You are on page 1of 15

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Cabaran Mengaplikasi Kaedah E-pembelajaran di Sekolah Luar


Bandar Semasa Pandemik Covid-19: Dari Perspektif Guru
(Challenges of Applying E-learning Method in Rural Schools During
the Covid-19 Pandemic: A Teacher Perspective)
Angelia Nicholas Batan1*, Khairul Jamaludin1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p111925@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 August 2022 | Published: 1 September 2022

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.1
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Peralihan kaedah pembelajaran konvesional kepada kaedah e-pembelajaran


dilaksanakan dengan segera dalam usaha untuk memastikan pelajar tidak keciciran dalam
pelajaran semasa penularan pandemik Covid-19. Maka, kajian ini adalah bertujuan untuk
mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-
pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru ialah faktor ekonomi, tahap
pengetahuan guru dalam TMK rendah, masalah capaian internet, tekanan kerja guru, masalah
disiplin murid dan kurang sokongan daripada ibubapa dalam pembelajaran. Kajian ini
diharap dapat membantu dalam memberikan maklumat tentang isu-isu yang berkaitan dengan
cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan kaedah e-pembelajaran di sekolah
luar bandar kepada pengkaji-pengkaji yang akan datang.

Kata kunci: cabaran, guru, teknologi dan komunikasi, kaedah e-pembelajaran, pandemik
Covid-19.

Abstract: The transition of conventional learning method to e-learning method was


implemented immediately to ensure that students are not left behind in their education during
the Covid-19 pandemic. Therefore, this study aims to identify the challenges faced by teachers
in applying e-learning method in rural schools during the Covid-19 pandemic. The findings
showed that the challenges faced by teachers were economic factors, low level of teacher
knowledge and skills in information and communication technology (ICT), poor internet
connection, teacher job stress, students' discipline problems, and lack of support from parents
in education. It is hoped that this study will help in providing information for future
researchers on issues related to the challenges faced by teachers in implementing e-learning
in rural schools.

Keywords: challenges, teachers, information and communication technology, e-learning


method, Covid-19 pandemic.
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pandemik Covid-19 telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan masyarakat global.
Kerajaan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah seperti penyekatan dan

1
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pengawalan pergerakan, penjarakan sosial, penutupan sempadan antarabangsa serta institusi


pendidikan diarahkan untuk menjalankan pembelajaran dalam talian (Nguyen, Abbas,
Abuhassna, Awae & Dike, 2021). Penutupan institusi pendidikan bermula dari peringkat
prasekmerupakan salah satu langkah kerajaan global untuk mengekang penularan pandemik
Covid-19. Pelajar di seluruh dunia telah diarahkan untuk terus berada di rumah (Khan, Ashraf,
Selnen, Khan & Laar, 2021) dan mengamalkan penjarakan sosial (Kabir, Hasan & Mitra,
2021). Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pilihan dan mereka perlu terus berada di rumah serta
mengikuti pembelajaran dalam talian semasa penularan pandemik Covid-19 (Nguyen et al.,
2021). Menurut UNESCO (2020), penutupan institusi pendidikan di lebih daripada 100 buah
negara telah menjejaskan sekitar 1.3 bilion pelajar dan golongan ini terpaksa beralih kepada
pembelajaran dalam talian agar tidak terus keciciran dalam pembelajaran (Bokayev,
Torebekova, Abdykalikova & Davletbayeva, 2021).

Banyak negara, terutamanya negara-negara membangun di seluruh dunia berhadapan dengan


pelbagai rintangan dan bergelut untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Oviana, Sari,
Fajria & Mishbahul (2021) dalam kajian ke atas 20 orang ibubapa di sebuah sekolah rendah di
Indonesia mendapati bahawa semua pihak termasuk guru, murid dan ibubapa tidak bersedia
untuk berhadapan dengan situasi pembelajaran dalam talian. Antara cabaran semasa
pelaksanaan kaedah e-pembelajaran di rumah ialah kekurangan peralatan peranti pintar,
capaian internet yang lemah, pakej kuota internet yang mahal dan ibubapa yang kurang mahir
dalam menggunakan aplikasi TMK serta ibubapa menghadapi masalah untuk mengajar anak-
anak di rumah (Oviana et al., 2021).

Masalah yang sama juga berlaku di Bangladesh di mana pelajar-pelajar yang berada di luar
bandar menghadapi masalah capaian internet dan kekurangan alat peranti teknologi digital
(Kabir et al., 2021). Sementara itu, laporan oleh Statistik Afrika Selatan pula mendedahkan
bahawa 90 peratus isi rumah yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman menghadapi
masalah mengakses internet dan perkara ini telah menyukarkan proses pembelajaran dalam
talian dijalankan semasa pandemik Covid-19 (Mokoena, 2022). Di Iraq, kajian oleh Meteab
(2021) ke atas 100 pelajar sekolah menengah mendapati bahawa majoriti pelajar memilih untuk
belajar secara bersemuka disebabkan oleh pelbagai masalah timbul semasa menjalani kaedah
e-pembelajaran seperti masalah bekalan elektrik, capaian internet lemah, kos melanggan
internet yang mahal dan tiada sokongan daripada pihak sekolah.

Seperti di negara-negara lain, Malaysia juga mengalami nasib yang sama dan terpaksa
mengalihkan kaedah pembelajaran konvensional kepada kaedah pembelajaran alternatif
semasa pandemik Covid 19. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan
Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau lebih dikenali sebagai PdPR pada 2
Oktober 2020 (KPM, 2020). PdPR adalah penjenamaan semula kaedah e-pembelajaran yang
mana ia melibatkan penggunaan teknologi digital dan internet (Nur Hanisah & Mohd Isa,
2021). Walaupun begitu, masih terdapat guru-guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan
pendalaman berdepan dengan cabaran untuk melaksanakan PdPR semasa pandemik ini.
Antara masalah yang dihadapi oleh guru semasa pelaksanaan PdPR ini ialah capaian internet
yang lemah, perkongsian alat peranti pintar, jarak rumah yang terlalu jauh dari sekolah, ibubapa
kurang mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran seperti Google Classroom dan
masalah tahap pengetahuan TMK guru yang rendah (Liong & Nurfaradilla, 2022; Thannimalai
& Baloh, 2021). Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar
semasa pandemik Covid-19.

2
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

2. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk:


i. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan
kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19.
ii. Mengenal pasti cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah
luar bandar semasa pandemik Covid-19.

