You are on page 1of 8

 

FAKULTI PENDIDIKAN
_________________________________________________________________________

 KAEDAH PENYELIDIKAN II
(GGGB 6023)

_________________________________________________________________________

TUTORIAL 2
(Statistik Deskriptif)

TUGASAN (INDIVIDU )
 

PENSYARAH : PROF.MADYA DR ROSLINDA BINTI ROSLI


 

NAMA : MARIYAMMA A/P SUBRAMANIAM


NO.MATRIK : P 116569
PENGAJIAN : PENDIDIKAN MATEMATIK
Soalan 1
Berikan perbezaan maksud istilah berikut:
a) Statistik deskriptif dan inferensi

Statistik Deskriptif ialah statistik yang berkenaan dengan menggambarkan populasi yang
sedang dikaji. Statistik deskriptif dilakukan dengan cara menyusun, menganalisis dan
menyampaikan data dengan cara yang bermakna. Bentuk keputusan akhir dalam bentuk
carta, jadual dan graf digunakan untuk menerangkan kaedaan. Ia menerangkan data,
yang sudah diketahui, untuk meringkaskan sampel.Contoh ujian statistik ialah frekuensi ,
min , median , peratus , sisihan piawai dan sebagainya.

Statistik Inferensial adalah satu jenis statistik, yang menganalisis data yang dapat
menhurasikan perhubungan antara variabel.Ia juga digunakan untuk menghuraikan
ciri=ciri sampel yang dipilih daripada populasi.Dapatan dapat dijadikan sebagai
generalisasi sampel mengenai populasinya.Contoh ujian statistik yang digunakan ialah
ujian -t untuk melihat perbezaan di antara 2 mean ,ujian korelasi untuk melihat
perhubungan ,ujian ANOVA ,chi squasre dan lain-lain.

b) Data kualitatif dan data kuantitatif

Data Kualitatif
Pengumpulan data kualitatif terdiri daripada data yang berbentuk kata-kata ,
bukan dalam bentuk nombor.Data kualitatif diperoleh melalui pelbagai Teknik
pengumpulan data contohnya temubual ,analisis dokumen ,diskus terfokus atau
pemerhatian.Bentuk lain ,data kualitatif adalah gambar yang diperolehi atau rakaman
video.Data kualitatif berfungsi untku mengetahui kualiti dari sebuah objek yang akan
diteliti.Data ini bersifat abstrak sehingga peneliti harus benar-benar memahami kualiti
dari objek yang akan diteliti.

Data Kuantitatif
Pengumpulan data kuantitatif adalah satu kaedah di mana data yang boleh dikira
secara numerik atau dinyatakan dikumpulkan. Data ini berguna untuk eksperimen,
analisis dimanipulasi, dan lain-lain dan diwakili oleh histogram, jadual, carta, dan graf. Ia
berkaitan dengan ukuran seperti ketinggian, panjang, kelantangan, keluasan, kelembapan,
suhu, dll.Data kuantitatif berfungsi untuk mengetahui meramal kekuatan sesuatu
hubungan,kenalpasti punca dan memainkan peranan besar dan meramal apa yang terjadi
dimasa akan datang.

c) Populasi dan sampel

Populasi
Populasi mewakili keseluruhan orang, unit, objek dan apa-apa yang boleh
dipahami, mempunyai sifat tertentu.Semua ahli dalam sesuatu kumpulan yang mempunyai
ciri yang mendefinasikan populasi kajian.
Sampel
Sampel itu merupakan subset terhad bagi populasi, yang dipilih oleh proses
sistematik, untuk mengetahui ciri-ciri set induk.
Soalan 2
Jadual di bawah menunjukkan bilangan buku cerita yang dibaca oleh beberapa
orang pelajar dalam masa sebulan:

Bil. Buku 1 2 3 4 5 6
Bil. Pelajar 2 6 10 y 2 1

Jika nilai min adalah 3, dapatkan y =3.

2+ 12+ 30+4 y +10+ 6


=3
2+6+10+ y+ 2+ 1

60+4 y
=3
21+ y
60+4y =3(21+y)
60+4y = 63+3y
y-3 = 0
y=3

Soalan 3
Berikut adalah skor ujian 20 orang pelajar dalam kelas statistik pensyarah A

84 100 92 84 63 78 75 30 81 77 97 82 73 69 69 98 46 88 58 75

a) Kirakan min, mod, median, kuartil satu, kuartil dua, kuartil tiga, dan julat antara kuartil.

