You are on page 1of 7

Pendidikan memainkan peranan yang utama dalam pertumbuhan ekonomi dan

pembangunan Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam


kelas ialah petunjuk yang terbaik bagi kemajuan sesebuah Negara pada masa
hadapan. Dewasa ini, kejayaan sesebuah Negara amat bergantung kepada ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak
menghairankan sekiranya Negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan tinggi
akan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima


keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia
secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Keberhasilan
yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog
nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga
menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima
teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan
dan digerakkan secara bersama.

Manakala bagi ekuiti pula, definisi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat
bermaksud pemilikan sama rata dalam sesebuah organisasi. Definisi lain bagi ekuiti
ialah saksama dan adil. Merujuk kepada lima bidang keberhasilan PPPM 2013-2025,
ekuiti iaitu sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender, latar belakang
sosioekonomi, bangsa, etnik, budaya dan amalan atau cara hidup. Kementerian
Pendidikan berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar
dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50%
menjelang 2020.

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi


pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan
mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang
meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program
sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang
perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang
beruntung (disadvantaged school).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih
terlalu banyak sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang
dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau
peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan
prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan
khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu,
kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku
teks juga masih berkurangan.

Jurang antara luar bandar dan bandar kian melebar dari aspek pendidikan,
ekonomi dan juga dari segi teknologi. Dari segi pendidikan, pembangunan pendidikan di
Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepaa pembinaan sekolah di bandar dan
kawasan pertumbuhan ekonomi utama Negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan
dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih, dan
sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar
bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan
peralatan,kemudahan asas, guru yang berpengalaman serta sokongan daripada ibu
bapa dan masyarakat. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah
,kaum,jantina, taraf ekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Impak jurang pendidikan
telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi
sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Selain itu, jurang antara tahap
pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 4M iatu membaca, mengira,
menaakul dan menulis.

Pihak berkuasa dan orang ramai perlulah mengambil langkah untuk mengatasic
cabaran-cabaran ini supaya dapat melahirkan modal insan yang mampu meningkatkan
mutu dan kualiti negara.Pertama sekali, prasarana perlu ditingkatkan di sekolah-
sekolah luar bandar terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Selain
daripada itu, pihak KPM perlulah mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan
profesioanlisme guru-guru. Hal ini kerana, guru-guru yang tidak terlatih akan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agak tidak yakin dan mungkin
menyampaikan pembelajaran yang tidak mencapai objektif. Mewujudkan keseimbangan
ekonomi agak mustahil untuk dicapai namun lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri ,
tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu.Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah harus merancang program-program,projek dan aktiviti –aktiviti ekonomi .
Pembangunan luar bandar harus diberi perhatian yang serius agar anak-anak muda
mempunyai potensi untuk mencari rezeki di tempat mereka sendiri . Kalau tidak ,
perpindahan belia-belia yang menganggur ke pusat-pusat bandar, tidak dapat dielakkan
sama sekali . Kawasan-kawasan luar bandar akan menjadi kampung warga emas tanpa
sebarang aktiviti ekonomi yang menguntungkan.

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam


pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Kebanyakan sekolah di pedalaman
dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan
ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan
guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang
mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa
mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi
memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan
tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada
pelajar mula dipertikaikan.

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM
juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris
sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif
daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan
kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan
reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang
mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi
kesan yang buruk.

Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan


penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan
maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web
dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-
isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar
untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju
yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan
budaya kosmopolitan.

Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) dalam kamus psikologi (2007, h.871)
mendefinasikan taraf sosioekonomi sebagai kedudukan status sosioekonomi sesuatu
individu atau kumpulan dalam skalasosioekonomi yang tertentu, yang mana terbentuk
hasil daripada gabungan atau interaksi antara sosial danfaktor ekonomi seperti
pendapatan, jumlah atau jenis pendidikan, jenis pekerjaan dan persekitaran tempat
tinggal dalam sesebuah masyarakat, turut wajar diambilkira asal usul etnik dan latar
belakang agama. Definisi ini adalah bermakna dan boleh diguna pakai di dalam konteks
Afrika Selatan, dalam faktor inilah yang dapat membezakan antara kumpulan
sosioekonomi tinggi dan kumpulan sosioekonomi rendah. Magnuson and Duncan
(2006) dalam kajiannya telah mengenalpasti bahawa beberapa pengkaji mendefinisikan
taraf sosioekonomi mengikut takrifan masing-masing. Disebabkan perkara tersebut
wujud percanggahan dari segi pengukuran dan hasil kajian.

Faktor-faktor yang menentukan status sosioekonomi adalah taraf pendidikan,


pekerjaan dan pendapatan ibu bapa pelajar (Rosna Awang Hashim et al., 2003).
Manakala menurut Jeynes (2002), status sosioekonomi keluarga kebiasaannya
ditentukan melalui tahap pendidikan ibu bapa, status pekerjaan ibu bapa dan tingkat
pendapatan.Faktor-faktor yang menentukan status sosioekonomi adalah taraf
pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa pelajar. Para saintis sosial
kebiasaannya menggunakan salah satu sama ada pendapatan ibu bapa, pekerjaan
atau pendidikan ibu bapa dalam menentukan tingkat sosioekonomi keluarga, berlainan
dengan pengkaji lain yang mengambil ketiga-tiga aspek ini dalam menentukan tingkat
ekonomi sosial (Magnuson & Duncan, 2006).Satu kajian telah dilakukan di Afrika
Selatan terhadap pengaruh taraf sosioekonomi ke atas pencapaian pendidikan indikator
yang digunakan dalam pengukuran tersebuat antaranya seperti sama ada rumah
keluarga tersebut memiliki televisyen atau radio, jenis kediaman, tahap pendidikan
bapa, bilangan ahli rumah yang berkongsi bilik tidur, dan pendapatan isi rumah
(Themane et al., 2006). Justifikasi dalam menggunakan indikator ini adalah
kemampuan mereka menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa seterusnya
sesuai untuk kanak-kanak belajar.

