You are on page 1of 4

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2020 (SEMESTER 2/TAHUN 3)

SJHK 3132
PENDIDIKAN INKLUSIF (TUGASAN 3)

NAMA PELAJAR : ZULFA AMANI BINTI MOHD IMRAN


NO ANGKA GILIRAN : 2020182340426
NO KAD PENGENALAN : 010720070218
KUMPULAN : SEJARAH 4
NO TELEFON : 0182684079
NAMA PENSYARAH : PUAN LIM LI BIN
TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR
PENULISAN RANCANGAN 01 FEB 2023 14 FEB 2023
PENGAJARAN INDIVIDU
PEMBINAAN BAHAN BANTU 23 JAN 2023 5 FEB 2023
MENGAJAR
PENULISAN AKADEMIK 14 FEB 2023 27 FEB 2023

Tandatangan Pelajar

ZULFA
………………………………
Tarikh: 16 MAC 2023

Menurut Norramlah Ali et. al (2021), masyarakat berminda kelas pertama dan berdaya saing
dibangunkan melalui sistem pendidikan yang menyeluruh. Justeru, polemik ini menuntut

Saya Zulfa Amani Binti Mohd Imran (010720070218) dengan ini telah menerima
maklum balas daripada pensyarah Puan Lim Li Bin.
masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan keupayaan untuk mendapatkan
pendidikan bagi memperoleh kehidupan berkualiti. Kementerian Pendidikan Malaysia
berperanan dalam merealisasikan hasrat ini dengan menyediakan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) di Malaysia. Perkara ini bagi memberi peluang kepada Murid Berkeperluan
Khas (MBK) untuk memperoleh pendidikan sama rata dengan murid tipikal dalam aliran arus
perdana tanpa didiskriminasi mana-mana pihak. MBK merupakan murid yang mempunyai
perbezaan dengan murid tipikal dari aspek mental dan fizikal seperti ketidakupayaan
intelektual, ketidakupayaan deria dan masalah tingkah laku (Saiful Azam, 2017). Justeru,
terdapat kelompongan-kelompongan dikenalpasti dalam pelaksanaan PPI di Malaysia hari
ini.

Pertama, pengetahuan guru arus perdana terhadap pedagogi MBK masih bertahap
rendah. Menurut Siti Fatimah Salleh et. al (2018), 60% guru arus perdana tidak mempunyai
kemahiran mengendalikan pengajaran di kelas PPI. Situasi ini berlaku kerana guru arus
perdana tidak mengikuti kursus dan latihan asas berkenaan pengendalian MBK
mengakibatkan mereka tidak memahami MBK mempunyai tempoh masa lama untuk
memahami pembelajaran. Justeru, guru seringkali menggunakan kaedah pengajaran sama
kepada semua murid tanpa menghiraukan aspek keupayaan dan potensi MBK. Penyataan
disokong Mohd Hanafi (2016), guru arus perdana menyeragamkan pengajarannya kepada
semua murid walaupun terdapat MBK dalam kelas. Kesannya, MBK tercicir dalam bidang
pendidikan disebabkan guru arus perdana tidak berpengetahuan dan berkemahiran untuk
menyampaikan PdP bermakna kepada mereka (Noor Syahira Jalaluddin et. al, 2022).
Ternyatalah, pelaksanaan PPI hari ini masih tidak boleh dianggap berkesan.

Kedua, persekitaran bilik darjah tidak menyokong pembelajaran MBK di sekolah.


Menurut Norliah Mohd. Amin et. al (2016), MBK sering ditempatkan di meja dan kerusi
belakang bilik darjah dan diasingkan daripada kedudukan tempat murid tipikal. Kedudukan
perabot telah membantutkan proses pemerolehan pembelajaran MBK kerana tidak dapat
memberikan fokus kepada pengajaran guru dan berasa disisihkan daripada rakan-rakan.
Kajian Hazlin Haris et. al (2021), penyusunan perabot mempengaruhi perilaku MBK untuk
terlibat aktif dalam bilik darjah. Seterusnya, pemilihan bilik darjah PPI berdekatan kawasan
yang kurang sesuai seperti bersebelahan dengan kantin sekolah, telah mengurangkan
tumpuan MBK semasa PdP kerana keadaan kantin bising. Justeru, persekitaran bilik darjah
sebegini mengganggu MBK untuk mendapatkan pendidikan sempurna sekaligus
membuktikan PPI hari ini tidak berkesan.

