You are on page 1of 5

IPG KAMPUS BATU LINTANG

93200 KUCHING SARAWAK

EDUP3033
MURID DAN PEMBELAJARAN
TUGASAN 1 (INDIVIDU)

Nama : A’RIF MIZAUDIN BIN SALAUDIN

No. K/P : 021016131279

Angka Giliran : 2021042340032

Kumpulan : PISMP PIM1

Ambilan : JUN 2021

Jabatan : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Nama Pensyarah : EN. BANTO ANAK SABANG

Tarikh Hantar : 16 APRIL 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar:
Laporan Hasil Kajian Melalui Pemerhatian Tentang Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran yang Digunakan oleh Guru SK Mangut, Spaoh.
Pada 21 Mac hingga 25 Mac 2022, saya telah melaksanakan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) dan telah menjalankan kajian melalui kaedah
pemerhatian ketika melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Mangut, Spaoh.
Tajuk kajian ini ialah “Pemerhatian Tentang Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
yang digunakan oleh Guru SK Mangut”. Fokus utama kajian adalah untuk mengenal
pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dan implikasi
perbezaan individu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui Teori
Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Gardner (1993) dalam buku Murid dan
Pembelajaran menyenaraikan lapan kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan linguistik,
logikal-Matematik, ruang-visual, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal, dan
naturalis.
Menurut Noriati Abdul Rashid, et.al (2017), pengajaran boleh didefinisikan
sebagai memberikan arahan-arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain
atau dalam erti kata lain ianya merupakan sebuah proses bagi menyampaikan dan
menyumbangkan idea, memudahkan pembinaan ilmu dan membantu murid
mencapai potensi yang optimum. Sebagai seorang pendidik, adalah penting untuk
mengetahui dan mengenal pasti elemen perbezaan individu bagi merancang sebuah
proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan produktif dalam menimbang
tara perbezaan pada murid.
Melalui pemerhatian saya, kebanyakan guru telah mempraktikkan amalan
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) iaitu sebuah pembelajaran yang boleh dikatakan
sebagai pembelajaran berpusatkan murid yang berteraskan kepada pelbagai elemen.
Hal ini dimana para guru telah mengaplikasikan beberapa aktiviti PAK21 dalam
pengajaran seperti penggunaan traffic light, main peranan, sudut penghargaan murid,
parking lot dan sebagainya. Selaras dengan program TS25 yang baru sahaja
dijalankan yang memerlukan sebuah persekitaran yang menyeronokkan dan menarik
yang semestinya ia akan menjadikan sesi PdP lebih menarik bagi murid. Namun tidak
dinafikan juga, masih terdapat guru-guru yang mengajar melalui kaedah tradisional
iaitu kaedah “chalk and talk”. Hal ini demikian kerana masih terdapat guru yang kurang
faham berkenaan pelaksanaan PAK21 di dalam kelas serta terdapat kekangan-
kekangan seperti masa dan sebagainya.

1
Seterusnya, implikasi perbezaan individu dalam PdP yang pertama ialah dari
segi kognitif iaitu setiap daripada murid mempunyai tahap penguasaan kognitif yang
berbeza dimana setiap murid mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu
bidang tertentu. Guru boleh berfokuskan murid yang kurang menguasai kecerdasan
linguistik dengan menggunakan kaedah “dialog dengan orang lain”. Runtut Prih Utami
(2009) juga menyokong kaedah ini yang dikemukakan oleh L. Dee Fink dan
menyatakan kaedah ini membolehkan murid membuat pertukaran idea serta mampu
berinteraksi menggunakan bahasa atau ayat yang betul. Misalnya, di dalam proses
PdP, guru menyuruh murid melakukan main peranan dengan berdialog dengan
lakonan dalam kumpulan kecil yang dapat meningkatkan kecerdasan linguistik dan
keaktifan murid.
Selain itu, dari segi sosial iaitu kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
Berdasarkan hasil pemerhatian, kebanyakan murid ini boleh bekerjasama dalam
kumpulan serta berinteraksi dengan orang lain ketika melakukan kerja berkumpulan.
Guru boleh meningkatkan kemahiran interpersonal murid dengan menggalakkan
murid bekerja dalam kumpulan serta menyediakan aktiviti PAK21 seperti permainan
“radio rosak” yang mampu mengembangkan komunikasi serta kerjasama murid.
Perkara ini dapat membantu murid intrapersonal mengembangkan kemahiran
komunikasi serta membantu mereka untuk bekerja dengan orang lain selaras dengan
pembelajaran abad ke-21. Namun begitu, guru juga perlu mewujudkan interaksi
dengan murid semasa proses PdP kerana dapat mengurangkan jurang perbezaan
individu antara murid di dalam kelas. Hubungan ini juga dapat merangsang mereka
meningkatkan pencapaian yang seimbang antara interpersonal dan intrapersonal.
Khalip Musa dan Hariza Abd. Halim (2015) menyatakan bahawa Koehler dan Prior
(1993) membahaskan bahawa interaksi guru dengan murid sangat penting serta
merupakan ‘denyutan nadi’ bagi proses PdP yang berkesan.
Secara keseluruhannya, setiap individu termasuk murid-murid mempunyai
perbezaan diri masing-masing yang dapat mempengaruhi setiap tindakan dalam
kehidupan seharian mereka. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting
dalam menghasilkan kaedah PdP yang berkesan berlandaskan pembelajaran abad
ke-21 kini. Hal ini demikian agar dapat membantu mereka menjadi individu yang
dinamik dalam setiap situasi PdP di dalam kelas sekali gus melahirkan generasi yang
seimbang dalam pelbagai aspek pada masa akan datang.

2
RUJUKAN

Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam Belajar.
Penerbitan Multmedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid
dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Runtut Prih Utami. (2009). Active Learning untuk mewujudkan pembelajaran efektif.
Al-Bidayah Jurnal Pendidikan. Diakses pada 2 Mac 2020 daripada
http://digilib.uin-
suka.ac.id/8015/1/RUNTUT%20PRIH%20UTAMI%20ACTIVE%20LEARNING
%20UNTUK%20MEWUJUDKAN%20PEMBELAJARAN%20EFEKTIF.pdf

Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul

Anuar Bahrin. (2020). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21) Dalam


Pengajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal
IPDA, [S.L.], V. 26, N. 1, P. 13-24.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8022/3377

3
LAMPIRAN

Gambar 1: Guru sedang mengawal kelas ketika waktu rehat

Gambar 2: Situasi PdP di dalam bilik darjah.

You might also like