Berns(1993),menyatakan bahawa faktor pendapatan menghalang para ibu bapa


daripada menyediakan keperluan dan kemudahan kepada anak-anak untuk belajar.
Ibubapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak dapat
menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan
mempengaruhi pencapaian akademik anak.Pertumbuhan seseorang individu akan
dipengaruhi oleh faktor dalaman individu seperti baka dan keturunan serta faktor luaran
pemahaman serta kemudahan kesihatan. Pemakanan yang tidak cukup sama adadari
segi kuantiti atau pun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan
pemakanan yangseimbang boleh mengganggu pola-pola pertumbuhan,kerana
kurangnya pengambilan vitamin,mineral dan protein.

Faktor pewarisan atau pun baka juga boleh mempengaruhi pertumbuhan. Akibat
dari taraf sosioekonomi keluarga yang rendah, keperluan pemakanan seimbang tidak
dapat disediakan dengan baik dan mencukupi. Akibatnya, pola pertumbuhan terganggu
dan secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak (Aida
Baharuddin, 2004).Menurut Zukina Yusoff (2003), anak-anak daripada keluarga yang
mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam pendidikan dan
mempunyai gred yang tinggi berbanding anak-anak yang datang daripada keluarga
yang mempunyai status sosio-ekonomi yang rendah. Ini kerana dalam keadaan status
sosial yang tinggi, ibu bapa dapat menyediakan kemudahan dan persekitaran
pembelajaran yang selesa kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang berstatus tinggi
mampu menyediakan keperluan pendidikan sejak dari kanak-kanak lagi. Ini
membolehkan anak-anak mereka lebih berjaya dan berpeluang masuk ke
IPT sedangkan mereka yang tidak mampu terlepas peluang. Peluang untuk mendapat
pendidikan tinggi memerlukan sejumlah kosyang agak banyak. Sharifah Mohd Noor
(1992) mendapati kelemahan anak-anak daripada kaum India adalah berhubung rapat
dengan status sosioekonomi keluarga mereka.

Kebanyakan kajian tentang pengaruh latar belakang pendidikan ibu bapa


terhadap pencapaian anak adalah dilakukan oleh negara membangun. Kajian-kajian
tersebut menghasilkan laporan yang lebih kurang sama. Hasil daripada kajian
Lockhead, Fuller dan Nyirongo (1989) terhadap sebahagian kanak-kanak Negara
Thailand dan Malawi mendapati bahawa pelajar yang mendapat keputusan baik dalam
subjek Matematik adalah terdiri daripada murid yang bapanya terdiri daripada mereka
yang mempunyai pekerjaan professional,ibu yang mempunyai latar belakang
pendidikan yang tinggi serta keluarga yang tinggal di kawasan perumahan selesa.

Selain itu, dalam sesetengah mata pelajaran, wujud jurang tidak ada
kesaksamaan peluang antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Contohnya, dalam
bidang berkaitan kejuruteraan , pelajar lelaki lebih ramai terlibat berbanding pelajar
perempuan. Begitu juga sebaliknya, contohnya dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah
Tangga (ERT) kebanyakan hanya pelajar perempuan sahaja yang banyak diberi
peluang berbanding lelaki. Walaupun, terdapat sesetengah pelajar lelaki yang
mempunyai kecenderungan dalam bidang masakan tetapi tidak diberikan peluang. Oleh
itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengikut
kecenderungan pelajar. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk
berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki dan sebaliknya.

Faktor jantina juga memainkan peranan dalam kesaksamaan peluang


pendidikan di Malaysia.Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000)menyatakan bahawa
penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender
terutamanya dalam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional,dan juga
institusi pengajian tinggi seperti di politeknik.
Kajian Mohd Uzi Dollah, (2003) yang menjalankan kajian minat pelajar ke atas
mata pelajaran matematik bagi murid tingkatan empat di 3 buah sekolah menunjukkan
bahawa pelajar lelaki cenderung untuk fokus pada subjek Matematik berbanding subjek
bahasa melayu yang didominiasi oleh pelajar perempuan.
Seterusnya, jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan
ialah isu-isu yangmelibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih.
Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini
perlu dielakkan kerana akanwujudnya jurang di antara murid. Guru sememangnya
harus mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini.

Secara kesimpulan, walau bagaimanapun kajian yang menunjukkan prestasi


pelajar Malaysia yang lemah dan merundum dalam penilaian antarabangsa tetapi
setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaian. Perubahan sistem pendidikan sesebuah
negara tidak harus melebihi kualiti seseorang guru. Kualiti guru pula akan memberi
suatu keberhasilan terhadap pelajar dalam pendidikan. Usaha meningkatkan tahap
keberhasilan dalam diri pelajar hendaklah disertakan komitmen padu kalangan
masyarakat khususnya ibu bapa. Manakala, kekurangan infrastruktur sesebuah
sekolah juga hendaklah dinaik taraf agar tidak menjadi kekangan terhadap guru dan
pelajar dalam merealisasikan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.

Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu berada di landasan


menongkah cabaran tersebut. Sekiranya keadaan tersebut tidak ditangani, sistem
pendidikan Malaysia akan menerima impak negatif dalam jangka masa panjang. Maka,
hasrat untuk menduduki sepertiga teratas akan terbantut kerana tiada gemblengan
semua pihak dan langkah proaktif yang dititikberatkan. Tahap ketersediaan semua
pihak harus ditingkatkan mengikut peredaran zaman globalisasi yang kian mencabar
pada alaf ke-21.

You might also like