Berdasarkan kelompongan ini, terdapat faktor-faktor mempengaruhi kejayaan


pelaksanaan PPI di sekolah arus perdana. Pertama, faktor infrastruktur. Menurut Lee Keok
Cheong et. al (2018), infrastruktur merupakan kelengkapan asas dan perkhidmatan
sokongan yang diperlukan sebagai galakan kepada MBK untuk terlibat aktif. Justeru, aspek
fizikal sekolah merupakan infrastruktur yang disediakan bagi mewujudkan persekitaran
sekolah ‘mesra kurang upaya’. Segala kemudahan asas sekolah mestilah disediakan
dengan melihat keupayaan MBK supaya mereka mudah bergerak dan selamat tanpa
mengalami kecederaan (Chiong Sen Sern, 2022). Namun, penyediaan kemudahan asas
mestilah menepati kriteria seperti permukaan susur landai dan tandas OKU tidak licin dan
kedudukan tandas tidak tinggi. Justeru, faktor infrastruktur menggalakkan MBK untuk
mengakses pembelajaran dan melancarkan PPI di sekolah.

Faktor personel. Personel bermaksud penglibatan individu dalam menyokong MBK di


sekolah dengan memberikan perkhidmatan tertentu. Justeru, personel sokongan mampu
menjayakan PPI di sekolah seperti murid tipikal. Murid tipikal dapat membantu dan memberi
bimbingan kepada MBK dalam bidang akademik mahupun keupayaan (Ang Chai Tin et. al,
2018). Contohnya, murid tipikal memulakan interaksi dengan MBK yang pasif semasa aktiviti
berkumpulan. Perkara ini membantu MBK berkomunikasi secara aktif dengan rakan lain
sekaligus meningkatkan keyakinan diri dan potensi mereka. Seterusnya, murid tipikal boleh
membantu MBK yang tidak berupaya berjalan dengan menolak kerusi roda mereka ke
sesuatu tempat. Situasi ini menunjukkan murid tipikal menerima dengan positif keadaan
MBK di sekolah. Kesannya, MBK boleh mengikuti pembelajaran bersama murid tipikal tanpa
wujudnya isu diskriminasi terhadap keupayaan dan potensi mereka.

Kesimpulannya, PPI di Malaysia hari ini boleh ditambahbaik dalam mengatasi


kelompongan supaya hak kesamarataan pendidikan dapat diberikan kepada semua rakyat.
Justeru, penerimaan ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat terhadap MBK mestilah positif
untuk memberi peluang MBK mengembangkan potensi walaupun berbeza keupayaan.
Lantas, pelaksanaan PPI lebih berkesan dan berjaya bagi memastikan MBK mempunyai
masa hadapan yang cerah.

(650 patah perkataan)

Rujukan

Ang Chai Tin & Lee Lay Wah. (2018). Pendidikan inklusif. Sasbadi Sdn. Bhd.
Chiong Sen Sern. (2022). Program Pendidikan Inklusif PPI bagi murid berkeperluan khas. Retrieved 10
February 2023from https://malaysiagazette.com/2022/06/19/program-pendidikan-inklusif-
ppi-bagi-murid-berkeperluan-khas/

Hazlin Haris & Khairul Farhah Khairuddin. (2021). Pelaksanaan pedagogi inklusif bagi murid
berkeperluan khas masalah pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities, 197-210.

Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan inklusif. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan program pendidikan inklusif murid berkeperluan khas
dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2015. Retrieved 7 February 2023
from http:/www.researchgate.net/publication/299447306

Noor Syahira Jalaluddin, & Mohd Mokhtar Tahar. (2022). Pelaksanaan pendidikan inklusif dalam
kalangan guru arus perdana. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1-9.

Norliah Mohd Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan program pendidikan inklusif
murid berkeperluan khas dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 -2015.
Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016. Retrieved 2
February 2023 from
https://www.researchgate.net/publication/299447306_Pelaksanaan_Program_Pendidikan_I
nklusif_Murid_Berkeperluan_Khas_dalam_Pelan_Pembangunan_Pendidikan_Malaysia_201
3_-2015

Norramlah Ali & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Halangan yang dihadapi oleh guru aliran
perdana dalam melaksanakan program pendidikan inklusif. Jurnal Dunia Pendidikan, 74-82.

Saiful Azam. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Retrieved 3 February 2023 from
https://www.researchgate.net/publication/332521325_Program_Pendidikan_Inklusif_Bagi_
Murid-Murid_Berkeperluan_Khas_di_Malaysia

Siti Fatimah Salleh, & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah pengajaran guru dalam program
pendidikan inklusif di sekolah. Asian People Journal, 243-263.

You might also like