You are on page 1of 4

CATHERINE NGUI YOU LING

EDU 3063

TUGASAN SATU

Isu Pendidikan di Malaysia dan langkah-langkah menangani isu dengan


mengambilkira kepelbagaian sosiobudaya masyarakat dalam memenuhi
aspirasi PPPM.
Disediakan oleh : Catherine Ngui You Ling

Integrasi antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak
kerajaan

ketika

menggubal

dasar

pendidikan

selepas

Malaysia

mencapai

kemerdekaanya.Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah


menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan nilai-nilai integrasi antara kaum
ini.Antara langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk
mengukuhkan dasar pendidikan negara adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan, menjadikan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan serentak,
guru yang dihasilkan bawah satu sistem penguruan yang sama.( Free Malaysia Today,
2013) Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran yang besar iaitu perapatan jurang
pendidikan negara.Jadi, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
dicadangkan untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan
infrastruktur di seluruh negara.Akan tetapi, masalah dan isu pendidikan ini masih wujud
dalam kalangan masyarakat Malaysia.Justeru, warga Malaysia dari setiap pihak
hendaklah berusaha untuk menangani isu pendidikan ini demi membangunkan sebuah
masyarakat yang maju.
Salah satu cabaran pendidikan di Malaysia adalah jurang bandar dan luar
bandar.Hal ini merujuk kepada ketidaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur
dan penempatan guru terlatih di sekolah luar bandar.Pada tahun 2005, terdapat 5,077
buah sekolah rendah dan 792 buah sekolah menengah di luar bandar. Antaranya masih
terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah masih belum
mempunyai bekalan elektrik 24 jam.Terdapat 1,517 buah sekolah rendah tidak
mendapat bekalan air yang bersih. Mereka akan mendapat air daripada penuaian hujan
dan telaga tiub.Infrastruktur seperti makmal komputer dan makmal sains adalah tidak
lengkap di sekolah.(Habib Mat Som,n.d.) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
menghadapi kesukaran menempatkan guru terlatih berpengalaman di kawasan luar
bandar.Tambahan lagi, kemiskinan merupakan salah satu faktor jurang pendidikan di
bandar dan luar bandar.Menurut Dr Mahathir Mohammad (1976), mereka yang

PISMP SAINS AMBILAN JUN 2014

CATHERINE NGUI YOU LING

EDU 3063

TUGASAN SATU

berpendapatan rendah, mereka tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran.Jurang


bandar dan luar bandar telah mengakibatkan pendidikan tidak dapat dijalankan secara
serentak dan berkesan.
Pada era globalisasi ini, banyak ilmu dan maklumat akan disalurkan melalui
sistem Information and Communication Technology (ICT). Namun demikian, jurang
digital yang merujuk kepada perbezaan besar di dalam masyarakat berlaku. .(Habib
Mat Som,n.d.) Sesetengah rakyat mendapat capaian secukupnya kepada kemudahan
ICT tetapi ada juga yang tidak mendapatnya.Jurang ilmu pengetahuan pula merujuk
kepada keadaan di mana maklumat yang dicapai melalui kemudahan infrastruktur ICT
ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan kurang kemahiran untuk
menggunakannya dalam menjalani kehidupan seharian.( Hamdan Said, 2000)
Masyarakat desa adalah antara golongan yang mungkin terpinggir dan tercicir dalam
arus pembangunan sekiranya langkah-langkah positif tidak diambil untuk merapatkan
jurang digital tersebut.Faktor ekonomi sesebuah keluarga diambil kira kerana terdapat
isi rumah dengan pendapatan rendah. ( Robiah Sidin, 2007)Mereka tidak mampu untuk
membeli dan mendapatkan khidmat ICT sedangkan informasi ICT boleh dimiliki dengan
mudah sekarang.Jadi, jurang digital telah menjadi salah satu isu pendidikan dan
hendaklah diatasi dengan cepat agar semua rakyat dapat mengakses internet dengan
mudah untuk mendapatkan informasi terkini.
Selain itu, isu pendidikan yang berlaku di Malaysia adalah jurang antara tahap
pencapaian pelajar.Antaranya adalah kesulitan menguasai 3M ( menulis, membaca
dan mengira ) Perbezaan sekolah luar bandar dan bandar sememangnya amat ketara
terhadap pencapaian keputusan peperiksaan atau ujian. Kemudahan prasarana adalah
asas bagi memperolehi keputusan peperikasaan yang baik.Faktor geografi bukanlah
alasan

utama

untuk

membangunkan

kemudahan

prasarana

sekolah

luar

bandar.Kebanyakan guru terlatih bertukar perkhidamatan mereka ke kawasan bandar.


