You are on page 1of 9

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SGDT 4013 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU

CABARAN-CABARAN SEPANJANG PDPR DAN CADANGAN PENYELESAIAN

NAMA: SRI NOR SYARIMA BINTI JUHARI

NO. MATRIKS: 829231

PENSYARAH:

DR. FARAH MOHAMAD ZAIN


1.0 Pengenalan

Sektor pendidikan negera kini sedang cuba bersaing dengan negara-negara lain dalam

membawa perubahan baharu yang bersesuaian dengan Revolusi Industri 4.0 (Nur Hanisah & Mohd

Isa : 2021). Menurut Yap Kain Ching (2015), pemodenan dalam pendidikan penting untuk

menghadapi cabaran globalisasi kini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebenarnya telah

lama memperkenalkan pembelajaran secara maya melalui program Sekolah Bestari pada tahun

2006 (Roshlawaty : 2020, Norehan & Mahaliza : 2021). Hal ini berkait rapat dengan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) di mana antara agenda utamanya adalah untuk

memberikan kesamarataan akses pendidikan yang berkualiti dan bertaraf global (Norehan &

Mahaliza : 2021).

Pada penghujung 2019, dunia digemparkan dengan penularan wabak koronavirus, atau

lebih dikenali sebagai Covid-19 menurut Ghunter dan rakan-rakan (Nur Hanisah & Mohd Isa :

2021). Pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi impak negatif kepada sektor ekonomi, malah

turut memberi kesan kepada bidang pendidikan (Intan Nur Syuhada & Zamri Mahamod : 2021).

KPM telah mengeluarkan arahan penutupan sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan

untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Wan Ya Shin (2020) memperihalkan bahawa seramai 1.5 bilion murid dari 165 buah

negara di seluruh dunia terkesan akan perubahan corak pendidikan norma baharu. Oleh yang

demikian, pihak KPM telah mengeluarkan garis panduan untuk melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi mengantikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

konvensional. Usaha ini penting untuk memastikan murid-murid tidak akan ketinggalan dalam

pelajaran sepenjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan (Intan Nur Syuhada & Zamri

Mahamod : 2021).
2.0 Isu-isu dan Cabaran PdPR

Menurut Abdul Aziz dan Aida Zuraina (2020), pelajaran secara atas talian memberikan

cabaran baharu buat murid-murid terutamanya di kawasan luar bandar (Intan Nur Syuhada &

Zamri Mahamod : 2021). Walaupun KPM telah menyediakan garis panduan buat rujukan sekolah,

guru-guru, ibu bapa dan murid-murid, namun PdPR masih terlalu asing buat rakyat Malaysia

khususnya. Terdapat pelbagai halangan dan limitasi yang harus dihadapi oleh pihak-pihak yang

terlibat antaranya seperti yang berikut :

2.1 Murid-murid

Sewaktu PdPR dijalankan, murid-murid menghadapi cabaran masalah capaian internet.

Yusoff dan Azman (2018) menyatakan bahawa murid-murid mengalami masalah tiada capaian

internet di rumah dan gangguan akses internet seperti talain terputus-putus atau tidak stabil.

Menurut Aziz dan rakan-rakan (2020), kawasan pedalam seperti perkampungan Orang Asli di

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai liputan internet yang terhad (Ainul Afzan

& Ishak Hj Abd Rahman : 2021). Ketiadaan jaringan internet ini menyukarkan perlaksaan

pengajaran atas talian dan memberikan kesan negatif dalam perkembangan kognitif mereka.

Pelajar juga berhadapan dengan masalah ketiadaan akses kepada alat peranti digital untuk

memudahkan mereka menyertai PdPR (Aziz et. al : 2020, Nur Hanisah & Mohd Isa : 2021).

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Kawasan bandar, kanak-kanak didapati terpaksa berkongsi

peranti digital bersama ahli keluarga yang lain (Ainul Afzan & Ishak Hj Abd Rahman : 2021). Nur

Hanisah dan Mohd Isa (2021) menyatakan bahawa murid-murid terpaksa berkongsi telefon

dengan ibu bapa dan adik-beradik lain yang masih bersekolah. Skrin telefon yang kecil juga
menyukarkan pelajar untuk melihat isi kandungan si paparan yang dikongsikan oleh guru-guru

sepanjang PdPR dijalankan (Tamilmullai & Salini Balloh : 2021).