Persoalan Kajian
i. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan
kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19?
ii. Apakah cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar
semasa pandemik Covid-19?

3. Teori e-pembelajaran

Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model (TAM)) oleh Davis (1989).

Rajah 1: Kerangka Model Kajian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam
Pendidikan diadaptasi dari Model Penerimaan Teknologi (TAM) oleh Davis (1989).

Kerangka model kajian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam
Pendidikan pada Rajah 1 di atas menunjukkan faktor luaran ialah pemilikan peralatan TMK
yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Individu yang memiliki peralatan TMK seperti
telefon bimbit, tablet dan komputer riba dengan dilengkapi pelbagai fungsi akan
mempengaruhi individu tersebut untuk meneroka dan menggunakan peralatan TMK tersebut.
Faktor luaran mempengaruhi kepercayaan dalaman seseorang individu dan perkaitan hubungan
kepercayaan ini dengan sikap, niat tingkah laku sehingga membawa kepada penggunaan sistem
sebenar (Khan et al., 2021).

Terdapat dua faktor utama yang menjadi motivasi kepada penggunaan TMK iaitu a) sama ada
ia berguna serta mendatangkan manfaat untuk pembelajaran dalam talian dan b) ciri-ciri
peralatan TMK yang pelbagai seperti mudah digunakan, menarik dan interaktif serta tidak

3
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

membebankan pengguna dari segi kos. Berdasarkan TAM oleh Davis (1989), faktor yang
mempengaruhi niat seseorang untuk menerima sesuatu teknologi ialah teknologi tersebut
dirasakan mudah digunakan (perceived ease of use) dan ia dirasakan berguna atau bermanfaat
untuk digunakan (perceived of useful) (Khan et al., 2021). Seseorang individu tersebut akan
menilai dan berfikir secara rasional berdasarkan kepada faktor tersebut sebelum membuat
keputusan untuk menggunakannya. Sekiranya, individu tersebut berpendapat bahawa
penggunaan peralatan TMK akan memberikan manfaat kepadanya serta merasakan ia mudah
digunakan, menarik, interaktif dan berkos rendah, maka ia akan membentuk sikap positif
individu terhadap penggunaan TMK.

Selanjutnya, sikap positif ini akan memberikan kesan positif ke atas tingkah laku individu
tersebut terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan. Davis (1985) menyatakan bahawa
tingkah laku seseorang pengguna terhadap sesuatu sistem adalah merupakan penentu utama
dalam penerimaan dan penolakan sesuatu sistem tersebut (Chuttur, 2009). Maka,
kemungkinan untuk individu ini menggunakan TMK dalam pendidikan adalah tinggi. TMK
mungkin akan digunakan secara meluas dalam pendidikan. Model TAM mengandaikan
bahawa kepercayaan, sikap dan niat adalah faktor penting dalam mengintegrasikan TMK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Lawrence & Tar, 2018).

Kerangka Kerja Pengetahuan Pedagogi Teknologi Kandungan (Technological


Pedagogical Content Knowledge Framework (TPACK)) oleh Mishra dan Koehler (2006)
Kerangka Kerja Pengetahuan Kandungan Pedadogi atau lebih dikenali sebagai TPACK yang
dibangunkan oleh Mishra dan Koehler (2006) mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan
kandungan (content knowledge (CK)), pengetahuan pedagogi (pedagogical knowledge (PK))
dan pengetahuan teknologi (technological knowledge (TK)). Ketiga-tiga domain ini adalah
merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh seseorang guru dalam mengintegrasikan
TMK dalam pembelajaran. Menurut Mishra dan Koehler (2006), pengetahuan kandungan
(CK) adalah merujuk kepada sebagai pengetahuan mengenai perkara sebenar yang perlu
dipelajari atau diajari. Mereka berpendapat guru perlu tahu dan faham tentang subjek yang
diajar termasuk pengetahuan tentang fakta, konsep, teori dan prosedur dalam sesuatu bidang
yang diceburi.

Manakala, pengetahuan pedagogi (PK) adalah pengetahuan mendalam tentang kaedah


pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, nilai dan matlamat, pengurusan bilik darjah,
perancangan pelajar dan penilaian pelajar. Mereka juga berpendapat seseorang guru yang
mempunyai pengetahuan mendalam mungkin akan mengintegrasikan teknologi dalam
pengajarannya. Pengetahuan teknologi (TK) pula ialah pengetahuan tentang teknologi
standard seperti buku, papan tulis dan teknologi yang lebih maju seperti internet dan video
digital serta cara mengendalikannya (Mishra & Koehler, 2006). Mereka berpendapat bahawa
teknologi akan sentiasa mengalami perubahan dan TK akan juga akan berubah. Keupayaan
untuk belajar dan mengadaptasi teknologi baru masih lagi penting pada masa akan datang
(Mishra & Koehler, 2006).

4
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Pengetahuan Pedagogi
(Pedagogical
Knowledge
(PK)

(Pedagogical Content Knowledge (PCK)

Rajah 2: Kerangka Kerja Pengetahuan Pedagogi Teknologi Kandungan (Technological Pedagogical


Content Knowledge Framework (TPACK)) oleh Mishra & Kohler (2006)

Merujuk kepada Rajah 2 di atas, Mishra dan Koehler (2006) berpendapat bahawa ketiga-tiga
domain ini iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan
saling berinteraksi di antara satu sama lain. Interaksi ini telah menghasilkan tiga domain
pengetahuan berpasangan iaitu pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical content
knowledge (PCK)), pengetahuan kandungan teknologi (technological content knowledge
(TCK)) dan pengetahuan pedagogi teknologi (technological pedagogical knowledge (TPK)).
Domain pengetahuan kandungan pedagogi ialah pengetahuan pedagogi yang digunakan untuk
mengetahui pendekatan pengajaran yang sesuai untuk pengajaran dan mengenal pasti unsur-
unsur kandungan yang boleh digunakan untuk menjadikan pengajaran menjadi lebih baik
(Mishra & Koehler, 2006). Mereka berpendapat bahawa pengetahuan kandungan teknologi
pula ialah pengetahuan tentang cara menggunakan teknologi dan kandungan yang mana guru
bukan sahaja tahu mengajar tetapi juga perlu menerapkan teknologi dalam pengajaran.
Pengetahuan pedagogi teknologi pula adalah pengetahuan tentang kewujudan, komponen dan
keupayaan pelbagai teknologi dalam pengajaran (Mishra & Koehler 2006).

