and Issues in Arts Education. Griffith
University: Brisbane Australia
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pusat Perkembangan Kurikulum: Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.

10
Lacy, A. C., & Hastad, D. N. (2007). Measurement and evaluation in physical education and
exercise science (5th ed.). USA: Pearson Education.
Li, M. P. & Lam, B. H (2013). Cooperative learning: The active classroom. Hong Kong: The
Hong Kong Institute of Education.

Mohd Zahar bin Hj Kusnun1, Affero bin Ismail (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap
motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah kluang. Seminar
Pendidikan Johor 2016.

Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, & Rozita Sanapi. (2012). Perkembangan, pembangunan dan
penerimaan pembelajaran di institusi pengajian tinggi Malaysia. Jurnal Teknologi, 41(1),
55-72.

Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional


approach onteaching practical skills to mechanical related trade students in western nigeria
technical colleges. International NGO Journals, 5 (3): 59-64.

Postlethwaite, T.N. (2005). Educational research: some basic concepts and terminology.
UNESCO: International Institute for Educational Planning.

Zurainu Mat Jasin, and Abdull Sukor Shaari, (2012) Keberkesanan model konstruktivisme lima
fasa needham dalam pengajaran komsas bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 79-92. ISSN 2180-4842.

11

View publication stats

You might also like