Min = ∑Yi
n

1519
-
20

= 75.95

Mode = 69, 75, 84

77+78
Median =
2
= 77.5
69+69 84+88
Q1 = Q2 = 77.5 Q3 =
2 2
= 69 = 86
IQR = Q3-Q1
= 86 – 69
= 17
b) Berdasarkan kaedah julat antara kuartil (IQR), kirakan skor yang menjadi outlier sebelah
kiri dan sebelah kanan taburan.

Low outliers = Q1- 1.5 x IQR High outliers = Q3 + 1.5 x IQR


= 69 – (1.5x17) = 86 + (1,5 X 17)
= 43.5 = 111.5

Jalan kerja mencari IQR menggunakan microsft exel

    Mean    
1 30 75.95 -45.95 2111.403
2 46 75.95 -29.95 897.0025
3 58 75.95 -17.95 322.2025
4 63 75.95 -12.95 167.7025
5 69 75.95 -6.95 48.3025
6 69 75.95 -6.95 48.3025
7 73 75.95 -2.95 8.7025
8 75 75.95 -0.95 0.9025
9 75 75.95 -0.95 0.9025
10 77 75.95 1.05 1.1025
11 78 75.95 2.05 4.2025
12 81 75.95 5.05 25.5025
13 82 75.95 6.05 36.6025
14 84 75.95 8.05 64.8025
15 84 75.95 8.05 64.8025
16 88 75.95 12.05 145.2025
17 92 75.95 16.05 257.6025
18 97 75.95 21.05 443.1025
19 98 75.95 22.05 486.2025
20 100 75.95 24.05 578.4025
  1519   Total 5712.95
Mean 75.95      
       
      300.6816
      IQR 17.34017

c) Dapatkan varians dan sisihan piawai.

5712.95
Varians (s2 )=
20−1

= 300.6816
Standard Deviation (s) = √ 300.6816
= 17.34017

d) Jika varians bagi skor ujian 20 orang pelajar dalam kelas statistik pensyarah B adalah
300, tentukan sama ada skor kelas pensyarah A atau pensyarah B yang lebih konsisten?

Semakin kecil varian, serakan makin kecil bermaksud markah tersebut tertumpu.
Bermaksud skor pensyarah B lebih baik kerana markah pelajarnya lebih tertumpu.
Berbanding dengan markah pensyarah A, serakan lebih luas. Julat markah tertinggi dan
terendah lebih lebih besar.

Soalan 4
Apakah maksud kepencongan sesuatu taburan? Terangkan jawapan anda dengan
menunjukkan kedudukan ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat taburan
tersebut.
Kepencongan sesuatu taburan merupakan data yang digambarkan boleh dianggarkan
bentuk taburannya dengan menggunakan skor-skor min ,median dan mod.Bagi taburan
yang mana min=median=mod maka taburan ini dipanggil normal.Bagi taburan yang mana
min > median>mod maka taburannya dipanggil pencong ke kanan atau positif.Manakala
bagi taburan yang mana min<median<mod,maka taburannya pencong ke kiri atau
negative

Taburan normal taburan positif taburan negatif

Soalan 5
Berdasarkan cetakan analisis SPSS berkaitan tempat tinggal dan tahun pengajian pelajar di
sebuaah universiti, buat ulasan ringkas mengikup gaya APA.
Penjadualan silang di atas menunjukkan peringkat kelas di kampus bagi siswazah seramai
388 orang samada tinggal di kampus atau diluar kampus.Terdapat empat peringkat
siswazah dimana siswazah yang terdiri dari pelajar baru merupakan seramai 137
orang,siswazah junior seramai 98 orang,siswazah tahun kedua seramai 90 orang manakala
siswazah senior seramai 63 orang.Dalam pengumpluan data ini ia dikategorikan kepada
dua kategori iaitu yang tinggal di dalam kampus dan yang tinggal di luar kampus.Menurut
data di atas siswazah baru seramai 100 orang memilih untuk tinggal di dalam kampus
berbanding 37 orang tinggal di luar kampus.Bagi siswazah junior 90 orang memilih untuk
tinggal di luar kampus berbanding hanya lapan orang tinggal di dalam kampus.Senario ini
berbeza bagi pelajar tahun kedua dimana seramai 42 orang memilih untku tinggal diluar
dan 48 orang tinggal di dalam kampus.Bagi siswazah senior hapir majoriti tinggal di luar
kampus iaitu seramai 62 orang dari keseluruhan 63 orang dan hanya seorang memilih
untuk tnggal di dalam kampus.Keseluruhan data ini juga menunjukkan siswazah baru
merupakan yang paling ramai iaitu seramai 137 orang berbanding seniors yang
mempunyai jumlah siswazah yang paling sedikit iaitu seramai 63 orang.Secara
keseluruhannya dapat dikumpulkan bahawa seramai 157 orang siswazah memilih untuk
tinggal di kampus manakala yang tinggal diluar melebihi sebanyak 74 orang.
Soalan 6
Berikut adalah cetakan output dari analisis SPSS berkaitan dengan satu kajian
pencapaian penulisan pelajar tingkatan 3 di sebuah daerah berdasarkan jantina.
Berdasarkan maklumat pada cetakan tersebut, jawab soalan berikut.