Berdasarkan Rajah di atas, Pengetahuan Pedagogi Teknologi Kandungan (TPACK) berada di


tengah bulatan merupakan pusat pertemuan ketiga-tiga pengetahuan (CK, PK & TK). Hal ini
adalah bermakna penguasaan terhadap ketiga-tiga pengetahuan ini akan menghasilkan guru
yang mempunyai pengetahuan bukan sahaja dari segi mengajar tetapi juga mampu untuk
mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajarana. Mishra dan Koehler
(2006) berpendapat bahawa pembangunan TPACK oleh guru adalah merupakan pusat
pengajaran menggunakan teknologi yang berkesan.

Penguasaan untuk ketiga-tiga domain pengetahuan yang utama (CK, PK & TK) ini adalah
penting dalam melaksanakan PdPR semasa penularan pandemik Covid-19. Guru yang
mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang subjek yang diajar serta dapat
mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran dengan baik akan memberikan impak positif
dalam pembelajaran dalam talian. Menurut Gumusglo dan Akay (2017), kejayaan
pembelajaran berasaskan teknologi adalah bergantung kepada kepercayaan guru terhadap
penggunaan TMK kerana guru merupakan kunci utama kepada pengintegrasian TMK dan

5
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

penglibatan pelajar. Maka, peranan dan pengetahuan guru adalah sangat penting dalam
melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa penularan pandemik Covid 19.

4. Kajian Literatur

Kaedah e-pembelajaran
Kaedah pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran adalah merupakan kaedah yang
mengintegrasikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan teknologi baru
seperti internet, intranet, e-mel, penyiaran satelit, audio, pita video dan CD-ROM (Nur A'fini,
Nur Aisyah, Sufiyatul Farhain, Shamsunarnie & Noor Zafarina, 2021). Penggunaan TMK
dalam pembelajaran dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
seterusnya, menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik (Nuraimi & Fariza,
2017). KPM telah membangunkan kaedah e-pembelajaran yang dikenali sebagai PdPR. PdPR
merupakan salah satu kaedah pembelajaran jarak jauh dan ia dibangunkan kesan daripada
penutupan sekolah secara mendadak (Azlin et al., 2021). PdPR adalah merupakan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana
lokasi yang bersesuaian (KPM, 2020). Jadi, kaedah ini boleh dilaksanakan secara dalam talian,
luar talian atau off-site serta guru boleh melaksanakan kaedah pembelajaran mengikut
kesesuaian masing-masing (Liong & Nurfaradilla, 2022; Ainul Afzan & Ishak, 2021). Selain
itu, PdPR boleh dijalankan sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh
tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar
negeri (KPM, 2020).

Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dibangunkan adalah untuk


membantu guru dan murid menjalani pembelajaran di rumah dengan lebih sistematik, berkesan
dan teratur (KPM, 2020). Manual PdPR ini juga menjadi panduan kepada guru untuk
melaksanakan PdPR secara berstruktur serta terancang dan seterusnya, ia akan dapat
membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum (KPM, 2020). Menurut Thannimalai
dan Baloh (2021), PdPR yang diperkenalkan oleh KPM ini adalah bertujuan agar murid dapat
meneruskan sesi pembelajaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Pelbagai
aplikasi pembelajaran yang boleh diakses untuk tujuan PdPR seperti Quizizz, Kahoot, Google
Classroom, Youtube, Wordwall, WhatsApp dan Telegram (Ainul Afzan & Ishak 2021;
Thannimalai & Baloh, 2021). Semua guru diarahkan untuk melaksanakan PdPR sepanjang
penutupan institusi pendidikan dan pelaksanaan PdPR ini hendaklah mengikut garis panduan
yang terdapat dalam Manual PdPR (Liong & Nurfaradilla, 2022).

Pandemik Covid 19 dan Pendidikan


Pandemik Coronavirus Disease 19 atau Covid 19 yang melanda dunia telah memberikan impak
dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk sektor pendidikan. Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan virus Covid-19 sebagai pandemik kerana ia
telah merebak ke lebih 200 buah negara di seluruh dunia (Hapsari, 2020). Setakat 17 April
2020, sejumlah 2,230,439 kes jangkitan Covid 19 dilaporkan di seluruh dunia dengan kes
kematian sebanyak 150,180 serta kes sembuh pula adalah sebanyak 564,210 (Elongoe, 2020).
Justeru, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah keselamatan dengan mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik ini
(Farah Atikah, Wan Ahmad Amir Zal & Tengku Fauzan, 2021). Kesannya, PKP telah
menyebabkan pelbagai sektor perniagaan serta perkhidmatan termasuk institusi pendidikan
terpaksa ditutup.

6
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Pandemik ini mudah berjangkit iaitu individu yang telah dijangkiti oleh virus ini boleh
memindahkannya kepada individu lain melalui sentuhan dan titisan pernafasan seperti batuk
atau bersin (Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli, 2021). Maka, Kementerian Kesihatan
Malaysia telah melancarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menetapkan garis panduan
yang perlu dipatuhi rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Masyarakat disarankan untuk mengamalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka
apabila berada di luar rumah, kerap mencuci tangan dan mengamalkan jarak sosial (Elongoe,
2020).

Sementara itu, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat sejak 18 Mac 2020 untuk mengekang
penularan wabak ini dan seterusnya memutuskan rantaian wabak ini. Menurut Ahmad Raflis,
Suraiya dan Mohd Abdullah (2020), kerajaan telah mengarahkan rakyat untuk menjalani
perintah berkurung, menghadkan pergerakan dan mengamalkan penjarakan social dalam usaha
untuk membendung wabak ini. Justeru, banyak sektor-sektor yang bukan merupakan sektor
penting atau berkeperluan (essential) telah diarahkan untuk ditutup sementara termasuklah
institusi-institusi pendidikan. Penutupan institusi pendidikan ini telah memberi impak besar
kepada sistem pendidikan negara.

