You are on page 1of 5

Daxter D.

(2021)

Laporan Reflektif PBS

Pada 02 hingga 06 ogos 2021 saya dengan 10 rakan saya dari IPG Kampus Kent dan IPG
Kampus Bahasa Antarabangsa telah memilih sekolah SK. Pekan Tamparuli sebagai tempat
untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa 2 kami. Tujuan PBS adalah
sebagai pendedahan awal kepada guru pelatih dengan suasana sekolah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Seterusnya, PBS ini juga
bertujuan untuk membantu guru pelatih mencari maklumat dan bahan bagi menyelesaikan
tugasan kerja kursus yang telah diberikan oleh pihak IPG. Semua guru pelatih yang
menjalankan PBS ini berada di kediaman masing-masing atas permintaan pihak sekolah dan
arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengawal pergerakan berikutan
peningkatan Kes positif virus Covid-19. Selain itu, unit praktikum di IPGK Kent juga tidak
menggalakkan pelajar untuk datang ke sekolah kerana risau dengan tahap kebolehjangkitan
Covid-19 membimbangkan. Walaubagaimanpun, pihak sekolah memberi kebenaran kepada
kami jika ada keperluan untuk datang ke sekolah tetapi terhad kepada dua orang guru pelatih
sahaja. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

Secara ringkasnya, melalui pemerhatian berkaitan pelaksanaan PdPr pendidikan


jasmani di sekolah ini saya mendapati media utama yang digunakan oleh guru untuk
berkomunikasi dengan murid ialah aplikasi whatsapp dan telegram. Selain itu, menurut tuan
guru besar Encik. Jasnie Omar, pihak sekolah pernah mencoba memperkenalkan Google
Classroom tetapi tidak mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Oleh yang demikan,
pihak sekolah mengambil keputusan untuk meneruskan penggunaan aplikasi whatsapp dan
telegram dalam proses PdPr. Sehubungan dengan itu, selain daripada buku teks ramai guru
di sekolah ini menggunakan media seperti YouTube, wordwall, Google Form, Video MP4 dan
gambar bagi membantu meningkatkan pemahaman murid dalam subjek pendidikan jasmani.
Menurut Chear (2017) penggunaan media seperti whatsapp, telegram dan Youtube di
kalangan masyarakat memang sudah tidak asing lagi dan hampir semua mempunyai aplikasi
ini. Dengan ini, tidak hairanlah penggunaan media ini lebih kerap digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selepas melaksanakan temu bual dengan barisan pentadbiran dan guru-guru di


sekolah SK. Pekan Tamparuli pada 05 ogos 2021 saya telah mengenal pasti beberapa isu
yang dihadapi oleh guru, murid dan ibu bapa semasa proses PdPr bagi subjek pendidikan
Jasmani dan aktiviti kokurikulum di sekolah ini dijalankan. Isu yang pertama ialah, masalah
kekurangan peranti. Bagi murid yang mempunyai banyak adik-beradik yang masih
bersekolah, mereka terpaksa berkongsi peranti dengan adik-beradik yang lain. Perkara ini
bertambah sulit apabila mereka menpunyai kelas pada waktu yang sama. Oleh itu, murid

1
Daxter D. (2021)

terpaksa menunggu giliran mereka untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Hal ini
disebabkan bukan semua murid datang dari keluarga yang berkemampuan.

Kemudian, menurut tuan guru besar, Encik. Jasnie Omar antara isu yang paling
mencabar ialah, terdapat murid yang tinggal di kawasan yang langsung tidak mempunyai
capaian internet. Oleh itu, guru terpaksa menyediakan modul dan menghantarnya ke rumah
murid secara berkala. Selepas, semua tugasan yang diberikan berjaya disiapkan ibu bapa
murid akan menghantar modul tersebut ke sekolah. Walaupun di sekolah ini, terdapat murid
yang hanya belajar menggunakan modul tetapi tiada murid yang tergolong dalam kategori
tercicir. Isu masalah kekurangan peranti dan masalah talian ini juga ada disebut dalam
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. Menurut Nasir dan Mansor (2021),
kemampuan ibu bapa dalam menyediakan peranti yang bersesuaian dan akses internet untuk
kegunaan pembelajaran anak menjadi cabaran utama semasa PdPr ini.