a) K
e
n a
l
p a
s t
i

pembolehubah bersandar dan


pembolehubah tak bersandar.
Pembolehubah bersandar :Skor pencapaian penulisan
Pembolehubah tak bersandar: jantina

b) Apakah skala pengukuran bagi pembolehubah-pembolehubah tersebut?


Skala pengukuran interval: Daerah
Skala pengukuran nominal :Jantina
c) Apakah kaedah analisis statistik yang telah dijalankan? diskriptif

d) Apakah analisis ini bersesuaian dengan data yang dikumpul?


Bagi pembolehubah jantina, hanya nilai mode sahaja yg sesuai. Yg lain tak sesuai.
Carta yang dipersembahkan ”Histogram” utk jantina tak sesuai, yg sesuai pai
chart/bar chart, % atau fekuensi. Ya bersesuaian kerana ianya adalah data yang
selanjar

e) Tuliskan satu laporan lengkap bagi menghuraikan data tersebut mengikut gaya APA.

Jadual menunjukkan analisis data statistik deskriptif bagi dua


pembolehubah.Pembolehubah bersandar melibatkan skorn pencapaian penulisan pelajar
manakal penbolehubah tak bersandar ialah Jantina. Graf pertama menunjukkan
hubungan antara jantina dengan kekerapan cara penulisan manakala graf kedua punya
memnunjukkan hubungan antara markah penulisan dengan cara penulisan. Graf pertama
pesong ke arah kiri akibat berlaku sedikit pemberatan pada salah sau jantina. Graf kedua
pula berlaku pemberatan pada sebelah kanan graf selepas skor 58. Min bagi statistik
jantina ialah 1.4550 manakala min bagi markah penulisan ialah 52.7136. Ralat piawai min
bagi jantina ialah 0.03530 manakala bagi markah penullisan ialah 0.67078. Median jantina
ialah 1.000 manakala median penulisan markah ialah 54.0000. Mod bagi graf jantina ialah
1.00 dan mod penulisan markah ialah 59.00. Sisihan piawai bagi jantina ialah 0.49922
manakala sisihan piawai bagi penulisan markah ialah 9.46249. Varians bagi jantina ialah
0.249 manakala varians penulisan markah 89.539. Kepencongan taburan jantina ialah
0.182 manakala kepencongan taburan penulisan markah ialah -0.478. Ralat kepencongan
bagi kedua-dua taburan ialah 0.172. Kurtosis jantina ialah -1.987 manakala bagi penulisan
markah ialah -0.750. Ralat kurtosis jantina ialah 0.342 manakala ralat kurtosis penulisan
markah ialah 0.343. Julat bagi taburan jantina ialah 1.00 manakala julat taburan
penulisan markah ialah 36.00. Nilai minimum bagi graf jantina ialah 1.00 manakala nilai
minimum graf penulisan markah ialah 31.00. Nilai maksimum bagi graf jantina ialah 2.00
manakala nilai maksimum graf penulisan markah ialah 67.00. Persentil 25% dan 50%
bagi graf jantina ialah 1.0000 manakala persentil 75% bagi graf jantina ialah 2.0000.
Persentil 25% bagi graf penulisan markah ialah 45.0000, persentil 50% ialah 54.0000
manakala persentil 75% ialah 60.0000

You might also like