Penutupan institusi pendidikan ini telah mencetuskan perubahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di negara ini. Para pendidik perlu mengaplikasikan proses pembelajaran dalam
talian dalam usaha untuk mengelakkan para pelajar ketinggalan dalam pelajaran akibat
daripada penutupan institusi pendidikan ini. Menurut Juwairiah Mustapah dan Roslinda Rosli
(2021), pembelajaran dalam talian telah menjadi kaedah pembelajaran yang signifikan dalam
pendidikan ketika penularan wabak Covid-19. Kaedah pembelajaran secara bersemuka tidak
lagi dapat dilaksanakan dan telah digantikan dengan pertemuan dalam talian dengan
menggunakan aplikasi sidang video seperti Zoom, Skype, MS Team, Google Meet dan Cisco
WebEx (Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli, 2021). Kaedah pembelajaran dalam talian
bukan sesuatu yang baharu dalam pendidikan tetapi ia telah mula dilihat sebagai pilihan yang
tepat semasa pandemik ini (Muniroh Hamat, Siti Balqis & Ch’ng, 2020).

Cabaran guru dalam melaksanakan kaedah e-pembelajaran


Kerajaan global termasuk Malaysia telah mengambil langkah yang drastik dengan menutup
institusi pendidikan bagi membendung penularan virus Covid-19. Penutupan institusi secara
mendadak ini memberikan cabaran kepada guru untuk melaksanakan kaedah pembelajaran
alternatif iaitu pembelajaran dalam talian. Guru harus menggunakan sumber-sumber yang ada
untuk merancang kurikulum dan menyampaikannya dalam talian (Wai-Cook, 2020). Sumber-
sumber ini adalah terhad dan guru perlu bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran untuk
mengaplikasi dalam pembelajaran dalam talian agar ia dapat dijalankan dengan berkesan dan
bermakna. Guru, terutamanya yang bertugas di kawasan pendalaman, berdepan dengan
cabaran untuk melaksanakan kaedah pembelajaran alternatif ini ( Liong & Nurfaradilla, 2022).

Faktor ekonomi
Pergelutan ekonomi kesan daripada penutupan sektor pekerjaan semasa penularan pandemik
Covid 19 menambahkan kerumitan untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian.
Penutupan pusat perniagaan dan tempat kerja sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan
(lockdown) ini telah memberikan impak yang signifikan ke atas kewangan individu dan
ekonomi global (Chung, Lanier & Wong, 2020). Penularan pandemik ini telah melumpuhkan
pertumbuhan ekonomi dan pendidikan negara-negara membangun (Clemen, Ali, Abdulmadid
& Jabbar, 2021). Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF)

7
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

melaporkan satu pertiga kanak-kanak dunia tidak berpeluang untuk menjalani pembelajaran
jarak jauh melalui radio, televisyen dan internet (Surial & Rahayu, 2021).

Faktor ekonomi keluarga, terutamanya golongan berpendapatan rendah menyebabkan ibubapa


tidak mampu untuk menyediakan alat peranti pintar kegunaan anak-anak menjalani
pembelajaran dalam talian. Kajian yang dilakukan oleh Daimary (2020) ke atas 50 orang guru
besar di sekolah menengah luar bandar di India mendapati bahawa semua pelajar di 50 buah
sekolah tersebut tidak memiliki telefon pintar, komputer riba dan mempunyai akses jaringan
internet. Hal ini menyebabkan kaedah e-pembelajaran sukar untuk dilaksanakan di sekolah-
sekolah tersebut. Sementara itu, kebanyakan sekolah – sekolah di luar bandar di Afrika Selatan
tidak mempunyai infrastruktur teknologi dan ini menimbulkan kesukaran untuk menjalani
pembelajaran dalam talian dan pembelajaran teradun (blended learning) semasa pandemik
Covid-19 (Mahaye, 2020). Sekolah-sekolah di kawasan luar bandar di Afrika Selatan memang
jauh ketinggalan dari segi penggunaan pendidikan berasaskan teknologi disebabkan oleh faktor
ekonomi (Mahaye, 2020).

Di Malaysia, tinjauan KPM mendapati bahawa sekitar 1.85 juta murid tidak mempunyai alat
peranti digital dan menghadapi masalah untuk mengakses internet (Surial & Rahayu, 2021).
Kajian mendapati bahawa masih terdapat pelajar, terutamanya golongan berpendapatan rendah
dan tinggal di kawasan pendalaman, yang tidak mampu untuk memiliki alat peranti pintar serta
mempunyai akses internet (Ainul Afzan & Ishak, 2021). Terdapat juga kemungkinan bahawa
berlaku perkongsian peralatan digital untuk pembelajaran dalam talian (Tay, Lee &
Ramachandaran, 2021). Kaedah PdPR yang dilaksanakan di kawasan luar bandar dan
pendalaman di Sabah dan Sarawak adalah terhad disebabkan oleh ketiadaan alat peranti pintar
dan akses internet (Thannimalai & Baloh, 2021). Kesimpulannya kegagalan ibubapa untuk
menyediakan alat peranti digital dan kemudahan internet menjadi penghalang kepada murid
untuk meneruskan pembelajaran dalam talian (Ainul Afzan & Ishak, 2021; Mahalingam &
Khairul Azhar, 2021; Norehan & Mahalizam, 2021; Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021).

Tahap pengetahuan dan kemahiran TMK guru yang rendah


Tahap pengetahuan dan kemahiran guru untuk mengintegrasi TMK dalam proses PdP adalah
signifikan bagi memastikan pembelajaran dalam talian berkesan dan bermakna. Hal ini adalah
selaras dengan Anjakan Ke- 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di negara Malaysia
(Nuraimi & Fariza, 2017). Guru perlu membuat persediaan dan menyusun kaedah
pembelajaran yang bersesuaian (Ainul Afzan & Ishak, 2021). Di samping itu, guru yang
mempunyai kemahiran mendalam berkaitan dengan teknologi dan mengintegrasikannya dalam
proses PdP akan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Noor Desiro &
Hazrati, 2021). Guru yang kurang mahir dalam penggunaan TMK akan menyebabkan PdPR
tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan lancar (Thannimalai & Baloh, 2021).

