You are on page 1of 27

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Pengenalan Kementerian Pelajaran berusaha menangani jurang perbezaan dalam Sistem Pendidikan di negara ini. Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalam perancangan pelaksanaan pendidikan.

KONSEP
Kesamaan peluang pendidikan = merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi input secara individu yang sama (Coleman, 1968:14) Ketidaksamaan = pandangan, pemikiran, dan kepercayaan bahawa terdapat perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya.

Ketidaksamaan berlaku akibat daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata. Ketaksamaan peluang pendidikan = merujuk kepada keadaan di mana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor-faktor tertentu. Malaysia: disebabkan oleh faktor spt kedudukan sekolah, lokasi sekolah, latar belakang pelajar, status sosioekonomi, pencapaian akademik, minat pelajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

KELAS SOSIAL

Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat. Kelas Sosial wujud apabila segolongan individu tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Stalcup (1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam masyarakat, di mana manusia menganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial.

Meighan (1986) Kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan dalam sesuatu bangsa yang sama. Rothman (2005) Kelas sosial sebagai satu kumpulan individu atau keluarga yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam sistem ekonomi pengeluaran, penyebaran, dan penggunaan bahan serta perkhidmatan dalam masyarakat.

Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat dalam Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada 2 Golongan iaitu: (a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. (b) Proletariat: Masyarakat yang tidak memiliki modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.

Max Weber - mengatakan ada 5 Kelas Sosial iatu:i. Golongan Bangsawan (Aristokrat) ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional) iii. Golongan Pertengahan Bawahan iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru) v. Golongan Bawahan (Kelulusan Amat Rendah)

Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality) merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial yang merujuk Ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial berbeza akibat daripada Sistem Stratifikasi Sosial.

Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.

Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

Faktor Kelas Sosial ataupun Status SosioEkonomi (SES) jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid. Tahap Kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Suasana tempat tinggal yang lengkap dan keadaan persekitaran (Environment) turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.

Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukan Kelas Sosial dalam masyarakat. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke3), kerajaan telah menekankan supaya semua rakyat di Malaysia menerima peluang pendidikan yang sama.

Berdasarkan Unit Perancangan Ekonomi (2001), golongan rakyat Malaysia terbahagi kepada 3, iaitu; 1. golongan berpendapatan rendah (di bawah RM1500) 2. golongan berpendapatan pertengahan (antara RM 1500- RM 3500) 3. golongan berpendapatan tinggi (RM 3500 ke atas)

Golongan berpendapatan tinggi -mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan sama ada luar atau dalam negara. - Berupaya memenuhi segala kehendak berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka.
-mampu membeli komputer riba dan peralatan sekolah serta bahan bacaan tambahan untuk membantu pembelajaran anak mereka - anak-anak dijaga dari segi kesihatan , seperti makanan berkhasiat

Golongan berpendapatan rendah -tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh untuk membiayai pendidikan anak mereka ke luar negara atau pendidikan swasta. - Bergantung pada peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan sahaja
-tidak mampu menyediakan pelbagai jenis peralatan untuk pembelajaran dengan lengkap.

-tidak dapat menikmati perolehan maklumat daripada akses internet kerana terbatas

Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut: i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ii. Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) iii. Bantuan Makanan Asrama iv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. v. Jaket Keselamatan vi. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya vii. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) viii. Skim Baucer Tuisyen (SBT) ix. Biasiswa Kecil Peruntukan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan x. Asrama Harian.

JANTINA

Kebanyakan negara, jurang jantina masih wujud dengan ketara. contoh: hampir 81% perempuan mendaftar di sekolah rendah berbanding 86% lelaki. Di Kemboja, kemasukan ke sekolah menengah seramai 19% untuk perempuan berbanding 30% lelaki. (UNGEI,2007)

Berbeza di Malaysia, bilangan pelajar lelaki kurang daripada pelajar perempuan yang pergi ke sekolah menengah. Lelaki sering kali menamatkan pengajian formal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung pendapatan keluarga.

Dalam bidang perguruan, ketaksamaan jantina sudah lama wujud. Bilangan wanita lebih ramai daripada bilangan lelaki. Di sekolah, guru lelaki dan wanita kerap menghadapi perbezaan dari segi penglibatan dan membuat pengurusan bilik darjah serta suasana bekerja.

Cara Mengimbangkan Ketaksamaan Peluang Pendidikan dalam Kalangan Lelaki dan Perempuan

ANALISIS KURIKULUM
Analisis kurikulum adalah perlu dalam menentukan pembelajaran tentang isu-isu kualiti dan kesamaan. Matlamat sesetengah kurikulum dibezakan secara eksplisit daripada aspek jantina. - Contoh, di sesetengah negara, pelajar perempuan tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran seni pertukangan, teknikal atau matematik lanjutan yang boleh menambahkan peluang kerjaya.

AMALAN PEDAGOGI HARUS BERUBAH


Perubahan proses P&P perlu berlaku dengan berkesan dan reflek kepekaan/sensitiviti terhadap jantina dalam bilik darjah. Kesukaran menyedarkan guru untuk menghargai hakikat bahawa pelajar perempuan juga boleh memberi respons seperti lelaki di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan tanggapan pelajar perempuan kurang mahir dan berminat dalam bidang sains dan matematik.

PENTAKSIRAN

Guru perlu dilatih untuk menggunakan pentaksiran formatif secara berterusan bagi memantau dan menyokong pembelajaran pelajar melalui teknik pemerhatian, log pembelajaran, semak semula portfolio dan maklum balas.

Ketaksamaan dari segi jantina boleh ditambah baik dalam pengujian dan pentaksiran dengan beberapa intervensi berikut: 1. tambahkan pelbagai jenis soalan-puisi, carta, gambar rajah dan jadual (untuk memberi respons terhadap kepelbagaian dalam gaya pembelajaran) 2. gunakan pelbagai jenis soalan- aneka pilihan, esei, jawapan pendek ( untuk memastikan pelajar pelbagai gaya pembelajaran mempunyai peluang yang sama untuk berjaya)

3. Imbangkan kaedah-kaedah pentaksiran dalam bilik darjah dengan menggunakan alat lisan dan bertulis. 4. Semak semula ujian, peperiksaan untuk menentukan sama ada contoh dan bahasa yang digunakan bebas daripada memihak kepada satu jantina sahaja.

SEKIAN, TERIMA KASIH...

You might also like