Isu yang seterusnya ialah, terdapat ibu bapa yang bekerja semasa PdPr ini dijalankan.
Semasa proses PdPr berlangsung terdapat ibu bapa yang terpaksa keluar untuk bekerja bagi
mencari rezeki. Hal ini menyebabkan, anak mereka tidak dapat menyertai proses PdPr kerana
peranti seperti telefon akan dibawa oleh ibu bapa ke tempat kerja. Selain itu, bagi aktiviti yang
memerlukan pemantauan daripada orang dewasa juga tidak dapat dijalankan oleh murid.
Dengan itu, guru di sekolah SK. Pekan Tamparuli mengambil keputusan untuk tidak terlalu
menekankan atau mendesak murid bagi menghantar tugasan tepat pada waktunya. Semua
ini dilakukan bagi menjaga keselamatan murid dan mengurangkan beban ibu bapa semasa
pandemik ini. Perkara ini jelas memaparkan nilai prihatin dan memahami dalam kalangan guru
di SK. Pekan Tamparuli. Walaubagaimanapun, tugasan yang diberikan oleh guru wajib dibuat
dan dihantar kepada guru mata pelajaran.

Di samping itu, terdapat juga isu murid tidak mempunyai peralatan yang lengkap dan
sesuai untuk melaksanakan aktiviti yang diarahkan oleh guru. Dengan ini, guru terpaksa
mengubah cara pelaksanaan PdP dan meminta murid dengan bantuan ibu bapa bagi mencari
benda di sekitar rumah yang mungkin boleh digunakan sebagai penganti alat yang diperlukan
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Sehubungan dengan
itu, terdapat juga isu murid tidak mempunyai kawasan yang sesuai bagi melaksanakan aktiviti
yang diberikan oleh guru. Perkara ini menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran
pada hari itu tidak dicapai sepenuhnya. Hal ini disokong oleh Ali, Zahidi, Samad, dan Wee,
(2017) yang mengatakan isu alatan dan persekitaran memberikan kesan kepada
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani. Hal ini,
mendorong guru untuk sentiasa peka terhadap keadaan murid dan mencari alternatif yang
terbaik bagi menyelesaikan kekangan yang ada pada hari itu.

2
Daxter D. (2021)

Selain itu, terdapat juga isu bagi pelaksaan kokurikulum di sekolah. Menurut Penolong
Kanan Kokurikulum cikgu Yassin bin Rahman semasa temu bual pada 05 ogos 2021, sekolah
digalakkan mengadakan aktiviti kokurikulum di luar waktu PdPr secara dalam talian.
Kokurikulum ini akan bermula pada jam 2 petang dan berterusan sehingga jumaat petang.
Perkara ini dilakukan bagi memberi ruang kepada murid yang mempunyai kekangan dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum untuk menyelesaikan tugasan mereka. Menurut beliau lagi
pelaksanaan kokurikulum secara dalam talian ini agak mencabar kerana ia sepatutnya
dilakukan secara praktikel dan bukan secara teori sahaja. Disebabkan belum ada panduan
khusus berkaitan aktiviti yang sepatutnya dimasukkan dalam aktiviti secara dalam talian pihak
sekolah telah mengambil alternatif lain dengan menyediakan site kokum bagi aktiviti
kokurikulum di sekolah. Dengan ini, segala aktiviti yang berkaitan dengan kokurikulum akan
disalurkan ke dalam site kokum berkenaan dan ia juga boleh diakses oleh murid-murid bagi
melihat hasil kerja mereka.

Kesimpulannya, sebagai seorang bakal pendidik kita haruslah sentiasa peka dan
mampu beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Ilmu
pengetahuan, pengalaman dan usaha yang gigih merupakan kunci utama untuk menghadapi
segala cabaran atau kekangan yang timbul terutamanya yang berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3
Daxter D. (2021)

Rujukan

Nasir, N. M., & Mansor, M. B. (2021). Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416-421.

Chear, S. L. S. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan


Telegram di Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of
Education), 42(2), 87-97.

Ali, S. K. S., Zahidi, M. A., Samad, R. S. A., & Wee, A. S. S. L. (2017). Faktor Kekangan Ibu
Bapa dan Persekitaran Sekolah dalam Pelaksanaan Pengajaran Pendidikan Jasmani
di Sekolah Rendah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(2), 1-15.

You might also like