Memang tidak dinafikan bahawa masih terdapat ramai guru, terutamanya guru senior (Nur
A’fini et al., 2021) yang kurang bersedia dan terpaksa menyesuaikan diri untuk melaksanakan
PdPR (Ainul Afzan & Ishak, 2021). Masalah ini timbul kerana golongan guru ini kurang mahir
dan berpengetahuan dalam mengaplikasikan TMK untuk PdP. Kemahiran dan pengetahuan
TMK yang rendah ini juga akan menyebabkan guru sukar untuk mengendalikan PdPR. Selain
itu, terdapat guru berasa tidak selesa dan bimbang serta risau untuk menggunakan TMK (Nur
A’fini et al. 2021) dalam proses PdP. Namun, situasi pandemik Covid 19 yang sukar ini
menyebabkan guru bukan sahaja perlu mahir dan berpengetahuan dalam TMK tetapi mereka
juga perlu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengendalikan pembelajaran dalam talian

8
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

(König, Jäger-Biela & Glutsch, 2020). Justeru, guru perlu didedahkan dengan kemahiran
penggunaan TMK yang terkini supaya mereka lebih berkeyakinan dalam mengaplikasikan
TMK untuk tujuan pengajaran (Nuraimi & Fariza, 2017).

Masalah capaian internet


Masalah tiada capaian internet atau talian internet yang lemah merupakan masalah utama
dalam kaedah pembelajaran dalam talian, terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman.
Liong dan Nurfaradilla (2022) menyatakan bahawa masalah gangguan talian internet ini telah
menyebabkan guru-guru di kawasan luar bandar dan pendalaman tidak dapat menjalankan
PdPR seperti di kawasan bandar. Permasalahan ini akan menyebabkan pelaksanaan PdPR
secara dalam talian tergendala dan sukar untuk dijalankan di kawasan luar bandar dan
pedalaman. Hal ini adalah selari dengan kajian oleh Thannimalai dan Baloh (2021), PdPR
sukar untuk dilaksanakan di kawasan pendalaman di Sabah, Sarawak serta perkampungan
Orang Asli di Semenanjung Malaysia kerana masalah capaian internet dan ketiadaan peranti
pintar.

Masalah capaian internet yang lemah juga akan menyebabkan murid, guru dan ibubapa sukar
untuk mengakses aplikasi m-pembelajaran seperti Google Classroom, Kahoot, WordWall,
Quizizz dan banyak lagi. Selain itu, golongan ini juga akan berhadapan dengan halangan untuk
mengikuti pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan menerusi aplikasi seperti Zoom,
Google Meet dan Microsoft Teams. Menurut Noor Desiro dan Hazrati (2021), kebanyakan
aplikasi m-pembelajaran atau pembelajaran dalam talian memerlukan capaian talian internet
yang baik dan stabil untuk mengaksesnya. Permasalahan capaian talian internet ini akan
menyebabkan murid sukar untuk menjalani PdPR dan boleh menyebabkan mereka ketinggalan
dalam pembelajaran. Seterusnya, murid ini akan tercicir dan tidak dapat meneruskan
pembelajaran.

Tekanan kerja guru


Peralihan kaedah pembelajaran konvensional kepada kaedah pembelajaran dalam talian secara
mendadak telah memberikan tekanan kepada guru. Guru berhadapan dengan cabaran untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19
(König, Jäger-Biela & Glutsch. 2020). Selain itu, guru juga mempunyai beban tugas yang berat
dan adalah sukar bagi guru untuk memberikan sokongan kepada murid melangkaui
pembelajaran dalam talian (Wai-Cook, 2020).

Guru bukan sahaja perlu menyampaikan isi kandungan pengajaran tetapi mereka juga perlu
memastikan komunikasi dua hala di antara guru dan murid tidak terganggu semasa PdPR. Guru
berasa bimbang apabila komunikasi dua hala antara guru dan murid
semakin berkurangan semasa pembelajaran dalam talian dan situasi ini akan menyukarkan
mereka untuk menjalankan proses penilaian prestasi pelajar (König et al.,
2020). Di samping itu, guru juga berhadapan dengan cabaran bekerja dari rumah kerana
mereka juga perlu menguruskan hal berkaitan rumah tangga apabila berada di rumah (Nur
Hanisah & Mohd Isa, 2021). Situasi ini akan memberikan tekanan kepada guru kerana fokus
mereka terganggu dengan hal-hal di rumah dan seterusnya, ia akan menyebabkan mereka sukar
untuk mengendalikan PdPR dengan berkesan dan bermakna.

Masalah Displin Murid


Masalah disiplin murid menjadi semakin meruncing semasa PdPR kerana guru tidak dapat
mengawal aktiviti-aktiviti sampingan yang dilakukan oleh murid. Suasana pembelajaran
dalam talian yang membolehkan murid mengakses aplikasi-aplikasi lain

9
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

boleh mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran. Murid lebih suka mengakses aplikasi
permainan maya atau membalas mesej emel serta mesej sosial dan hal ini akan menyebabkan
murid tidak mahu untuk menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru
(Nguyen et al., 2021). Masalah sebegini akan mengganggu keberkesanan pembelajaran dalam
talian dan murid akan ketinggalan dalam pelajaran.

Hasil kajian oleh Surial dan Rahayu (2021) yang dijalankan ke atas empat (4) orang guru
sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan mendapati bahawa guru berdepan dengan masalah
disiplin murid seperti murid lewat mengikuti pembelajaran dalam talian, murid gagal
menghantar latihan mengikut tarikh yang ditetapkan, motivasi murid adalah rendah, murid
tidak bersedia belajar tanpa guru, murid terjebak dengan permainan dalam talian dan kerap
menukar nombor telefon bimbit tanpa memaklumkan kepada guru terlebih dahulu.
Permasalahan ini turut dinyatakan oleh Thannimalai dan Baloh (2021) yang menyatakan
masalah disiplin murid seperti tidak menyiapkan kerja rumah dan lewat hadir ke kelas dalam
talian adalah merupakan cabaran kepada guru.

Selain itu, suasana komunikasi pembelajaran dalam talian yang sehala dan kurang aktiviti
fizikal telah menyebabkan murid berasa bosan dan tidak bermotivasi untuk memberikan
tumpuan dalam pelajaran (Mahalingam & Khairul Azhar, 2021; Nur Hanisah & Mohd Isa,
2021). Terdapat murid yang mempunyai alat peranti pintar dan capaian internet yang stabil,
namun mereka enggan hadir dan tidak mahu melibatkan diri dengan pembelajaran dalam talian
(Norehan & Mahaliza, 2021). Sikap murid yang tidak mengendahkan pelajaran dan sengaja
tidak hadir dalam kelas talian adalah amat membimbangkan guru kerana golongan ini
cenderung untuk tidak hadir apabila sekolah dibuka selepat tamat PKP. Tabung Kanak-kanak
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2020) melaporkan bahawa satu daripada lima kanak-
kanak hilang minat untuk ke sekolah selepas tempoh sekatan pergerakan (lockdown) berakhir
(Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021).