Hal ini menyebabkan kekurangan guru terlatih berada dalam sekolah luar bandar untuk
berkhidmat.Jadi, adalah penting bagi pihak sekolah dan kerajaan untuk mengambil
tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.
Di samping itu, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas
juga merupakan salah satu cabaran pendidikan di Malaysia.Hal ini merujuk kepada
perbezaan penyediaan kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses PdP pelajar
berkeperluan khas.Contohnya adalah murid kurang upaya (OKU), pintar dan slow

PISMP SAINS AMBILAN JUN 2014

CATHERINE NGUI YOU LING

EDU 3063

TUGASAN SATU

learner.Sesetengah ibu bapa tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka perlu hantar
anak mereka ke Kelas Pendidikan Khas. Setiap murid berkeperluan khas mempunyai
tahap keupayaan yang berbeza.Ibu bapa hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar
yang berkelayakan.Dengan ini, boleh didapati sekolah yang bersesuian untuk murid
berkeperluan khas tersebut.
Pihak

kerajaan

telah

membangunkan

infrastruktur

dan

kemudahan

pendidikan di kawasan luar bandar terutamanya Sabah dan Sarawak.Contohnya, bagi


menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan
disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD) .(Habib Mat
Som,n.d.) Pihak KPM juga meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen
di kawasan pendalaman.Dengan ini, guru yang terlatih dalam opsyen tertentu dapat
menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan berkuanliti.Selain itu, pihak
kerajaan mementingkan masalah keciciran dalam kalangan masyarakat luar bandar.
(Siti, 2008) Jadi, pihak kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di
kawasan pendalaman bagi menangani masalah ini. Secara tidak langsung, masalah
jurang pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar dapat dirapatkan.Tambahan lagi,
bantuan dari segi kewangan juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar yang
disebabkan kemiskinan. Dengan usaha-usaha yang dijalankan, diharapkan masalah
jurang luar bandar dan bandar dapat dikurangkan.
Pihak kerajaan telah melengkapkan kemudahan seperti makmal komputer dan
perkakasan

yang

mencukupi

dalam

program

pembestarian

sekolah.(Hamdan

Said,2000) Sekolah-sekolah akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan
bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. KPM
juga akan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan PdP kepada pelajar dan guru di kawasan
pedalaman.Penyambungan internet di kawasan pedalaman atau masyarakat desa
telah dijalankan melalui inisiatif seperti Program Pusat Internet Desa (PID) dan Program
Pemberian

Perkhidmatan

Sejagat

(USP).Dengan

ini,bidang

kurikulum

dapat

dimanfaatkan dan juga memanfaatkan pertadbiran sekolah.


Peranan kerjaan dalam memajukan sekolah luar bandar adalah menyediakan
peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana di sekolah luar bandar.
Tambahan lagi, pihak kerajaan perlulah memperbanyak elaun kepada guru yang
mengajar di kawasan pedalaman.Dengan ini, guru terlatih tidak akan tarik diri dan

PISMP SAINS AMBILAN JUN 2014

CATHERINE NGUI YOU LING

EDU 3063

TUGASAN SATU

tukar berkhidmat di kawasan bandar.Jadi, pencapaian akademik murid mungkin akan


meningkat jika terdapat guru terlatih kekal mengajar mereka.
KPM telah menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar kurang upaya
yang terdiri daripada pelajar bermasalah penglihatan, perdengaran dan pembelajaran.
KPM akan menyediakan guru pendidikan khas terlatih, pentaksiran alternatif dan
kemudahan ICT yang bersesuian untuk pelajar kurang upaya. KPM perlu menyediakan
lebih banyak infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan
untuk memberi peluang kepada murid yang pintar dan cerdas pula, Kelas Rancangan
Khas (KRK) diadakan di sekolah biasa.Mereka akan diberi penekanan yang lebih untuk
meningkatkan potensi pelajaran mereka.Tambahan lagi, pihak KOM juga turut
menjalankan

program

pendidikan

khas

integriti

di

sekolah

harian

bagi

membolehkan lebih ramai OKU mendapat pendidikan formal. Seterusnya, kanak-kanak


yang berusia kurang daripada 4 tahun akan mendapat pendidikan intervensi awal di
pusat kelolaan kementerian kesihatan atau Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang
dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan
wanita, keluarga dan masyarakat. PDK juga menyediakan pendidikan kepada pelajar
kurang upaya dengan lebih dari satu jenis kecacatan.
Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita adalah berkembang ke arah
maju bagi menjamin mutu pendidikan selaras dengan negara maju yang lain.Perubahan
ini memberi kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era
globalisasi yang melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah
dan juga institut tinggi. Cabaran pendidikan seperti jurang pendidikan masih berlaku dan
akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan. Pada masa yang
sama, kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem pendidikan ke tahap yang
lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah
negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi
muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi . Di
samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha
dan komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu
bapa, badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat, dan penderma.Ringkasnya,
peruahan dalam sektor pendidikan menjadi intipadi yang penting dalam pengukuhan
perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan merupakan peneraju
pembentukan masyarakat.

PISMP SAINS AMBILAN JUN 2014

You might also like