Kekangan yang dihadapi murid-murid juga berkait rapat dengan persekitaran rumah yang

tidak kondusif untuk belajar. Tamilmullai dan Salini Balloh (2021) menyatakan bahawa

kebanyakan murid-murid terganggu kerana adik-adik mereka membuat bising sehingga mereka

mengalami gangguan untuk mendengar suara guru sewaktu PdPR. Buja dan rakan-rakan (2020)

pula berkata atas faktor sosioekonomi keluarga, terdapat murid-murid yang sukar menumpukan

perhatian kepada PdPR untuk membantu keluarga menambah pendapatan (Intan Nur Syuhada &

Zamri Mahamod : 2021).

2.2 Guru-guru

Lain murid-murid, lain pula guru-guru. Mereka juga menghadapi cabaran yang besar untuk

melaksanakan PdPR dan memastikan tugas hakiki mereka untuk mendidik berjalan lancar.

Menurut Nur Hanisah dan Mohd Isa (2021), selain mengajar murid-murid, guru-guru juga tidak

lari dari tugas sebagai seorang ayah atau ibu dan mereka mempunyai tuntutan terhadap pendidikan

anak-anak sendiri. Kadangkala ini mengurangkan motivasi guru-guru sehingga memberi impak

kepada emosi dan mutu kerja mereka.

Ainul Afzan & Ishak Hj Abd Rahman (2021) memerihalkan dalam kajian merekaa bahawa

antara cabaran lain bagi guru-guru adalah kesukaran untuk guru-guru mendapatakan alat bantu

mengajar secara atas talian untuk menjadikan kelas lebih efektif dan menarik. Di samping itu, ada

juga guru-guru yang kurang dari segi kemahiran dan literasi dalam penggunaan aplikasi atas talian.

Rahayu dan rakan-rakan (2020) turut melontarkan pandangan bahawa seorang guru harus sentiasa

bersedia untuk berhadapan dengan perubahan dalam mendepani cabaran pendidikan masa kini.
Guru-guru juga didapati berhadapan dengan masalah untuk mentaksir murid-murid.

Menurut Goliong dan rakan-rakan (2020) murid-murid ditaksir melalui tugasan-tugasan yang

diberikan namun mereka gagal untuk menghantar tugasan tersebut. Ini menyukarkan guru-guru

untuk memberikan tahap penguasaan murid-murid dalam sesuatu topik. Goliong dan rakan-rakan

(2020) juga menyatakan bahawa ada guru-guru yang meragui kesahihan dan ketelusan hasil kerja

murid-murid kerana khuatir jika kerja itu diselesaikan oleh pihak lain.

3.0 Inovasi Pendidikan dalam PdPR

Sebagai bakal guru, penulis ambil maklum akan segala permasalahan yang telah

dibincangkan seperti perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Kita tidak dapat menolak bahawa

teknologi dan pendidikan berjalan seiringan. Oleh yang demikian, wujudnya subjek Teknologi dan

Inovasi dalam latihan perguruan. Dasar Pendidikan Negara digubal untuk mempersiapkan pelajar

dari sudut pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang berdaya saing secara global kesan

daripada perkembangan sains dan teknologi maklumat (Ainul Afzan & Ishak Hj Abd Rahman :

2021).

Seperti yang dibincangkan, ramai murid mengalami gangguan jaringan internet atau

terpaksa berkongsi alat peranti digital dengan ahli keluarga yang lain. Apabila murid-murid tidak

dapat menyertai PdPR, ini akan memberikan kesan kepada motivasi guru-guru. Selain

menjalankan kelas secara lansung melalui aplikasi Zoom, Google Meet dan sebagainya, guru-guru

boleh memuat naik video ke Google Drive dan diletakkan ketetapan yang boleh diakses secara

‘offline’. Zetty Raihan (2020) dalam ulasan beliau, para pendidik boleh menghasilkan video yang

menarik dan dikongsikan kepada pelajar supaya pelajar boleh mengakses video tersebut pada bila-

bila masa dan mereka dapat melakukan proses pelajaran kendiri.


Sewaktu PdPR fasa 1 dijalankan, guru-guru mengalami masalah untuk mencari bahan

pengajaran atas talian yang bersesuaian untuk digunakan. Sekiranya ada aplikasi yang

membolehkan perkongsian maklumat pendidikan dibangunkan, ianya akan membantu ramai guru-

guru diluar sana untuk berkongsi bahan-bahan bantu mengajar atas talian. Sebagai contoh, aplikasi

seperti Facebook bertujuan untuk berkongsi mengenai kehidupan seharian para pengguna aplikasi

tersebut. Akan tetapi, kini banyak kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan untuk guru-guru saling

berkongsi bahan bantu mengajar. Antara kumpulan dengan ahli yang ramai ialah TcherCollection

– TC.