Kurang sokongan daripada ibubapa


Sokongan dan pemantauan yang berterusan daripada ibubapa ke atas anak-anak mereka
semasa PdPR adalah sangat penting dalam memastikan pelajaran anak-anak tidak terabai.
Situasi pembelajaran menjadi semakin mencabar semasa pandemik kerana anak-anak tidak lagi
belajar secara bersemuka di dalam kelas tetapi ia telah beralih kepada kaedah pembelajaran
dalam talian. Ibubapa bukan sahaja perlu memantau pelajaran anak-anak mereka tetapi mereka
juga perlu menyokong dan memantau kesejahteraan mental, emosi dan fizikal anak-anak
semasa pembelajaran di rumah (Wai-Cook, 2020).

Sokongan daripada ibubapa semasa PdPR akan memberikan kesan ke atas motivasi, emosi
serta minat murid untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Kurangnya sokongan daripada
ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak akan menyebabkan mereka tidak bermotivasi serta
tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran dalam talian (Mahalingam & Khairul Azhar,
2021). Penglibatan ibubapa semasa PdPR adalah merupakan faktor penting dalam menentukan
keberkesanan PdPR, maka ibubapa harus menjalankan komunikasi dua hala dengan guru untuk
memantau perkembangan pelajaran anak-anak mereka (Wen, Quek & Lau, 2021).

Selain itu, segelintir ibubapa tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi pembelajaran di
rumah ini yang menuntut mereka untuk menjadi pembimbing anak-anak (Oviana et al., 2021).
Masalah ini akan menyebabkan ibubapa kurang memberikan sokongan terhadap pembelajaran
anak-anak kerana mereka masih belum bersedia dari segi mental dan emosi untuk menjadi
tenaga pengajar di rumah. Menurut Bokayev et al. (2021), tidak semua keluarga bersedia untuk

10
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

beralih kepada pembelajaran dalam talian disebabkan oleh masalah sumber informasi dan
teknikal. Dalam pada itu, faktor ibubapa yang berpendidikan rendah dan kurang
berpengetahuan dalam teknologi akan mengakibatkan anak-anak mereka ketinggalan dalam
pelajaran semasa PdPR (Ainul Afzan & Ishak, 2021).

PdPR tidak akan berkesan sekiranya ibubapa gagal untuk meluangkan masa bagi memantau
dan membimbing pelajaran anak-anak mereka di rumah. Terdapat ibubapa yang bekerja dari
rumah berasa terbeban dengan PdPR (Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021) dan merasakan sukar
untuk membahagikan masa antara kerja di rumah dengan pelajaran anak-anak (Oviana et al.,
2021). Justeru, situasi ini akan menyebabkan anak-anak terabai dan gagal untuk mengikuti
pembelajaran dalam talian (Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021). PdPR yang dijalankan oleh guru
tidak akan berkesan kerana murid gagal untuk hadir kelas dalam talian mahupun luar talian.

5. Cadangan Penambahbaikan

Pelaksanaan kursus TMK


Kemahiran dan pengetahuan mengendalikan TMK merupakan elemen yang penting bagi
seseorang guru untuk menjayakan PdPR. Hal ini selaras dengan kajian-kajian lepas yang
mencadangkan agar guru perlu diberi latihan atau kursus untuk meningkatkan pedagogi mereka
dalam TMK (Wen at al., 2021). Malah, sebelum berlakunya bencana pandemik Covid-19, para
pengkaji akademik mencadangkan agar guru menguasai kemahiran pengintegrasian TMK
dalam bilik darjah seiring dengan perkembangan era global. Kursus-kursus berkaitan TMK
perlu dilaksanakan dengan lebih kerap dan sistematik bagi meningkatkan kemahiran guru
mengendalikan TMK terkini (Nuraimi & Fariza, 2017). Dengan ini, guru-guru akan merasa
lebih yakin untuk mengintegrasikan TMK dalam bilik darjah. Penyesuaian dan integrasi
teknologi ke dalam bilik darjah adalah bergantung kepada sikap dan keupayaan guru untuk
melaksanakannya (Gumusoglu & Akay, 2017).

Dalam menghadapi era pandemik ini, guru perlu bersedia untuk menguasai kemahiran TMK
yang digunakan dalam kaedah e-pembelajaran agar proses PdPR dapat berjalan dengan lancar
dan berkesan (Noor Desiro & Hazrati, 2021; Norehan & Mahaliza, 2021). Justeru, peningkatan
dari segi lmu, kompetensi, keupayaan dan kemahiran guru dalam mengintegrasikan TMK
adalah perlu untuk meneruskan kaedah pembelajaran dalam talian ini (Thannimalai & Baloh,
2021). Situasi mencabar semasa pandemik ini memerlukan guru yang bukan sahaja
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi tetapi juga berkeyakinan untuk
berjaya mengendalikan pengajaran dalam talian (König et al., 2020).

Mempelbagaikan Kaedah Pembelajaran


KPM telah membangunkan satu platform digital untuk tujuan PdPR iaitu DELIMa (Digital
Educational Learning Initiative Malaysia) pada tahun 2019 untuk memudahkan pembelajaran
dalam talian antara murid dan pendidik (Mahalingam & Khairul Azhar, 2021). Guru juga perlu
mempelajari cara penggunaan aplikasi-aplikasi media sosial seperti Google Meet, Zoom,
Youtube, Inshot dan TikTok untuk memastikan proses PdP berkesan dan menarik ketika PdPR
(Surial & Rahayu, 2021). Bagi mengatasi masalah kesukaran mengikuti pembelajaran dalam
talian semasa PdPR, KPM telah mengedarkan Manual PdPR ke sekolah-sekolah dan
menyarankan agar pembelajaran dijalankan secara luar talian (offline) dan offsite di lokasi-
lokasi seperti rumah atau pusat komuniti (Ainul Afzan & Ishak, 2021). Pembelajaran luar
talian boleh dipelajari melalui modul-modul, nota edaran ataupun melalui rancangan Didik TV
KPM (Surial & Rahayu, 2021).