Hampir kesemua rumah memiliki televisyen. Televisyen tidak memerlukan jaringan

internet dan pada tahun 2019, kerajaan telah memberikan saluran televisyen percuma yang dikenali

sebagai MyTV. Ini membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan daripada melanggan

siaran berbayar untuk mendapatkan siaran televisyen yang lebih jelas. KPM dengan usaha sama

Media Prima telah melancarkan DidikTV pada 17 Februari 2021 (KPM DidikTV : 2021). Inovasi

ini menggantikan sistem pendidikan konvensional dengan memanggil guru-guru berpengalaman

untuk mengajar di saluran kaca televisyen di rumah.

Peranan media cetak seperti surat khabar juga boleh diinovasikan. Selain menyampaikan

berita, surat khabar juga suatu ketika dahulu merupakan wadah ilmuyang penting. Slot Didik

dalam akhbar Berita Harian juga tidak asing bagi murid-murid di Malaysia. KPM boleh

berkolaborasi dengan syarikat-syarikat surat khabar bagi menghasilkan modul pendidikan sebagai

sisipan (Mohd Nazri : 2021). Malah, surat khabar kini juga boleh diakses secara atas talian dan

didigitalkan. Ini secara tidak lansung membolehkan bukan sahaja ibu bapa untuk berkongsi modul

tersebut dengan anak-anak, tetapi guru-guru juga dapat memanfaatkan modul sisipan sebagai

soalan tambahan dan latihan pembelajaran kepada murid-murid.


4.0 Kesimpulan

Tuntasnya, PdPR bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran dan dugaan

yang terpaksa dihadapi oleh murid-murid, guru-guru, ibu bapa, pihak sekolah dan juga negara.

Semua pihak haruslah berganding bahu untuk saling menjayakan PdPR agar tidak akan berlaku

keciciran pelajaran dalam kalangan murid-murid. Tetapi emosi dan motivasi pihak yang terlibat

juga haruslah diambil kira. Inovasi dalam pendidikan dapat membantu meringankan beban

individu-individu yang terkesan dengan cabaran-cabaran sewaktu PdPR dijalankan.

Teknologi maklumat sememangnya semakin pesat dalam arus permodenan, tetapi di

sebahagian tempat di Malaysia, masih terdapat kekangan dari aspek jaringan internet yang buruk

dan peranti telekomunikasi yang terhad. Nyatanya, Malaysia masih belum bersedia untuk

menghadapi Revolusi Industri 4.0 secara menyeluruh. Diharapkan pihak-pihak yang

bertanggungjawab dapat mencari solusi terbaik bagi permasalahan tersebut agar semua murid-

murid mendapatkan hak pendidikan yang sama rata.

Rujukan
Ainul Afzan Ramli, Ishak Haji Abd Rahman. (2021). Isu dan cabaran dalam pelaksanaan

pendidikan peringkat rendah dan menengah : Pendekatan Malaysia semasa pandemik

Covid-19. Malaysian Journal od Social Sciences and Humanities. 1-13. 6(9) : Malaysia

Goliong, L., Kasin, A., Johnny, M., & Yulip, N. G. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran jarak jauh (PDPCJJ) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP). Pejabat

Pendidikan Daerah Ranau, Sabah. KPM

Intan Nur Syuhada, Zamri Mahamod. (2021). Strategi pengajaran dalam talian yang digunakan

oleh guru bahasa Melayu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid sekolah rendah.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 54-67. 11(2) : Malaysia.

Mohd Nazri Abdul Rahman. (2021). Perbaiki pelaksaan PdPR 2.0 atasi isu keciciran pelajar. Berita

Harian. Diunduh pada 19 November 2021 daripada https://www.bharian.

com.my/kolumnis/2021/06/829593/perbaiki-pelaksanaan-pdpr-20-atasi-isu-keciciran-

pelajar

Norehan Mohd Nasir, Mahaliza Mansor. (2021). Cabaran guru dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran di rumah (pdpr): Suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social

Sciences and Humanities. 416-421. 6(7) : Malaysia.

Nur Hanisah Ahmad Saifudin, Mohd Isa Hamzah. (2021). Cabaran pengajaran dan pembelajaran

di rumah (PdPR) dalam talian dengan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan.

250-264. 3(3) : Malaysia.

Tamilmullai Thannimalai, Salini Baloh. (2021). Cabaran pdpr bahasa Tamil di sekolah luar

bandar. Muallim Journal of Social Science and Humanities. 183-190. 5(2) : Malaysia.
Zetty Raihan Yassin. (2020). Menangani cabaran norma baharu pembelajaran dan pengajaran era

covid-19. Diunduh pada 19 November 2021 daripada https://news.utm.my/ms/2020/05/

menangani-cabaran-norma-baharu-pembelajaran-dan-pengajaran-era-covid-19/

You might also like