11
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Guru perlu menjadi lebih kreatif dalam usaha untuk menarik minat dan meningkatkan motivasi
murid untuk terus mengikuti PdPR. Jadi, guru perlu membuat inovasi baru untuk pembelajaran
dalam talian bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kreatif (Oviana et al., 2021) dan
menjadikan pembelajaran tersebut lebih menyeronokkan. Guru boleh menggunakan aplikasi
pembelajaran berasaskan permainan untuk menarik perhatian pelajar mengikuti PdPR.
Majoriti murid gemar mengakses permainan dalam talian dan mereka mempunyai tumpuan
yang lebih tinggi semasa mengakses permainan tersebut (Matzavela & Alepis, 2021). Guru
juga boleh mempelbagaikan medium untuk tujuan pembelajaran dan penghantaran maklumat
kepada murid seperti e-permainan, video, klip video, e-buku, rakaman video atau tugasan
dalam talian, Google Meet, Microsoft Teams, DELIMa dan aplikasi media sosial yang lain
(Thannimalai & Baloh, 2021).

6. Kesimpulan

Cabaran yang paling utama semasa pengendalian PdPR ini ialah guru tidak bersedia untuk
melaksanakan PdPR kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam TMK. Sikap guru
terhadap pengintegrasian TMK dalam bilik darjah merupakan satu isu besar dan kejayaan
pelaksanaan TMK dalam pembelajaran adalah bergantung kepada keupayaan dan kepercayaan
guru (Gumusoglu & Akay 2017). Menurut Hapini Awang et al. (2020), TMK akan dapat
membantu meringankan beban tugas guru sekiranya ia dilaksanakan dengan berkesan, namun
pelaksanaan yang lemah akan menyebabkan TMK menjadi beban kepada guru. Hal ini akan
menyebabkan guru menolak untuk menggunakan TMK dalam pendidikan. Maka, guru perlu
mengubah persepsi dan sikap mereka terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan. Sikap
keterbukaan dan kesediaan guru untuk meningkatkan kemahiran dalam TMK akan dapat
menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian semasa penularan pandemik ini.

Walaupun begitu, guru tetap berusaha untuk melaksanakan PdPR dan berikhtiar untuk
mengatasi kekangan-kekangan semasa mengendalikan pembelajaran dalam talian. Sokongan
dan dorongan padu daripada semua pihak termasuk ibubapa, murid, sekolah dan komuniti
adalah sangat penting dalam memastikan proses pembelajaran dalam talian berjalan dengan
lancar dan berjaya. Selain itu, pihak sekolah juga perlu melibatkan diri dalam perkhidmatan
professional kesejahteraan mental serta mempromosikan penjagaan diri kepada guru, ibubapa
dan murid (Wai-Cook, 2020). Hal ini adalah kerana semua pihak terjejas akibat daripada
penularan pandemik Covid-19. Maka, sikap menuding jari ke arah satu sama lain perlu diubah
dan semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan pembelajaran murid berjalan dengan
lancar

Rujukan

Ahmad Raflis Che Omar, Suraiya Ishak & Mohd Abdullah Jusoh. (2020). The impact of
Covid-19 Movement Control Order on SME’s businesses and survival strategies.
Malaysian Journal of Society and Space, 16(2), 138-150.
Ainul Afzan Ramli & Ishak Abd Rahman. (2021). Isu dan cabaran dalam pelaksanaan
pendidikan peringkat rendah dan menengah: pendekatan Malaysia semasa Pandemik
Covid-19. Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 6(9), 1-13.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1043
Azlin Norhaini Mansor, Nur Hidayah Zabarani, Khairul Azhar Jamaludin, Mohamed Yusoff
Mohd Nor, Bity Salwana Alias & Ahmad Zamri Mansor. (2021). Home-based
learning (HBL) teacher readiness scale: instrument development and demographic
analysis. Journal of Sustainability. DOI: https://doi.org/10.3390/su13042228

12
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Bokayev, B., Torebekova, Z., Abdykalikova, M. & Davletbayeva, Z. (2021). Exposing policy
gaps: the experience of Kazakhstan in implementing distance learning during the
Covid-19 pandemic. Transforming Government: People, Process and Policy, 15(2),
275-290. DOI: 10.1108/TG-07-2020-0147
Chung, G., Lanier, P. & Wong, Peace Y.J. (2020). Mediating effects of parental stress on
harsh parenting and parent-child relationship during Coronvirus (Covid19) pandemic
in Singapore. Journal of Family Violence.
Chuttur, M.Y. (2009). Overview of the Technology Acceptance Model: Origins, Developments
and Future Directions. Sprouts: Working Papers on Information Systems, 9(37).
http://sprouts.aisnet.org/9-37
Clemen, I.G., Ali, H., Abdulmadid, AN & Jabbar, H.J. (2021). Education during Covid-19
era: readiness of students in a less-economically developed country for e-learning.
Iligan Medical Center College (IMCC) Journal Of Science, 1, 94-101.
https://myjournal.imcc.edu.ph/
Daimary, P. (2020). E-learning in schools during COVID-19 pandemic in rural areas.
International Journal of Management, 11(10), 659-664.
http://www.iaeme.com/IJM/issues.asp?JType=IJM&VType=11&IType=10,
Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=3738943
Elengoe A. (2020). COVID-19 Outbreak in Malaysia. Osong public health and research
perspectives, 11(3), 93–100. https://doi.org/10.24171/j.phrp.2020.11.3.08.
Farrah Atikah Saari, Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail & Tengku Fauzan Tengku Anuar.
(2020). Implikasi Covid-19 terhadap kemiskinan kanak-kanak. Fakulti Teknologi
Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia.
Gumusoglu, K.E & Akay, E. (2017). Measuring technology acceptance level of teachers by
using Unified Theory of Acceptance and Use of Technology. International Journal
of Languages’ Education and Teaching, 5(4), 378-394.
Hapini Awang, Zahurin Mat Aji, Wan Rozaini Sheik Osman, Erwani Kamaruddin, Abdulrazak
F. Shahatha Al-Mashadani & Shakiroh Khamis. (2020). Cabaran dalam
melaksanakan teknologi maklumat dan komunikasi: analisis kes persekitaran
pembelajaran Maya-Frog serta strategi untuk melestarikan penggunaan Google
Classroom dalam kalangan guru. Journal of Education Research & Indigenous
Studies, 1(1).
Hapsari, Sri. (2020). The use of social media as an effective learning medium during the
Covid-19 Pandemic. Jurnal Pendidikan dan Pengajaran (PAJAR), 4(6), 1162-1167.
https://dx.doi.org/10.33578/pjr.v4i6.8112
Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli. (2021). Tahap kepuasan pembelajaran Matematik atas
talian semasa pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 6(4), 1-20.
Kabir, H., Hasan, M.K. & Mitra, D.K. (2021). E-learning readiness and perceived stress
among the university students of Bangladesh during Covid-19: a countrywide cross-
sectional study. Annals of Medicine, 53(1), 2305-2314.
Khan, Muhammad N., Ashraf, Muhammad A., Selnen, D., Khan, Kashif U & Laar, Rizwan A.
(2021). Social media for knowledge acquisition and dissemination: impact of the
Covid 19 pandemic on collaborative learning driven social media adoption. Frontiers
in Pcyhology, 12.
König, J., Jäger-Biela, D.J. & Glutsch, N. (2020). Adapting to online teaching during Covid-
19 school closure: teacher education and teacher competence effects among early
career teachers in Germany. European Journal of Teacher Education, 43(4), 608-
622. https://doi.org/10.1080/02619768.2020.1809650.

13
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah


(PdPR).
Lawrence, J.E. & Tar, U.A. (2018). Factors that influence teachers’ adoption and integration
of ICT in teaching and learning process. Educational Media Internation, 55(1), 79-
105. https://doi.org/10.1080/09523987.2018.1439712
Liong, M.C. & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2022). Cabaran guru sekolah rendah
pendalaman terhadap penggunaan Standard 4 (PdPC) SKPMg2 dalam menilai PdPR.
Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 364-373. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.3.4.29
Luhamya, A., Bakkabulindi, F.E.K & Muyinda, P.B. (2017). Integration of ICT in teaching
and learning: A review of Theories. Makerere Journal of Higher Education. DOI:
http://dx.doi.org/10.4314/majohe.v9i1.2
Mahalingam, N. & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Impak dan cabaran pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal
Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115.
Mahaye, N. E. (2020). The impact of COVID-19 pandemic on education: navigating forward
the pedagogy of blended learning. Research online.
Matzavela, V. & Alepis, E. (2021). M-learning in the Covid 19 era: physical vs digital class.
Education and Information Technologies, 26, 7183-7203
DOI: https://doi.org/10.1007/s10639-021-10572-6
Meteab, S. A. A. (2021). The use of e-learning during Covid-19 pandemic by Iraqi secondary
school students: potential and challenges. Journal of Human Sciences, 28 (4).
Mirle, E., Cakula, S. & Tzivian, L. (2019). Measuring teachers as learner digital skills and
readiness to study online for successful e-learning experience. Journal of Teacher
Education for Sustainability, 21(2), 5-16. DOI: 10.2478/jtes-2019-0013
Mishra, P. & Koehler, M.J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: a
framework for teacher knowledge. Teachers College Record 108, (6), 1017 – 1054.
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan
pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemic Covid-19.
Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), Universiti Teknologi MARA
cawangan Pulau Pinang, Malaysia.
Nguyen, T.V., Abbas, A. F., Abuhassna, H., Awae, F., & Dike, D. (2021). Digital readiness
for social educators in health care and online learning during COVID-19 Pandemic:
A bibliometric analysis. International Journal of Interactive Mobile Technologies
(iJIM), 15(18), 104–115. https://doi.org/10.3991/ijim.v15i18.25529
Norehan Mohd Nasir & Mahaliza Mansor. (2021). Cabaran guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian awal. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416-421.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.854
Nur A’fini Mohd Muzi, Nur Aisyah Mohd Nadzir, Sufiyatul Farhain Abdul Mutalib,
Shamsunarnie Mohamed Zukri & Noor Zafarina Mohd Fauzi. (2021). Factors
affecting academicians’ acceptance on learning application. Jurnal of Social Sciences
and Humanities, 18(4), 78-91.
Nuraimi Kamis & Fariza Khalid. (2017). Kekangan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Prasekolah. Simposium
Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Nur Hanisah Ahmad Saifudin & Mohd Isa Hamzah. (2021). Cabaran pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian dengan murid sekolah rendah. Jurnal
Dunia Pendidikan, 3(3), 250-264. https://mymjs.mohe.gov.my/index.php/jdpd
Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin. (2021). Google Classroom sebagai pelantar M-
pembelajaran: tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah

14
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 1-15, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

luar bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 278-292.


http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd.
Oviana, W., Sari, C.M., Fajria, F. & Jannah, M. (2021). Parent's perception of the home-based
sciene learning system during the Covid-19 pandemic. Jurnal Biotik, 9(1), 53-64.
Rofizah Mohammad. (2020). Pembelajaran dalam talian segerak: Kepuasan pelajar terhadap
penggunaan Microsoft Teams. Jurnal of Quality Measurement and analysis, 16(2),
219-230
Surial Hassan & Rahayu Irdiana Hashim. (2021). Cabaran pendekatan PDPR secara online
bagi guru-guru sekolah menengah di Daerah Kota Bharu. International Journal of
Education, Islamic Studies and Social Sciences Research (IJEISR), 6(1), 61-70.
http://ijeisr.net
Tay, L.Y., Lee, S-S & Ramachandaran, K. (2021). Implementation of online home-based
learning and students’ engagement during the Covid-19 Pandemic: a case study of
Singapore mathematics teachers. Asia-Pasific Education Research, 30(3), 299-310.
https://doi.org/10.1007/s40299-021-00572-y
Thannimalai, T. & Baloh, S. (2021). Cabaran PDPR Bahasa Tamil di Sekolah Luar Bandar.
Muslim Journal of Social Science and Humanities, 5(2), 183-190.
https://doi.org/10.33306/mjssh/132
Vanessa Phang Iywon & Nurfaradilla Mohd Nasri. (2020). Tahap kesediaan dan sokongan
bagi pelaksanaan pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran guru sekolah rendah. International Journal of Education and
Pedagogy, 2(4), 489 – 508. http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd.
Wai-Cook, Misty S.S. (2020). The reality of home-based learning during Covid-19: roles of
parents, teachers, and school administration in promoting self-directed learning.
Journal of School Administration Research and Development, 5(2), 86-92.
Wen, Y., Quek, G. C. L. & Lau, S.Y. (2021). ICT-supported home-based learning in K-12: a
systematic review of research and implementation. TechTrends, 65, 371-378.

15
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like